Monday, August 31, 2015

HANYA 9 PERATUS YANG MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR



Kempen pemakaian tali pingang kaleder di tempat duduk belakang telah dimulakan kerajaan pada 1 Jun 2008. Kempen advokasi ini dijalankan selama 6 bulan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil. Kempen ini bagi membiasakan orang ramai dengan peraturan baru undang-undang pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang. Walaupun pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya  mengadakan kempen dan nasihat di seluruh negara berkenaan dengan pentingnya memakai tali pinggang belakang, namun kesedaran orang ramai mengenainya masih rendah iaitu pada kadar tujuh hingga sembilan peratus sahaja. 
Pekara ini telah dijelaskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Kembara Kasih Merdeka 2015, di sini hari ini.
Padanya, dia lebih suka mengadakan program kempen nasihat dan memberi kesedaran kepada rakyat dari mendenda mereka. Justeru itu beliau berharap kementeriannya akan lebih mempergiatakan lagi kempen pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. 
Liow berharap rakyat menerima nasihat kerana ia memang untuk kebaikan mereka sendiri dan keluarga mereka. Jika ada yang berdegil pihak berkuasa polis dan JPJ terpaksa menguatkuasakan undang-undang. 
“Saya harap rakyat terima nasihat kerana ia untuk kebaikan mereka sendiri, kita terpaksa kuatkuasakan.“Saya pun tak suka mendenda rakyat tetapi kalau tiada penguatkuasaan, pematuhan undang-undang adalah sangat rendah,”  Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Pada pendapat PSM, kerajaan sememangnya wajar mengambil tindakan demi untuk keselamatan rakyat. Kita tidak mahu ada yang menderita dan kehilangan nyawa hanya kerana kecuaian yang sebenarnya boleh dielakkan. Rakyat perlu sedar kehilangan nyawa merupakan satu kerugian kepada negara. 
Rakyat perlu berusaha agar angka kematian dijalan raya dapat dikurangkan sebanyak mungkin.  Jadual di bawah disertakan Trend Index kematian kemalangan di Malaysia. 


​Trend penurunan Indeks Kematian di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2014 adalah seperti Jadual berikut:​ ​​
​​
​ 
​​​TahunKematian​​​Jumlah Terkumpul Kenderaan BerdaftarIndeksPeratus Pengurangan​
20116,87721,401,2693.215.59%
​​20126,91722,702,2213.054.98%
2013​​6,91523,819,256​2.904.92%
20146,67425,101,192​2.668.28%
​​​​​​ ​Trend Penurunan Indeks Kematian di Malaysia dari Tahun 2011 hingga 2014​

Sunday, August 30, 2015

Bersatu Demi Malaysia yang Lebih Kukuh

Bersatu Demi Malaysia yang Lebih Kukuh

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh warga Malaysia.

Hari ini merupakan hari penghormatan di atas segala pengorbanan dan jerih payah para pejuang dan bapa kemerdekaan kita dalam membina asas negara yang kita cintai ini. Pada hari ini juga kita mengiktiraf mereka yang terus memperjuangkan nilai-nilai asas perpaduan, keharmonian dan penerimaan seiring dengan tema sambutan Merdeka tahun ini iaitu Sehati Sejiwa.

Sejak merdeka, kita telah membuktikan kekuatan kita sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, tradisi, budaya dan kepercayaan. Kebelakangan ini, kita sering diuji dengan pelbagai ujian mendatang dan cabaran ekonomi. Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama kita imbau kembali azam dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi yang telah dipamerkan oleh para pengasas negara yang terdahulu. Kita harus percaya bahawa selagi kita bersatu hati dan teguh bersama, semestinya kita akan dapat mencapai lebih banyak kejayaan sebagai sebuah negara berdaulat.

Oleh itu, marilah kita berdiri bersama, seluruh warganegara rakyat Malaysia, tua dan muda, tanpa mengira bangsa dan kedudukan sosial, dengan azam yang jitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan makmur.



Kita adalah rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini. Daripada terpedaya dengan anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan Malaysia, marilah kita sebaliknya mengekang perasaan curiga dan segala unsur perpecahan sambil berusaha bersama-sama untuk membina sebuah negara yang lebih mapan, baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan melindungi kepelbagaian budaya kita yang merupakan khazanah bangsa dalam usaha kita menjadi sebuah masyarakat yang lebih maju dan matang.

Sekali lagi, Selamat Hari Merdeka saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kepada mereka yang bercuti pada hujung minggu ini, semoga selamat dalam perjalanan dan berhati-hati di jalan raya.


