Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang
insan itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang
sebenar, maka ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah
yang betul dan memudahkan masyarakat terutama para pelajar
memahami isi kandungan agama Islam. Aktiviti pembelajaran dan
pendidikan juga perlu sentiasa dinilai secara berterusan agar segala kelemahan dapat
diperbaiki dan ditambah baik terutamanya pendidikan Islam.
Pendidikan Islam merupakan satu proses yang sistematik, terencana dan komprehensif dalam
usaha mentafsirkan nilai-nilai kepada anak didik, mengembangkan
potensi yang ada pada diri anak didik, sehingga anak didik mampu
melaksanakan tugasnya di muka bumi dengan sebaik-baiknya sesuai
dengan nilai-nilai ketuhanan yang didasarkan pada ajaran agama
dalam semua aspek kehidupan.
Justeru itu, dalam menambahbaik pendidikan Islam di Malaysia, perlu ada kesinambungan dalam merencana pembaharuan agar pendidikan Islam tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan mordenisasi. Dalam meningkatkan mutu pendidikan Islam, kita memerlukan satu organisasi yang berkemampuan, pakar, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas-tugas menyelidik, mencari dan menyelesaikan permasalahan dalam perndidikan Islam. Apatah lagi ketika ini negara berhadapan dengan serangan pelbagai ideologi yang songsang, mengelirukan dan menyesatkan seperti Syiah, Wahabiah, Pluralisme, Liberalisme, keganasan dan pelbagai lagi ajaran sesat.
Oleh itu, amatlah bertepatan waktunya apabila Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menubuhkan "Pusat Kajian Pondok" (PKP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak yang diterajui oleh Datuk Mashitah Ibrahim yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia sebagai Pengarahnya yang pertama. Pelantikan Datuk Mashitah Ibrahim diumumkan oleh Rektor KUIN, Y.Bhg. Datuk Dr Mohd Yusof bin Kassim di Alor Setar. Sebagai pengarah, Datuk Mashitah Ibrahim menjelaskan bahawa Pusat Kajian Pondok akan menjalankan penyelidikan, seminar, persidangan tentang isu-isu terkini yang berkaitan dengan pendidikan Islam terutamanya institusi pondok di Malaysia. Disamping memberi tumpuan kepada khazanah Pondok seprti kitab Thurath serta mengkaji tokoh tokoh ulama di seluruh nusantara.
Memandangkan samakin ramai ibubapa yang lebih memberi tumpuan kepada pendidikan agama terutamanya sekolah pondok, maka wajarlah institusi pondok mendapat keistimewaan ini. Institusi pendidikan Islam terutamanya pondok dijadikan pelengkap kepada pembelajaran di sekolah. Kesedaran yang tinggi tentang Islam dikalangan masyarakat semakin tinggi menjadi penyebab utama institusi pondok menjadi pilihan mereka.
Selain itu institusi pondok juga menjadi tempat berkembangnya ajaran Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saat ketika negara berhadapan dengan pelbagai serangan fahaman yang songsang dan mengelirukan seperti liberalisme, pluralisme dan kumpulan yang mengunakan Islam secara kekerasan. Jika tidak dibendung dari awal, ianya akan menjadi barah yang sukar diubati lagi. Oleh itu sewajarnya Pusat Kajian Pondok berperanan menyelidik mencari punca dan matlamat kumpulan songsang ini agar umat Islam mendapat maklumat yang betul dan terhindar dari mendekati mereka. Institusi pondok sepatutnya menjadi pusat masyarakat mencari maklumat sebenar tentang Islam.
Untuk mencapai kemajuan ekonomi dan teknologi dan kesejahteraan peribadi. sosial dan persekitaran, negara memerlukan penyuburan budaya ilmu yang segar. Dalam konteks ini, budaya ilmu yang harus disuburkan adalah kefahaman yang jelas, fakih dan menguasai ilmu tersebut yang mana akan memberi manfaat kepada kemajuan diri, agama, bangsa dan tanahair.
Oleh itu Pusat Kajian Pondok juga boleh berperanan mengali khazanah pemikiran ulama silam melalui kitab-kitab penulisan mereka yang menjadi rujukan sehingga kini. Tafsiran agama yang mereka buat pada zaman mereka perlulah dikaji secara lebih teliti agar dapat diasimilasikan pada zaman ini. Pemikiran tokoh-tokoh ilmuan seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Al-Jabar dan ramai lagi juga perlu diberi keutamaan agar generasi sekarang dapat manfaatkan ilmu mereka.
Dalam era ledakan maklumat yang tidak terkawal, pelbagai ilmu disebarkan tanpa dapat dikawal tanpa ada batas sempadan, termasuklah ilmu agama seperti hadis dan Tafsir Al-Quran. Jadi tidak hairan apabila kita lihat pelbagai tafsiran yang berbeza-beza antara kita. Masing-masing mengikut dan taksub kepada guru agama idola mereka. Di sinilah peranan Pusat Kajian Pondok diperlukan. Pusat Kajian Pondok perlu bertindak sebagai "Penapis" kepada kebanjiran tafsiran yang pelbagai dan berbeza-beza.Masalah ini amat penting dan perlu dipandang serius, kerana punca pertelagahan sesama umat kini bermula dari berbezanya tafsiran agama yang dibuat oleh mereka yang berkepentingan samada politik ataupun kedudukan disamping mempunyai integriti yang rapuh, bersikap melampau, jahil akan asas-asas agama dan tidak memahami asas disiplin sesuatu ilmu.
Semoga dengan tertubuhnya Pusat Kajian Pondok dibawah kepimpinan Datuk Mashitah Ibrahim, budaya ilmu akan lebih berkembang pesat dan dapat melahirkan insan berpendidikan yang beradab tinggi, berakhlak mulia, memahami akan batas-batas kebenaran dan kemanfaatan terhadap segala sesuatu. Agar insan ini memaparkan budaya ketepatan seperti yang dicita-citakan oleh gagasan 1 Malaysia.

No comments:
Post a Comment