Tuesday, July 14, 2015

KERAJAAN AKAN MEMBERIKAN LAPORAN YANG BETUL KEPADA RAKYAT


Rakyat perlu bertenang dan bersabar, kerajaan tidak pernah sesekali menafikan hak rakyat untuk mengetahui pekara yang sebenar. Rujuklah dari pihak yang sah dan jangan sewenang-wenangnya menerima berita yang belum tentu sahih.Bersabarlah, rakyat akan diberikan laporan yang betul mengenai tuduhan yang dilemparkan leh Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Jangan sesekali timbulkan spekulasi liar dan sebarkan cerita fitnah yang dikutip dari laman sosial, kerana ia boleh mengundang ketidakstabilan negara dan mengganggu keselamatan awam. Lagipun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta pasukan petugas khas telah diberi tanggungjawab  memastikan siasatan terhadap tuduhan itu dapat dijalankan dengan telus.



Bagi pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, rakyat perlulah yakin kepada kerajaan dan bersabar terhadap usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu ini dengan lebih telus, lagipun jawatankuasa PAC masih lagi menjalan siasatan. 


"Sistem (siasatan) sudah ada dan rakyat perlu membiarkan mereka menjalankan tugas kerana kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk lebih telus dan melakukan good governance (urus tadbir kerajaan yang baik).

Oleh itu, rakyat perlu lebih bertenang dan bersabar kerana kerajaan sedang bekerja keras untuk menyelesaikan semua isu termasuk tuduhan yang dibuat oleh WSJ" 

Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya lagi, rakyat perlu memberi masa kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul serta yakin dengan  pasukan petugas khas.

Ditanya tentang rombakkan kabinet, Beliau menyarankan agar semua pihak memberikan masa kepada kerajaan selesaikan segala isu terlebih dulu.  




No comments:

Post a Comment