Friday, August 19, 2016

TTIP BANTU PEMANDU TEKSI BERDIKARI


Sejak admin menulis berkenaan perangai segelintir pemandu teksi sejak setahun yang lalu, belum pernahlah rakyat mencebik dan marah admin bahkan banyak yang menyokong dan memberi pandangan masing-masing. 

Sikap kebanyakan pemandu teksi yang tidak mesra pelanggan telah meyebabkan mereka sendiri kehilangan pelanggan kepada pemandu grabcar dan uber. Jadi mereka janganlah pula menyalahkan pemandu grabcar dan uber. 

Kerajaan sudah membantu mereka (pemandu teksi) dengan bermacam-macam bantuan. Hendak naikkan tambang, kerajaan benarkan sehinggakan menimbulkan kemarahan rakyat.  Masalahnya mereka biasa dengan tawar menawar, jadi itulah puncanya orang ramai bosan dengan sikap pemandu teksi Malaysia. Pelancong pun merungut dengan sikap sesetengah dari pemandu teksi. di negara kita.

Kerajaan faham pemandu teksi terbeban dengan sewa harian cukup membebankan  yang terpaksa dibayar kepada syarikat teksi. Perkhidmatan tersebut amat membebankan pemandu teksi dan sebenarnya melebihi harga yang sebenar. Syarikat hanya mengambil untutng atas angin tanpa peduli nasib pemandu teksi. 

Bagi membela nasib pemandu teksi kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) yang akan membebaskan mereka dari jerutan pengusaha teksi yang amat membebankan. Program ini membolehkan mereka mempunyai permit sendiri 1 September ini. 

Kerajaan yang prihatin dengan nasib pemandu teksi mengumumkan peruntukan RM 150 juta bagi membantu lebih 30,000 pemandu tekksi yang berusaha keluar dari model sewa pajak. Kali ini mereka bakal mendapat permit individu seperti yang mereka idam-idamkan. 

Menurut beberapa pemandu teksi, yang menolak keputusan SPAD kebanyakannnya  pengusaha kerana bimbang pendapatan mereka terjejas kerana dengan program ini pemandu teksi bakal memiliki permit sendiri. 

Pemandu teksi sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan dan SPAD kerana sentiasa memikirkan untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan. Seharusnya selepas ini mereka lebih berusaha bersungguh-sungguh dan bukan mencari kesalahan orang lain. 












No comments:

Post a Comment