Cubaan seorang pemuda mahu menukar tayar kenderaan pacuan empat rodanya yang pancit di laluan kecemasan, membawa malang apabila dia dirempuh sebuah treler di Kilometer 436.1 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara, berhampiran hentian rehat dan rawat Rawang, dekat sini semalam.
Mangsa, Shahzizi Mustafa, 28, berasal dari Rantau Panjang, Klang, tercampak ke dalam longkang di kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu sebuah lori treler yang menghala ke utara di lebuh raya yang sama hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar kenderaan pacuan empat roda mangsa di lorong kecemasan.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang bersama kenderaannya manakala treler terbabit terbabas melintang jalan dan menghalang laluan ke utara.
“Selepas melanggar mangsa di kiri jalan, treler itu kemudian melencong ke kanan jalan lalu melanggar besi pembahagi di tengah jalan yang kemudian dilanggar pula oleh sebuah kereta Perodua Myvi,” katanya di sini.
Menurut Ali, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
“Pemandu kereta Myvi dipercayai hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarny
No comments:
Post a Comment