UMNO PERLUKAN PEMIMPIN YANG DITERIMA DAN DISENANGI RAKYAT

UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin dan calon pemimpin yang memiliki kriteria mudah disenangi serta boleh menyesuaikan diri dengan rakyat dan persekitaran bagi memastikan parti itu dapat meraih kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Na­jib Razak berkata, bagi rakyat, adalah penting untuk mempunyai pemimpin yang boleh membantu mereka dalam apa jua keadaan tanpa mengira masa terutamanya ketika ditimpa bencana.
“Macam mana nak jadi likeable (disenangi)...kita kena beri service (perkhidmatan) kepada rakyat dalam apa jua keadaan.
Kalau UMNO berjaya tonjolkan pemimpin dan bakal calon yang mempunyai ciri-ciri seperti ini, maka peratusan kita untuk menang adalah lebih tinggi,” katanya.
Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh dan Jamuan Rakyat di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalannya yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin.
Terdahulu, Perdana Menteri disambut meriah oleh lebih 5,000 hadirin serta pemimpin dan anggota UMNO Bahagian Temerloh. – BERNAMA

KALDAI DAN KITAB -2



Aku tak pelik jika DAP dibiayai dan memiliki kaitan dengan kongsi-kongsi gelap bangsa Cina, yang memiliki rangkaian yang luas bukan setakat Singapura, malah sebahagian besar Asia.

Perhatikan sejarah Ghee Hin dan Hai San suatu masa dulu.

Dan kongsi-kongsi gelap ini adalah diketuai oleh gergasi-gergasi korporat bangsa mereka sendiri yang selama ini telah mendapat faedah daripada kerajaan.

Apa yang terjadi di Malaysia adalah, ahli-ahli korporat ini sudah menguasai ekonomi Malaysia, cuma tinggal sebahagian yang belum dikuasai, yang dipertahankan oleh dasar-dasar probumiputera oleh UMNO.

Kerana sifat tamak dan mahu menguasai semua ini, dasar-dasar ini haruslah diubah. Maka mereka menggunakan parti-parti politik untuk mengubah dasar-dasar negara dengan menumbangkan BN supaya mereka dapat menguasai sepenuhnya ekonomi Malaysia.

Dunia ini bagi mereka bukan Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand atau Brunei, tetapi telah dibahagikan dan dinamakan kepada zon-zon seperti dalam pelan pemasaran sesebuah syarikat perniagaan.

AZMAN HUSSIN

Miskin semangat patriotik – Najib

Utusan - 30 ogos 2015

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 di sekitar Dataran Merdeka di Kuala Lumpur sebagai cetek serta miskin semangat patriotik.


Perdana Menteri berkata, pada saat Malaysia mahu menyambut Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin ini, golongan berkenaan bertindak seperti tidak faham bahawa negara ini terbina atas darah dan keringat perjuangan terdahulu dengan mengadakan perhimpunan haram di tempat bersejarah itu.


‘‘Tidak faham ke mereka ini, cetek dan miskin sangat ke semangat patriotik cintakan kepada negara. Tidak faham ke mereka yang negara kita terbina atas darah dan keringat pejuang-pejuang tanah air.


‘‘Daripada zaman Mat Kilau, Tok Janggut dan pejuang UMNO sehingga ke perajurit, tentera serta polis kita yang mati syahid menentang komunis kerana hendak pastikan kemerdekaan negara,’’ katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini.


Yang hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dan para pemimpin UMNO setempat serta negeri.
Najib menegaskan, walaupun berbeza pendapat, golongan tersebut sepatutnya menghayati sambutan Hari Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang kerana Malaysia 


merupakan negara tumpah darah mereka dan bakal disemadikan di bumi ini.
Sementara itu, beliau mengingatkan ahli UMNO supaya memeriksa kebenaran sesuatu berita yang dibaca terutama di media sosial bagi mengelakkan ia menjadi fitnah sekali gus boleh memusnahkan parti.


Menurutnya, sejarah membuktikan bahawa sesebuah negara itu boleh tumbang hanya disebabkan fitnah dan pembohongan terancang.


Kata beliau, paradigma kini sudah terbalik apabila seolah-olah apa yang dilaporkan dalam media sosial lebih dipercayai daripada media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times.


"Sebab itu kita tidak boleh benarkan mainan persepsi mengatasi realiti,’’ katanya.

SEHATI SEJIWA



Persahabatan kami tidak akan terputus walau apa pun terjadi. Tetap akan sehati sejiwa dalam melakukan sesuatu keputusan.



. Merdeka itu lahir dari jiwa
apa guna merdeka
jika jiwa kita masih dijajah oleh jiwa yang tidak bebas

Duhai anak muda
Terbanglah
Berlarilah
Dunia ini milik kamu
Ilahi jangan kamu derhaka
Pasti jiwamu merdeka dunia akhirat. 



