Tuesday, February 28, 2017

HADIAH ISTIMEWA DARIPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL

DARI FLAT EMPAT TINGKAT KE APARTMENT MODEN RESIDENSI KERINCHI





1. Flat usang didiami semenjak tahun 1971.

2. Projek pembangunan semula atas tapak seluas 2.8 hektar.

3. Sebanyak 472 keluarga penghuni asal flat lama berpindah ke Residensi Kerinchi.

4. Unit di flat lama, ada yang mempunyai 1 bilik dan ada yang tiada bilik namun rumah baru terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

5. Setiap unit berkeluasan 83.61 meter persegi.

6. Ada kawalan sekuriti, fasiliti padang mini permainan dan kolam renang.

7. Setiap unit rumah dilengkapi dengan mesin basuh dan pengering, 2 dalam 1.

8. Bantuan skim pindah keluar ke rumah transit di PPR Kerinchi sebanyak RM 5,000 dan untuk skim pindah masuk ke Residensi Kerinchi, penghuni diberikan sejumlah RM 8,000 oleh Pemaju.

9. Bantuan persekolahan, mengangkut barang berpindah dan kenduri kendara turut dibantu oleh Pemaju kepada penghuni yang terlibat ketika mendiami di rumah transit selama enam tahun.

10. Kediaman ini sepatutnya siap pada Mac 2016. Sejumlah RM1,250 sebulan untuk tempoh lapan bulan diberikan kepada bakal penghuni disebabkan kelewatan projek.

11. Kos seunit rumah tersebut bernilai RM 350,000 dan RM 400,000 seunit dan kos keseluruhan projek bernilai kira-kira RM600 juta.

12. Residensi Kerinchi dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 27 Feb 2017.

Terima kasih kerajaan Barisan Nasional

#WilayahPrihatin
#KaliIniLah
#BetterNation

sumber :   Rezqeen Hill

RESIDENSI KERINCI 18 TINGKAT : TANPA APA-APA BAYARAN ?



Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik.

Jika dahulu penduduk flat berkenaan tinggal dalam kea­daan rumah yang tidak terurus dan usang­ dengan berkeluasan hanya 300 hingga 450 kaki persegi sejak 1971, namun kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perbezaan suasana kehidupan penduduk terlibat dahulu dan sekarang umpama siang dan malam.

Beliau turut menggambarkan pembinaan Residensi Kerinchi hasil program pembangunan semula Kementerian Wilayah Persekutuan itu bersifat urban renewal oleh kerajaan dan benar-benar menepati kehendak serta kepentingan rakyat.

“Jika dibandingkan flat yang dahulu sekitar RM50,000 tetapi hari ini nilai residensi ini kira-kira RM500,000 atau setengah juta. Lebih bermakna apabila 472 peng­huni di sini menerimanya tanpa apa-apa bayaran, konsep yang cukup menarik antara kerajaan dengan pemaju.

“Saya difahamkan sepanjang tempoh pembinaan residensi ini penduduk dipindahkan ke lokasi sementara selain mendapat ganti rugi. Ini sebabkan penghuni-peng­huni di sini bersyukur, ini projek yang benar-benar dapat mengubah masa depan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.




Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 penduduk setempat termasuk penghuni Residensi Kerinchi dalam Majlis Perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Pengerusi Persatuan Penduduk Residensi Kerinchi, Ahmad Rahman.

Dalam pada itu, Najib menzahirkan rasa hairan apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar cuba menggagalkan projek tersebut sehingga membawanya ke mahkamah.

Beliau percaya, tindakan Naib Presiden PKR itu adalah bersifat politik kerana sedar nama serta imej Barisan Nasional (BN) akan meningkat dengan pembinaan projek tersebut.

“Akhirnya beliau gagal di mahkamah, tapi yang jadi mangsa ialah 35 penghuni flat asal kerana terikut-ikut hasutan beliau. Saya percaya mereka menyesal dengan tindakan itu kerana tidak dapat mendiami pangsapuri ini, tetapi ada juga pertimbangan lain.

“Sebab itu, saya ingin tekankan jangan termakan hasutan, mesti menilai sesuatu itu baik atau buruk, beri manfaat kepada kita atau tidak. Ini bukan soal politik, ini soal kepentingan dan kebajikan rakyat, tidak seharusnya kita termakan hasutan mana-mana pihak,” jelas beliau.

Pengalaman yang amat manis – Fathul Bari




UTUSAN: Bagaimana Datuk terpilih sebagai penterjemah?

FATHUL BARI: Saya secara tidak langsung bersama Wisma Putra membuat persediaan menyambut kedatangan ba­ginda ke sini. Mungkin sudah selesa dengan saya, pihak Istana Negara mencadangkan saya sebagai penterjemah. Pemilihan saya telah dimaklumkan kepada pihak Arab Saudi dan mereka bersetuju.

Apa perasaan Datuk apabila terpilih?


Ini merupakan penghormatan kepada saya untuk terlibat dalam detik bersejarah ini. Pe­ranan diberikan amat besar ke­rana dapat mendekati pe­mimpin Islam utama dunia. Ini pengalaman yang amat manis dalam hidup saya.

Apa persediaan Datuk selaku penterjemah?

