GST DIKATAKAN MEMBEBANKAN DAN TIDAK EFEKTIF. TAPI BENARKAH BEGITU ...???
DAPATKAN JAWAPANNYA DISINI....
KENAPA GST DIKATAKAN....???
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Mohd Edris berkata, pelaksanaan GST mempunyai kesan yang positif terhadap kecekapan dan daya saing ekonomi negara berikutan kos menjalankan perniagaan di bawah sistem GST lebih rendah berbanding sistem percukaian semasa.
"Keadaan ini akan memberi kelebihan kepada pihak peniaga untuk bersaing secara lebih kompetitif khususnya di pasaran eksport," katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Kepenggunaan GST anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Libaran di sini, malam tadi.
Zakaria, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata, GST tidak akan membebankan rakyat berikutan kadar dikenakan adalah sebanyak enam peratus iaitu lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan semasa sebanyak 10 peratus.
"Jangan terpedaya dan percaya dengan dakyah pihak tertentu bahawa GST membebankan rakyat tetapi sebaliknya GST adalah untuk mengurangkan beban rakyat.
"Semoga dengan penjelasan dan penerangan pada taklimat GST akan memberi kita kefahaman dan terbuka menerima sebarang perubahan dan pembangunan yang disediakan kerajaan demi masa depan negara khususnya rakyat," katanya.
Zakaria berkata, berikutan GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan atau yang diimport ke Sabah mulai 1 April, adalah penting untuk rakyat memahami dan mengetahui secara lebih mendalam berhubung kaedah serta mekanisme pelaksanaannya.
Beliau berkata ia bagi mengelakkan isu GST terus dieksploitasi pihak tertentu yang cuba mempengaruhi dan memesongkan pemahaman rakyat berkaitan isu ini untuk kepentingan mereka.
"Saya percaya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan sentiasa menjuarai nasib rakyat, golongan yang berpendapatan rendah tidak akan dibebankan dengan GST,” kata Zakaria.- Bernama
No comments:
Post a Comment