.
MacMichael pergi ke Istana Anak Bukit di Alor Setar di mana Sultan Badlishah sedang menunggunya. Pada pandangan MacMichael, Sultan seorang yang berbadan kecil dan rendah sedikit pun tidak menampkkan sifat semulajadi yang patut dihormati, itulah tafsiran pertama bangsa kulit ini kepada Sultan Kedah. MacMichael bagaimana pun mendapati baginda seorang yang waras, jujur, berbudi bahasa, mesra dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Tunku Badlishah amat menyedari dan sedar bahawa jika baginda tidak menandatanganinya, British akan menabalkan orang lain yang lebih mudah dipengaruhi. Saya diberikan hak budi bicara oleh Kedah, terang MacMichael tentang misinya kepada Sultan Kedah. Tunku Badlishah membaca salinan perjanjian baru itu beserta catatan penjelasan yang diberikan kepadanya dengan teliti dan tanpa sebarang ulasan. MacMichael menyatakan harapannya agar tiada apa-apa yang tidak menyenangkan baginda dalam perjanjian itu, Tunku Badlishah menjawab bahawa perjanjian itu "AMAT MENGHANCURKAN PERASAAN". Pekara yang paling membimbangkan baginda dan sering disebut dalam perbincangan adalah penyerahan kuasa oleh Raja-raja Melayu. Baginda dimaklumkan bahawa raja-raja boleh memberi nasihat kepada pesuruhjaya residen dan gabenor (begitu juga sebaliknya), dalam masa yang sama kedua-dua pihak tidak perlu perdulikan nasihat itu. Ini adalah rujukan kepada peranan Penasihat British yang mana nasihatnya tidak boleh ditolak sedangkan arahan raja-raja boleh diketepikan tanpa sebarang tindakbalas. MacMichael menambah, ini tidak lebih daripada pengiktirafan rasmi terhadap keadaan sedia ada. Menurutnya, sebelum perang Kerajaan British melaksanakan kuasa yang sebenar dan adalah tidak bijak menafikannya. Katanya di bawah pentadbiran British semua sultan tertakluk untuk menerima nasihat residen atau Penasihat British. Baginda membantah hujah bahawa Raja-raja Melayu sejak dahulu lagi tertakluk untuk menerima nasihat Residen. Di bawah perjanjian lama Raja-raja Melayu berhak membuat rayuan kepada pesuruhjaya tinggi atau setiausaha negeri. MacMichaael beras tidak senang hati, beliau membuat ancaman halus dengan berkata, mujurlah Kerajaan British tidak membuat kesimpulan bahawa kesultanan Melayu sudah ketinggalan zaman dan tidak selari dengan konsep Kerajaan Demokratik morden. MacMichael menekankan jika dasar ini diubahsuai pun, ia tidak akan memihak kepada raja-raja. Walaupun nada suara MacMichael mengandungi unsur ancaman dan beliau terus merujuk baginda sebagai REGENT, Sultan Kedah tidak dengan mudah merelakan dirinya untuk menyerahkan kuasa kepada British. Baginda terus berhujah mengenai status bebas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, khususnya Kedah. Perjanjian itu akan sekali lagi menurunkan taraf Tanah Melayu sebagai tanah jajahan, tegas baginda. bersambung....... |
Wednesday, December 31, 2014
MALAYAN UNION 6 - Sultan Kedah yang tegas dan berani.
MALAYAN UNION 5 - British Angkuh
MALAYAN UNION 5.......
British amat menyedari peningkatan politik orang Melayu dan penentangan mereka terhadap gagasan Malayan Union. Namun British dengan angkuhnya tidak berhasrat berganjak kerana mereka percaya jika semua sultan bersetuju, rancangan mereka menyatukan semua negeri Melayu dan memerintahnya terus di bawah Malayan Union akan berjaya.
MacMichael tiba di Tanah Melayu pada Oktober 1945. Beliau pergi berjumpa Sultan Johor dahulu atas nasihat Willan.
Di istana Pasir Pelangi, MacMichael menerangkan yang Kerajaan British hanya mengambil berat kebajikan Tanah Melayu dan tugasnya sendiri terhad kepada mendapatkan kerjasama raja-raja.
Perjanjian yang bakal ditandatangani oleh sultan akan memberikan British kuasa penuh dalam melaksanakan dasar-dasarnya secara berkesan dan teratur.
Sultan mendesak untuk seorang pegawai British mengetuai setiap jabatan bagi menjamin supaya diurus dengan betul. Baginda berkata bahawa baginda sudah hilang kepercayaan kepada orang Melayu - kenyataan ini dirakam dengan teliti di dalam fail yang tersimpan di arkib British.
