Apabila bercakap tentang halal, ramai antara kita hanya terbayang sumber makanan dan cara penyembelihan itu dilakukan. Namun di McDonald's konsep halal adalah lebih luas daripada itu.
Di McDonald's konsep halal bukan hanya sekadar mendapatkan sumber material, cara penyembelihan dan memasak makanan sahaja bahkan ianya juga melibatkan semua aspek daripada rangkaian bekalan, cara pembuatan dan operasi seharian di premis McDonald's termasuklah memastikan semua premis sentiasa berkeadaan bersih.
Banyak pekara yang diberi perhatian di McDonald's terutama berkenaan halal dan bersih. Artikel sebelum ini saya telah banyak membicarakan tentang kepentingan produk halal dan berkualiti, kali ini kita membicarakan Halal dari konsep kebersihan yang diamalkan di McDonald's.
Standard halal yang tinggi juga bermaksud tahap kebersihan dan keselamatan yang tinggi serta kualiti yang terjaga. Di McDonald's tiada kompromi didalam perkara penjagaan kebersihan ini. Ianya amat dititik beratkan.
McDonald's amat menitik beratkan kebersihan di setiap premisnya dan juga pada setiap krunya yang telah dilatih dengan sebaiknya. Setiap hari di McDonald's premis perniagaan akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan bersih. Setiap hari juga mesin penyediaan akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum menu sarapan pagi di tukar kepada menu makan tengahari. Jangan hairan kerana ada lebih dari 70 kain untuk mengelap setiap hari di premis perniagaan McDonald's. Setiap peralatan kecil penyediaan akan dibasuh dan dinyah kuman setiap empat jam sekali.
Antara prosuder yang perlu kru McDonald's lakukan ialah mereka perlu membasuh tangan sebelum melakukan kerja dan setiap kali balik ke stesen penyediaan makanan apabila meninggalkanya. McDonald's juga telah menetapkan beberapa polisi tentang kebersihan tangan iaitu setiap kru perlu membasuh setiap satu jam sekali dan juga selepas melakukan beberapa aktiviti seperti menyapu lantai dan sebagainya.
Apabila hendak memegang makanan, kru McDonald's perlu mengunakan dua jenis sarong tangan plastik yang telah disediakan iaitu sarong tangan plastik biru dan putih. Sarong tangan biru untuk mengalihkan produk yang belum dimasak dan putih untuk mengenalikan produk yang telah dimasak. Kedua-dua makanan yang belum masak dan sudah masak tidak boleh bercampur atau bersentuhan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran kilang.
Setiap produk makanan di McDonald's juga ada waktu guna tertentu tersendiri, prosuder ini bagi memastikan kesegaran setiap produk terjaga kualitinya, contohnya daging burger tidak boleh lebih dari 15 minit, kentang goreng 7 minit manakala sayuran dalam setiap hidangan tidak akan digunakan selepas 2 jam dan sos tidak boleh digunakan dalam masa 24 jam.
Setiap pagi daging burger akan dimasak untuk memastikan suhu produk yang dimasak mencapai standard yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti dan keselamatannya. Pemeriksaan pula akan dibuat dari semasa ke semasa. Semua langkah tadi adalah bagi memastikan keselamatan makanan yang dimasak dan ini adalah salah satu dari komponen halal yang telah ditetapkan.
Begitulah ketat sekali kawalan keselamatan dan kebersihan makanan di restoran McDonald's. Anda dan keluarga tidak perlu rasa bimbang dan ragu-ragu kerana produk makanan di restoran McDonald's bukan sahaja halal, bersih dan berkualiti bahkan ia juga berkhasiat untuk tubuh anda.
No comments:
Post a Comment