Setelah banyak sangat dolak dalik Tony Pui yang kantoi dengan kenyataannya sendiri mencabar Azrul Kanda Abdullah, CEO 1MDB. Penerimaan pelawaan debat oleh Azrul Kanda bukan saja mengejutkan Tony Pua sahaja, bahkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain pun ternga-nga mulut mereka.
Apa yang malang,Tony tidak lagi dapat mengelak debat ini apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bersedia menyediakan medium RTM untuk program debat tersebut.
Debat yang dianjurkan oleh RTM ini akan berlansung pada hari jumaat di TV 1 jam 9 malam.
Ada penyokong yang meminta Tony batalkan saja kerana bimbang Tony akan dilunyaikan oleh Azrul dihadapan rakyat Malaysia. Macam-macam alasan digunakan mereka untuk mengelak debat ini berlaku. Hinggakan mengaitkan agama Azrul sebagai alasan. Kononnya tidak mahu berselisih faham dengan agama hindu.
http://www.negarapakatanrakyat.com/2015/11/02/tony-elak-debat-untuk-tidak-dilihat-anti-hindu/#comment-16368
Apa ke bodohnya alasan mereka ini. Azrul Kanda sudah lama memeluk Islam, tak ada apa salahnya jika berdebat pun, ianya bukan berkaitan antara agama dengan agama.
Apa pun, debat ini bakal menghapuskan fitnah-fitnah pembangkang yang selama ini sering berlegar di medium sosial maya. Kebenaran akan terbukti, Azrul Kanda di pertanggunjawabkan untuk mempertahankan 1MDB.
Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka yang mempertahankan kebenaran.
RTM akan menganjurkan debat antara Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada Jumaat ini menerusi TV1 dari pukul 9 malam hingga 10 malam.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, debat yang akan dikendalikan oleh seorang moderator dari RTM itu akan disiarkan secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri.
“Debat itu akan disiarkan secara langsung selepas ia mendapat permintaan daripada banyak pihak tetapi ia tidak dibuat di hadapan penonton kerana kita tidak mahu ia mencetuskan emosi berdasarkan fahaman politik yang berbeza,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali Kesembilan di Universiti Putra Malaysia, Serdang dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment