Tuesday, June 30, 2015

ADAKAH MB NEGERI SEMBILAN BAKAL DISERANG DENGAN LABEL-LABEL JIJIK PEMBANGKANG ?


"Bukan Najib yang usulkan, bahkan saya yang membawa perkara ini. Biarlah saya yang bertanggungjawab kerana saya katakan tidak perlu diadakan pemilihan kerana bila ada pemilihan kita akan berpecah.

"Keutamaan kita sekarang adalah nak menang pilihan raya ... untuk kita pastikan Umno dan Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14),

Monday, June 29, 2015

PATI NAK BALIK KAMPUNG DI TANGKAP.....

Mereka ni menunggu bot untuk pulang ke kampung tau...!!!
bukan nak masuk, dah nak balik. buka posa dan beraya di kampung (agaknya laa ).  Kalau nyamuk dah kenyang hisap darah.....nak blah balik laa....

Agaknya dah berapa lama mereka bebas sebebasnya disini ? Ada sesiapa yang bela mereka ke ?  

Camera ...readyyy..... Actionnnn...!!!

(33 PATI ditangkap Pasukan Polis Marin ....Tahniah ...!!!)


Johor Bahru: Seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lapan wanita ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor dalam satu serbuan di Ladang Sawit Mados, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, malam tadi.
Dalam serbuan jam 11.55 malam itu, semua PATI warganegara Indonesia ditahan ketika menunggu bot pancung untuk pulang ke negara asal mereka.
Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua yang ditahan itu didapati melakukan perbuatan yang menyalahiAkta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Mereka yang berusia 18 hingga 54 tahun itu turut didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya.
Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar dekat sini, untuk tindakan lanjut.


CAHAYA IMAN DI ANDALUSIA (2) - TARIQ IBN ZIYAD



3.0 TARIQ IBN ZIYAD. 


3.1 LATAR BELAKANG


 Tariq Ibn Ziyad merupakan seorang panglima muda yang bertindak menggepalai dan memimpin pasukan muslim dari Daulah Umaiyyah dalam penaklukan Andalusia (Semenanjung Iberia). 

Nama lengkap beliau ialah Tariq bin Ziyad bin Abdullah adalah berketurunan Parsi dari Hamadzan. Sebahagian sejarahwan mengatakan bahawa Tariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar suku Nafza, sebahagian lagi mengatakan berasal dari bangsa Barbar suku Zanata. Ibnu Khaldun menyebutnya dengan tambahan nisbah Al-Laisi. Tetapi ada juga yang mengatakan Tariq berasal dari Hamadan, Persia.

 Walaupun Tariq Ibn Ziyad dikatakan berasal daripada kaum Barbar, namun jika dilihat dari nama ayahnya dapat dilihat bahawa Thariq mungkin sudah lama memeluk Islam. Tariq dikatakan seorang hamba kepada Musa Ibn Nusair yang dilantik oleh Musa sebagai panglima tenteranya. 

Pada peringkat awalnya, Tariq Ibn Ziyad hanya diangkat sebagai tentera biasa, namun hasil daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam melakukan penerokaan pada tahap pertama menyebabkan beliau menjadi panglima agung. Namanya diabadikan untuk memberi nama sebuah semenanjung yang merupakan perbukitan karang setinggi 425 m iaitu Jabal Tariq (Gunung Tariq). 



3.2 PERANAN 

Peranan Tariq Ibn Ziyad dalam membawa kepada pembukaan peradaban Islam di Eropah memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaupun sejarah tentang peranannya seakan-akan mahu dilupakan dan semacam ingin diluputkan terus dalam ingatan, namun masih terdapat lagi beberapa pihak dan ahli sejarahwan yang tertarik dan berminat untuk mengkaji, meneroka dan menyelongkar tentang misteri dan seribu cerita di sebalik nama Tariq Ibn Ziyad. 

Hal ini kerana beliau memainkan peranan besar dalam membawa peradaban Islam keluar dari kepulauan negara Arab dan membawa sehingga ke Eropah dengan kejayaannya pasukan tentera Muslim dibawah pimpinannya berjaya menakluki beberapa kawasan di benua Eropah.



 3.2.1 MENGETUAI INVASI ATAU EKSPEDISI KETENTERAAN. 

Peranan yang paling besar dan menonjol Tariq Ibn Ziyad dalam membawa kepada pembukaan peradaban Islam di Eropah ialah dalam mengetuai pasukan muslim Umaiyyah dengan bertindak sebagai panglima tentera Islam dalam melakukan penerokaan atau ekspedisi ketenteraan menawan benua Eropah. 

Penyerangan yang dilakukan Tariq Ibn Ziyad dilancarkan setelah diadakan pengintipan oleh Tariq bin Abdul Malik An-Nakha’i. Pada tahun berikutnya barulah Musa Ibn Nusair memerintahkan Tariq Ibn Ziyad untuk meneruskan penerokaan dan penjelajahan secara besar-besaran dengan membawa bersama dengannya pasukan yang lebih besar. Kebetulannya di Andalusia sedang berlaku masalah dalaman iaitu perebutan kekuasaan. Raja Roderick (711) yang merebut singgahsana kerajaan Visigoth.

Keadaan ini memberi kesempatan kepada Tariq Ibn Ziyad untuk terus mara menakluki Andalusia dan mencapai sasarannya. Sehubungan dengan itu, pada Rejab 97 (Julai 711), Tariq Ibn Ziyad mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara iaitu Musa Ibn Nusair setelah mendapat keizinan daripada khalifah al-Walid untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia. Tariq Ibn Ziyad bersama dengan 7000 orang tentera yang kebanyakannya terdiri dari suku kaum Barbar yang mahsyur dengan sifat degil dan berani berperang. 

Kehadiran tentera Islam untuk kali kedua ini jiga telah mendapat bantuan dan kerjasama daripada Jullian. Orang Yahudi juga dilaporkan turut membantu kemasukan tentera Islam ke Andalus. Mereka telah menyampaikan rahsia kekuatan bala tentera Visigoth kepada pihak Islam sebagaimana yang terjadi semasa penaklukan kota Toledo. Ada juga di kalangan Arab berjaya mencipta sejarah yang di luar dugaan termasuk juga oleh Musa Ibn Nusair sendiri yang tidak menyangka bahawa tentera di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad berjaya menakluki beberapa wilayah dan kota di benua Eropah.

Sunday, June 28, 2015

CAHAYA IMAN DI ANDALUSIA (1) - KENALI DUA TOKOH ISLAM




1.0 PENDAHULUAN 

Peranan dua orang tokoh Islam iaitu Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusair sangat penting kerana peranan kedua-dua tokoh tersebutlah yang bertanggunjawab dalam membawa kepada pembukaan peradaban Islam di Eropah terutamanya Afrika Utara dan semenanjung Iberia dengan jayanya walaupun sebelum itu telah terdapat individu-individu tertentu yang melakukan aktiviti perluasan wilayah Islam.

 Hal ini kerana Bani Umaiyyah di Andalus adalah rentetan peristiwa dari Bani Umaiyyah di Damsyik apabila kerajaan Islam di bawah khalifah al-Walid ibn Abdul Malik , khalifah Bani Umaiyyah yang kelima berjaya menakluki bumi Andalus melalui gabenornya iaitu Musa Ibn Nusair dan panglima tenteranya iaitu Tariq Ibn Ziyad. Walaupun kekhalifahan Islam yang tersendiri dan berpusat di Andalus hanya bermula pada 138 H/756 M iaitu setelah Abdul Rahman Ad-Dakhil memerintah Andalus. 

Untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas adalah memudahkan jika kita membahagikan kepada tiga skop iaitu melihat kepada peranan yang dimainkan oleh Tariq Ibn Ziyad dalam melakukan ekspedisi ketenteraan, peranan Musa Ibn Nusair dan akhir sekali ialah melalui kerjasama kedua-dua orang tokoh tersebut dalam meneruskan penaklukan ke wilayah-wilayah di Eropah. Kaum muslim telah berada atau hadir di Eropah sejak awal kedatangan Islam. Sejarah kehadiran Islam secara kukuh di benua ini dikatakan bermula di Sepanyol pada abad ke-7.


 Kemudiannya barulah berlaku beberapa gelombang pasang-surut islamisasi Eropah dan yang terakhir serta terbesar adalah imigrasi kaum muslim bekerja di negeri bekas penjajah mereka. Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan bahawa penerokaan dan penaklukan yang dilakukan oleh orang Islam di luar kepulauan Arab sehingga ke Eropah adalah bertitik-tolak kepada peranan yang dimainkan oleh dua orang tokoh Islam yang disegani iaitu Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusair yang membawa kepada pembukaan dan perkembangan Islam itu sendiri. 

Penaklukan dan penerokaan yang bertitik-tolak dari Maghribi yang merupakan sebuah negeri di utara Afrika mempunyai peranan besar dalam sejarah Islam, terutama dalam menyebarkan Islam di wilayah Afrika Utara dan sebagai pintu gerbang masuknya Islam ke Andalus. Afrika Utara menjadi wilayah penghubung untuk penaklukan Andalus. Segala persiapan ekspedisi penaklukan Islam ke daratan Eropah dilakukan melalui negeri ini. 



2.0 PERISTIWA-PERISTIWA MASUKNYA PENGARUH MUSLIM DI ANDALUS.

 Terdapat beberapa peristiwa yang membawa kepada kemasukan peranan kaum Muslim terutama Muslim di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusair yang seterusnya membawa kepada pertapakan Islam di Eropah terutamanya di Andalusia. Peristiwa perebutan kekuasaan oleh Raja Roderick yang merebut singgahsana kerajaan Visigoth. Hal ini menyebabkan putera-putera raja lama, Witiza, mengadakan pemberontakan kepada Raja Roderick. Sebahagian daripada mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika Utara dan mengadakan persetujuan dan pakatan dengan kaum muslimin untuk melawan dengan Roderick. Peristiwa ini juga menyebabkan Count Julian, pemerintah Queta (Sabtah) menaruh perasaan dendam kepada Roderick kerana beliau bersahabat baik dengan Witiza. Tambahan pula selepas itu Roderick telah mencabul kehormatan anak gadisnya, Florinda yang dihantar ke istana di Toledo untuk mempelajari adat-istiadat bangsawan di Andalus yang menyemarakkan lagi dendam Julian. 

Oleh sebab itu, Julian bersumpah untuk memerangi Roderick sampai musnah dan menggulingkan pemerintahan haram raja Roderick. Pada masa yang sama di Afrika Utara, di Selatan Andalus telah dikuasai oleh orang Islam di bawah pemerintahan gabenor Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik. Khalifah pada masa itu ialah Al-Walid Ibn Abdul Malik dari keturunan Marwan Ibn Al-Hakam. Khalifah Al-Walid ( 86-96 H/705-715) banyak membuat ekspedisi penaklukan termasuk Sind melalui gabenor Muhammad Ibn Al-Qasim dan Afrika Utara oleh Musa Ibn Nusair. 

Bermulanya peristiwa penaklukan orang Islam di Andalus apabila Julian menulis surat kepada Musa Ibn Nusair, gabenor Afrika Utara yang berada di Qayarawan supaya menakluki Andalus dan menjatuhkan Roderick dari takhtanya. Perkara ini memang banyak disepakati oleh ahli sejarah yang mencatat bahawa Julian sendiri meminta Tariq Ibn Ziyad panglima tentera Musa Ibn Nusair menakluki Andalus. Julian menyatakan kekagumannya terhadap pemerintahan Islam dan ingin berbaik-baik dengan orang Islam. Musa Ibn Nusair meminta keizinan khalifah Al-Walid di Damsyik untuk menakluki Andalus. 

SOLAHUDDIN HAMPIR DIBUNUH DALAMI AL-QURAN



KUALA LUMPUR 13 Jun – Walaupun rumahnya dibakar, bapanya dibunuh dan beliau sendiri diseksa dengan kerja-kerja berat, keazaman qari Kemboja, Solahuddin Idris, 56, untuk mendalami ilmu al-Quran tidak pernah pudar dalam jiwanya.

Mangsa kekejaman rejim Khmer Rouge pimpinan Saloth Sar atau lebih dikenali sebagai Pol Pot pada 1970 hingga 1980 tersebut memberi
tahu, dia ketika itu tetap mengabadikan diri dengan al-Quran meskipun tahu nyawanya terancam.

Berbekalkan sebuah al-Quran kecil yang berjaya diselamatkannya daripada dibakar oleh tentera Pol Pot, dia yang berusia belasan tahun ketika itu telah mengambil peluang membaca Kalam Allah tersebut setiap malam di kem buruh.

“Saya sembunyikan al-Quran itu di dalam lipatan sarung bantal di kem tersebut. Saya solat pun baring di atas katil untuk elak dikesan tentera. Kalau pihak tentera mengetahui saya masih mengamalkan Islam, pasti mereka akan bawa saya ke kawasan lapang untuk ditembak mati.

“Pernah juga saya ditangkap ketika mengambil wuduk dan diancam untuk dibunuh, tetapi setelah menerangkan kepada mereka bahawa saya hanya membasuh muka daripada debu, mereka memberi saya amaran terakhir,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selepas dibebaskan, dia berkata, keinginannya untuk mempelajari al-Quran di Malaysia menjadi membuak-buak setelah mendengar bacaan bekas johan tilawah sebanyak tujuh kali, Rogayah Sulong melalui corong radio.

Pada 1979, dia dan rakan-rakan membulatkan iltizam untuk berjalan kaki ke Malaysia, namun menemui banyak jalan buntu terutama melibatkan hal ehwal persempadanan.

“Namun begitu, kita teruskan juga merentas sempadan. Kami 15 orang kesemuanya ditembak bertubi-tubi oleh pihak tentera menyebabkan ramai daripada kami maut. Saya dan beberapa rakan bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan akhirnya sampai di Malaysia,” katanya.

Beliau seterusnya mempelajari pembacaan al-Quran di Kelantan menerusi beberapa pondok agama dan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Yayasan Islam Terengganu dari 2005 hingga 2014.

