Ketika saat pembangkang sedang rakus melancarkan fitnah kepada kerajaan dan Perdana Menteri di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kerajaan terus dengan agenda membangunkan negara dan membela rakyat. Hari ini kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat yang miskin dan berpendapatan sederhana. Antaranya mendahulukan perumahan mampu milik dan mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.
Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah di Bandar Malaysia . Pada Fasa pertama pembangunan Bandar Malaysia, kerajaan akan membina sebanyak 5,000 buah rumah mampu milik .
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan rumah mampu milik itu adalah keutamaan dan perlu dibangunkan segera. Ia dibangunkan oleh pihak pemegang saham, Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan IWH-CREC Sdn. Bhd.
Ini membuktikan kerajaan memberi keutamaan menyempurnakan keperluan setiap sektor penduduk terutama melibatkan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
Selepas siap sepenuhnya, ia bakal mencipta peluang pekerjaan dan akan menjadi destinasi utama kepada 200,000 pekerja berpendapatan tinggi yang akan tinggal, bekerja dan bersosial.
“Bandar Malaysia akan menjadi penanda aras kepada hab baru kehidupan yang akan membawa manfaat kepada Kuala Lumpur dan rakyat Malaysia.
https://www.facebook.com/friendsofkedaulatan/
No comments:
Post a Comment