PULAU PINANG 29 Mac - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis sekitar pukul 12.20 tengah malam tadi setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas, Ustaz Saleh Man untuk minum di sebuah restoran berdekatan pekan Sungai Dua di sini.
Sebelum itu, beliau baru sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas negeri di Markaz Tarbiyah Pas, Pongsu Seribu, Kepala Batas.
Pagi semalam, beliau hadir ke Mahkamah Seksyen Butterworth untuk pembicaraan kes Mat Indera.
Pembicaraan bersambung hari ini dengan saksi pendakwa ke-10 membabitkan pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Menurut Penolong Setiausaha Pas negeri, Zahar Zainul, Mohamad belum sempat minum bersama-sama kami, pihak polis terus membawanya ke Balai Polis Seberang Jaya dan selepas itu ke mana tidak diketahui.
“Saya agak polis mengekori beliau dari Markaz Pas Negeri di Pongsu Seribu lagi. Turun saja kereta Ustaz Saleh, polis terus bertindak menahannya,“ jelasnya.
Penahanan terbabit berkemungkinan melibatkan kes demonstrasi haram yang akan di Dataran Merdeka hari ini. - SUMBER
No comments:
Post a Comment