Saturday, August 29, 2015

POTONG MATA DIMERIT WALAUPUN BAYAR KOMPAUN

Telah bermacam-macam kaedah yang kerajaan gunakan dalam usaha mengurangkan kemalangan maut di jalanraya. Namun hasilnya masih belum cukup memuaskan hati. Kebanyakan kemalangan jalanraya berpunca dari sikap pemandu itu sendiri yang tidak mamatuhi undang-undang. Antaranya memandu terlalu laju, memandu dengan bahaya, mengantuk, faktor cuaca dan lain-lain lagi. 

Justeru itu Kementerian Pangankutan dalam usaha mengukur pencapaian peningkatan keselamatan jalan raya telah menetapkan elemen penurunan Indeks Kematian sebagai salah satu KPI pada tahun 2014. Sasaran telah ditetapkan kepada 2.88. Hasilnya indek kematian telah menurun dari 2.90 (2013) kepada 2.66 dan angka kematian telah menurun sebanyak 6,674 sedangkan kenderaan berdaftar telah meningkat sehingga 25,101,192.


Namun begitu ianya bukanlah satu angka yang memuaskan. Oleh itu kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai kaedah bagi memastikan jalan raya menjadi tempat yang Selamat. Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji satu kaedah iaitu memotong Mata dimerit walaupun telah membayar kompaun. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem KEJARA Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya digantung sementara perlaksanaannya adalah untuk dibuat kajian menyeluruh.  KEJARA adalah sistem yang baik dan akan diteruskan setelah beberapa penambahbaikan yang sesuai dengan masa kini.
Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, KEJARA akan segera dilaksanakan setelah kajian menyeluruh yang sedang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Pengangkutan Jalan (JPJ) selesai. Ianya akan diumumkan pada hujung tahun ini. 

Sistem KEJARA yang dilaksanakan sebelum ini mengunakan kaedah setiap kesalahan akan ditolak setiap Mata, dan jika kompaun dibayar maka Mata demerit tidak akan dipotong. Jika begini ianya tidak akan memberi kesan kepada silap pemandu. Mereka sudah tentu tidak berubah sikap, dan sasaran kerajaan untuk mengurangkan angka kematian sukar dicapai.


"Saya berpandangan, bagi apa-apa kesalahan lalu lintas yang serius, ia perlu dipotong mata kesalahannya, kerana jika tidak pemandu akan beranggapan bahawa dengan membayar kompaun, kesalahan mereka tidak dikira dan markahnya tidak ditolak," Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bercakap kepada pemberita dalam Program Kembara Kasih Merdeka JPJ bersama Skuad Muda 1JPJ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di kementeriannya beliau menambah, Sistem KEJARA sebelum  ini yang dilaksanakan pada tahun 1984 digantung perlaksanaannya sementara kerana kerajaan ingin mengkaji semula secara menyeluruh keberkesanannya. 

Mengikut sistem ini, lesen memandu akan digantung setelah pemiliknya melakukan kesalahan dan mengumpul 15 mata demerit. Setelah tiga kali digantung dan jika pemiliknya terus mengulangi kesalahan dengan mengumpul lebih daripada 15 mata demerit, maka lesen mereka akan dibatalkan. 



PINJAM LAGI AH LONG

Akibat tidak tahan menjadi buruan ah long, seorang gadis dari Sela­yang nekad melarikan diri dan tinggal di sebuah surau di Gombak, Selangor selama seminggu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, detik hitam itu bermula selepas dia bertindak ‘gali lubang tutup lubang’ apabila meminjam dari satu ejen ke satu ejen untuk membayar hutang.
Perbuatan Diana itu menyebabkan dia akhirnya terperangkap berhutang sebanyak RM35,000 daripada 35 ah long.
Katanya, pada mulanya dia hanya meminjam sebanyak RM1,000 untuk memulakan perniagaan pada Mei lalu bersama rakannya.


MEREKA MAHU KUASA EKONOMI

Kuasa ekonomi mereka dah pegang, jadi mereka nak beli kuasa politik pula. Senang semua projek mereka kaut. Melayu cukuplah dapat sejemput, yang lebih mereka sauk.
Najib takkan selamanya jadi Perdana Menteri. Suatu hari nanti dia pun akan pergi. Takkan selama-lamanya kita bergantung kepadanya.  Maka berhati-hatilah memilih pemimpin di masa akan datang. Kerana ada yang sanggup jual negara demi kesenangan peribadi.
Pilihlah pemimpin yang berintigriti tinggi dan ada jati diri. Kerana pengikut Dajjal tak akan pernah berhenti, selagi Tanah Melayu mereka tidak takluki.
Kepada saudara dan saudari, ingatlah pesanku ini.

