Saya amat bersimpati dengan apa yang telah menimpa encik. Zulkifli Ahmad. Rumah beliau telah dimasuki perompak dan dalam usaha beliau menyelamatkan diri dan mempertahankan keluarganya, seorang perompak telah terbunuh.
Usaha murni beliau di sisi undang-undang tidak salah. Mempertahankan diri dan maruah keluarga dibenarkan dalam Kanun Keseksaan walaupun menyebabkan kematian kepada perompak tersebut.
Namun begitu, dalam hal undang-undang beberapa prosuder perlu diteliti dan diikuti. Dalam hal ini polis akan meneliti kesemua fakta kes.
Oleh itu polis perlu menjalankan tanggungjawabnya mengikut undang-undang negara. Enciik Zulkifli perlu menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah hakim memutuskan samaada beliau bersalah atau tidak.
Orang ramai tidak perlu terlalu beremosi dan mengikut perasaan sangat. Kes yang dihadapi oleh Encik Zulkifli Ahmad adalah kes bunuh. Mahkamah sendiri akan melantik peguam bagi mewakili beliau. Kerajaan memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.
Saya sedar bahawa rakyat Malaysia cukup prihatin dan amat mengambil berat. Jadi tak salah jika ingin membantu keluarga mangsa dengan mengadakan kutipan derma dan sebagainya.
Bantulah keluarga mangsa dan doakan kebaikan untuk Encik Zulkifli Ahmad. Tidak perlulah kita menghina dan mencaci sistem kehakiman negara. Beliau belum pun dibuktikan bersalah, cuma ini hanyalah prosuder biasa dalam proses penghakiman.
Saya yakin proses penghakiman ini akan membersihkan diri encik Zulkifli Ahmad dari tuduhan membunuh.
Didalam undang undang Kanun Jenyah (Penal Code) diperuntukkan bahawa sesiapa sahaja boleh menggunakan kekerasan bagi mempertahankan dirinya dari sebarang serangan kekerasan.
Kekerasan yang digunakan hendaklah sekadar mempertahankan dirinya Dan jika bahaya serangan itu tidak lagi ujud, maka hak mempertahankan diri dengan sendirinya terlucut.
Didalam sesuatu keadaan jika perompak itu dah dapat ditewaskan, maka undang-undang tidak membenarkan seseorang menggunakan kekerasan yang lebih tetapi sekadar menewas atau dapat menangkap perompak itu.
Didalam kes ini, berdadasarkan fakta yang terserlah jelas dari laporan pathologies pihak TPP mendapati kecederaan yang dialami oleh perompak itu melampaui dari sewajarnya yang menunjukkan ujud niat hendak membunuh.
Itu sebabnya pertuduhan ditukar kpd 302 dari 304. Kes ini amatlah tidak wajar dan adil dibincang dimedia sosial alam maya.
RAKYAT PERLULAH YAKIN DENGAN ISTITUSI KEHAKIMAN NEGARA KITA.
KES ZULKIFLI AHMAD
Fakta Kes
Dituduh dibawah seksyen 302 kk kes bunuh dan seksyen 326 kes mendatangkan kecederaan.
1. Kes Zulkfli Ahmad daripada Marang Terengganu dikatakan sepertimana didalam media sosial ialah :
(a). Zulkifli Zhmad adalah mangsa rompakan di rumahnya.
(b). sewaktu mempertahankan diri daripada perompak tersebut, perompak itu telah terbunuh.
(c). Orang ramai kecewa Zulkifli Ahmad dituduh dibawah Seksyen kes bunuh tanpa niat dan menyebabkan kecederaan kepada sang perompak.
Di hari kedua sebutan kes dimahkamah, Zulkifli telah diikat jamin RM15 ribu dan keluarganya telah membayar wang jamin tersebut, tetapi Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah ubah seksyen pertuduhan untuk kes 304 kk bunuh tanpa niat kepada seksyen 302 kk kes bunuh. Dan tidak dibenarkan dijamin kerana kes itu adalah "unbailable offence".
Media sosial telah wujudkan satu page selamatkan Zulkifli untuk solidarity kepada beliau Oleh itu orang ramai telah bertindak mengecam polis dan undang-undang Malaysia.
2. Pada pendapat saya daripada perspektif undang-undang.
Soal isu mengapa Zulkifli yang dikatakan sebagai mangsa rompakan telah didakwa undang-undang kerana mempertahankan dirinya dan ianya dikatakan SEBAGAI SALAH GUNA UNDANG-UNDANG OLEH POLIS DAN TPR ADALAH SANGAT TIDAK BETUL KERANA :
(A). Dalam meluluskan sesuatu pertuduhan keatas mana mana suspek, TPR akan bersandarkan kpd faktor ,
1- hasil kertas siasatan polis
2- pembuktian medikal dan forensik
3- laporan berkaitan seperti laporan awal jabatan kimia atau lain lain
(B). Sains forensik mampu, berdaya dan telah diakui berjaya membuktikan sesuatu kes dengan teknologi tertentu bagi menentukan punca sesuatu kes yang sebabkan kematian.
