Tuesday, May 16, 2017

BERPANAS DEMI SEGULUNG IJAZAH



ALOR SETAR - KEDAH;
Demi menampung perbelanjaan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam pengajian Islam, seorang pemuda sanggup berdiri dan berpanas di tepi jalan yang sibuk untuk mempromosikan jualan air soya.

Syahir Asyraf Azis, 21, lulusan Diploma Pengajian Islam dari Universiti Sultan Azlan Syah, Kuala Kangsar, Perak, memulakan perniagaannya selepas tamat pengajian Disember tahun lalu.

"Saya bercadang melanjutkan pelajaran tahun depan, sama ada di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu serta tidak menolak jika mendapat tawaran di Mesir.

"Bidang ini sebagai ilmu pengetahuan dan minat tetapi tidak berniat untuk makan gaji apabila tamat nanti kerana saya bercita-cita untuk menjadi usahawan," katanya.

Aksinya berdiri di tepi jalan itu menarik perhatian netizen apabila tular selepas dimuat naik seorang pelanggannya di laman sosial.

"Alhamdulillah, selepas mendapat perhatian di laman sosial, jualan semakin baik dan mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari," katanya.

Gerainya di tepi jalan utama Alor Janggus-Alor Setar berhampiran Simpang Kuar, di Alor Setar, dibuka setiap hari kecuali Jumaat.

#AcoTeam
#SiMpLe AnD sOLiD💫
                   

No comments:

Post a Comment