Isu persempadan semula masih menjadi isu hangat bukan sahaja di pihak pembangkang malahan antara parti-parti komponen BN termasuk UMNO, MCA dan MIC. Masing-masing memberi hujah dan alasan bagi menyatakan pendirian masing-masing.
Kebanyakannya pendapat tidak menunjukkan tanda-tanda menyokong persempadanan semula ini dilaksanakan.
Bahkan ketika Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Haji Mohammad Haji Hassan apabila diajukan oleh pembangkang dalam Dewan Undang Negeri, Negeri Sembilan menjawab sambil berseloroh "Kita (kerajaan) tidak tahu berkenaan pekara ini, SPR tidak pernah berbincang pun dengan kerajaan berkenaan persempadanan semula ini", "jika SPR berunding dengaan kerajaan senanglah, dah lama kita menang semua kerusi dah". disambut gelak ketawa oleh semua ahli dewan.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Kaa Siong pula berkata pihaknya bersedia mengemukan cadangan yaang telah dikaji kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) .
Menurutnya lagi semua cadangan tersebut telah dikaji dengan teliti dari setiap sudut dan semua aspek yang penting namun tidak boleh didedahkan lagi kerana tidak mahu pihak pembangkang mengambil kesempatan.
Seperti yang dijelaskan oleh Presiden MCA , Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai bahawa persempadanan semula ini perlu melambangkan perpaduan kaum di Malaysia maka oleh itu cadangan ini juga mengambarkan aspirasi perpaduan dan integrasi antara kaum di Malaysia.
No comments:
Post a Comment