3. Secara amnya ,
(a). Ramai orang awam menyangka, JIKA KAWASAN MEREKA DAN HAK MEREKA DICEROBOHI , MAKA MEREKA BERHAK DALAM SITUASI ITU MELAKUKAN SESUATU YANG PERLU DENGAN APA SAHAJA CARA SEKALIPUN.
(b). Sedangkan sangkaan itu adalah TIDAK BENAR kerana undang-undang TIDAK MEMBERIKAN KEBEBASAN DAN HAK KUASA MUTLAK kepada pemilik kawasan atau harta untuk berbuat demikian.
4.Faktor Mempertahankan Diri
(a). Elemen Mempertahankan Diri ialah spt berikut :
1-mangsa diserang penyerang dan sewaktu serangan tersebut mangsa telah berjaya secara tidak langsung dan bergantung kepada kesempatan yang ada dan tindakan yang perlu dalam keadaan terdesak terpaksa membalas serangan penyerang dengan apa cara sakalipun SECARA SPONTAN.
(b). dan didalam situasi tersebut mangsa telah berjaya melawan penyerangnya dan akibatnya penyerangnya terbunuh.
(c). dalam situasi ini, MANGSA tidak dilihat sebagai pembunuh atau membunuh tanpa niat kerana MANGSA telah menyebabkan KEMATIAN itu disituasi yang tidak dielakan dan tidak sengaja dan ianya SECARA SPONTAN dan bukan daripada selainnya.
SENARIO SPT INI MEMBUKTILAN ELEMEN MEMPERTAHANKAN DIRI YG SEBENAR.
5.Jika Siasatan polis dn Laporan Awal Forensik Ataupun Laporan Patologi atau laporan bedah mayat atau lain lain laporan berkaitan MENUNJUKAN TANDA TANDA :
(a). PENYERANG MATI AKIBAT DARIPADA SERANGAN YANG TIDAK SEBAGAI SATU SERANGAN YANG MEMBUKTIKAN DALAM SITUASI DAN POSISI BELIAU SEDANG MENYERANG MANGSA SEBALIKNYA KESAN KECEDERAANNYA MENGAMBARKAN KEARAH ,
MATI DICEDERAKAN DENGAN TERUK DAN KECEDERAAN TERSEBUT ADALAH DILUAR BATASAN KERANA MEMPERTAHANKAN DIRI SEBALIKNYA KECEDERAAN YANG SEBABKAN KEMATIAN PENYERANG ITU ADALAH AKIBAT .
DITAWAN MANGSA DAN KEMUDIAN DICEDERAKAN DENGAN CARA YANG MENGAMBIL MASA YANG LEBIH DARIPADA JANGKA MASA SEWAKTU PERTAHANKAN DIRI OLEH MANGSA DAN BENTUK DAN KEREKTOR KECEDERAAN PENYERANG ITU MELAMPAUI KEMAMPUAN SITUASI MANGSA SEWAKTU DIKALA DISERANG PENYERANG DAN KECEDERAAN TERSEBUT KONSISTEN DENGAN KEADAAN DIMANA IANYA DILAKUKAN DALAM SITUASI DIA DITAWAN ATAU DIIKAT ATAU DLL...
MAKA KES INI TIDAK LAGI SBG KES MEMPERTAHANKAN DIRI ATAU MEMBUNUH TANPA NIAT.
(b). KES INI DITAKRIFKAN SBG KES BUNUH
(c). UNDANG-UNDANG TIDAK BENARKAN ATAU BERIKAN HAK MUTLAK KEPADA SESIAPA PUN UNTUK MEMBUNUH SESEORANG SUSPEK ATAU PENYERANG DIWAKTU SETELAH PENYERANG ITU BERJAYA DITAWAN MANGSA.
(d).PEMBUKTIAN FORENSIK MAMPU BUKTIKAN SAMAADA SESEORG ITU MATI DIBUNUH ATAUPUN TERBUNUH.
ELEMEN MATI DIBUNUH DAN ELEMEN TERBUNUH ADALAH DUA SITUASI YANG AMAT BERBEZA.
(f).TIMBALAN PENDAKWA RAYA DAN POLIS DLM KES ZULKIFLI AHMAD JELAS TELAH BERTINDAK DALAM LANDASAN UNDANG-UNDANG DAN TIDAK TIMBUL SOAL PENGANAYAAN TELAH DILAKUKAN KEATAS TERTUDUH ZULKIFLI AHMAD.
(g).WALAUBAGAIMANA PUN , ZULKIFLI AHMAS DIBERIKAN HAK SELUASNYA OLEH UNDANG-UNDANG UNTUK MEMBELA DIRINYA DAN MEMBUKTIKAN SEBALIKNYA.
SETAKAT INI , TERDAPAT ELEMEN ASAS DPP UNTUK MELULUSKAN PERTUUDUHAN DIBWH SEKSYEN 302 KK KES BUNUH WALAUPUN PDRM MENCADANGKAN SEKSYEN 304 KK MEMBUNUH TANPA NIAT.
TMX
No comments:
Post a Comment