Persediaan dilakukan de­ngan sebaik-baiknya kerana saya perlu menterjemahkan apa yang dibualkan oleh orang lain. Saya mendalami budaya Arab dan meningkatkan pengetahuan mengenai hala tuju kedua-dua negara agar dapat berperanan sebagai penterjemah yang baik.

Bagaimana Datuk melihat lawatan baginda ke Malaysia?

Sangat penting kerana Arab Saudi dianggap sebagai ketua kepada negara-negara di rantau Arab manakala Malaysia adalah negara Islam paling berkembang pesat di Asia. Lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan sesama negara Islam serta pe­mimpin antara kedua-dua negara secara peribadi.

Boleh Datuk gambarkan ke­peribadian baginda?

Baginda sangat merendah diri dan tidak meletakkan kedudukan sebagai penghalang untuk beramah mesra dengan individu di sekelilingnya. Ba­ginda juga sangat meminati sejarah dan serius apabila berbicara mengenai kepentingan umat Islam.

JALAN TERUK, WARGA SENTUL BERANG





Pengguna jalan raya terutama warga Sentul, di sini pasti merasa berang setiap kali melalui jalan rosak di persimpangan Jalan Taman Datuk Senu di Jalan Sentul, di sini.

Ramai yang mendakwa kegagalan pihak berkuasa tempatan menurap jalan rosak di laluan utama berdekatan stesen minyak itu menyebabkan kerosakan bertambah parah sehingga lubangnya mampu ‘memerangkap’ tayar kenderaan terutama motosikal.

Hentakan yang berlaku juga membuatkan pemandu kenderaan lebih besar terpaksa memperlahankan kenderaan sewaktu membelok, sekali gus mengganggu kelancaran trafik di persimpangan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati keadaan jalan yang ditakungi air pada musim hujan berkemungkinan mengundang kemalangan kerana keadaan lubang yang dalam tidak disedari.

Difahamkan, masalah itu sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu namun masih belum ada kerja-kerja baik pulih dibuat pihak bertanggungjawab sehingga mengundang kesengsaraan kepada pengguna.

Justeru, pihak terlibat diminta mengambil tindakan segera sebelum berlaku kemalangan yang mungkin mengorbankan nyawa.

. - UTUSAN ONLINE

Siti Aishah tidak diperdaya – KPN




Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan bahawa suspek wanita warga Indonesia yang terlibat dalam kes pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, diperdaya me­lakukan perbuatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan Siti Aishah, 25, bukanlah bersifat andai­an tetapi dilakukan berdasarkan pe­nemuan serta siasatan terperinci PDRM.

“Dengar cakap kitalah (PDRM), bukan cakap orang lain. Jangan dengar cakap orang lain yang langsung tidak ada kena mengena dengan siasatan.

“Kita tahan dia (Siti Aishah) bukan sebab andaian, tetapi berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan. Jadi mereka boleh kata apa sahaja ke­rana jelas me­nunjukkan dia tidak diperdaya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenya­taan rakan wanita suspek itu dalam akhbar China Press hari ini yang me­ngatakan Siti Aishah telah diperdaya.


Khalid menegaskan bahawa wanita yang berasal dari Serang, Indonesia itu bersama seorang lagi warga Vietnam telah menjalani latihan di salah sebuah pusat beli-belah di ibu negara sebelum melancarkan serangan terhadap Jong-nam.

Ditanya sama ada pihaknya sudah menerima laporan penuh bedah siasat Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti punca kematian Jong-nam, Khalid enggan mendedahkannya.

“Kalau kami terima pun, PDRM tidak akan dedahkannya,” ujarnya.

Utusan Online

Monday, February 27, 2017

SALAH UMUM PEMENANG



Los Angeles : “Ini bukan lawak. Moonlight menang Filem Terbaik,” kata penerbit filem La La Land, Jordan Horowitz kepada penonton selepas penyampai, Warren Beatty tersalah umum La La Land sebagai pemenang kategori itu di Anugerah Akademi ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, di sini, hari ini.

Ketika itu pasukan produksi La La Land yang diketuai Horowitz sudah menaiki pentas untuk menyampaikan ucapan kemenangan, namun terpaksa turun semula apabila menyedari ia adalah kemenangan untuk filem Moonlight.


Bagaiamanapun, La La Land arahan Damien Chazelle yang mendominasi sebanyak 14 pencalonan tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi dua kategori utama iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Emma Stone.

Selain itu, ia turut memenangi tiga lagi kategori teknikal iaitu Rekaan Produksi Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

Casey Affleck pula menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Manchester By The Sea.

Pelakon Mahershala Ali yang baru kali pertama dicalonkan berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Moonlight,manakala kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Viola Davis menerusi filem Fences.

Anugerah Akademi atau Oscars juga bersiaran secara langsung dan eksklusif menerusi HBO di saluran (Astro salur411/431) dan Astro On The Go.

Ia bermula dengan acara karpet merah Oscar secara langsung dari jam 8 pagi (waktu Malaysia) diikuti majlis penganugerahan pada jam 9.30 pagi.

Siaran ulangan Anugerah Oscar juga boleh ditonton jam 7 dan 8 malam ini di saluran yang sama.

Acara ini menampilkan hos terkenal Jimmy Kimmel selaku pengacara.

