Sunday, April 30, 2017

PAKATAN DAP HARU BIRU SEJAK MUNCUL PAN DAN PPBM




Dengan cubaan untuk menghancurkan PAS dari dalam oleh gerakan halus DAP dan PKR, akhirnya Pakatan Rakyat menjadi celaru haru biru setelah munculnya PAN.

Harapan DAP dan PKR, PAS akan hancur dan berharap mejoriti ahli PAS akan menyertai PAN. Nampaknya harapan cuma tinggal harapan, Pakatan Rakyat berkubur tanpa nisan. PAS masih lagi kekal utuh, PAN hidup segan dengan mengharapkan dedak dari DAP, mati bila-bila masa sahaja kalau DAP nak.

Oleh kerana Pakatan Rakyat sudah hancur, maka DAP menubuhkan pula Pakatan Harapan. Mungkin simbolik kepada harapan mereka yang sudah hancur musnah.


DAP berharap dengan memecahkan PAS akan mengurang undi kepada parti Islam tersebut dan pergi kepada PAN. Namun mereka lupakah undi penyokong PAS juga akan berkurang kepada mereka. 


PAN ini parti  yang tidak ada pendirian, bercelaru dan tiada halu tuju yang jelas. Pergi mana-mana pun masih menjual nama pemimpin kesayangan PAS, Allahyarham DatukTuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Macam mana nak maju jika masih berharap kepada populariti Tokoh PAS ? 

Sememangnya kedudukan PAS agak tergugat apabila puak Erdogan keluar dengan membawa sekali kerusi yang mereka menangi atasi tiket PAS, namun ini sebenarnya ubat untuk PAS membersihkan golongan hipokrit dan parasit dalam PAS.


Tak guna simpan golongan yang mendokong dan membawa aspirasi DAP berbanding aspirasi Islam PAS. Dahulu golongan inilah berdegar-degar dalam dewan membawa hukum Islam dan hudud dalam parlimen, hari ini mereka pula menentang habis-habisan.
 

Apabila PPBM muncul dan menghulurkan tangan persaudaraan dengan DAP, maka harapan DAP bersama pakatannya PKR dan PAN mula kembali berbunga-bunga kembali. Dengan slogan "Selamatkan Malaysia", DAP berharap aura Tun Dr. Mahathir mampu menghancurkan UMNO dan PAS sekaligus.


UMNO dilihat bergolak dan berpecah teruk. Idola kebanyakan ahli-ahli UMNO Tun Mahathir kali ini dilihat mampu meruntuh dan menghancurkan UMNO.

Malang sungguh, kata orang tua-tua, jangan seronok sangat dengan kawan baru, nanti jadi bunga taik. PPBM terdiri daripada mereka yang gila kuasa, gila duit dan penuh tipu muslihat untuk menjatuhkan  lawan mahu pun lawan.

Ianya boleh diibaratkan menjemput ular masuk ke dalam rumah. DAP mungkin tidak sedar yang mereka sedang menjemput ular masuk ke dalam Pakatan Harapan. Tapi liarnya sudah kelihatan.

Sebaik-baik saja diterima masuk ke dalam Pakatan Harapan, PPBM sudah mebuat onar dengan menunjukkan kuasa. PPBM mahu Pakatan Harapan dibawah satu lambang, dibawah satu nama untuk menentang Barisan Nasional.

Ramai pemimpin DAP menolak dan tidak bersetuju dengan saranan pemimpin PPBM yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir. DAP bimbang dengan adanya lambang baru pengikutnya akan hilang dan pengaruh mereka sebagai pemegang kuasa unid kaum Cina akan lenyap.

Sememangnya kebimbangan mereka ada asasnya, empat pemimpin DAP Melaka mengisytiharkan keluar dari DAP yang mana selepas itu disusuli pula dengan 180 ahli DAP bertindak keluar parti. Kepimpinan DAP hari ini tidak lagi dilihat membawa aspirasi DAP yang asal, Malaysian Malaysia.

DAP hari ini mengalami krisis kepimpinan yang cukup meruncing. Pemilihan CEC mereka masih tidak disahkan oleh ROS sehingga hari ini. Lim Guan Eng masih lagi menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP yang tidak sah.

Dengan segala kecelaruan dan caca marba pakatan pembangkang ini menyebabkan rakyat dan ahli mereka sendiri tidak lagi yakin dengan kepimpinan mereka. Semakin hari rakyat melihat pembohongan mereka makin terserlah.

Gabungan mereka kini sudah retak, cuma menanti terbelah dan hancur sahaja.  fitnah mereka makan tuan. Kali ini setiap kali mereka membuka mulut bagaikan memberi peluru kepada  UMNO / Barisan Nasional.

Kali ini kita dapat melihat hukum karma berlaku depan mata kita. Sekarang ni pun mereka saling bergaduh sesama sendiri. Kerana apa semua ini berlaku ?

Kerana DAP memang tidak pernah percaya kepada rakan politiknya.Masing-masing tiada keihklasan dalam perjuangan politik mereka.

Saturday, April 29, 2017

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

Take a look at @NajibRazak's Tweet: https://twitter.com/NajibRazak/status/857245520833658880?s=09

DAP PENGHASUT PEROSAK KEHARMONIAN MASYARAKAT




 Tiada ada apa yang disumbangkan oleh DAP melainkan kerosakan dan haru-hara dalam negara. Sejak DAP mengetuai Pakatan pembangkang banyak haru hara yang mereka telah timbulkan. Antara BERSIH 1 hinggalah BERSIH 5. 

BERSIH 1 pada mulanya memecahbelah perpaduan keharmonian rakyat. Perpecahan ini berlanjutan sehingga BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4...dan apabila BERSIH 5 dilancarkan, ternyata ianya semakin kurang, rakyat sudah tidak lagi mempercayai pakatan yang dikuasai DAP. 

Jelas sekali DAP merupakan kepala dalam mengetuai Pakatan Harapan sebagai "pak hasut" dan menanam kebencian kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat. 