"MENSYUKURI NIKMAT" TEMA SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA



ALHAMDULILLAH !

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
"Mensyukuri Nikmat" , Tema sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan, adalah amat bertepatan dengan suasana iklim politik negara hari ini. Jika kita selusuri sejarah penubuhan FELDA maka wajarlah warga FELDA hari ini mengucapkan  syukur kepada Allah sebanyak-banyaknya. 
Nikmat yang Allah kurniakan kepada warga FELDA hari ini tidak terhitung banyaknya. Peneroka Felda perlu muhasabah diri bagi menilai kembali kebaikan dan keuntungan yang diterima sejak menyertai FELDA sehingga kini.
Sebenarnya asal-usul penubuhan FELDA adalah untuk memberi peluang kepada orang Melayu memperoleh pendapatan melalui kerja-kerja pembukaan ladang bagi penanaman getah dan kelapa sawit. Warga Felda bernasib baik kerana pemimpin yang diberi kuasa oleh penjajah selepas pilihan raya 1955 begitu prihatin untuk membantu orang Melayu yang ramai menganggur pada masa itu. 

Peneroka FELDA sewajarnya mengakui bahawa corak kehidupan dan status sosial serta pendapatan yang diperoleh jauh lebih baik berbanding tinggal di kampung asal sebelum menyertai FELDA. Fakta sejarah hidup mereka tidak boleh dibohongi kerana masing-masing melaluinya sekali gus membezakan antara 'dua zaman' itu. Oleh itu warga FELDA perlu bersyukur dengan apa yang dinikmati selama ini tanpa melupakan asal-usul mereka. 

Yang paling penting adalah warga FELDA belajar dari kesilapan dan mengelaknya dari berulang walaupun hari ini mereka memperolehi kehidupan yang cukup baik. Generasi muda FELDA yang lahir dalam serba kemewahan perlu dingatkan dari mana datangnya semua kesenangan ini. Pengorbanan datuk nenek mereka wajar diingatkan selalu agar mereka sentiasa menjadi warga yang bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional. 

Bukan pekara yang mudah untuk menguruskan  keperluan 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara. Apatah lagi untuk memastikan keperluan kehidupan seharian mereka dipenuhi. Begitulah besarnya jasa kerajaan kepada warga FELDA. Jauhilah bersikap angkuh dan sombong diatas kejayaan yang telah dikecapi kerana sikap sebegini akhirnya akan membawa kepada kufur nikmat dan kehancuran. Sebaliknya bersyukurlah dan perlu tahu membalas budi pihak-pihak yang telah membantu mereka mengecapi nikmat kesenangan hari ini sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. 
Justeru itu warga FELDA perlu rasional dalam menerima sebarang berita atau maklumat dari pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab yang bertujuan untuk merosakan masa depan FELDA. Selidiki dan rujuklah segala maklumat yang diterima, jangan mudah terpengaruh dakyah-dakyah mereka yang irihati dengan kejayaan FELDA. 
Warga  FELDA perlu mengakui bahawa dibawah pentadbiran kerajaan kini, kehidupan mereka telah berubah bertambah maju dan pesat. Semua ini tidak datang dengan mudah. Segala urusan pentadbiran organisasi diuruskan dengan cekap dan berhemah oleh kerajaan. Masyarakat peneroka amat bertuah kerana Felda dan kerajaan sentiasa memberi perhatian sama ada  dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Sehinggakan pendapatan peneroka setaraf dengan mereka yang berstatus tinggi. 
Maka amat wajarlah warga FELDA  kekal memberi kesetiaan kepada kerajaan yang selama ini membantu mereka agar agenda pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
Warga Felda harus mengakui hakikat hanya Felda sahaja mampu mengangkat martabat masyarakat itu berbanding pembangkang yang hanya pandai beretorik sahaja


  


DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR

Andai saya rakyat yang bertindak kerana kepentingan saya atas nama rakyat, maka tinggalkan kehendak saya.

Andai saya rakyat yang berjuang demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair, maka marilah bersama-sama saya kita pertahankan tanahair tercinta ini.

Friday, August 28, 2015

APA JASA UMNO ?



Ada yang bertanya, sejak merdeka hingga kini apa jasa UMNO ? Apa UMNO buat bantu orang Melayu ? Apa jasa UMNO kepada agama Islam ?

Negara dan Umat Islam Melayu baru merdeka 57 tahun, tahun ini  masuk tahun ke 58. Selama dijajah lebih 446 tahun  berapa biji masjid mereka bina ?  Selama dijajah 446 tahun berapa ramai anak Melayu dapat belajar ke peringkat tertinggi. Tak payah tertinggilah...berapa ramai yang bersekolah biasa ? berapa ramai dapat biasiswa ? berapa ramai dapat menjamah nasi ? Berapa ramai dapat mengenal huruf ? Berapa ramai pula yang kenal Islam ?

