Thursday, December 29, 2016

HATI-HATI DENGAN PAKEJ UMRAH TIPU



Ibadah Umrah merupakan satu ibadah yang dilaksanakan dengan mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa selain bulan haji dan perlu berihram, tawaf, saie dan bertahallul mengikut tertib.

Ibadah Umrah juga dikenal dengan haji kecil oleh masyarakat. Sebagaimana haji kefardhuan umrah juga tertakluk sama seperti syarat dalam ibadat haji iaitu Islam, baligh, berakal dan mampu. 

Tuntutan umrah turut tertakluk berdasarkan  kemampuan mereka sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit.  

Namun dewasa ini ramai yang tertipu dengan pakej umrah murah.  Setiap tahun ada sahaja kes penipuan ini.  Yang lebih mengecewakan orang ramai mudah percaya dengan pakej-pakej murah ini.

Berulang kali kerajaan menasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan selidiki dahulu sesuatu tawaran pakej umrah. Namun semua nasihat bagaikan mencurah air di daun keladi. Natijahnya mereka d tipu hidup-hidup.

Bahkan sejak 2012 hingga Oktober tahun ini, seramai 3,714 penduduk Islam negara ini terpaksa berputih mata apabila hasrat mereka mengerjakan umrah tertangguh akibat menjadi mangsa penipuan pakej umrah.


Jumlah kerugian yang dihadapi oleh kesemua mangsa selama empat tahun kebelakangan ini seperti yang dilaporkan kepada pihak polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dianggarkan mencecah RM30.8 juta.  

BERHATI-HATI DAN SELIDIK TERLEBIH DAHULU

sumber : https://www.facebook.com/friendsofkedaulatan/

No comments:

Post a Comment