Tuesday, July 14, 2015

ERTI BERANI



Setakat pegang M16 tembak kat tengah padang, ...pom pang, pom pang, itu belum boleh dikategorikan sebagai berani. Itu dinamakan diberi peluang.

Cari tin kosong dalam tong sampah untuk dijual bagi menyara anak isteri itu lebih jauh nilai beraninya. Hidup orang yang macam ni dibelenggu dengan pelbagai kerisauan, dugaan dan cabaran.

Hidup mereka tidak ada jaminan dapat makan nasi untuk hari esok. Tidak ada pakaian untuk diperagakan setiap hari, tidak dikejari kawan-kawan yang sentiasa memuji.

Hidup mereka, hidup di dunia realiti bukan di dunia fantasi ciptaan manusia.

Maaf, saya cakap yang benar. Kerana Allah suka orang yang bercakap benar.

No comments:

Post a Comment