Tindakan DAP ini menjadi ancaman kepada sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. DAP sebenarnya memusuhi pilihan rakyat, dan mahukan sekelompok manusia sahaja menguasai negara. 

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara ini sangat membimbangkan, kerana ianya boleh mengugat keharmonian masyarakat yang berbilang kaum yang selama ini hidup dengan aman dan damai. Jika dibiarkan DAP dan sekutunya terus menghasut rakyat, dibimbangi negara akan jadi porak peranda dan haru-hara.

"Kita jangan membiarkan DAP terus mempergunakan hasutan dan memainkan sentimen perkauman demi mendapatkan kuasa pemimpin-pemimpin dalam parti itu."
"Kita lihat pada pilihan raya umum lalu, DAP menggunakan slogan Ubah untuk mendapatkan sokongan rakyat khususnya komuniti Cina.

"Kita perlu terus berpegang kepada nilai teras Barisan Nasional (BN) iaitu kerjasama, semangat konsensus dan kita akan pastikan perpaduan yang unggul untuk rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab di sini malam ini.


Friday, April 28, 2017

ISU TRW, MARA, UNIKL - TAN SRI ANNUAR JAWAB







 “Saya tidak pernah mengelu­arkan sebarang arahan atau me­maksa mana-mana syarikat un­tuk membeli pakej berkenaan terma­suk PMB dan UniKL."

Jelas Tan Sri Annuar Musa dalam keterangannya kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhubung isu tuduhan penyelewengan pengiklanan untuk pasukan bolasepak Kelantan. 



Beliau yang ketika ini dinasihatkan untuk bercuti sementara daripada tugas sebagai Pengerusi Mara dan Pe­la­buran Mara Berhad  (PMB) menegaskan yang beliau tidak terlibat langsung dalam run­dingan pembelian pakej komer­sial atau iklan membabitkan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola se­pak Kelantan, The Red Warriors (TRW).


Tan Sri Annuar menjelaskan, sejak dari 2008 lagi TRW merupakan satu-satunya pasukan bola sepak yang tidak mengamalkan konsep penajaan dan menggunakan dana hasil daripada pembelian pakej komersial yang membo­leh­kan logo mana-mana syarikat­ terlibat diletakkan pada jersi mengikut kedudukan dikehendaki.


Sudah menjadi kelaziman pengiklan yang ingin memasarkan produk dan jenama mereka pada jersi pasukan TRW perlu membayar dalam jumlah-jumlah tertentu mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh TRW. 


Oleh kerana TRW tidak menggunakan konsep CSR  seperti pasukan bolasepak yang lain ,tetapi menawarkan pakej kormesial yang lebih menguntungkan. Setiap tahun ramai penaja berusaha untuk meletakkan iklan mereka pada jersi TRW. Sinar Harian antara syarikat yang menaja TRW selama 7 tahun. 

Isunya adakah berlakunya salahlaku atau penyelewengan di mana-mana dalam isu berkaitan penajaan ? Keduanya adakah berlakunya Conflict of interest dalam membuat keputusan soal penajaan ? 

Ada pihak-pihak tertentu cuba mengambarkan seolah-olah MARA yang rugi kononnya TSAM menggunakan kuasanya. Padahal harga tajaan atau harga pakej komersial adalah open market. Tiap-tahun banyak syarikat berebut-rebut nak meletakan iklan di jersi TRW. Tidak pernah ada syarikat yang dapat dua tempat dengan harga RM200 ribu. Sebenarnya MARA yang lebih dapat untung dari syarikat lain. 

Hatta kementerian pelancongan nak letak "Visit Malaysia" pun kena bayar RM sejuta. Azizan Osman dot com bayar setengah juta, Syarikat Adabi bayar setengah juta, syarikat-syarikat Telco bayar dua juta. Belum pernah dalam tempoh 10 tahun ini ada syarikat yang membeli pakej kormesial TRW dengan harga RM200 ribu  seperti yang MARA dapat untuk  dua tempat dalam jersi untuk sepanjang tahun. 

Itu pun bukan dua tempat iklan di baju TRW sahaja,kerana bersama itu ada pakej iklan lain sepanjang tahun contoh iklan LED disekeliling stadium sepanjang tahun, dapat apperance players dan pelancaran jersi pun dibuat di MARA.

Jelas yang mendapat keuntungan disini adalah MARA, bukannya TRW. Gambaran yang dibuat oleh orang-orang tertentu adalah sebaliknya. Entahlah apa matlamat mereka sebenarnya, mungkin ada salahfaham atau sebab-sebab tertentu....

Dalam isu hal UniKL, mereka mempunyai polisi tersendiri dalam perkara terutama dalam hal penajaan, promosi, pemasaran dan lain-lain lagi.  UniKL mempunyai peruntukan khas untuk tujuan seperti itu jadi tidak timbul isu mengunakan biasiswa atau tajaan. Dalam kes UniKL dengan TRW, tempat iklan mereka pada asalnya berharga RM1 juta, setelah berunding dengan panjang lebar, UniKL hanya dikenakan separuh saja dari bayaran tersebut iaitu RM500 ribu sahaja. Ini merupakan satu situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. 

Apa yang menjadi isu atau  ialah apabila MARA mendapat dua tempat untuk meletakan iklan dengan harga yang murah iaiatu RM200 ribu bagi tempoh setahun. Inilah yang cuba dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu bagi menunjukkan berlaku salahlaku campurtangan pihak-pihak yang ada kepentingan.

Semua orang sedia maklum bahawa Tan Sri Annuar adalah Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB), pernah menjadi Presiden KAFA, dan kedudukannya di UniKL hanyalah Pro Canselor UniKL yang hanya menyampaikan ijazah kepada graduan setahun sekali tidak ada langsung kuasa esekutif yang membolehkannya membuat keputusan. Jika dirujuk kembali isu iklan MARA RM200 ribu yang terdapat di jersi TRW ianya bukan urusan ahli lembaga pengarah sebaliknya hanya diperingkat pengurusan. 






