Sunday, April 30, 2017

PAKATAN DAP HARU BIRU SEJAK MUNCUL PAN DAN PPBM




Dengan cubaan untuk menghancurkan PAS dari dalam oleh gerakan halus DAP dan PKR, akhirnya Pakatan Rakyat menjadi celaru haru biru setelah munculnya PAN.

Harapan DAP dan PKR, PAS akan hancur dan berharap mejoriti ahli PAS akan menyertai PAN. Nampaknya harapan cuma tinggal harapan, Pakatan Rakyat berkubur tanpa nisan. PAS masih lagi kekal utuh, PAN hidup segan dengan mengharapkan dedak dari DAP, mati bila-bila masa sahaja kalau DAP nak.

Oleh kerana Pakatan Rakyat sudah hancur, maka DAP menubuhkan pula Pakatan Harapan. Mungkin simbolik kepada harapan mereka yang sudah hancur musnah.


DAP berharap dengan memecahkan PAS akan mengurang undi kepada parti Islam tersebut dan pergi kepada PAN. Namun mereka lupakah undi penyokong PAS juga akan berkurang kepada mereka. 


PAN ini parti  yang tidak ada pendirian, bercelaru dan tiada halu tuju yang jelas. Pergi mana-mana pun masih menjual nama pemimpin kesayangan PAS, Allahyarham DatukTuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Macam mana nak maju jika masih berharap kepada populariti Tokoh PAS ? 

Sememangnya kedudukan PAS agak tergugat apabila puak Erdogan keluar dengan membawa sekali kerusi yang mereka menangi atasi tiket PAS, namun ini sebenarnya ubat untuk PAS membersihkan golongan hipokrit dan parasit dalam PAS.


Tak guna simpan golongan yang mendokong dan membawa aspirasi DAP berbanding aspirasi Islam PAS. Dahulu golongan inilah berdegar-degar dalam dewan membawa hukum Islam dan hudud dalam parlimen, hari ini mereka pula menentang habis-habisan.
 

Apabila PPBM muncul dan menghulurkan tangan persaudaraan dengan DAP, maka harapan DAP bersama pakatannya PKR dan PAN mula kembali berbunga-bunga kembali. Dengan slogan "Selamatkan Malaysia", DAP berharap aura Tun Dr. Mahathir mampu menghancurkan UMNO dan PAS sekaligus.


UMNO dilihat bergolak dan berpecah teruk. Idola kebanyakan ahli-ahli UMNO Tun Mahathir kali ini dilihat mampu meruntuh dan menghancurkan UMNO.

Malang sungguh, kata orang tua-tua, jangan seronok sangat dengan kawan baru, nanti jadi bunga taik. PPBM terdiri daripada mereka yang gila kuasa, gila duit dan penuh tipu muslihat untuk menjatuhkan  lawan mahu pun lawan.

Ianya boleh diibaratkan menjemput ular masuk ke dalam rumah. DAP mungkin tidak sedar yang mereka sedang menjemput ular masuk ke dalam Pakatan Harapan. Tapi liarnya sudah kelihatan.

Sebaik-baik saja diterima masuk ke dalam Pakatan Harapan, PPBM sudah mebuat onar dengan menunjukkan kuasa. PPBM mahu Pakatan Harapan dibawah satu lambang, dibawah satu nama untuk menentang Barisan Nasional.

Ramai pemimpin DAP menolak dan tidak bersetuju dengan saranan pemimpin PPBM yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir. DAP bimbang dengan adanya lambang baru pengikutnya akan hilang dan pengaruh mereka sebagai pemegang kuasa unid kaum Cina akan lenyap.

Sememangnya kebimbangan mereka ada asasnya, empat pemimpin DAP Melaka mengisytiharkan keluar dari DAP yang mana selepas itu disusuli pula dengan 180 ahli DAP bertindak keluar parti. Kepimpinan DAP hari ini tidak lagi dilihat membawa aspirasi DAP yang asal, Malaysian Malaysia.

DAP hari ini mengalami krisis kepimpinan yang cukup meruncing. Pemilihan CEC mereka masih tidak disahkan oleh ROS sehingga hari ini. Lim Guan Eng masih lagi menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP yang tidak sah.

Dengan segala kecelaruan dan caca marba pakatan pembangkang ini menyebabkan rakyat dan ahli mereka sendiri tidak lagi yakin dengan kepimpinan mereka. Semakin hari rakyat melihat pembohongan mereka makin terserlah.

Gabungan mereka kini sudah retak, cuma menanti terbelah dan hancur sahaja.  fitnah mereka makan tuan. Kali ini setiap kali mereka membuka mulut bagaikan memberi peluru kepada  UMNO / Barisan Nasional.

Kali ini kita dapat melihat hukum karma berlaku depan mata kita. Sekarang ni pun mereka saling bergaduh sesama sendiri. Kerana apa semua ini berlaku ?

Kerana DAP memang tidak pernah percaya kepada rakan politiknya.Masing-masing tiada keihklasan dalam perjuangan politik mereka.

No comments:

Post a Comment