Pada awal tahun ini, beliau pulang ke Kemboja untuk menaburkan bakti kepada anak-anak tempatan.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-57 bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 9 hingga 14 Jun 2015.

Dalam pada itu, qari dari Malaysia, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, 33, berkata, tilawah antarabangsa kali ini menyaksikan saingan sengit dari negara-negara Mesir dan Maghribi.

Kata Imam Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor itu, perkara itu telah memecahkan dominasi peserta-peserta dari rantau ini iaitu dari Malaysia, Indonesia dan Thailand, sekali gus mencerminkan kematangan pertandingan tilawah kali ini.

Sementara itu, qariah termuda, Rumesa, 13, dari Pakistan mengakui dia amat gementar untuk bertanding pada tilawah tersebut, namun kehadiran ibunya sedikit-sebanyak meredakan perasaan berkenaan.


Sumber: Utusan Malaysia

Saturday, June 27, 2015

JUSTO DIBICARA DI THAILAND

Tak kisah le dia ditangkap dimana, oleh siapa dan dengan apa cara sekalipun, penjenayah tetap penjenayah. Orang yang melanggar undang-undang tidak perlu dilayang dengan karenah undang-undang yang menyusahkan. 

Yang penting.....kita nak tahu kenapa dia buat fitnah kepada 1MDB.


Bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo, yang ditangkap polis Thailand pada hari Isnin kerana didakwa memeras ugut tidak dibenarkan diikat jamin dan sedang ditahan di lokap Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan.
 
Menurut laporan sebuah portal, dia akan dibicarakan di Thailand atas tuduhan tersebut walaupun laporan sebelum ini berkata, dia akan dihantar pulang.
 
Memetik Jurucakap Polis Diraja Thailand, Ketua Leftenan Prawut Thavornsiri, Justo telah melakukan kesalahan itu di Thailand dan dia akan didakwa di sana.
 
"Dia ditangkap di sini, jadi dia akan didakwa di Thailand," katanya ketika dihubungi. 
 
Menurut laporan itu lagi, Justo akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi prosiding reman hari ini.
                                  
Justo, 49, bekas pekerja syarikat minyak dan gas PetroSaudi International, didakwa memeras ugut bekas majikannya untuk mendapatkan 2.5 juta franc Switzerland (RM10 juta).
 
PetroSaudi, syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi itu, mendapat perhatian di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalankan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



PERKHIDMATAN TREN ELEKTRIK (ETS) BAKAL BEROPERASI JULAI INI

Hari raya tahun ini bakal memberi kecerian baru kepada penumpang-penumpang KTM terutama orang utara apabila Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dijangkakan bakal beroperasi pada awal julai ini.


Orang ramai yang merancang pulang ke utara pada Aidilfitri ini bolehlah mengunakan perkhidmatan ETS jika ia beroperasi kelak. Walaupun begitu, ETS perlu mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum dibenarkan beroperasi. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijangkakan mengumumkan secara rasmi apabila Perkhidmatan Trans Elektrk (ETS) mula beropersi kelak. 

Menurut Tiong Lai, beliau sendiri akan meninjau perkembangan ETS dan akan merasai sendiri kelajuan tren tersebut ketika dalam percubaannya nanti sebelum membenarkannya untuk beroperasi. 


Sarbini Tijan, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula memberitahu perbincangannya dengan pihak SPAD menunjukkan perkembangan positif dan dia berharap mendapat kelulusan segera apabila selesai beberapa ujian keselamatan bagi menjamin keselamatan penumpang. 

Pihak KTM juga telah mengeluarkan 12 ribu tiket dan telah terjual lebih dari 10 ribu tiket bagi tempoh 10 hingga 18 julai sempena perayaan Aidilfitri.

Tidak sabarnya untuk merasai kunikan dan kelainan ETS ini memandangkan penuis sendiri berasal dari utara.  Jom orang utara, kita semua balik kampung naik ETS ....!!!

BEBAS DARI ULAT TIKET ....!!!



Friday, June 26, 2015

KENYATAAN BALAS SULTAN BRUNEI TERHADAP MEDIA BARAT YANG MENGANCAMNYA


CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah.
Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:
"DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.
"Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.
"Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.
"Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk Gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.
"Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yang menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baru.
"Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini.
"Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?
"Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman.
"Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira."
OLEH 

 Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien 
 SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KERANA SEORANG LELAKI

SIAPA LELAKI YANG KORANG REBUT SANGAT TU ...??? 

ARTIS ? PENSYARAH ? AHLI MUZIK ? KASSIM SELAMAT ? ALI BABA ? BUJANG LAPUK ? DOKTOR ?




- Sebuah video dimuatnaik dalam laman sosial menunjukkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh menjadi viral.
 