Senarai Pemenang anugerah utama:

Filem Terbaik : Moonlight

Pengarah Terbaik : Damien Chazelle (La La Land)

Pelakon Lelaki Terbaik : Casey Affleck (Manchester by the Sea)

Pelakon Wanita Terbaik : Emma Stone (La La Land)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Mahershala Ali (Moonlight)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Viola Davis (Fences)

Filem Animasi Terbaik : Zootopia (Byron Howard, Rich Moore and Clark Spencer)

Lakon Layar Asal Terbaik : Manchester by the Sea (Kenneth Lonergan)

Sinematografi Terbaik : La La Land ( Linus Sandgren)

Solekan dan dandanan Rambut Terbaik : Suicide Squad (Alessandro Bertolazzi, Giorgio Gregorini and Christopher Nelson)

Rekaan Kostum Terbaik : Fantastic Beasts and Where to Find Them (Colleen Atwood)

Harian Metro

ROTAN KAEDAH DISIPLIN PELAJAR ?



Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuka diskusi di akaun Twitternya dengan menyatakan hukuman rotan mungkin salah satu kaedah yang wajar untuk mendisiplinkan pelajar.

Walau bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukanlah penyelesaian terakhir untuk mendisiplinkan pelajar.

Pada masa sama, Mahdzir memaklumkan ada pengguna di Facebook yang mencadangkan kepada beliau agar pelaksanaan hukuman dibuat dengan kehadiran waris.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @CaptRahmat berpendapat tindakan tersebut adalah wajar namun kaedah hukuman berkenaan harus dilakukan secara berperingkat.

"Fasa 1, kaunseling di sekolah, kemudian diikuti dengan fasa 2 iaitu kaunseling di sekolah di hadapan ibu bapa serta persetujuan bertulis akan dihukum rotan jika mengulangi kesalahan," kata pengguna Twitter itu.

Pada masa sama, Mahdzir turut mengingatkan semua bahawa asas pembentukan disiplin pelajar perlu bermula di rumah.

"Disiplin diri dibentuk bermula dari rumah dan diasah dalam persekitaran sekolah," ujar Mahdzir.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) dalam reaksinya pula berhujah hukuman rotan tidak menyelesaikan masalah.

Menurut PAGE, perkara pokok yang perlu ditangani ialah mengatasi punca kejadian buli yang berlaku di sekolah serta menguatkuasakan program pencegahannya.

Kes buli dilihat terus menjadi-jadi dengan kes yang terbaharu menyaksikan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu cedera di kepala dipercayai dipukul dua pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

KENYATAAN JELIK, TIGA INDIVIDU DI TAHAN



Tiga lelaki termasuk dua daripadanya bergelar Datuk ditahan kerana dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah mengenai kemalangan maut melibatkan lapan remaja berbasikal serta menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menerusi laman sosial dalam tiga tangkapan berasingan.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, dua ditahan malam tadi di Taman Sri Gombak, Batu Caves dan Ipoh, Perak manakala seorang lagi ditahan di Bandar Sri Permaisuri, Selangor awal pagi ini.

Beliau berkata, individu pertama ditahan pukul 10 malam di Ipoh susulan satu laporan polis yang dibuat pada 8.28 pagi semalam berkaitan dengan pe­nyalahgunaan laman sosial ber­kenaan kerana disyaki menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menghadap Sultan Johor dan polis.

“Dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, polis kemudian menahan lelaki bergelar Datuk berusia 61 tahun di Taman Sri Gombak, Batu Caves kira-kira pukul 11 malam sebelum menahan lelaki yang turut bergelar Datuk berusia 64 tahun di Villa Taman Tasik, Bandar Sri Permaisuri pada pukul 2 pagi.

“Penahanan dua suspek itu dibuat susulan laporan polis yang diterima pada pukul 1.02 petang semalam berkaitan penyebaran kenyataan tersebut dalam Facebook. Polis turut merampas dua buah telefon bimbit berserta dua kad sim bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan aplikasi media sosial bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan menyakiti hati, mengania­ya, mengugut dan mengganggu orang lain.

sumber utusan online

AKHIRNYA BERSANDING JUGA



Janji Shuib Sepahtu pada isterinya, Siti Sarah Raisuddin tercapai selepas mereka selamat bersanding buat pertama kali selepas enam tahun berkahwin.

Pada majlis itu Shuib turut membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin semasa menyanyikan lagu berjudul Aku Lelakimu

Shuib segak mengenakan pakaian sut serba hitam manakala Sarah pula menggayakan baju gaun rona krim dan perak rekaan Arma Couture.


Persandingan dengan tema glam ini juga adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Persandingan yang diadakan di Bora Ombak Putrajaya ini dihadiri kira-kira 500 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan.

Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, Datuk M. Nasir, Datuk Sri Vida, Ezad Lazim, Shah Slam, Fad Bocey, Zizan Razak, Shaheizy Sam, Tam Spider dan lain-lain.-UTUSAN ONLINE

Sunday, February 26, 2017

KISAH LAYANAN HOSPITAL KERAJAAN


MAHUKAN LAYANAN HOSPITAL YANG BAIK, ADAKAH KITA PESAKIT/PENJAGA PESAKIT YANG BAIK?

Sebenarnya dah lama nak tulis perkara ini. Tapi tak terjumpa perkataan yang sesuai. Mungkin juga disebabkan kesibukan harian...tak tertulis perkara ini. Tapi, sebab makin menjadi-jadi, saya tuliskan juga.