Hari ini ada lebih kurang 6,312 buah masjid 17614 buah surau yang berdaftar dengan JAKIM.  Atas usaha siapa ? Penjajah ? pembangkang ? sudah tentulah atas usaha kerajaan semasa  yang dikuasai oleh parti pemerintah iaitu UMNO. 

Apa yang masjid dan surau ini buat ? Kuliah agama, ceramah, program kemasyarakatan, tempat rujukan agama, solat jemaah dan tak kurang juga tempat penceramah-penceramah pembangkang mencari sesuap nasi dengan membantai kerajaan. Bukan kita tak tahu. 

Itu baru sedikit.....

Hari ini kita dan anak-anak kita kenal Islam, kenal huruf, kenal Al-Quran, kenal Nabi, para sahabat Nabi dan pejuang-pejuang Islam dari mana ? bukan ke dari ilmuan-ilmuan Islam ? mana datang ilmuan-ilmuan Islam ini ? Adakah dari hasil usaha pendidikan penjajah ? 

KUMPULAN ANAK FELDA (KAF) BERJAYA SUMBANG 1202 BUKU

Membaca jambatan ilmu. Ayat pertama Al-Quran yang diturunkan juga menitik beratkan perihal membaca dan mengali ilmu. Sebaik-baik cara  memupuk minat membaca dikalangan generasi muda ialah bermula dari rumah. Memang agak mengembirakan andai generasi muda dapat membaca dari awal usia. 

Bertitik tolak dari kesedaran itulah Kumpulan Anak Felda (KAF) mengadakan Kempen Jom Derma Buku. Kempen Anjuran KAF ini telah berjaya mengumpulkan  1202 buah buku. 

Program ini bermula pada 24 julai lalu sehingga 15 Ogos 2015. Antara penyumbang terbesar dalam program ini adalah dari Bahagian Penerbitan Universiti MARA (UiTM). Selain dari itu termasuklah Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Negeri Sembilan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta orang ramai turut menderma. 

Pengarah projek yang juga Timbalan Pengerusi KAF Pasoh Dua, Dr Siti Mistima Maat, berkata semua buku ini akan disumbangkan kepada perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasoh Dua yang mejoriti pelajarnya adalah anak-anak peneroka dari beberapa tanah rancangan FELDA. 

Menurutnya lagi, 30 peratus sumbangan adalah terdiri dari buku baru yang menepati modul kementerian pelajaran sekarang. Buku yang menepati modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi  (KBAT) sangat diperlukan oleh perpustakaan SMK Pasoh Dua. 


Thursday, August 27, 2015

KES ROGOL ANAK LAGI

 Seorang duda kematian isteri ditempelak oleh seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak memilih untuk berkahwin lain sebaliknya memperkosa anak kandungnya untuk melampiaskan nafsu serakah- nya.
“Kenapa tidak berkahwin lain? Masa sekarang bukan susah nak cari, orang perempuan ramai. Cari yang sama padan selepas itu nikahlah,” tegas Hakim Mohd. Yusoff Yunus kepada penoreh getah berusia 42 tahun itu yang menghadapi dua pertuduhan merogol anaknya pada 2011 dan tahun lalu.
Menurut beliau, sebagai seorang bapa kepada lima anak, lelaki itu sepatutnya menjaga dan melin- dungi anak-anaknya termasuk mang­sa setelah kematian isterinya pada 2010.
Mohd. Yusoff menyatakan demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan sebatan 20 kali setelah lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah hari ini terhadap kedua-dua pertuduhan merogol anak kedua­nya itu yang kini berusia 19 tahun.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan sebatan 10 kali bagi setiap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan hukuman diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 Oktober tahun lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela didakwa merogol anak- nya yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong, Kuala Krai, dekat sini kira-kira pukul 1 pagi, September 2011 sebelum mengulangi kesalahan itu ketika mangsa berusia 18 tahun kira-kira pukul 12 tengah malam, 27 Mei 2014 di rumah yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah masuk ke bilik mangsa dan mengejutkan anaknya itu daripada tidur sebelum memberitahu hendak melakukan hubungan seks pada September 2011.
Mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertuduh telah menanggalkan seluar yang dipakai mangsa sebelum merogolnya dan selepas itu mengugut untuk membunuh diri jika perkara itu dilaporkan kepada polis atau orang lain.
Kejadian sama berulang beberapa kali dan yang terakhir berlaku adalah pada kira-kira pukul 12 tengah malam, 27 Mei tahun lalu.
Mangsa yang trauma dengan perbuatan bapanya telah mengadu perkara tersebut kepada ibu saudaranya.