Video berdurasi 1.08 minit menunjukkan kedua-dua pelaku yang berpakaian sekolah bergaduh dipercayai berpunca dari berebut seorang lelaki.
 
Video tersebut dipercayai dimuatnaik oleh salah seorang pelajar yang turut menyaksikan kejadian tersebut.
 
Rata-rata netizen mengecam perbuatan kedua pelajar terbabit dan menganggap ia adalah perbuatan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pelajar.
 
"Kak sekolah ke nak cari laki, kurang didikan agama macam inilah jadinya, malukan mak ayah je,” kata Yusoff Ismail. 

Thursday, June 25, 2015

PEMBANGKANG HILANG PUNCA, FELDA MAMPU BAYAR ZAKAT 23.1 JUTA

Jika hendak diikutkan tohmahan pembangkang, FELDA sudah bangkrap, muflis, rugi dan bermacam-macam lagi fitnah yang tidak putus-putus melanda FELDA. Namun kita tidak pernah pun melihat peneroka-peneroka FELDA mengamuk, berdemontrasi atau kebuluran mati tak makan. 


Hari ini dengan penyerahan wang zakat perniagaan sebanyak 23.1 juta bagi tahun kewangan 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri  maka ternyatalah fitnah dan tohmahan pembangkang memang tidak berasas. 

14 pusat zakat negeri menerimanya dari Kumpulan FELDA antaranya adalah Koperasi Permodalan Felda (RM4.1 juta); Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (RM121,476),  Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (RM39,357) dan  Felda Global Ventures Holdings Berhad (RM18.3 juta).


Pembangkang jangan pula menutup mata dengan kenyataan ini, jangan hanya pandai menyebarkan cerita bohong. Jika ikhlas bekerja untuk rakyat, ceritakanlah pekara yang benar. Jika betul bangkrap takkanlah FELDA mampu membayar zakat. 

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, perkembangan yang berterusan dalam perniagaan kumpulan FELDA membolehnya terus memberi zakat seterusnya dapat membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan. 

Ternyata dengan kewujud FELDA, ianya telah banyak membantu masyarakat dan negara amnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, menteri-menteri kabinet, mantan Perdana Menteri, Duta-duta Negara, Pengurusan Kumpulan FELDA, wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri, ketua-ketua Peneroka, anak-anak yatim dan orang rakyat sekitar Putrajaya.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Kuala Lumpur.

Semoga masyarakat tidak mudah termakan dengan hasutan dan fitnah pembangkang yang iri hati dengan kejayaan cemerlang FELDA. Semoga FELDA terus unggul di persada dunia. 








BEREBUT KUASA



Inilah jadinya apabila pemimpin-pemimpin bertelagah berebut kuasa. Rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Perang saudara di Sudan antara Presiden Salva Kiir dengan bekas timbalannya Riek Machar sejak 2013 hingga kini masih tidak berkesudahan. 

Natijahnya berpuluh-uluh ribu rakyatnya menjadi mangsa peperangan. Ribuan kanak-kanak diculik dan dijadikan askar demi mempertahankan kuasa mereka.

Ada  kanak-kanak yang  diikat beramai-ramai dan leher mereka dikelar. Ada   yang dicampak ke dalam bangunan yang sedang terbakar.

Puluhan ribu terbunuh dalam perang 18 bulan itu. Sekurang-kurangnya 129 kanak-kanak dibunuh bulan lalu di negeri Unity, medan pertempuran paling sengit.

mustahilkah kejadian seperti ini berlaku kepada negara kita ? 

Ingat lagi tak TRAGEDI TAK BAI di selatan Thailand ?

PAS SELANGOR KEKAL TAAT PADA MB

Adun PAS Selangor diarah kekal taat pada MB. 

Silat Hadi Awang dengan DAP makin menarik dan membelit. Apa tindakan DAP pula selepas ini ?




SHAH ALAM - Kesemua Adun Pas di Selangor diarahkan supaya terus setia bersama Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi mengekalkan kedudukan kerajaan negeri yang memerintah pada hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, Pas Pusat sudah pun memberi arahan kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk menyampaikan perkara itu kepada semua Adun Pas di negeri ini.

"Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama Pas dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataan media sama turut menegaskan “Pas akan terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah”; dan juga nyata termaktub dalam Perlembagan Pas [Fasal 7(1)] bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan Pas ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas".

"Pas sesungguhnya menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam PR pada waktu ini adalah pada tahap yang paling mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip yang memerlukan penyelesaian yang adil bagi memenuhi aspirasi seluruh rakyat yang mahukan perubahan.

“Bagi Pas, muafakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengiktiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing di kalangan parti dalam PR," tegas Abdul Hadi lagi.

