Tuesday, May 10, 2016

NABIL STAF McDONALD's YANG ISTIMEWA



Rangkaian restoran McDonald's bukan sahaja terkenal dengan keenakan burger dan kentang goreng yang rangup, tetapi juga terkenal dengan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Malaysia. Namun begitu tidak ramai yang tahu McDonald's juga membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan mengambil mereka bekerja di restoran mereka. 

McDonald's sehingga kini mempunyai lebih 90 orang kakitangan OKU yang berkerja separuh masa dan sepenuh masa. Hampir 30 peratus dari mereka bekerja sepenuh masa dan selebihnya separuh masa. 


Muhammad Nabil Rosli antara antara pekerja OKU McDonald's yang menjadi pekerja kebanggaan McDonald's. Apa yang istimewanya Nabil adalah seorang atlit paralimpik yang mewakili Malaysia dalam sukan olahraga dan futsal. 


Menurut  pengurus restoran McDonald's di tempat Nabil bekerja Mohammad Shahrul, Nabil merupakan seorang pekerja yang rajin dan pantas menjalankan tugas. "Walaupun fizikalnya tidak sempurna tetapi dia amat pantas dalam menjalankan tugas". Bermula dengan empat jam bekerja sehari kini Nabil mampu bekerja sehingga lima ke enam jam sehari. Nabil dan rakan sekerjanya yang sama OKU dengannya sering bersaing secara sihat dalam pekerjaan. 


Sebagai atlit paralimpik negara Nabil sering keluar negara antaranya Singapura dan Indonesia. Nabil amat gemar bermain futsal dan posisi yang biasa dia ambil adalah striker. Antara coach terkenal yang pernah menyuntik ilmu kepada Nabil adalah Zainal Abidin Hassan. Nabil adalah peminat pasukan bolasepak JDT dan peminat nombor satu Lionel Messi. 


Setiap hari ibu Nabil akan menghantar dan mengambilnya bekerja. Selepas bekerja biasanya Nabil akan ke gym untuk melakukan latihan. "Nabil ini memang jenis yang tak reti duduk diam", kata bosnya. Walaupun dari segi fizikalnya kita nampak dia OKU, tapi dia boleh membaca arahan yang diberi, cuma cara dia melontarkan kata-kata sahaja agak susah, tambah Encik Shahrul. 


Ibu Nabil Siti Khadijah binti Hasyim seorang yang sangat supportif dan sentiasa memberi Nabil semangat, tidak hairanlah jika ibunya sanggup tunggu Nabil habis latihan sampai jam dua pagi. Pengorbanan ibu Nabil amat berarti kepadanya. Nabil sebenar seorang peminat Awie dan dia berharap dapat bertemu dengan Awie pada satu hari nanti. 



Biasanya Nabil selepas habis kerja di McDonald's, jika dia tidak ke gym untuk latihan seperti biasa, dia akan jogging disekitar kawasan perumahannya. Jika tidak dia akan membantu ibunya  atau main video games dirumah. 


McDonald's memberikan masa yang flexsible untuk Nabil bekerja. Menurut Encik Shahrul dia tidak pernah memaksa Nabil bekerja lebih dari kemampuan dirinya. Namun biasanya Nabil tidak pernah ada masalah untuk bekerja lebih masa. 


Apabila di tanya berkenaan gaji, apa yang dia buat apabila dapat gaji. Nabil beritahu dia menyimpanya dan kadang-kadang belanja keluarganya makan diluar. 


Sikap Nabil yang positif dan semangat yang tidak pernah berputus asa sewajarnya menjadi contoh kepada belia dan jenerasi muda kita. Tidak ada alasan sebenarnya jika kita ingin berjaya asalkan berusaha dan tekun berusaha. Jadikan Nabil sebagai contoh untuk membakar semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya. "




"Dimana ada jalan, disitu ada McDonald's"





No comments:

Post a Comment