Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan sentiasa prihatin dan peka terhadap apa sahaja kesusahan yang menimpa rakyat.
Begitulah juga yang berlaku disebuah lapangan terbang Kota Kinabalu. Seorang wanita warga emas mendapat layanan istimewa dari seorang Menteri.
Menurut satu sumber dari laman Facebook, warga emas yang berkerusi roda tersebut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama keluarganya.
Apa yang berlaku keluarga warga tersebut sudah menaiki pesawat dan krew yang sepatutnya membantu membawanya masuk agak sibuk menguruskan menyemak tiket penumpang yang lain.
Dalam keadaan agak panik dan terpinga-pinga tidak disangka ada tangan yang istimewa datang membantu. Insan yang saya maksudkan itu adalah Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong cuba menenangkan beliau dan membantunya menuju ke kuanter.
Warga emas tersebut berasa amat bersyukur dan tidak menyangka yang membantunya itu adalah seorang Menteri.
Inilah satu contoh pemimpin yang lebih pentingkan kebajikan rakyat. Terima kasih Datuk Seri Wee, Pemuda Selempang Merah rasa bangga dan bertuah mempunyai pemimpin yang mesra dan sering membantu rakyat.
No comments:
Post a Comment