Sunday, May 21, 2017

ANWAR PM PAKATAN HARAPAN, PPBM TIADA HAK



Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Itu pendirian Angkatan Muda Keadilan (AMK), apabila Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad bertegas mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pada PRU14.


Katanya, Anwar adalah individu paling layak menyandang jawatan itu berdasarkan kejayaan dan rekod kepimpinan beliau.



“Tanpa ragu-ragu AMK mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan supaya kita menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita dalam PRU-14.


“Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya dalam ucapan dasar sempena Kongres Nasional PKR di sini hari ini.


Nik Nazmi dalam pada itu, mengakui rakyat di negara ini masih meragui kemampuan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara disebabkan kegagalan menguruskan perbezaan secara matang.


Katanya, parti pembangkang perlu jujur mengakui kelemahan itu sehingga pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku.


“Ia adalah tragedi besar jika kita mengambil kira potensi peralihan kuasa buat kali pertama sejak merdeka. 


“Mentaliti pembangkang yang masih menebal menyebabkan kita gagal mengurus perbezaan secara matang,” ujarnya.


Nik Nazmi dalam pada itu menyeru rakan pembangkang membina gandingan kemenangan yang lebih luas dengan berusaha mendapat undi Bumiputera terutama di kawasan FELDA, kem tentera serta di Sabah dan Sarawak.-



No comments:

Post a Comment