Sunday, October 11, 2015

DI MANA RM 2.6 BILION ...???

RM 2.6 billion.
 

PM kata, semua org datang jumpa dia minta dana. Bahagian UMNO minta pada dia. Komponen BN minta pada dia. NGO2 minta pada dia. Persatuan2 minta pada dia. Dan ramai lagi minta pada dia.

Soalan dia : Dia nak minta dari siapa?

PM kata lagi, dia terpaksa cari dana luar. Dia boleh ja jumpa tokey2 besar kat Malaysia minta dana sepertimana PM2 yg lepas lakukan. Tapi satu perkara yg dia tak suka adalah, "Mereka" sudah pasti meminta projek2 besar sebagai balasan. Dan PM BENCI perkara itu.

Itu sebab PM cari dana luar. RM 2.6 billion di perolehi mempunyai hitam putih (surat) di mana, penderma menderma tanpa mengharapkan balasan dari Malaysia tetapi dengan syarat BN terus kekal.

----
*Boleh tak aku kata dana itu bukan dana UMNO. Lebih kepada dana peribadi atas kapasiti Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Tanya ja..

3. PM kata Bajet yg bakal yg beliau bentangkan pada tahun ini adalah yg paling mencabar sepanjang tempoh beliau jadi PM.

Harga minyak dunia jatuh menyebabkan perolehan kerajaan berkurangan.

Beliau kata, negara bernasib baik sebab telah laksanakan GST.

** Aku lihat wajah PM agak kecewa. Beliau seperti seperti mahu berkata, rakyat tak faham kenapa kerajaan perlu laksanakan GST. Dan pada masa yg sama, mereka mahu yg terbaik untuk mereka.

4. PM sebut pasal Rasionalisasi 1MDB.

PM kata banyak syarikat dalam dan luar sangat - sangat berminat untuk ambil alih Edra Global Energy BHD.

Salah satu pembida adalah TNB. TNB cukup berminat dgn syarikat Edra. TNB melihat potensi yg ada pada Edra. Edra bukan sahaja memiliki janakuasa dan asset2 di dalam negara tetapi di beberapa buah negara di dunia. Jika TNB memperolehi Edra Global Energy BHD, TNB tidak lagi "Domestic player" seperti sblm ini. TNB bakal muncul sebuah antara syarikat gergasi dunia.

Itu sebab yg membida bersusun atas meja PM.

----
PM dalam riak wajah, beliau dalam dilema. Jika TNB di beri peluang memiliki Edra walaupun harga bidaan tidak setinggi mana, TNB akan di tuduh "bailout" 1MDB.

Sama dengan apa yg terjadi pada Tahung Haji.

PM diam seketika...

----
Sebenarnya PM nak cakap sesuatu. Mungkin tak sampai hati.

Tak apa aku tolong cakapkan.

Rakyat Malaysia ni bodoh !!

Siapa mereka tu? Cuba teka?

5. PM ada sebut pasal TPPA..

TPPA adalah perjanjian multilateral antara negara2 terlibat.

Dari sudut pandang pengkritik - itu adalah perjanjian menggadaikan negara.

Dari sudut pandang ahli ekonomi - Ini adalah peluang di mana negara (rakyat Malaysia) boleh menerokai sejumlah RM 27 trilion hasil dari perdagangan bebas ini.

Menurut DS Najib. Beliau bukanlah bodoh untuk menggadaikan negara. Jika negara tidak melibatkan diri dalam perjanjian ini, besar kemungkinan kita akan ketinggalan berbanding dengan negara2 yg terlibat.

Selepas 10 tahun, sebagai contoh, kita tiba2 mahu menganggotai kumpulan ini, Malaysia terpaksa "membayar dengan harga yg tinggi".

Maksudnya, jika sekarang Malaysia menyertai, Malaysia berhak menentukan terma-terma dan syarat-syarat terutamanya menjamin kebajikan industri bumiputera dan kepentingan negara. Jika selepas 10 tahun baru kita sertai, kita sudah tiada hak itu. Dan kita terpaksa ikut terma2 yg telah di tetapkan.

Bukankah lebih baik Malaysia menyertai dan meletakkan terma2 agar kepentingan negara tidak terjejas? Walaupun sudah menantangani, Malaysia boleh keluar jika mendapati ianya tidak menguntungkan negara (dalam tempoh tertentu).

Jika mereka kata pelabur dlm negara alami kerugian jika Malaysia menyertai TPPA, sebenarnya mereka lagi menfalami kerugian kerana terlepas peluang menerokai kekayaaan sejumlah RM 27 Trilion.

Namun, PM bersikap terbuka. Ianya akan dibahaskan selepas memperolehi teks Perjanjian itu. Dan kerajaan akan mengedarkan kepada rakyat teks itu dalam bahasa yg lebih mudah untuk di fahami agar rakyat menilai.

Masih tak terbuka lagi kah PM

---
PM janji. Setelah di nilai teks itu sepenuhnya, dan di dapati tidak menguntungkan negara. Dia akan tolak.

6. Ada org tanya..

Dalam siber.. kecoh pasal keburukan TPP itu dan ini.

PM jawab, dia sendiri pun belum dapat teks perjanjian itu macam mana mereka boleh bahas dalam siber?

Hmmm... betui jugak.

7. Ada org tanya agar DS Najib lebih sinis menjawab persoalan.

Kalau boleh sindir bagi panas telinga.

DS Najib senyum ja.

----
Bagi aku, DS Najib ada karekter dia sendiri.

Dia tak perlu contohi org lain terutama dari spesis nyanyuk.

Dia perlu jadi diri dia sendiri.

Secara peribadi, aku lebih suka pendekatan beliau kini. Sentiasa cool dan tidak gelabah.

8. PM kini mengambil pendekatan baru iaitu "Walkabout solution"

Maknanya,

Sebelum ini, jika PM melawat dan menziarah sesuatu kawasan, beliau akan mendengar dan menyelesaikanny apabila kembali ke Pejabat.

Namun pendekatan baru ini, PM akan selesaikan masalah tersebut pada ketika itu juga. Dan akan ada yg buat follow up sama ada tindakan itu telah dilaksanakan atau tidak.

---
Saya sgt menyokong pendekatan ini.

Cukup la 8 point yg dpt aku kongsikan dengan ko org.

Moga dapat manfaat. Mana2 yg silap itu adalah mungkin cara penyampaian aku.

Aku hadir bukan utk berselfie shj. Tapi berkongsi dgn kawan2 yg tak berpeluang utk hadir.

Yg mana panas telinga dgn butiran aku berikan.. jgn lupa terjun lombong. Lebih tinggi, lebih afdhal.


~ Dr Aznil Hisham

No comments:

Post a Comment