 


JANGAN BENCI UMNO, AHLI PAS PERLU IKHLAS DAN REDHA




 Ahli-ahli Pas khususnya yang menganggotai Dewan Ulama dinasihatkan supaya tidak membenci ahli-ahli UMNO malah sebaliknya, mereka sewajarnya didekati.

Wakil Dewan Ulama Pahang, Azhar Jaafar, ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulama pada Muktamar Ke-56 sayap berkenaan petang ini berkata, sebagai pendakwah, ahli-ahli Dewan Ulama perlu mempunyai hikmah dan berilmu.

Katanya, kedua-dua perkara berkenaan penting sekiranya parti mahu memastikan konsep 'Negara Sejahtera' yang sedang diperjuangkan diterima baik oleh rakyat.

"Kita perlu ada adab zahir dalam memasarkan konsep ini kerana ia merupakan satu perkara besar yang menjadi penyelesaian kepada permasalahan rakyat.

"Kita perlu ada sikap ikhlas, reda dan amalkan apa yang dikatakan dan jangan benci orang yang kita mahu jualkan konsep ini," kata beliau.

Sementara itu, wakil Dewan Ulama Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya ketika membahaskan perkara yang sama berkata, Pas mempunyai kekuatan untuk menjayakan konsep 'Negara Sejahtera' walaupun tidak dibantu oleh pihak lain.

Kata beliau, perkara ini jelas apabila indeks jenayah di Selangor berjaya diturunkan daripada 57,000 kepada 32,000 dalam masa lima tahun bermula tahun 2008 melalui pelbagai program tarbiah.

"Pas terus buat kerja walaupun pada ketika itu banyak tangan-tangan kiri yang DAP lakukan, pesta arak dan sebagainya.

"Ini bukan kehebatan pakatan pembangkang yang dahulu kerana ia sudah dihancurkan oleh DAP," tegasnya.

Tambah beliau, perjuangan Pas pada ketika ini, terutamanya berhubung Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 merupakan usaha yang amat mengetuk pintu rahmat.

Oleh itu, kata beliau, Pas tidak perlu bimbang sekiranya terpaksa meneruskan perjuangan secara bersendirian. - UTUSAN ONLINE

Thursday, April 27, 2017

LAPORAN KEMALANGAN BAS EKPRESS BAKAL DIDEDAH




Laporan lengkap berhubung kemalangan bas ekspres di Kilometer (KM) 137.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh yang mengakibatkan 14 kematian dan 16 penumpang cedera pada 24 Disember tahun lalu, akan didedahkan kepada umum tidak lama lagi selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan lengkap itu telah dikeluarkan, dibentang dan di­terima oleh Kabinet pada 1 Mac lalu.

Kata beliau, analisis komprehensif te­lah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang merangkumi empat aspek utama iaitu keadaan jalan raya dan persekitaran, pembinaan dan reka bentuk bas, operasi bas dan penguatkuasaan.

“Penambahbaikan dari aspek tersebut telah dikenal pasti dan kerajaan komited untuk mengambil langkah sewajarnya ba­­gi meningkatkan tahap ke­se­lamatan perkhidmatan bas di negara ini ter­uta­manya pengajaran daripada insiden yang berlaku di jalan raya,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Yahaya Mat Ghani@Abbas yang meminta kerajaan menyatakan kemalangan bas ekspres yang begitu kerap dan serius serta apakah langkah yang sedang dilakukan untuk memastikan keselamatan penum­pang terjamin.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, makmal kerja Transformasi Bas Ekspres telah diadakan oleh Suruhanjaya Peng­angkutan Awam Darat (SPAD) pada 20 Februari sehingga 7 April lalu untuk membuat penambahbaikan perkhidmatan dan operasi industri bas ekspres di Malaysia.

Kata beliau, laporan kemalangan Pa­goh juga telah diguna pakai sebagai rujukan utama dalam menggariskan transformasi industri bas ekspres di negara ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, kadar kematian membabitkan kemalangan jalan raya di negara ini mencatat penurunan.

Katanya, nisbah kemalangan maut bagi 10,000 kenderaan didaftarkan me­nunjukkan kira-kira empat peratus pada tahun 2015, berbanding 2.59 peratus yang dilaporkan pada tahun lalu.

“Sasaran kementerian adalah untuk mencapai nisbah ke­ma­langan maut dua pe­­ratus menjelang 2020 bagi 10,000 kenderaan berdaftar.

“Bagaimanapun, pihak kami dapati kadar kemalangan jalan raya di negara ini mencatat peningkatan iaitu sebanyak 521,466 kes di­­­­­­rekodkan pada tahun lalu berban­ding 489,606 kes dilaporkan pada tahun sebelumnya,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang meminta statistik kemalangan jalan raya di negara ini.



MCA SEDIH DAN MAHU KEADILAN UNTUK ADIK THAFIQ




Semalam negara dirundung kedukaan apabila mengetahui adik Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi 11 menghembus nafas terakhirnya pada jam 2.05 petang.  Pelajar Tahfiz swasta ini dipercayai didera oleh pembantu warden sehingga dia mengalami kecederaan serius di kaki dan tangannya sehingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk seri Wee Ka Siong dalam satu status di facebooknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga adik Mohd Thaqif diatas kehilangan anak mereka yang tersayang. 

Datuk Wee merasai kesedihan keluarga adik Mohd Thaqif, beliau berharap pihak polis dapat menyiasat kes ini dengan segera dan mahukan mereka yang bersalah dikenakan tindakan yang sewajarnya. 

Dalam pada masa yang sama, beliau mahukan masyarakat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh merumitkan lagi keadaan.




Berikut adalah kenyataan Media Datuk Seri Wee Ka Siong :-

MCA Deputy President YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong:-

Dukacita menerima berita kematian pelajar Tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun, tengahari tadi. Takziah kepada ahli keluarganya.

Saya menyeru pihak Polis menyiasat kes ini secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana individu terbabit, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.

Bagaimanapun pada masa yang sama, saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan hanya merumitkan lagi keadaan.

***

Shocked and very sad to hear about Thaqid Amin's passing in Johor. Wishing my deepest condolences to his family and friends  The whole incident has been very regrettable and unnecessary.

I urge the authorities to fully investigate the cause of this and take the appropriate actions. Not only for this incident but hopefully, to prevent all future unwarranted actions that threaten the life and limb of our students.

****

刚刚接获疑遭舍监以水管鞭打的11岁泰菲克阿敏小弟弟,今日不幸离世的消息,心情无比的悲痛,也藉此向其家属致哀,并表达我最深切的慰问。

我也在此呼吁警方务必查明真相并且严明办案,以便将涉案者绳之以法,确保类似的悲剧不再重演。






 

Tuesday, April 25, 2017

OPERASI TAHAN KENDERAAN BERAT MELEBIHI MUATAN



 Kenderaan mereka besar berkali ganda, muatan mereka kadang-kadang melebihi had yang dibenarkan, bahkan mereka memandu lebih laju daripada had yang dibenarkan, mereka yang dimaksudkan ialah pemandu lori yang sering mendapat aduan orang ramai kerana memandu secara bahaya tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. 

Baru-baru ini satu  operasi telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan lori-lori kenderaan pengangkutan perdagangan yang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan.

Operasi yang dijalankan sekitar Bandar Tun Razak, batu 9 Cheras dan Hulu Langat telah berjaya menahan 16 buah lori untuk diperiksa. 10 daripada kenderaan ini didapati telah membawa muatan yang melebihi 130 peratus, manakala  lagi lori membawa muatan melebihi ketinggian panel sisi. Operasi ini dibantu oleh beberapa agensi penguat kuasa yang lain. 

 Kesalahan mereka bukan sahaja membawa muatan yang melebihi had malah menggunakan jalan bandar pada waktu kemuncak selain memotong kenderaan lain secara bahaya.Ada juga lori yang gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan, lesen pengendali dan juga tiada permit kenderaan, lesen pengendali. 

Menurut Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, mereka semua direkodkan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.






 


JERIH PERIH PERJUANGAN UMNO MEMBELA AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR




BUKAN mudah sebe­nar­­nya untuk membina sebuah parti politik.
UMNO sendiri untuk mencapai usia 71 tahun terpaksa menongkah penuh getir arus persada politik negara.

Ada ketikanya tersadung sehingga diharam­kan pada 1988, tetapi bangkit semula dan 
berdiri gagah hingga ke hari ini.

Ada parti yang baru ‘setahun jagung’ se­perti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikepalai Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Tetapi lagaknya bagai sudah bertahun-tahun dalam arena sehingga ditempelak ahli sendiri.

Ada pula kerana dek keterujaan menubuhkan parti seperti Parti Bebas Rasuah (PBR) dike­tuai Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor sampaikan sanggup ‘mencuri’ parti orang lain.

Kesemua ini kerana begitu ghairahkan kuasa dan jawatan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PRU-14 merupakan titik penentu kepada destini rak­yat dan negara.

Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak.

Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis

Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman.

Hendaklah selalu be­ringat. Betapa susah payahnya bapa-bapa pe­ngasas membina apa yang dinikmati hari ini.

Sesungguhnya rakyat terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Dr. Mahathir dan Tun Abdullah.

Sebaliknya, di satu sudut lagi, jalan bersimpang siur, ke­lam dan gelita, dibina atas 
fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat terpedaya dengan siulan menuju 
lorong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam.

Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kehilangan harta, 
ia boleh dicari ganti.

Jika hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. 
Tetapi jika kecundang dalam perjuangan ini, sudah tidak punya apa-apa lagi pada diri. 
Akan melukut di tepi gantang.

Akhirnya, merempat di tanah sendiri.

Bumi mana tak ditimpa hujan. Laut mana tidak bergelora.
Dan bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersadung atau tersalah langkah.

ZULKIFLI JALIL 

MCA TAIPING MOHON MAAF DAN SEGERA BETULKAN KESILAPAN



Kesilapan ejaan "PERTABALAN" yang tidak disengajakan yang berlaku pada MCA Taiping yang tertulis "PERBATALAN" telah disedari dan diperbetulkan dengan segera oleh pihak MCA Taiping. Justeru itu pihak MCA Taiping dengan segera telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan insiden ini. 

Admin menyertakan disini permohonan maaf MCA  Taiping seperti dibawah; 

Selamat Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan.
 
Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula. 

Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku di atas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tulus ikhlas daripada 
Cik Ang Sui Eng, 
Pengerusi MCA Bahagian Taiping

Kita menyedari kesilapan sebegini boleh berlaku dimana-mana dan oleh sesiapa sahaja, namun tindakan pantas MCA Taiping membetulkan kesilapan ini dan meminta maaf merupakan satu sikap yang terpuji. Menyedari kesilapan berlaku, mereka dengan pantas membetulkan semula. 

Semoga tidak ada pihak mengambil kesempatan membesar-besarkan perkara ini memandangkan permohonan maaf telah pun dibuat. Apatah lagi pihak yang berkenaan menyedari dan membetulkannnya dengan segara. 

Dalam pada itu kita melihat rakyat Malaysia sangat positif dan memahami ianya hanyalah kesilapan yang tidak disengajakan. Siapa yang tengok pun boleh faham, ianya hanya kesilapan ejaan sahaja. 

Apa yang bagusnya, kepantasan pihak MCA Bahagian Taiping menyedari perkara ini dan membetulkannya dengan segera serta mencetak semula banner yang dengan perkataan yang betul. Ini jelas menunjukkan keikhlasan MCA Taiping menerima teguran, meminta maaf dan membetulkan kesilapan ini dengan segera. 

Begitulah sikap peka MCA Bahagian Taiping yang begitu menghormati dan memahami sentiviti rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Dalam pada masa yang sama MCA mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang begitu prihatin dan berharap kesilapan yang tidak disengajakan ini tidak akan berulang. 

Monday, April 24, 2017

HINDRAF PENCETUS PERPECAHAN KAUM, BUKAN DR. ZAKIR




Saya tidak berhasrat membela bait puisi Dr Maza yang pada saya tidak mencerminkan kebijaksanaan dalam berkata-kata, namun  dengan mengaitkan perkataan Maza dengan Dr. Zakir adalah satu pembohongan. 

Lagipun ianya juga berpunca daripada tindakan beberapa kumpulan pelampau Hindu Hindraf menyerang cendekiawan Islam dengan menuduhnya pencetus kepada keganasan dan menghina agama Hindu, yang mana menyebabkan umat Islam di Malaysia marah dan bangkit mempertahankan agamawan tersebut.

Tuduhan tersebut perlu dibuktikan dengan fakta bukan dengan semberono menyondol begitu saja. Saya yakin Dr. Zakir Naik sudi untuk berdiskusi dengan mereka dengan tangan terbuka.

Namun persoalannya bolehkah mereka menerima kebenarannya ?   

DAP CUBA PERBODOHKAN MELAYU UNTUK TERUS BERKUASA






DAP Perlukan Pengundi Lebih Dari 200 Ribu dan Sokongan 50% Undi Melayu Untuk Menang PRU14Cuba kita bayangkan pada PRU13 yang lalu, bagaimana majority luar biasa telah dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang dan juga Selangor.

Dari manakah datangnya pengundi yang begitu banyak sekali.DAP secara berleluasa memindahkan para pengundi dalam usaha untuk mencipta kemenangan lebih besarpada pilihan raya akan datang. Itulah yang didedahkan oleh

Blog SelangorDaily (www.selangordaily.com).

Blog itu berkata, selain pemindahan pengundi-pengundi lama dari kawasan-kawasan yang sudah pasti akan dimenangi oleh DAP, parti pembangkang itu juga giat memindahkan pengundi-pengundi baru ke kawasan-kawasan yang boleh memberikan kemenangan kepada mereka secara giat.

Maka tidak hairanlah, kawasan-kawasan seperti Sementa, Lembah Jaya, Kajang dan sebagainya menyaksikan lebih ramai pengundi Cina pada PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13) nanti. Itulah juga sebabnya, apabila SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melakukan pembersihan dan pengaturan semula, pihak yang paling kuat memekak adalah DAP.

Pakatan  pembangkang sedar bahawa sokongan daripada rakyat, khususnya pengundi Melayu semakin berkurangan dan seandainya dibiarkan berterusan tanpa helah pemindahan pengundi maka pembangkang terutama PKR akan berkubur manakala DAP pula hanya akan kekal sebagai sebuah parti kecil-kecilan seperti sebelum 2008.

DAP merupakan pelopor kepada teknik pemindahan pengundi. DAP tahu, kawasan-kawasan di mana mereka menang besar seperti di Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tanjung, Petaling Jaya Selatan dan sebagainya menyediakan lebihan pengundi yang tidak diperlukan pun.

Daripada membazirkan pengundi-pengundi tersebut, adalah lebih baik mereka dipindahkan ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dirampas oleh DAP.

Perlu juga kita lihat bagimana  keputusan Pas yang mahu bertanding di 60 kerusi daripada keseluruhan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, menyusut tujuh kerusi berbanding jumlah yang ditandingi parti itu pada 2008.

Katanya, persoalannya apakah tujuh kerusi yang dilepaskan itu untuk diserahkan kepada sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP yang pernah berura-ura mahu meletakkan calonnya di kawasan majoriti Melayu.

Rakyat harus ingat sekiranya DAP memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRU-14 nanti, ia masih belum cukup bagi parti itu menubuhkan kerajaan atau membuat pindaan Perlembagaan dengan majoriti dua pertiga. Dengan itu kaedah menindahkan pengundi dilakukan secara senyap.

Sekarang ini, rakyat secara jelas melihat strategi DAP hanyalah untuk memindahkan kuasa daripada UMNO/BN kepada DAP/PR. Pas sedikit demi sedikit dianggap sebagai sebuah parti yang bukannya berjuang untuk agama, tetapi lebih cenderung kepada perasaan cemburu serta dendam lama terhadap UMNO.

Dalam statistic yang telah dikeluarkan oleh roketkini, kita akan dapat membuat perkiraan bahawa DAP sekarang sedang memberikan tumpuan kepada  kawasan kawasan yang kalah tipis dan berusaha untuk memindahkan pengundi kesana bagi menguat dan memenangi kerusi tersebut.

DAP juga mendapat manfaat apabila menjadi anggota PR dan perlu terus bergerak dalam kerangka kerja PR yang berasaskan kerjasama dan saling kebergantungan untuk memenangi lebih banyak kerusi.

Daripada segi jumlah kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi, DAP telah melangkah jauh sejak 1999.

Daripada hanya memenagi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia pada PRU 1999 serta 11 kerusi Parlimen dan 15 DUN pada PRU 2004, DAP terus melonjak jauh dengan memenangi 26 kerusi Parlimen dan 72 kerusi DUN pada PRU 2008.



Jumlah kerusi yang dimenangi DAP terus meningkat pada PRU 2013 dengan 31 Parlimen dan 91 DUN di Semenanjung Malaysia.

Peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan 2013 berlaku di kawasan yang gagal dimenangi DAP sebelum itu iaitu di kawasan yang pengundi Cina kurang daripada 60%.

Contohnya, pada 1999 hanya satu daripada 10 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Nibong Tebal, Pulau Pinang, 47% pengundi Cina) dan hanya satu daripada 11 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Bachang, Melaka, 45% pengundi Cina).

Pada 2004, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% dan hanya satu daripada 15 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Sekinchan, Selangor, 57% pengundi Cina).

Keadaan berubah pada 2008 apabila 11 daripada 26 kerusi Parlimen (42%) yang dimenangi DAP mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Tiga daripada 11 kerusi Parlimen ini (Puchong, Seremban, Bakri) mempunyai lebih 40% pengundi Melayu.