Baru-baru ini, Miera dimasukkan ke hospital. Acute bronchitis. Senang cerita...dia tak dapat bernafas. Next month, umurnya masuk 2 tahun. Menghidap asthma sejak umur 4 bulan. Sebab sakit? Exposure to toxicity.

Walaupun kami ada insurance coverage untuk Miera, saya lebih percaya Hospital Ampang when it comes to kids being sick. Bukan tak pernah pergi hospital swasta, tapi doktor di Hospital Ampang lebih teliti dalam memeriksa dan diagnos anak saya.

She was brought over to the Red Zone at the Emergency Ward. Bagi yang tak ada anak, let me tell you...bila anak kita yang masih kecil, masuk Red Zone yang hanya menerima pesakit kritikal hanya kerana dia tak dapat bernafas dengan elok, hati seorang ibu itu hancur dan jadi takut sangat. Of course she had to be warded. Alhamdulillah, she recovered.

But...Miera being in the hospital is NOT why I am writing. Saya menulis untuk bercerita tentang sikap doktor-doktor dan jururawat yang saya jumpa sepanjang dia di dalam wad.
----------------------
ON DOCTORS

You know the horror stories you read about government hospitals with bad nurses and even worse doctors? They're everywhere, really....even in private hospitals. Tapi, sebanyak-banyak jururawat dan doktor yang perangai mereka teruk, lebih ramai lagi yang bagus, baik dan pandai menjalankan tugas. Dalam seorang jururawat yang menengking, 10 lagi yang lembut.

Miera di tempatkan di wad 4B. Diberi nebuliser setiap sejam, kemudian setiap 2 jam, kemudian setiap 4 jam. Ditambah juga dengan ubat menguatkan paru-paru. Dia di bawah pengawasan doktor-doktor pakar pediatrik yang bertanya macam-macam soalan untuk memastikan diagnos yang diberikan tepat.

Ramai yang marah bila doktor tanya macam-macam. Tahu tak sebenarnya, doktor-doktor kerajaan ini takde surveillance camera untuk setiap penduduk di Malaysia ni jadi, mereka sebenarnya tak tahu nak rawat kita macam mana kalau kita tak terangkan secara TERPERINCI supaya mereka boleh berikan kita ubat yang betul? Datang jumpa doktor kerana batuk boleh jadi akibat cuaca, boleh jadi akibat tersedak makanan, boleh jadi akibat jangkitan kuman, boleh jadi sebab rumah berdebu. Itu baru batuk. Dah kalau dia tanya keadaan rumah kita tu, bukannya sebab dia suka-suka nak menyibuk tapi sebab dia nak tahu kesemua possibilty punca kita sakit. Dah tahu, barulah boleh rawat.
-------------------------

ON NURSES

Saya tak tahu mana datangnya budaya melayan jururawat seperti pembantu rumah. Kalau mintak cara baik tu, tahan lah jugak, ini herdik, cakap kasar-kasar dengan nurses. Bila tak puas hati, viral dalam internet.

Bilik Miera, memanglah kelas 3, tapi, kedudukannya bersebelahan dengan stesyen jururawat. Dalam bilik yang sepatutnya untuk 4 orang pesakit, ada 6 orang pesakit. Baru satu bilik. Dalam wad ada berapa bilik? Berapa katil? Nisbahkan dengan berapa orang jururawat dan pembantu wad?

Saya bercakap dari perspektif seorang ibu yang duduk menjaga anaknya yang sakit dan turut bermalam di hospital. Do you honestly think that these 7-8 nurses in a ward of about 30 patients have the time untuk mandikan anak anda sedangkan anda seorang ibu/bapa yang ada disitu untuk menjaga anak anda? No, of course NOT. Dalam satu wad tu, tahu tak berapa orang patient yang mungkin tiba-tiba collapsed and required immediate attention? You ada dekat situ, kan? Jaga lah sendiri! Tengok macam mana nurse administer ubat the 1st, 2nd time dan offer untuk belajar supaya kita yang menjaga ini reti buat sendiri.

Sebab apa? Hubungan antara kita dengan ahli keluarga yang sakit itu lebih rapat berbanding dengan jururawat yang sememangnya stranger dalam hidup kita. Ahli keluarga yang sakit itu lebih makan pujukan kita berbanding dengan stranger yang bernama jururawat. Also, bila dah lepas discharge, siapa yang perlu jaga pesakit ini? Bukan ahli keluarga juga? Tak salahnya nak belajar.

Santunnya jururawat dan doktor di hospital ini...mereka memanggil saya dan ibu-ibu lain dengan panggilan 'Mak' atau 'Ibu'. Tak lembut lagikah panggilan ini? Ada juga yang panggil saya dengan panggilan 'Puan.' Sentuh anak saya dengan selembut-lembut sentuhan. Minta izin daripada ANAK saya untuk dengar pernafasan dia. Masih kasar lagi sampai nak diambil-ambil gambar seolah-olah mereka ini culas membuat kerja?

Dan nurses ini juga bila masuk ke dalam wad, walaupun tengah malam atau penghujung shift, masih boleh mengukir senyuman dan berusaha untuk penuhkan permintaan ibubapa yang macam-macam. Kerana apa? Kerana mereka faham, kami risau tengok keadaan anak. Kenapa sikap jururawat yang rata-ratanya konsisten begini tak diviralkan? Setiap pagi, mereka minta untuk tukarkan cadar katil pesakit...setiap hari macam hotel housekeeping. Kenapa berat sangat mulut nak ucap terima kasih? Di tengah-tengah malam, bila ada anak yang bangun sesak nafas, dengan segeranya nurses ini datang dengan bantuan sehingga anak itu samada elok boleh tidur semula atau wheel ke ICU, tak boleh dihargai? Kenapa yang kita nampak hanyalah katil terlampau kecil untuk ibu/bapa baring bersama. Oi...katil tu untuk pesakit kot...bukannya untuk penjaga pesakit.