DAP Selangor baru-baru ini menyarankan pembentukan kerajaan gabungan di negeri Selangor sebagai alternatif sekiranya Pas bertindak menarik diri daripada memberi sokongan kepada kepimpinan Azmin.

Wednesday, June 24, 2015

DUA JUTA PERKERJA ASING HILANG , PERTAMBAHAN TIDAK MASUK AKAL.


Dua Juta pekerja asing "GHAIB" selepas masuk sebagai buruh pembinaan tetapi menyertai sektor lain secara haram untuk tinggal lebih lama di negara ini.

Tindakkan menambah jumlah pekerja asing pada jumlah yang sama selepas 20 tahun adalah tidak masuk akal kerana pertambahan sebelum ini sudah melebihi keperluan.
‪#‎Imigresen‬ ‪#‎KDN‬ mohon bertindak sebelum masalah menjadi lebih besar.

Kita bina negara bukan untuk menyusahkan rakyat.

Sejumlah 2.07 juta pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara direkodkan berada di negara ini setakat 31 Disember tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kemasukan warga asing itu khususnya didorong kebergantungan negara terhadap pekerja asing bagi sektor-sektor yang dikategorikan sebagai kritikal.
   
"Kekurangan minat pekerja tempatan menceburi sektor pekerjaan yang tiada nilai komersial dan kebolehtahanan pekerja tempatan yang tidak kekal juga menyebabkan tenaga kerja asing menjadi sandaran pelbagai sektor di negara ini," katanya.
   
Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) tentang statistik pekerja asing serta usaha yang diambil kerajaan bagi menempatkan semula pekerja tempatan dalam pelbagai sektor pekerjaan serta langkah mengurangkan pekerja asing secara berperingkat.
   
Berhubung usaha untuk menarik minat pekerja tempatan, Ismail berkata beberapa inisiatif diambil antaranya mewujudkan Standard Latihan Pekerjaan Kebangssan sebagai standard melatih pekerja bagi sesuatu bidang mengikut keperluan industri.
 
Kerajaan juga memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional untuk menyediakan tenaga kerja mahir negara melalui kaedah latihan industri yang komprehensif dan
terkini bagi memastikan kemahiran tenaga kerja dipertingkat, katanya.
   
Menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) tentang penyediaan tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan sektor industri dan gas, Ismail berkata kerajaan telah menyediakan program latihan dengan jumlah terkini pelajar yang sedang mengikuti latihan kemahiran di 14 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia adalah seramai 1,518 orang.
   
"Terdapat 19 program latihan ditawarkan termasuk Megatronic, Quality Assurance Engineering dan Computer Neumerical Control," tambahnya.
   
Sehingga Februari lepas, katanya Jabatan Pengurusan Kemahiran telah mentauliah enam buah pusat bertauliah kerajaan yang menawarkan program bagi industri minyak dan gas. - 

MALAYSIA AKAN SAMBUT ULANG TAHUN MEMPERINGATI NAHAS MH17


Tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh pada 18 julai 2014 masih lagi segar dalam ingat semua rakyat Malaysia. Tragedi kedua selepas kehilangan MH370 empat bulan sebelum itu telah meragut nyawa 298 termasuk krew penerbangan. 

Sehingga hari ini rakyat Malaysia masih lagi trauma dan meratapi kisah sedih tragedi yang menjadi ingatan seluruh dunia.

Oleh itu, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat, kerajaan Malaysia akan mengadakan ulang tahun pertama memperingati tragedi nahas pesawat Penerbangan Malaysia yang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine, di Kuala Lumpur bulan depan.

Selain Malaysia, Belanda dan Australia juga akan mengadakan ulang tahun tersebut di negara masing-masing. Belanda telah tetapkan pada tarikh 17 Julai ini sebagai tarikh sambutan tersebut manakala Malaysia dan Australia belum lagi membuat keputusan. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pihaknya sedang menyediakan laporan untuk melaksanakan sambutan ulang tahun memperingati nahas itu kepada kabinet dan akan membentangkannya rabu depan.


Tiong Lai juga mengalu-alukan kehadiran waris mangsa nahas yang ingin turut sama menyambutnya di Belanda. Segala kos tiket penerbangan waris nahas akan ditanggung oleh MAS.

Berkenaan tarikh yang difikirkan sesuai untuk sambutan tersebut, beliau berkata, " kabinet sendiri akan putuskannya kerana ia akan menjadi acara di peringkat kebangsaan. Kabinet akan meneliti laporan berkenaan nahas itu sebelum menentukan tarikhnya. 


Pesawat Boeing 777 ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 julai 2014, semua penumpang dan anak kapalnya terkorban. 




JAKEL SASAR JUAL SEJUTA PASANG KOLEKSI



SYARIKAT tekstil terbesar, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) menyasarkan jualan sebanyak sejuta pasang koleksi pakaian mereka sepanjang Ramadan tahun ini.

