Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memaklumkan laporan awal tentang nahas yang menimpa pesawat Eurocopter AS350 berhampiran Sungai Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei lalu telah siap. Siasatan berhubung nahas pesawat Eurocopter AS350 dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang diketuai Kapten Datuk Yahaya Abdul Rahman.
Laporan itu dibuat dengan cukup teliti, melihat semula sejarah penerbangan , semua rekod penerbangan, rekod penyelengaraan, rekod juruterbang, bukti-bukti dari tempat nahas dan maklumat meteorlogi. Semua laporan akan dirangkumkan untuk memastikan punca sebenar kejadian.
Semua waris mangsa yang maut dalam insiden tersebut dimaklumkan tentang laporan awal tentang siasatan tersebut. Laporan awal ini telah dimasukkan dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Dalam siasatan ini Kapten Datuk Yahaya Abdul Rahman sebagai ketua penyiasat dan dibantu oleh lapan orang anggota.
Dalam pada itu, pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan beri perhatian terhadap saranan yang dikemukan oleh pasukan penyiasat bagi memastikan tragedi yang sama tidak berulang lagi.
Dalam nahas helikopter tersebut ianyatelah mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan juga juruterbang warga Filipina Kapt Rudolf Rex Ragas. Dalam insiden itu Helikopter tersebut berlepas dari Betong kira-kira jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar jam 5 petang. Selain mereka penumpang lain adalah Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

No comments:
Post a Comment