KALDAI DAN KITAB




Pembangkang cakap saya ni pencacai Najib, Bodoh, bahalol, pemakan dedak, dibayar, makan gaji, dan segala yang buruk kerana pertahankan DS Najib.

Namun andai anda sudah khatam buku ini (KALDAI DAN KITAB), anda akan faham kenapa saya pertahankan Najib habis-habisan walaupun idola saya adalah Tun Mahathir.

Ya benar, Tun Mahathir idola saya sejak kecil. Tapi saya bukan sorang pentaksub Tun membabi buta dan juga bukan pentaksub DS Najib . Biarlah Tun nak buat apa, nak kata apa....saya sesekali tidak akan menyakiti hatinya walaupun pro Tun meletakkan pisau dileher saya.

Yang lebih utama saya pertahankan adalah Agama, Bangsa dan Tanahair. Tiada yang lebih utama selain itu dalam Jiwa saya ini.

KALDAI DAN KITAB menterjemahkannya.

(Maaf visual mengedikkkan perasaan)

MCA SABAH BUAT SEDIKIT ROMBAKAN KEPIMPINAN



MCA telah bertapak di Sabah sejak 20 tahun yang lalu. Pelbagai cabaran dan cabaran, onak dan ranjau berduri telah dilalui oleh pemimpin-pemimpin MCA untuk terus kekal kukuh dan diterima oleh masyarakat Negeri Di Bawah Bayu ini.

Oleh itu, jentera perjuangan perlu diikatkan dengan kesetiaan dan kesepakatan agar ahli MCA terus bersatupadu. 

Demi mengukuhkan lagi perpaduan dikalangan angota parti MCA Sabah telah melakukan sedikit rombakan kecil kepimpinan parti. Rombakan ini telah menyaksikan Datuk Fancis Goh Fah telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MCA Sabah bagi mengantikan Datuk Tang Liing Sing. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman di Sabah Datuk Tang Liing Sing dilantik sebagai penasihat parti di negeri Sabah. 

Sebelum itu Tang telah mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Jawatankuasa Perhubungan MCA setelah dilantik oleh presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Pembantu Khas beliau. 

Rombakan kecil ini telah diumumkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah oleh presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 21 julai lepas. 

Mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah, Datuk Dr Wee dalam mesyuarat yang sama turut mengumumkan Datuk Paul Kong Sing Chu juga dilantik sebagai penasihat MCA Sabah. 

Antara yang dikekalkan dalam jawatan masing-masing ialah  Datuk Lim Kong Yuen, Chin Kim Hiun, Lee Sip Kim dan Liew Kong Khai sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah serta Ketua Pemuda MCA, Adrian Lee Yin Chung dan Ketua Wanita Datuk Shim Tshin Nyuk.


Datuk Edward Khoo Keok Hai dikekalkan sebagai Penasihat Kehormat Tetap manakala bekas Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Senator Datuk Wilfred Yong Cheng Leong pula dilantik sebagai penasihat eksekutif.


Menurut Datuk Dr. Wee, harapan beliau ialah ingin melihat MCA Sabah lebih kukuh, bersatupadu dan maju selepas 20 tahun bertapak di Sabah. 

Sabah adalah antara negeri terkuat menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya ke 13 lepas. Oleh itu adalah amat penting parti komponen BN untuk terus utuh dan kekal bersatupadu. 












Tuesday, August 25, 2015

BAKAL HAJI DARI PETUGAS KUMPULAN FELDA DIRAIKAN DALAM SATU MAJLIS



Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada FELDA kerana sudi mengadakan majlis keraian kepada petugas-petugas FELDA yang akan berangkat menunaikan haji.



Dengan diiringi doa, para bakal haji juga dibekalkan dengan buah tangan. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan FELDA, YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad diiringi oleh Pengarah Besar FELDA, Ybhg Datuk Hanapi Suhada. 
Majlis ini diadakan di Ballroom Menara Felda, Platinum Park, Jalan Stonor.




Tan Sri juga tidak lupa memberi beberapa pesanan kepada bakal jemaah haji agar diamalkan apabila sampai di tanah suci nanti. 


Penceramah bebas YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman juga dijemput dalam majlis ini bagi menyuntik sedikit pengalamannya serta sedikit cambahan ilmu untuk pera jemaah. 

Alhamdulillah, semoga jasa baik FELDA  ini diberkati Allah dan FELDA terus maju bagi membela nasib anak bangsa terutama generasi FELDA.  