Dengan mengekalkan harga berpatutan dan murah, Jakel turut menawarkan pelbagai promosi termasuk diskaun sehingga 70 peratus. 

Pengarah Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel berkata, pelbagai koleksi pakaian disediakan untuk pilihan pelanggan dengan dengan promosi harga runtuh dan lelongan.

“Saya percaya jualan tahun ini meningkat dengan kempen terbaharu kami 'Penjunam Harga' yang diadakan di seluruh negara.



“Selain promosi yang diadakan, sempena musim perayaan ini, harga-harga pakaian dan koleksi lain dijual dengan harga lebih murah berbanding biasa,” katanya.

Mohamed Nizam berkata, Jakel sentiasa menekankan kualiti jahitan dan fabrik supaya pelanggan akan berpuas hati ketika membeli.

“Setiap tahun, kami lakukan peningkatan dan menjaga kualiti. Kami akan pastikan tahun ini akan lebih baik berbanding tahun sebelum-sebelum ini selain jualan pada harga cukup murah.

“Kami menyediakan pelbagai fabrik mengikut keselesaan pelanggan, paling penting kalis peluh,” katanya.

Mohamed Nizam berkata, koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dijual sebanyak 1,500 pasang dalam tempoh 30 minit dan ia merupakan kejayaan yang amat membanggakan Jakel.

"Seperti saya katakan, kami yakin dengan sasaran kami untuk meningkatkan jualan kami setelah melihat momentum pembelian setiap tahun yang memberangsangkan, dan menyasarkan jualan lebih tinggi daripada tahun lalu," katanya.

Rekaan lebih trendy

Bukan hanya Aaron Aziz, malah Jakel melantik seorang lagi duta baharu iaitu pelawak popular, Nabil Ahmad.

Pemilihan Nabil adalah untuk menarik lebih ramai golongan muda.

"Baju Melayu Nabil Ahmad dijual bermula pada harga RM89 dan ia direka khas untuk golongan muda dan hipster.

"Koleksi tersebut mempunyai empat kualiti dengan 126 warna yang menarik," katanya.

Dalam pada itu, koleksi baju kurung Rozita Che Wan tampil dengan 39 rekaan dilengkapi 147 warna serta pelbagai saiz.


"Jakel meraikan semua golongan, daripada lelaki, wanita hinggalah kanak-kanak. Untuk koleksi terkini baju kanak-kanak pula, kami memilih karakter Upin Ipin.

"Didatangkan untuk lelaki dan perempuan, ia bermula dari saiz kosong sehingga 13 tahun dan harga mengikut saiz serendah RM75 sepasang,” katanya.

Beliau berkata, koleksi Baju Melayu Aaron Aziz yang kini sudah tiga tahun di pasaran antara yang mendapat sambutan paling menggalakkan.

“Ternyata pemilihan Aaron Aziz sebagai duta Jakel berbaloi kerana dia seorang yang komited terhadap kerjanya.

“Bahkan dia juga memenuhi kriteria dan ciri-ciri pihak Jakel mahukan selain mempunyai bilangan pengikut yang sangat ramai,” katanya.

FILEM BUKIT KEPONG BERWAJAH BARU



Filem Bukit Kepong diberi nafas baru dalam bentuk HD. Mengambil masa selama 3 bulan dengan kos RM100,000 untuk membaik pulih, ditambah dengan kesan bunyi, warna dan kualiti gambar seolah-olah filem ini baru habis pengambaran. 

Bakal ditayangkan pada hari kemerdekaan ke 58 di panggung wayang dan pawagam.

Jom saksikan filem yang menjadi igauan ngeri Parti Komunis Malaya dan keturunan mereka.

KUMPULAN Syarikat KRU mengambil inisiatif membaik pulih dan memberi nafas baru kepada filem epik Bukit Kepong yang bakal ditayangkan menerusi versi definisi tinggi (HD) pada bulan kemerdekaan ke-58.

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata, filem itu akan ditayangkan di pawagam serta wayang di dalam taman.

“Kita berusaha menyelamatkan kandungan filem tersebut. Kerja rumit ini dijalankan dengan penuh teliti selama tiga bulan dengan proses pemulihan filem yang menelan kos kira-kira RM100,000,” katanya.

Norman berkata, pihaknya juga melakukan kerja ‘digital remastering’ bagi visual dan audio filem yang diterbitkan oleh Jins Shamsudin Productions pada tahun 1981.

“Kami mendapati keadaan filem negatif berkenaan tidak begitu baik dimana filemnya telah melekat dan tidak boleh diimbas.

“Ia perlu melalui beberapa proses yang agak lama di makmal bagi membersihkannya dengan menggunakan bahan kimia,” katanya.


