Warga dunia kembali gempar apabila satu serpihan pesawat yang dikatakan milik MH370 di temui di Pulau La Reunion. Akhbar "The Telegraph" melaporkan serpihan pesawat yang ditemui itu berkemungkinan besar milik Boeing 777 apabila "serpihan" yang ditemui itu diperbuat daripada komposit, dan hanya Boeing menggunakan bahan berkenaan dalam pesawat mereka. Malahan seorang pegawai atasan Australia menyakini bahawa serpihan pesawat tersebut adalah dari kapal terbang MH370.
“Kami semakin yakin serpihan itu berasal daripada MH370. Bentuk objek itu kelihatan seperti bahagian tertentu yang dikaitkan hanya dengan pesawat 777,” kata Martin Dolan, ketua pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengetuai pencarian MH370 kepada AFP.
Dalam pada itu, bagi memudahkan siasatan dibuat secara menyeluruh, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berusaha sedayaupaya mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa penerbangan di Pulau La Reunion.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap semua pihak dapat memberi kerjasama kepada proses siasatan berhubung penemuan serpihan pesawat berkenaan, kerana ianya amat penting kepada waris penumpang pesawat MH370. Sehingga kini mereka masih menunggu kesahihan mengenai pasawat tersebut.
Tiong Lai juga berkata, dalam mencari lebih banyak bukti kerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan La Reunion membolehkan pakar menjalankan analisis yang lebih substantif dan menyeluruh bagi mengenal pasti dari mana asal serpihan pesawat tersebut sekaligus memberi lebih banyak maklumat dalam pencarian MH370.
Dalam satu kenyataan, Tiong Lai berkata,"Kita tahu serpihan bahagian sayap (Flaperon) secara rasmi dikenal pasti sebagai sebahagian pesawat Boeing 777, pekara itu disahkan oleh pihak berkuasa Perancis bersama dengan pengeluar pesawat Boeing, Lembaga Keselamatan Pengankutan Kebangsaan (NSTB) Amerika Syarikat dan pasukan Malaysia".
Serpihan pesawat berkenaan akan dianalisis di sebuah makmal di Perancis pada Rabu ini bagi menentukan samaada komponen berkenaan merupakan sebahgian pesawat MH370 yang hilang sejak setahun yang lalu.
Semoga misteri yang selama ini menjadi bualan seluruh dunia terutama rakyat Malaysia berakhir dengan penemuan yang ditunggu-tunggu selama ini.
No comments:
Post a Comment