Saturday, August 22, 2015

HARTA SAIDINA USMAN BIN AFFAN RA

Salah seorang sahabat nabi, Khalifah Sayyidina Uthman bin Affan (عثمان بن عفان) adalah seorang ahli perniagaan yang kaya raya, baik hati, pemurah dan seorang yang dermawan. Beliau juga berjasa dalam membukukan Al-Quran. Ternyata sehingga sekarang beliau masih memiliki akaun di salah sebuah bank di Arab Saudi. Malah akaun dan bil elektriknya juga masih atas nama beliau…
Bagaimanakah cerita Khalifah ketiga yang memerintah daripada tahun 644 (umur 69-70 tahun) hingga 656 (selama 11-12 tahun) yang sehingga kini beliau mampu memiliki hotel berhampiran Masjid Nabawi?

Diriwayatkan semasa zaman Nabi Muhammad ﷺ, kota Madinah pernah mengalami zaman kemarau sehingga sukar bagi mendapatkan air bersih. Satu-satunya sumber air yang tinggal ketika itu adalah sebuah telaga bernama ‘Bi’ru Rummah’ (telaga pemanah) yang sangat besar dan dalam serta airnya tidak pernah kering. Rasanya sama seperti air dari telaga zam-zam.
Oleh kerana orang Islam (kaum Muhajirin) sudah terbiasa minum air zam-zam di Makkah. Mereka sangat berhajat kepada air itu dan sering ke telaga yang dimiliki oleh seorang Yahudi. Maka Yahudi tersebut telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal. Kaum Muslimin dan penduduk Madinah dengan tiada pilihan lain, terpaksa membeli air bersih dari orang Yahudi itu.
Prihatin atas keadaan umatnya, Rasulullah ﷺ kemudian bersabda : “Wahai Sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah سبحانه وتعالى.” (HR. Muslim).
 .
Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Sayyidina Uthman Bin Affan RA yang kemudian mula bertindak ingin membebaskan telaga ‘Rummah’ itu. Sayyidina Uthman RA segera bertemu dengan orang Yahudi pemilik telaga dan menawar untuk membeli ‘Bi’ru Rummah’ dengan harga yang tinggi.
Namun begitu, walau sudah ditawarkan dengan harga yang tertinggi sekalipun, orang Yahudi pemilik telaga tetap menolak dan tidak mahu menjualnya kerana dia telah meraih keuntungan besar, “Seandainya telaga ini saya jual kepadamu wahai Uthman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku perolehi setiap hari.” Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya.
Sayyidina Uthman bin Affan RA yang amat teringin mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah سبحانه وتعالى, tidak kehilangan cara mengatasi penolakan Yahudi ini. Beliau lantas minta untuk membeli separuh sahaja daripada telaga itu.
“Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari telagamu.” Sayyidina Uthman RA, melancarkan kemahiran rundingannya.
“Maksud kamu?” tanya orang Yahudi kehairanan.
Sayyidina Uthman bin Affan RA menawarkan 12,000 dirham supaya orang Yahudi tersebut bersetuju menjual setengah saja daripada telaga ‘Rummah’.
“Begini, jika engkau setuju, maka kita akan memiliki telaga ini bergilir-gilir. Satu hari telaga ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikianlah seterusnya berganti berselang hari. Bagaimana?” jelas Sayyidina Uthman RA.
Orang Yahudi itupun segera berfikir.… Yahudi sangka dia cerdik kerana Sayyidina Uthman RA memang peniaga yang termasyhur dan dikenali oleh orang Arab, tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan. “Aku mendapatkan wang besar daripada Uthman tanpa kehilangan telaga milikku.”
Akhirnya orang Yahudi tersebut pun bersetuju menerima tawaran Sayyidina Uthman RA tadi dan disepakati juga bahawa pada hari tersebut telaga ‘Rummah’ adalah milik Sayyidina Uthman bin Affan RA.
.
 telaga ruumah (uthman)
Sayyidina Uthman RA pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di telaga ‘Rummah’, dipersilakan mengambil air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini ‘Bi’ru Rummah’ adalah miliknya. Beliau juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari, kerana hari esoknya telaga itu bukan lagi milik Sayyidina Uthman RA.
Keesokan hari Yahudi mendapati telaga miliknya lengang, sebab penduduk Madinah masih mempunyai simpanan air di rumah. Rupa-rupanya Allah سبحانه وتعالى takdirkan sebaliknya apabila orang tidak lagi membeli air daripada Yahudi itu kerana pada hari milik Sayyidina Uthman RA, beliau memberi air percuma kepada orang ramai termasuk kepada kaum bukan Islam… maka tiba pada hari giliran Yahudi, tiada sesiapa pun yang mahu membelinya.
Orang Yahudi itu pun berasa kerugian besar lalu dia pergi bertemu dengan Sayyidina Uthman RA dan berkata, “Wahai Uthman! Belilah setengah lagi telagaku ini dengan harga 8,000 dirham.”