Daripada 72 kerusi negeri yang dimenangi DAP pada 2008, sepertiga (24 kerusi) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Dua daripada 24 kerusi ini mempunyai pengundi Melayu lebih daripada 40% (Sekinchan dan Bachang).

Walaupun PR belum dibentuk menjelang PRU 2008, DAP jelas mendapat manfaat daripada penyelarasan dengan PAS dan PKR bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, selain kerjasama menerusi beberapa gerakan, termasuk Bersih 1.0.

Kerjasama rasmi menerusi PR telah membantu DAP memenangi lebih banyak kerusi pada 2013.

Daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP itu, 16 (52%) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Malah, sembilan daripada 15 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 2).

Banyak kerusi Parlimen yang gagal dimenangi DAP pada 2008 tetapi berjaya direbut pada 2013 merupakan “kerusi campuran”, termasuk Kluang (49% Cina), Gelang Patah (52% Cina) dan Kulai (56% Cina).

DAP juga berjaya memenangi kerusi Parlimen Raub yang majmuk (49.7% Melayu dan 40.3% Cina). Ini adalah pencapaian besar DAP daripada banyak segi.

Daripada 91 kerusi DUN yang dimenangi DAP, hampir separuh daripadanya – 44 kerusi (48.4%) – mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60%. 15 daripada 45 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 3).

Lebih penting daripada itu, DAP memenangi tiga kerusi negeri yang merupakan kerusi majoriti Melayu, iaitu Derga, Kedah (56% Melayu), Mentakab, Pahang (52% Melayu) dan Duyong, Melaka (50.3% Melayu).

DAP tidak mungkin dapat meningkatkan bilangan kerusi yang dimenanginya tanpa peningkatan sokongan orang Melayu, hasil kerjasama dalam PR, khususnya bagi kerusi yang jumlah pengundi Melayunya agak besar.

Kerjasama dan saling bergantungan dalam PR inilah yang akan terus mengukuhkan DAP dan memperbaiki pencapaiannya pada PRU ke-14.

Lihat jadual peningkatan dan keperluan pengundi oleh DAP

http://www.roketkini.com/2013/11/27/mesej-jelas-kpd-rakyat/

http://sejarahmelayu.blogspot.my/2012/05/kebodohan-guan-eng-guna-data-daftar.html

Dari: RMF7.

Sunday, April 23, 2017

ECRL PROJEK BERIMPAK TINGGI UNTUK RAKYAT




Kerajaan bersungguh melaksanakan pelbagai projek yang berimpak tinggi adalah untuk manfaat masyarakat setempat dan rakyat khususnya. Oleh itu pelbagai projek dilaksanakan terutama yang berskala besar adalah bagi membawa perubahan transformasi kepada landskap sosioekonomi negara yang mana ianya juga akan dinikmati oleh rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional hari ini bukan jenis yang berjanji kosong, apa yang dikatakan ianya akan dilaksanakan. Ini membuktikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukanlah retorik semata-mata.

Contohnya projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang kira-kira 60km merupakan satu contoh projek infrastruktur berimpak tinggi atau InfraRakyat yang bakal mengubah sosioekonomi masyarakat di pantai timur. 

Soal selidik yang kerajaan telah jalankan menunjukan lebiih 96 peratus rakyat menyokong  projek ECRL ini kerana mereka sedar pulangan besar bakal menanti mereka selepas ianya berjaya dilaksanakan. Projek ini bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Ianya akan membuka peluang dan juga memberi pilihan kepada industri untuk mengeksport ba­rang­an sama ada ke Pelabuhan Kuantan di Pahang atau Pelabuhan Klang, di Selangor.


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menjelaskan, sebagai sebuah kerajaan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memakmurkan negara disamping memastikan keperluan rakyat dipenuhi. "Kita hendak projek yang boleh mencetuskan perubahan besar yang dikatakan sebagai transformasi". kata Perdana Menteri.

Negeri-negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan selama ini sudah pun mempunyai kemudahan jalanraya yang baik namun kemudahan ini perlu dipertingkatkan lagi bagi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi disana. 

Tahun 2017 ini akan membuka lembaran baru kepada negeri di Pantai Timur, laluan ECRL sepanjang 600 kilometer bakal menempatkan 23 stesen yang bermula dari Wakaf Baru hinggalah ke stesen Gombak dengan masa perjalanan lebih kurang 4 jam sahaja. 

ECRL ini jaga akan menghubungkan  pusat-pusat penindustrian utama dikawasan bandar. Penempatan stesen ECRL dirancang dengan strategik dibandar-bandar utama dengan perancangan pembangunan bandar yang berorentasikan pengangkutan. Antara di Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan Sentral bakal membawa potensi pertumbuhan di setiap ibu negeri. 

Penggunaan kereta api ECRL sudah tentu akan mengurangkan penggunaan jalan raya, yang mana ianya akan menjimatkan banyak kos termasuklah aspek keselamatan iaitu mengurangkan kemalangan jalan raya. 





Friday, April 21, 2017

PERANGAI ZAIRIL - DYANA BUAT GUAN ENG "STRESS"




Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng enggan mengulas mengenai kontroversi gambar intim yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Menurut Ketua Menteri berkenaan, beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi itu sekiranya perlu.

“Saya akan keluarkan kenyataan jika perlu dan tidak akan komen mengenai isu ini buat masa ini,” katanya kepada pemberita di sini pagi ini.


Sebelum ini, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, Zairil sudah menjelaskan mengenai kontroversi gambar yang dikaitkan dengannya itu dalam pertemuan bersama Guan Eng petang kelmarin.

Zairil menjadi tumpuan selepas beberapa keping gambar intim dan mesra yang dikaitkan dengan beliau bersama calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud tersebar di internet sejak kelmarin. – UTUSAN ONLINE



Thursday, April 20, 2017

TAK ELOK CEROBOH PRIVASI WANITA YANG BERCUMBU TU - DIANA



Gambar intim yang tersebar baru-baru ini yang dikaikan dengan Bekas calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menjadi tajuk hangat dalam media sosial dan media massa. 


