Justeru itu, apabila kerajaan menyatakan hasrat untuk melaksanakan VEP pada tahun ini, ia merupakan satu keputusan yang telah lama dinanti-nantikan.
Sebenarnya VEP ini sudah banyak kali tertangguh perlaksanaannya. Pada 2014 Perdana Menteri pernah menyatakan hasrat untuk melaksanakannya namun ia tertangguh hingga kini.
Menteri Pengangkutan, Datuk seri Liow Tiong Lai menjelaskan caj berkenaan akan dilaksanakan selepas menyelesaikan beberapa masalah teknikal. Namun beliau belum berhasrat untuk mengumumkan bilakah perlaksanaan VEP.
Menurut Liow, tidak ada maknanya kita baritahu bila nak laksanakan, tapi pada sampai masanya pekara itu tidak dapat dibuat. Namun tegasnya VEP akan tetap dilaksanakan pada tahun ini dan Singapura pun sudah dimaklumkan tentang pekara ini.
Perlaksanaan VEP ini juga akan menyeragamkan lagi lalu lintas di pintu masuk antara Johor dan Singapura serta lebih bersistematik,
Pada padangan admin, kerajaan perlu juga melihat kepada menguatkuasakan saman terhadap pesalah trafik kenderaan Singapura kerana saman trafik dari rakyat negara berkenaan juga tinggi.
No comments:
Post a Comment