Menurutnya, selain filem ini dinaik taraf ke HD, mutu audio juga dipertingkatkan dengan proses adunan semula dari mono ke stereo.

“Kita turut menambah kesan khas bunyi, selain itu kualiti warna turut dipertingkatkan seolah-olah filem ini baru menjalani penggambaran,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman tayangan filem Bukit Kepong versi HD, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Filem Bukit Kepong melambangkan semangat juang anggota polis yang terkorban dalam mempertahankan maruah dan menyelamatkan tanah air daripada dijajah oleh pengganas komunis pada 23 Februari 1950.

Filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya meraih tujuh anugerah termasuk Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 3.  

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, filem ini mampu menarik minat generasi muda bagi memupuk semangat patriotik.

“Pada masa yang sama ia dapat memberi kefahaman kepada orang muda tentang pengorbanan anggota polis dari dahulu sehingga kini,” katanya.

Tuesday, June 23, 2015

SELANGOR WAJAR SERAH SEMULA KEPADA RAKYAT

Perang mulut antara  DAP dan PAS kini mula berjangkit dengan PKR di Selangor dan Pulau Pinang. Tatkala Lim Guang Eng menyatakan Pakatan sudah berkubur, ketua AMK Pulau Pinang pula bertegas pakatan mereka masih wujud. Manakala Menteri Besar Selangor Azmin Ali kelihatan bingung dengan kemelut baru pakatan yang dilihat mendesak beliau membubarkan DUN Selangor. "Pilih antara PAS dan DAP, atau Bubar DUN Selangor ...!!!" desak Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, berpendapat adalah lebih baik kerajaan Selangor menyerah semula pentadbiran kepada rakyat negeri Selangor. Ini kerana sudah tidak ada kesepakatan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri Selangor.

 Bahkan mereka tidak berjaya mewujudkan polisi bersama dalam usaha mereka menawan Putrajaya. PAS tegas dengan undang-undang hududnya dan DAP pula menentang perlaksanaannya. Jika mereka berjaya pun memerintah, negara tidak akan stabil dan kucar kacir. "Negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang di persetujui bersama di perlukan” tegas Liow Tiong Lai.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai lagi, kedua-dua parti ini DAP dan PAS tidak ikhlas menjaga kebajikan rakyat, masing-msing hanya menjaga kepentingan parti masing-masing dan bukannya kepentingan rakyat.

Saya ingin berpesan kepada orang ramai jangan sama sekali di perdaya oleh DAP”,  Liow Tiong Lai.

DAP yang selama ini kita kenal tidak pernah menunjukkan keikhlasan mereka membantu rakyat, sebelum berjaya memerintah mereka menjanjikan pelbagai kebaikan untuk rakyat tetapi selepas berjaya mencapai hasrat mereka memerintah barulah wajah sebenar mereka muncul.  Mereka sentiasa menyembunyikan hasrat mereka asalkan dapat memerintah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha MCA, Datuk Wee Jeck Seng dalam satu kenyataan berkata," Parti-parti Pakatan tidak berperinsip dan tidak bertanggungjawab, walaupun  Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan tidak lagi wujud, tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan Datuk Mohd Salleh Man sebagai wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.

Apa yang mereka tunjukkan bukanlah satu usaha untuk membela rakyat tetapi lebih kepada kepentingan diri untuk terus berkuasa. 

Bagi penulis, pertelagahan ketiga-tiga parti jelas menujukkan mereka gagal dalam menunjukkan ciri-ciri pemerintah yang cekap, telus dan berintigriti. Rakyat mahukan kerajaan yang stabil dan boleh mejamin ekonomi yang baik untuk mereka. Jalan terbaik ialah rakyat perlu tolak parti yang menyusahkan mereka. 





Monday, June 22, 2015

BERANI GAGAL - KISAH JUTAWAN THAILAND MUFLIS 1997 KEMBALI BANGKIT


Disini saya ingin berkongsi salah satu kisah ISPIRASI kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali. Pada tahun 1997, berlaku kegawatang ekonomi di Asia, Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand.
Banggunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank.Disamping itu juga bagaimana seorangn jutawan berhadapan dengan pekerja kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.

Seorang jutawan , kini bergelar penjual sanwich dijalanan.
Walaupun sudah diistihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sanwich dijalanan . Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja bergitu.
Pada hari pertama pernigaan sanwich berpeolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sanwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.

Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sanwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sanwich.
Di Samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sanwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan.
Namun Sarivat tidak pernah putus segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sanwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka.Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

14 tahun KINI !!!!
Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.
Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi seorang penceramah (speaker) jemputan yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.
Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap,
"Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah,
bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. KEKUATAN SAYA ADA DI DALAM DIRI IATU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.” Jawab beliau