Bagi Dyana penyebaran gambar yang "menyerupai beliau dan seakan-akan serupa dengan Zairil Khir Johari merupakan pencerobohan privasi dalam kehidupan individu tersebut.

Padanya sebaran gambar yang menyerupai beliau merupakan serangan peribadi yang ketiga dalam tempoh dua bulan. Bagi Dyana dia tidak ada masa hendak melayan penularan gambar tersebut dan sikit pun tidak menyimpan dendam kepada mereka yang menyebar gambar yang seakan-akan dirinya. 

 Mungkin pilihanraya umum semakin dekat kot? Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu, kata Dyana Sofya.

Pada Dyana perbuatan sumbang dikhalayak ramai dan ditempat awam itu merupakan privasi yang tidak boleh diganggu oleh sesiapa. Nampak jelas sekali bagaimana harapan Dyana jika parti pembangkang memerintah Malaysia.Perbuatan seperti itu akan menjadi halal dan dibenarkan. Dan masyarakat tidak boleh berkata apa-apa.

Patutlah RUU 355 mereka lawan habis-habisan. 







DAP WAKIL KEPADA KERAKUSAN KUASA BUKAN WAKIL MASYARAKAT CINA




Masyarakat Cina perlu sedar kepentinga mereka bakal terjejas dan ditidak diperdulikan selagi mereka terus memberi undi kepada DAP. Ini kerana mereka tidak boleh mewakili suara orang Cina dalam kerajaan seperti MCA. 

Oleh itu masyarakat Cina perlu sedar dan jangan terus terpedaya dengan dakyah DAP yang hanya memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. 

DAP tidak pernah habis dengan kontroversi. Tak habis dengan satu masalah mereka tambah lagi satu masalah. Mantan Setiausaha DAP Melaka, Liow Cheng Kwang, tanpa berselindung lagi menyatakan DAP telah hilang arah tuju yang jelas. 

Menurutnya pemimpin DAP hari sudah lupa pada perjuangan asal, mereka padanya telah membelakangkan asas tujuan DAP di tubuhkan iaitu memperjuangan semangat Malaysian Malaysia.

Padanya pemimpin DAP hari gila untuk berkuasa, sehinggakan sanggup bersekongkol dengan pemimpin PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang ahli DAP sendiri. DAP langsung tidak menjaga hati orang Cina, pemimpinnya memalukan terlibat dengan pelbagai kes yang memalukan termasuklah rasuah yang selama ini kononnya merekalah berjuang membasmikannya. 

Oleh itu masyarakat Cina perlu berhenti daripada mempercayai permainan retorik DAP dan kembali menyokong MCA yang selama ini telah berjasa membawa suara masyarakat Cina dalam kerajaan. 

MCA lah selama ini menjadi nadi suara masyarakat Cina dalam kerajaan bukan DAP. Apa sahaja keperluan orang Cina dibawa oleh MCA bukannya DAP. DAP lebih sibuk dengan bermusuhan dengan semua orang, terbaru ialah bekas rakan sepakatan mereka PAS. 

Bukankah mereka dahulu lah yang memuji dan memuja PAS. Hari ini mereka memaksa orang Cina menolak PAS. Bukankah ini jelas menunjukkan perbuatan mereka hanya untuk mendapat kuasa sahaja. 

Apakah DAP fikir orang Cina ini boleh diperkotak katikan lagi seperti PRU 13 yang lepas. Bila berkawan dgn PAS, kena sokong PAS. PAS baik dan macam-macam lagi. Bila bergaduh dengan PAS, PAS suda jadi jahat dan perlu ditentang ?

Tapi inilah DAP, menggunakan sentimen kaum untuk mendapatkan keuntungan kepada mereka sahaja. Selepas berjaya apa yang mereka usahakan, mereka melupakan janji-janji kepada rakyat. 

Tengoklah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berapa kali dia berada di kawasan parlimennya untuk melihat dan membantu rakyat ? Hari ini penduduk di Gelang Patah sendiri tertanya-tanya dimana ahli parlimen mereka untuk diminta bantuan. 

Admin nasihatkan penduduk di Gelang Patah anggaplah pemimpin mereka sudah tidak ada. Ada pun macam tak ada, apa yang penting pada PRU ke 14 akan datang, carilah pemmpin yang boleh membantu rakyat bukannya membawa cerita-cerita kosong dan tidak bermanfaat. 

Masyarakat perlu sedar, banyak sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina yang mendapat bantuan kerajaan adalah hasil dari usaha kerja gigih yang dibuat oleh pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong dan pemimpin-pemimpin kanan MCA yang lain. Untuk rekod  sekolah vernakular Cina mendapat peruntukan RM100 juta setiap tahun sehingga tahun 2012, dan selepas itu pada tahun 2013 sebanyak RM50 juta telah di beri setiap tahun.

Pendek kata, perjuangan MCA untuk masyarakat Cina tidak pernah luntur. 

SIAPA INDIVIDU MISTERI DI SEBALIK SKANDAL PROJEK TAMBAK LAUT ?





Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak supaya mengemukakan semua kontrak persetujuan dengan syarikat SRS Konsortium secara tanpa syarat.

Naib Pengerusi Gerakan ne­geri, Oh Tong Keong berkata, tindakan berkenaan perlu dilakukan kerana permohonan yang dibuat oleh ahli parti itu sebelum ini untuk mendapatkan maklumat tentang keluasan sebenar kawasan laut yang akan ditambak di bahagian selatan negeri ini telah ditolak oleh kerajaan negeri.

Dalam soal ini, Tong Keong berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap angkuh dan enggan mendengar suara rakyat ne­geri ini yang ingin tahu mengenai perkembangan projek berkenaan.


“Sebelum ini, Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pernah mengatakan bahawa sese­orang itu tidak perlu gentar de­n­gan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 sekiranya tidak pernah melakukan kesalahan.