To be honest, sepanjang pengalaman saya menjaga orang sakit on and off for about 14 tahun ini, saya mungkin jumpa 3-4 jururawat yang garang dan suka marah-marah. Tapi, bila ditegur baik-baik, kelakuan mereka terhadap saya pun jadi baik juga. Yang lain-lain? Dengan penuh sopan, dengan santun namun tegas dan cergas dalam menjalankan tugas. So kenapa nak di anti kan sangat kerja jururawat ini sampai sanggup gelar mereka dengan kata-kata nista dan diherdik seolah-olah mereka ini tersangatnya hina? Dengan mereka menjaga pesakit yang datang tak berhenti, salahkah kita bantu mereka dengan melakukan tanggungjawab sebagai seorang penjaga pesakit dengan baik?

Rata-rata yang anak masuk hospital saya lihat, mahu lagi melayan kerenah anak yang sakit. Yang ibubapa masuk hospital? Suap makan pun tak mahu, inikan pula tukarkan lampin atau lapkan muntah. 


----------------------
ON HOSPITAL CHARGES

Yang ini saya nak ketawa pun ada. Ada seorang 'ibu' ini, bising sebab anaknya yang dibawa untuk pemeriksaan kesihatan perlu membayar RM1 untuk pemeriksaan tersebut kerana anaknya sudah lebih setahun. Timbang berat je, katanya. Ini, katanya bukti ekonomi merundum.

Anak-anak saya lahir di hospital swasta. Untuk pemeriksaan kesihatan yang cuma require doctor's observation saja pun, saya perlu bayar RM60. Itu yang paling murah pernah saya jumpa.

Kalau dek RM1 tu nak dijadikan bukti negara bankrap, ini pula bayaran yang saya perlu bayar semasa mahu discharge anak saya. Daripada dia di Wad Kecemasan, dia diberi ubat dari setiap sejam ke 2 jam ke 4 jam ke 6 jam sehingga dia dibenarkan keluar. Ditambah pula dengan harga wad dan harga ubat-ubat dan juga temujanji rawatan susulan dan beberapa lagi benda-benda kecil rawatan yang kami terima, kos rawatan untuk Miera ialah RM780.00
Namun, sebab dia diberikan subsidi oleh kerajaan, saya hanya membayar sebanyak RM6 untuk kesemua rawatan yang anak saya terima.

Miea pernah dimasukkan ke hospital swasta. Untuk satu malam berserta rawatan dan konsultasi dan penggunaan wad kecemasan, harganya hampir mencecah ribuan ringgit, lebih lagi berbanding dengan rawatan yang kami terima untuk Miera yang bermalam di hospital kerajaan.

You tell me...for you untuk timbang berat anak dan konsultasi doktor, bayar RM1 dan katanya negara nak bankrap and for me yang anak terpaksa warded, diberi ubat macam-macam sampai sembuh, dikelilingi doktor pakar dan disubsidi sehingga RM774 means, what exactly? Negara terlebih duit kah?

Jangan gitu...Orang yang kita sayang sakit, diberi rawatan, bersyukurlah. Ni kita duduk di Malaysia, masih dijaga kebajikan kita walaupun pada kita tak sempurna. Jangan doakan negara bankrap. Kalau betul bankrap kejap lagi, anak masuk hospital pun tak guna...negara kita tak mampu beli ubat. Siapkan kain kafan je la. Tak nak kan?
------------------------

ON INSURANCE

Personally, kalau orang tanya...dah kalau hospital kerajaan bagus, perlu ke ambil insurance. Dah nama pun insurance. Bila kita sakit, kita tak fikir dah duit. Kita fikir nak dapatkan rawatan segera. Hospital kerajaan memang sentiasa penuh dan boleh menyebabkan kita lambat dapat rawatan. Insurance membolehkan kita dapatkan timely treatment di mana-mana hospital yang terdekat. Even if, it is private. Sekarang ni ada ramai agen Takaful yang boleh bantu...I'm not an agent so I can't say much in this matter. But I will say this: Kasut pun kita ada 3-4 pasang...takkan benda melibatkan nyawa tak nak ada back-up plan kot?
-------------------

As it is, I cannot thank you enough all the nurses and all the doctors that took care of my Miera sampai dia boleh discharge dan sembuh. Semoga kalian semua di dalam limpahan rahmat Tuhan yang Maha Kuasa.

If any of my friends yang ada anak kecil sakit, Hospital Ampang is a very good hospital for kids. I don't know about adults...but for kids? This is the place for you to go.




122 SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TERIMA PERUNTUKAN TAHUN 2016


Seperti dijanjikan, 122 buah sekolah rendah jenis kebangsaaan Cina negeri Johor berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan menerima cek bagi peruntukan tahun 2016 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini, menjadikan negeri Johor negeri yang pertama dalam menerima peruntukan tersebut. YB Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia turut hadir untuk menyampaikan cek tunai kepada wakil Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG dan guru-guru besar yang hadir.


