.
Isu saudara Zulkifli Ahmad yang ditahan kerana tuduhan membunuh dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung masih lagi menjadi bualan hangat oleh para hakim dan peguambela jadian dimedia sosial.Saya lebih suka membawa pembaca melihat dari persepktif undang-undang negara.
Dalam situasi mempertahankan diri dari menjadi mangsa jenayah, membunuh atau terbunuh adakah menjadi suatu Jenayah atau Hak dalam persepktif undang-undang ?
Situasi dimana terjadinya sesuatu jenayah dalam lingkungan hak kita seperti Kes pencerobohan atau jenayah rompakan atau samun keatas harta kita.
Dalam situasi tersebut kita berhak melindungi keselamatan nyawa kita dan keluarga kita dengan mempertahankan diri dengan apa cara sekali pun jika ianya didalam keadaan yang sangat terancam sehingga boleh menyebabkan kita kehilangan nyawa.
Namun begitu, hak itu bukanlah bersifat mutlak sehingga ke tahap kita berhak mencederakan suspek penjenayah dengan amat parah sehingga wujud elemen perlakuan kita telah melangkaui elemen mempertahankan diri dan telah bertindak kearah menyerang balas dengan sengaja setelah musuh berjaya ditawan atau dilemahkan.
Jika dalam suatu situasi berlakunya jenayah ceroboh, rompakan samun dan ancaman keselamatan nyawa kita sedangkan pada ketika itu wujud peluang untuk kita menstabilkan ancaman penjenayah keatas kita dan kita berjaya mengatasi, melemahkan, menewaskan dan menawan penjenayah tersebut.
Maka pada ketika itu, kita TIDAK LAGI DIDALAM POSISI PERLU MEMPERTAHANKAN DIRI dan HAK MEMPERTAHANKAN DIRI KITA LUPUS GUGUR SERTA MERTA KETIKA ITU.
Jika kita melakukan sesuatu kepada penjenayah tersebut sehingga mendatangkan kecederaan dan kematian, MAKASTATUS KITA PADA KETIKA ITU ADALAH SEBAGAI PENYERANG DAN PENJENAYAH.
Ianya akan menjadi Kes jenayah jika didalam laporan patologi, laporan bedah mayat, laporan medikal dan laporan forensik mendapati wujud unsur-unsur kecederaan kepada penjenayah itu adalah akibat daripada serangan selepas dia ditawan dan bukannya daripada akibat sewaktu pergelutan ketika mempertahankan diri. Pada ketika itu mangsa tertakluk kepada undang-undang jenayah.
Didalam prosiding proses keadilan, unsur niat melakukan jenayah itu (Mens Rea) atau unsur Caralaku jenayah (Acteus Reus) itu akan dijadikan Asas Kaedah untuk menentukan samada Kes itu adalah Hak Undang-undang Mangsa Jenayah atau ianya Jenayah membunuh.
Sifat sesuatu undang-undang dan teknologi forensik akan menentukan samada simati itu terbunuh akibat pergelutan dalam situasi mempertahankan diri ataupun dibunuh setelah ditawan.
Fakta kes Zulkifli yang juga dituduh dibawah seksyen 326 Kanun Keseksaan mendatangkan kecederaan parah kepada orang lain selain 302 Kanun Keseksaan untuk Kes bunuh menunjukan terdapat unsur penjenayah diserang selepas ditawan.
Ini kerana seksyen 326 Kanun Keseksaan ialah melakukan serangan keatas orang lain sehingga mendatangkan kecederaan yang parah dalam maksud lain, yang di serang itu dan penyerangnya itu tidak berjasa didalam posisi pergelutan.
Sebaliknya ianya berapa didalam posisi dimana yang diserang itu tidak didalam posisi mendatangkan ancaman keselamatan nyawa kepada penyerangnya.
Sebaliknya , ianya didlm posisi dimana yg diserang itu tdk didlm posisi mendatangkan ancaman keselamatan nyawa kpd penyerangnya.
TMX
No comments:
Post a Comment