Sayyidina Uthman RA pun bersetuju, lalu dibelinya dengan harga tersebut, maka dengan nilai 20,000 dirham (12,000 dirham + 8,000 dirham), ‘Bi’ru Rummah’ pun secara mutlak menjadi milik Sayyidina Uthman RA.
Kemudian datang seorang sahabat lain yang juga hartawan minta untuk membeli telaga‘Rummah’ itu daripada Sayyidina Uthman bin Affan RA. Beliau pun bertanya hartawan tersebut,“Berapakah harga yang kamu sanggup bayar?”
Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 (tiga) kali ganda daripada harga yang dibeli oleh Sayyidina Uthman bin Affan RA. Tetapi Sayyidina Uthman RA tidak setuju dan bertanya lagi, “Berapa harga yang kamu sanggup?”
Hartawan menjawab, “Sembilan (9) kali ganda harga yang Tuan beli.”
Sayyidina Uthman RA masih tidak setuju. Hartawan bertanya kehairanan.. “Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripada aku?”
Maka Sayyidina Uthman bin Affan RA menjawab, “ALLAH!”
.
Akhirnya kaum Muslimin dapat minum air telaga itu secara percuma kerana kemudian Sayyidina Uthman bin Affan RA telah mewakafkan ‘Bi’ru Rummah’. Sejak dari hari itu telaga ‘Bi’ru Rummah’ dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.
Dengan takdir Allah sesudah telaga itu diwakafkan untuk kaum Muslimin dan selepas beberapa tahun kemudian, tumbuhlah di sekitar telaga tersebut beberapa pokok kurma dan terus membiak. Kemudian Daulah Khalifah Uthmaniyah (empayer kerajaan Uthmaniyah Turki) memeliharanya hingga semakin berkembang biak dan seterusnya juga turut dipelihara oleh kerajaan Arab Saudi sehingga mencapai jumlah 1550 batang pokok dan berbuah dengan sangat lebat. Mereka telah menjaga ladang kurma dan hasil jualan kurma2 itu serta menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi.
Ladang kurma tersebut kemudiannya dipajak kepada Kementerian Pertanian cawangan Madinah sejak 1372 dengan kontrak tahunan diperbaharui pada awal setiap tahun.
Seterusnya kerajaan Arab Saudi, melalui Kementerian Pertanian Saudi menjual hasil ladang kurma ini ke pasaran sehingga banyak wang yang terkumpul. Setengah daripada keuntungan itu diinfaqkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Manakala separuh lagi dibuat tabungan dan disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Uthman bin Affan, di bawah pengawasan Kementerian Wakaf Arab Saudi.
Begitulah seterusnya, sedekah Sayyidina Uthman bin Affan RA terus bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya sehingga dana terkumpul yang di bank itu mampu untuk membeli sebidang tanah dan membangunkan hotel yang cukup besar di salah satu tempat strategik berhampiran Masjid Nabawi.
Bangunan hotel itu sudah pada tahap penyelesaian dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan keuntungannya sekitar RM50 juta setahun. Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengah lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Sayyidina Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu.
Oleh yang demikian itu, maka Nabi ﷺ pernah bersabda,
لِکُلِّ نَبِيٍّ رَفِيْقٌ وَرَفِيْقِيْ يَعْنِيْ فِي الْجَنَّةِ عُثْمَانُ.
 “Tiap-tiap Nabi mempunyai teman dan sahabatku di Jannah (syurga) adalah Uthman.”(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
 .
Subhanallah,… Selepas 14 kurun sedekah Sayyidina Uthman bin Affan RA melalui wakaf telaga‘Bi’ru Rummah’ masih berterusan. Jelaslah tidak akan rugi berniaga dengan Allah سبحانه وتعالى, malah akan sentiasa mendatangkan keuntungan berterusan…
Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariah, yang pahalanya terus mengalir, walaupun orangnya sudah lama meninggal..
Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah RA bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat  Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i)
 .
Inilah kelebihan sedekah dan menginfakkan harta… Oleh kerana itu, marilah sama sama kita ringankan lidah dan tangan mencerita serta menyebarkan kisah ini sebagai suatu motivasi diri dan pihak lain untuk menginfaq dan bersedekah sedikit daripada harta, pendapatan dan keupayaan yang ada dengan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى… InsyaAllah antum akan dapat pahala sedekah yang berganda.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk kegunaan awam, atau sedekah yang dikeluarkannya daripada hartanya di waktu sihat dan semasa hidupnya. Semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
.
Semoga Bermanfaat Di Dunia dan Akhirat…