Negeri Johor adalah negeri yang pertama untuk menerima peruntukan tersebut dan kami mensasarkan negeri-negeri lain turut akan menerima peruntukan masing-masing dalam masa terdekat.


Sejak YAB Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2008, kesemua SJKC berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan negeri Johor telah mendapat peruntukan sebanyak RM69.1 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama (2009) dan Kedua (2009-2010) serta Pakej-pakej Rangsangan Khas SJKC (2012-2016). Jadi tidak benar sekali dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak menjaga SJKC.

SEMUA SEKOLAH MESRA OKU MENJELANG 2020


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mensasarkan semua sekolah di negara ini dilengkapi kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) menjelang 2020. 


Menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid, berkata bagi mencapai matlamat itu, beliau berharap lebih banyak pihak swasta tampil bekerjasama dengan kementerian menyediakan kemudahan berkenaan. 


Katanya, setakat ini, hanya RHB Bank melalui Yayasan RHB yang menjalinkan kerjasama dengan pihaknya di lima sekolah terpilih.


 "Bagi pihak kementerian, kita sendiri akan ambil tanggungjawab berkenaan untuk menyediakan kemudahan mesra OKU di sekolah baharu yang bakal dibina kelak. 


"Bagi sekolah yang sudah lama dibina, kita perlu mencari rakan strategik lain untuk membiayai kemudahan berkenaan. Justeru, kita mengalu-alukan pihak swasta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR)," katanya. 


Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kementerian Pendidikan dengan Yayasan RHB di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli. 


Sementara itu, Khairussaleh berkata, Projek Mesra OKU oleh pihaknya itu secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana pembelajaran seperti pelajar normal kepada pelajar OKU. 


"Kami percaya setiap insan mempunyai bakat dan potensi yang boleh diserlahkan jika diberikan peluang sebaiknya oleh masyarakat. "Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang prihatin untuk menyediakan peralatan dan kemudahan infrastruktur yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.

Saturday, February 25, 2017

MPAJ TIDAK BERHATI PERUT






Tidak berhati perut, itulah yang berlaku kepada seorang peniaga warga emas apabila premis miliknya di Pasar Pekan Ampang akan dirobohkan pada 28 Februari ini.

Pemilik kedai Kopi Lum Kee itu, Lai Song, 73, berkata, tindakan seorang ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghalau mereka keluar daripada tempat itu adalah tidak berperikemanusiaan.

“Saya berasa sangat sedih apabila dihalau secara tergesa-gesa sedangkan sebelum ini MPAJ pernah memberi tempoh selama dua bulan bermula awal Februari lalu. Keluarga saya telah menjalankan perniagaan ini sejak sebelum merdeka lagi.

“Jika kedai itu dirobohkan, kami pasti hilang punca rezeki. Beginikah pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat melayan kami semua?,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua MCA Bahagian Ampang, Low Kim Mang. 

MISTERI YANG BELUM TERUNGKAI



Lost Colony adalah nama yang diberikan kepada penempatan Inggeris yang ditubuhkan pada tahun 1587 di Pulau Roanoke di luar pantai kawasan yang kini dikenali sebagai Corolina Utara, Amerika Syarikat. Tanah jajahan dan koloni Inggeris ini dikatakan lenyap kerana tiada siapa yang mengetahui ke mana mereka pergi atau apa yang terjadi kepada penduduknya.

Lost Colony adalah tanah jajahan kedua di Amerika Syarikat. Tanah jajahan pertama telah diasaskan di Pulau Roanoke oleh sekumpulan 108 orang yang dihantar ke situ oleh penjelajah terkenal Inggeris, Sir Walter Raleigh pada tahun 1585. Tanah jajahan pertama diasaskan semata-mata untuk dijadikan pengkalan membaiki kapal perang Inggeris.

Sir Walter Raleigh

                                                            

Walaubagaimanapun, mereka mendapati laut di sekeliling pulau ini terlalu cetek untuk kapal berlindung dan berlabuh. Tanah di pulau Roanoke juga tidak cukup subur untuk menampung hidup orang Inggeris yang gemarkan makanan bergandum. Tambahan pula, mereka juga menghadapi konflik persengketaan dengan orang Asli Amerika yang telah lama mendiami pulau Roanoke. Akibatnya, orang Inggeris tersebut pulang ke England pada tahun 1586.

Peta Roanoke hasil lakaran John White



Selepas daripada koloni pertama tersebut, Sir Walter Raleigh yang masih tidak mengetahui bahawa koloni pertama sudah pulang ke England telah membawa lebih ramai koloni bersama-sama bekalan makanan. Sebaik mereka tiba di sana, koloni pertama telah pun meninggalkan pulau tersebut. Apabila mengetahui hal tersebut, koloni kedua terus bertolak pulang ke England dan hanya meninggalkan 15 orang sahaja untuk terus tinggal di situ.

Lost Colony

Sir Walter Raleigh masih tidak berputus asa. Pada Mei 1587, beliau telah menghantar satu kumpulan koloni lain ke Amerika bagi meneroka pantai Teluk Chesapeake. Kumpulan inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Lost Colony. Kumpulan ini diketuai oleh John White iaitu seorang berbangsa Inggeris yang pernah menjadi salah seorang ahli kumpulan koloni pertama. John White juga seorang pelukis dan rakan akrab kepada Sir Walter Raleigh.

