Dalam kerajaan berusaha mengurangkan kemalangan maut dijalan raya, siapa sangka diakhir bulan disember 2016 kita digejutkan dengan berita yang menyedihkan kemalangan yang paling tragis pada tahun ini.
Pihak berkuasa polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) diarahkan menjalankan siasatan segera dan terperinci bagi mengenal pasti punca kemalangan ngeri ini.
Polis akan menyiasat dari setiap sudut antaranya jadual perjalanan, status pemandu kedua, waktu rehat pemandu dan dari sudut penyelengaraan kenderaan.
Tidak lupa juga dari aspek teknikal, keadaan kenderaan ketika itu dan juga keadaan jalanraya, adakah ia penyebab punca kemalangan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan kementeriannya amat memandang serius tragedi kemalangan bas ekspres tersebut dan mahukan siasatan perlu dilakukan dari pelbagai sudut keselamatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kementerian akan mengkaji hasil siasatan ini untuk digunakan bagi usaha penambahbaikan bagi mengelakkan kecelakaan ini berulang lagi. Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon berkata pihaknya juga akan turut berkerjasama dengan SPAD bagi mengumpul data dan maklumat bagi mengenal pasti punca kejadian dan beliau yakin hasil siasatan ini akan dapat dalam masa terdekat ini.
Liow dalam kenyataan yang sama mahu rakyat terutama pengguna jalan raya agar mengambil iktibar daripada kemalangan ini. Beliau mahu rakyat sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang serta had laju yang ditetapkan agar tiada lagi korban nyawa pada musim perayaan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri turut merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa tragedi bas ekspres tersebut.
Dia juga telah memaklumkan kepada SPAD akan perlunya mempercepatkan siasatan dan mahukan hukuman yang setimpal kepada pihak yang bertanggungjawab dalam nahas ini.
Berkenaan SPAD yang telah menggantung serta merta Lesen Pengendali Goldstar Express (M) sdn Bhd, Nancy menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan SPAD terhadap syarikat bas tersebut.
Nancy berkata siasatan pelbagai agensi terhadap nahas itu bermula dengan segera dengan MIROS menerajuinya manakala SPAD membantu siasatan. MIROS akan meneliti aspek nahas sementara SPAD akan memberi fokus kepada pematuhan kepada garis panduan keselamatan SPAD.
No comments:
Post a Comment