“Atas prinsip berkenaan, kerajaan negeri tidak perlu gentar untuk kemukakan dokumen yang diminta sekiranya tidak ada kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo meluahkan kekecewaan apabila permohonan beliau untuk mendapatkan beberapa dokumen membabitkan projek tambak laut di negeri ini ditolak oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun perkara berkenaan dibenarkan menerusi polisi Kebebasan Maklumat negeri (FOC) yang diper­kenalkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut Tong Keong berkata, beliau telah beberapa kali membangkitkan isu laporan bertindih membabitkan projek tambak laut di sekitar Persiaran Gurney kerana berasa sangsi berhubung penglibatan beberapa individu misteri yang berada di belakang tabir dalam projek ber­kenaan.

Menurutnya, disebabkan wujud beberapa perkara meragukan, pihaknya mengesyaki Kerajaan DAP Pulau Pinang ‘tidak berani’ untuk mengemukakan kepada rakyat negeri ini tentang kandungan kontrak bagi projek penambakan laut di kawasan berkenaan dan Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) dan Seri Tanjung Pinang 2 (STP2) sehingga hari ini.



“Oleh itu, saya beranggapan bahawa projek tambak laut di bahagian selatan negeri ini juga melibatkan individu-individu yang masih tidak dikenali identitinya sehingga menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu mengemukakan perincian berhubung perkara ini.

“Lebih membimbangkan, pada peringkat awal projek dimaklumkan sebanyak 4,000 ekar tanah akan ditambak namun berubah menjadi 4,500 ekar pada 2015,” ujarnya.

- habis-



Wednesday, April 19, 2017

SITI KASIM BERANG ZAKIR NAIK DAPAT STATUS PR




PETALING JAYA: Peguam Siti Kasim mempertikaikan status penduduk tetap yang diberikan kepada Zakir Naik sedangkan masih ramai orang India di Malaysia belum mendapat kerakyatan.

Beliau mendakwa terdapat lebih kurang 300,000 orang India di Malaysia, sama ada Hindu atau Islam, tidak diberi kerakyatan meskipun berstatus penduduk tetap.

“Mereka masih PR meskipun sudah berdekad berada di sini. Kerajaan melambatkan kerakyatan mereka.

“Jadi mengapa perlu menambah seorang lagi orang India (Zakir Naik) sebagai PR?” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas mengenai laporan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita di Putrajaya bahawa penceramah kontroversi itu berstatus penduduk tetap.

Menurut Zahid, status penduduk tetap diberikan kepada Zakir kira-kira 5 tahun lalu. Zahid memegang portfolio tersebut pada 2013 menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam wawancara New Strait Times 29 November lepas menafikan kerajaan memberikan kerakyatan kepada Zakir.

Wawancara itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Zakir diberikan status penduduk tetap.

“Apa justifikasi memberikan PR kepada Zakir,” soal Siti. Beliau mengingatkan Zakir merupakan orang dikehendaki di negara asalnya, India, dan dilaporkan disekat daripada memasuki beberapa negara lain, seperti United Kingdom dan Kanada.
“Apa sumbangannya kepada Malaysia?” kata Siti lagi.

Zakir, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 dan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara baru-baru ini, disiasat pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang.

Waran tangkap tanpa ikat jamin dikeluarkan terhadap Zakir oleh Mahkamah Khas Akta Pencegahan Pengubahan Wang 13 April lepas kerana ingkar saman Direktorat Penguatkuasaan (ED), lapor India Today.

ED juga mendakwa Zakir terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang melalui pengucapan provokasi, dan mengalakkan permusuhan dan kebencian antara kumpulan agama berbeza.

Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan mahu memohon notis merah Interpol terhadap Zakir selepas penceramah kontroversi itu ingkar saman untuk tampil disiasat mengenai hal ehwalnya di India.

Notis merah merupakan instrument paling dekat kepada waran tangkap antarabangsa. Bulan lepas, polis Malaysia berjaya mendapatkan notis merah selepas meminta bantuan Interpol untuk menangkap 4 lelaki Korea Utara yang dikehendaki untuk disoal mengenai pembunuhan Kim Jong Nam di klia2 13 Februari tahun ini.

Sabtu lepas, Zakir dalam satu program dianjurkan kumpulan Perkasa mendakwa beliau akan diseksa jika pulang ke India, sebaliknya berkata pihak berkuasa negara itu perlu menyoal siasat beliau menerusi Skype dan kaedah tele-sidang.


Mohamad Fadli | April 18, 2017

ZAKIR MEMANG STATUS PENDUDUK TETAP - HINDRAF ADA MASALAH KE ?



Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik bukan warganegara dan tidak menetap di Malaysia sebaliknya hanya memiliki status penduduk tetap di negara ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Zakir mendapat status penduduk tetap lima tahun lepas dan beliau tinggal di beberapa negara lain.

“Beliau (Zakir) mendapat status penduduk tetap pada lima tahun lepas, beliau bukan warganegara Malaysia,” katanya ketika ditanya sama ada Zakir adalah warganegara Malaysia.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Ekologi Manusia Antarabangsa anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia sedia memberi kerjasama kepada kerajaan India berhubung siasatan terhadap Zakir yang didakwa terlibat dengan aktiviti keganasan melibatkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) kendaliannya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerjasama itu berasaskan sistem perundangan sedia ada dan rangka kerja hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Jika ada permintaan (daripada pihak penyiasat), kita sedia memberi kerjasama sepenuhnya.

“Jika negara itu mempunyai hubungan dan perjanjian de­ngan Malaysia, kerjasama boleh dilakukan atas bantuan perunda­ngan bersama (MLA),” katanya.

Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan memohon polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis terhadap Zakir bagi menghalangnya keluar dari Arab Saudi berikutan siasatan berhubung aktiviti keganasan terhadap IRF yang diasaskan olehnya.

Berikutan itu, Zakir ketika ditemu bual oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini meminta kerajaan India membuat pendakwaan terhadapnya di mahkamah antarabangsa atau di Malaysia.

Mengenai status sama ada Malaysia akan menghantar du­ta ke Pyongyang, Ahmad Zahid berkata, satu perbincangan antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan diadakan berhubung perkara itu.