Virginia Dare, bayi pertama lahir di Amerika



Pada Julai 1587, kapten kapal yang membawa koloni baru tersebut enggan berlayar melepasi Pulau Roanoke. Ini memaksa para koloni seramai 117 orang – 19 lelaki dan 17 perempuan serta 9 kanak-kanak mendarat dan membina penempatan di situ. 27 hari kemudian, anak perempuan John White, Eleanor Dare melahirkan seorang bayi perempuan di pulau tersebut. Bayi yang diberi nama Virginia Dare adalah bayi berketurunan Inggeris pertama yang dilahirkan di Amerika. Pada hujung bulan Ogos, White kembali ke England untuk mendapatkan bekalan.

John White terpaksa menunggu masa yang lebih lama untuk kembali bertemu anak perempuan dan cucunya di Amerika. Ini disebabkan oleh peperangan England dan Sepanyol pada 1588 dan Armada Sepanyol dilaporkan ingin menyerang England. Kapal-kapal daripada England bimbang untuk berlayar daripada tanah air mereka akibat konflik tersebut.

Lost Colony hilang secara misteri

Pada Ogos 1590, John White telah berlayar balik ke Pulau Roanoke bersama-sama bekalan yang dibawa daripada England. Namun begitu, setibanya di sana White mendapati tanah jajahan tersebut telah ditinggalkan. Penempatan mereka kosong dan tiada berpenghuni. Tiada sedikit pun tanda-tanda konflik dan pertempuran. Kesan darah dan rangka mayat juga tiada.

Kesan yang tinggal hanya huruf CRO yang diukir pada sebatang pokok dan perkataan CROATOAN yang diukir pada pokok yang lain. Dua tahun lalu iaitu sewaktu White ingin berlayar pulang ke England, White pernah berpesan supaya mengukir Salib Malta di mana-mana pokok bagi memberi alamat bahawa mereka meninggalkan penempatan kerana terpaksa. Namun, ukiran Salib Malta tiada dan hanya ukiran CRO dan CROATOAN sahaja yang ditinggalkan.

Hanya lakaran perkataan CROATOAN sahaja yang ditinggalkan



Croatoan adalah nama puak orang Asli yang peramah yang tinggal di selatan Pulau Roanoke. Mereka turut dikenali Hatteras. John White mengarahkan anak buahnya berlayar ke selatan Pulau Roanoke untuk melihat samada kolonis tersebut tinggal bersama-sama dengan puak Croatoan. Walaubagaimanapun, angin kencang dan ribut menyebabkan ekspedisi pencarian tersebut terpaksa dibatalkan dan terus berlayar ke England. Koloni yang hilang tersebut tidak pernah lagi kelihatan oleh mana-mana orang Eropah dan ia kekal misteri sehingga ke hari ini.

Teori moden

Sebahagian ahli saintis moden berpendapat bahawa kebanyakan koloni yang hilang mungkin telah berhijrah ke Teluk Chesapeake dan kemudiannya mati terbunuh dalam pertempuran dengan puak orang Asli di sana.

Tidak kurang juga yang mengatakan Lost Colony telah dibunuh oleh puak orang Asli yang mengamalkan kanibalisme. Ahli arkeologi seperti Lawrence Stager berpendirian sedemikian.

Cerita-cerita yang dikumpulkan oleh penduduk Virginia menunjukkan bahawa anggota-anggota lain Lost Colony telah mengalami asimilasi dengan beberapa suku kaum orang Asli. Tambah menyakinkan apabila suku orang Asli Lumbee yang tinggal di tenggara Corolina Utara percaya bahawa mereka ialah keturunan koloni yang hilang. Satu ujikaji DNA yang dikenali The Lost Colony DNA Project telah dijalankan bagi mengesahkan samada terdapat DNA bangsa Eropah di kalangan mereka. Selain puak Lumbee, puak orang Asli Coree dan Catawba turut diujikaji.

Walau apa pun teori dan hipotesis yang tampil saban tahun misteri kehilangan koloni di Pulau Roanoke masih lagi kekal misteri. Tiada jawapan muktamad dan benar-benar mantap yang mampu menjelaskan misteri tersebut.

Pasangan mohon bantuan sewa rumah




Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan keadaan seorang wanita, Siti Fatimah Md. Nor, 28, yang cacat kedua-dua kaki sehingga paras paha yang terpaksa hidup dalam sebuah bilik kecil bersama suami dan bayi mereka berusia satu bulan.

Siti Fatimah yang baru melahirkan anak perempuannya, Evelyn Felisha Elyina pada 18 Januari lalu juga terpaksa melalui tempoh masa berpantang tidak seperti wanita lain.


Kata Siti Fatimah, pendapatan suami sebanyak RM1,200 sebulan sebagai penjaga stor di sebuah kilang berhampiran tidak mencukupi untuk mereka menyewa rumah.

“Sewa rumah di sini mahal sekitar RM700 dan jika mahu menyewa perlu membayar wang pendahuluan untuk dua bulan.

“Gaji suami setiap bulan digunakan untuk melunaskan sewa rumah RM280 sebulan, ansuran motor RM150 dan perbelanjaan makanan minum,” katanya ketika ditemui di bilik sewa di tingkat dua sebuah rumah kedai di Seksyen U5, Subang Bestari di sini.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ketika melahirkan Felisha di Hospital UMRA Seksyen 13, Shah Alam, pengurusan di situ sudi menanggung kos rawatan bersalin .

