Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil tindakan segera membuat lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Wangsa Maju setelah mendapat maklumat dan aduan melalui akaun twitternya bahawa masa menunggu di situ terlalu lama sehinggakan melebihi satu jam.
Beliau Melihat sendiri bagaimana suasana yang agak sesak didalam JPJ Cawangan tersebut yang mana menyaksikan pelanggan terpaksa beratur panjang menunggu giliran.
Sambil mengambil masa bermesra dengan pelanggan, Liow meminta pegawai-pegawai disini membuka kuanter tambahan bagi meredakan keadaan yang sesak tersebut.
Menurut pegawai-pegawai yang ditugaskan menjaga kuanter, Cawangan mereka tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang dari sehari ke sehari semakin meningkat sehingga mencecah 800 orang sehari.
Beliau berkata Kementerian akan berusaha menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Kementerian juga akan melanjutkan tempoh perkhidmatan kiosk agar orang ramai mendapat perkhidmatan berterusan.
Kementerian dalam masa yang sama juga akan meluaskan kawasan parkir di cawangan tersebut agar tidak berlaku kesesakan dikawasan tersebut.
Antara tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian ialah Mengunakan kaedah online dimana pelanggan dapat berurusan terus tanpa melalui kuanter. Ianya lebih mudah dan amat menjimatkan masa dan tenaga.
Bagi penduduk kampung dan diluar Bandar, kuanter mudah alih akan diwujudkan. Jadi mereka tidak perlu lagi berebut-rebut datang ke cawangan JPJ untuk menjalankan urusan mereka.
Menurut Liow lagi, pengurusan masa menunggu merupakan sebahgian daripada Program Tranformasi kerajaan. Oleh itu masalah ini akan diberi lebih Perhatian dimasa akan datang.
Secara dasarnya, perkhidmatan JPJ di setiap cawangan sudah semakin bertambah baik, namun masih lagi terdapat ruang untuk kita beri nilai tambahbaik.
Tindakan segera Datuk Seri Liow Tiong Lai mendengar rintihan rakyat menunjukkan betapa beliau memberi sepenuhnya komitmen dalam usahanya membantu rakyat.
Sebagai rakyat, Pemuda Selempang Merah merasakan cukup bertuah mempunyai pemimpin yang prihatin dan bertindak pantas menyelesaikan masalah rakyat.
PEMUDA SELEMPANG MERAH (Bani Jawi)
No comments:
Post a Comment