Sementara itu, bercerita detik pertemuannya dengan Siti Fatimah, Mohd. Nazri Izwani, 26, memberitahu mereka berjumpa menerusi laman sosial WeChat pada 2014, yang mana ketika itu isterinya mewakili Johor dalam acara tenis paralimpik.

“Ada juga orang bertanya kenapa memilih isteri (Siti Fatimah), tetapi ini soal hati dan kami menerima diri masing-masing se­­adanya.

“Saya ada bercadang untuk mencari kerja sambilan tetapi bila memikirkan keadaan isteri yang masih berpantang dan bayi yang memerlukan sepenuh perhatian, hasrat itu terpaksa ditangguhkan,” ujarnya yang turut menerima bantuan RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada masa sama, Siti Fatimah berkata, dia dan suami bercadang untuk memohon bantuan sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor bagi memastikan anak-nya itu dapat membesar dalam persekitaran lebih baik.

“Saya amat berharap dan me-rayu agar pihak berkenaan dapat melaksanakan impian kami sekeluarga untuk ktinggal di rumah yang lebih selesa,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Fatimah di talian 0193788141 atau menyalurkan melalui akaun simpanan Bank Simpanan Nasional miliknya 0113329000095662.

MELAYU MUDAH LUPA....


DAP setelah dapat sedikit kuasa pada Mei 1969 telah menghalau orang Melayu balik ke Hutan, orang Melayu Sakai katanya....

DAP dulu dan DAP hari ini dipimpin oleh orang yang sama, keturunan yang sama. Bahkan boleh dikatakan DAP ini talibarut komunis yang berselindung dalam demokrasi....

DAP menyanjung pengganas komunis, admin yakin jika mereka berjaya menguasai negara, mereka akan angkat pengganas komunis sebagai Pahlawan. 

Bahkan pernah ada desakan agar membenarkan Chin Peng komunis di kuburkan disini. Perkara ini mendapat bantahan orang Melayu terutama bekas askar yang mempunyai banyak sejarah dengan bapa komunis itu. 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamid pernah berkata sekiranya kerajaan membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng masuk ke Malaysia, ia boleh mendorong pihak tertentu membina tugu peringatannya. 

"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya,"

Rentetan daripada itu, Presiden PAN pernah memberi pengiktirafan kepada komunis sebagai pejuang negara. Kita tahu siapa dibelakang di sebalik kenyataan biadap Mat Sabu itu. DAP mahu orang kenyataan membela komunis itu keluar dari mulut bangsa Melayu sendiri. Tak banyak akan ada juga Melayu yang menyokong kenyataan ini. Inilah kejayaan DAP. 

Seorang veteran VAT 69 Komando, Wan Taha Wan Mohamed, 66, berasa terhina dengan tindakan Mohamad Sabu yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong.

Beliau yang telah berkhidmat 20 tahun dengan meredah hutan untuk memerangi pengganas, tidak faham bagaimana Mantan Timbalan Presiden PAS  itu sanggup menyokong komunis.

Saya berfikir macam mana beliau boleh hina bangsa dan agama sendiri. Jika beliau sudah tidak mahu tinggal di Malaysia, bolehlah keluar dari negara ini.

Orang macam Mohamad Sabu ibarat ‘kain buruk’ kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.


TN50: Dapat maklum balas guru muda





Kementerian Pendidikan akan menganjurkan sesi bicara pendengaran awam mengenai Transformasi Nasional (TN50) membabitkan guru muda di seluruh negara tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas kumpulan guru tersebut mengenai hala tuju negara daripada kaca mata sektor perguruan untuk tempoh kira-kira 30 tahun akan datang.

“Sesi ini akan melibatkan guru muda dalam lingkungan umur 20 tahun yang baru memasuki per­khidmatan atau masih menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG).


“Kita mahu tahu apa kehendak mereka supaya ia boleh dirangkumkan dan diserahkan kepada urus setia TN50,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Bi­cara Menteri Pendidikan bersama 238 peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan (NPQEL) di Institut Aminuddin Baki (IAB), Nilai dekat sini hari ini.

Menurutnya, sesi bicara itu akan diadakan beberapa kali mengikut zon dan dijangka selesai dalam tempoh empat bulan akan datang.

Mengenai majlis hari tersebut, beliau memberitahu, NPQEL diadakan secara serentak di lima kampus IAB di seluruh negara melibatkan guru yang layak untuk ditempatkan sebagai penge–tua atau guru besar sekolah.

Mahdzir berkata, program itu memberi tumpuan terhadap aspek kepemimpinan, skil, kreativiti dan inovasi sebagai seorang pengetua atau guru besar sesebuah sekolah.

“Keupayaan kepemimpinan ini diharap dapat membawa lonjakan kepada sekolah dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum dan persekitaran sekolah secara holistik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, jelas beliau, Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha kantin yang menjual makanan tidak dibenarkan dalam kawasan sekolah dalam usaha membendung masalah obesiti dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, penjualan makanan untuk pelajar telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet semalam yang membincangkan masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini.

Tambahnya, kementerian itu juga berharap dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan negeri bagi memantau penjualan makanan tidak berkhasiat kepada pelajar di luar kawasan pagar sekolah.