Sultan juga menyuarakan kebimbangannya megenai hal-hal seperti setem pos dan lencana polis selepas Malayan Union ditubuhkan. Ini mungkin kerana baginda bimbang kalau-kalau lambang negeri Johor tidak diguna pakai lagi dalam setem dan lencana berkenaan. Baginda mahu sedikit waktu bagi mengkaji semua dokumen dan menyediakan memorandum.
Oleh itu,mereka bersetuju untuk bertemu lagi dua hari kemudian iaitu pada 20 September, Penolong Setiausaha Pejabat Jajahan British, H.T Bourdillon mengemukakan semua dokumen yang diperlukan untuk ditandatangani.
MacMichael dan sultan pun menurunkan tandatangan masing-masing tanpa acara rasmi dan perbincangan.
MacMichael yang pernah bertugas di Palestin, menyambut kejayaan itu dengan mengucapkan Alhamdulillah dalam bahasa Arab. Begitu juga Sultan Johor, yang kemudian menyerahkan memorandum baginda (mengandungi pandangannya mengenai hubungan Johor-British).
Baginda berkata, MacMichael boleh menilai kandungannya dan jika didapati tidak sesuai boleh mencampakkannya ke dalam bakul sampah.
MacMichael menyatakan harapan untuk berjumpa dengan baginda di England. Beliau juga memberitahu bahawa Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Jeneral R.Hone sudah mengutus telegraf membuat permohonan segera untuk perjalanan baginda ke England.
MacMichael tersenyum puas dan gembira dengan kejayaannya, MacMichael tahu selepas ini beliau tidak akan menghadapi banyak masalah dengan raja-raja yang lain. Seperti jangkaan, mereka menandatangani perjanjian tanpa bantahan, KECUALI SULTAN KEDAH, TUNKU BADLISHAH.
Bersambung...............

Tuesday, December 30, 2014
PERJALANAN GST
Perjalanan GST di negara ini telah melangkau 30 tahun dimana pada pembentangan bajet tahun 1989. Tun Daim Zainuddin telah menyatakan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan GST dan pegawai kanan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan telah membuat lawatan ke Korea Selatan, United Kingdom, Kanada, dan New Zealand untuk mengkaji VAT/GST pada tahun 1991.
Menteri Kewangan selepas itu, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengulangi bahawa Kerajaan akan melaksanakan GST dalam pembentangan Bajet 1993, namun ianya ditangguhkan.
Dalam pembentangan Bajet 2005, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan GST akan dilaksanakan pada 1 Januari 2007. Ini diikuti dengan penubuhan PANEL KAJIAN SEMULA CUKAI atau "TAX REVIEW PANEL" (TRP) di Kementerian Kewangan dan pasukan petugas GST ( Unit Tugas Khas GST) di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Februari 2005.
Tugas kedua-dua entiti ini adalah membentuk model, perundangan, sistem, prosidur, organisasi, latihan dan publisiti GST.
Namun begitu, Kementerian Kewangan Telah sekali lagi mengumumkan bahawa perlaksanaan GST yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2007 ditangguhkan.
Walau bagaimana pun, usaha perlaksanaan GST telah diteruskan dimana Rang Undang undang GST dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 2009 dan kemudiannya ditangguhkan pada 2010.
Perlaksanan GST telah menjadi realiti di mana YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, pada 25 Oktober 2013 telah membuat pengumuman keramat bahawa GST akan dilaksanakan dengan kadar 6% dan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 dengan menyenaraikan secara terperinci senarai pembekalan berkadar sifar dan juga yang dikecualikan yang dicadangkan termasuk pakej cukai dan bukan cukai bagi meringankan tanggungan GST kepada rakyat serta peniaga ke arah persediaan GST.

Sunday, December 28, 2014
MASIHKAH HANGPA INGAT...!!!
Masihkah hangpa Ingat...!!!
5 Ogos 2010, Ronnie Liu ....mengunakan kuasanya sebagai Exco Kerajaan Negeri mengarahkan arak yang dirampas oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Syah Alam (MBSA) dipulangkan kembali ke kedai tersebut.
Ronnie dengan rakusnya campur tangan dalam operasi arak dan maksiat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Bandar Sunway.
Dr. Hassan Ali yang sudah tidak tahan dengan kebiadaban Ronnie Liu mendesak Menteri Besar TS Khalid Ibrahim menarik balik portfolio Ronnie sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Ronnie dikatakan sering saja campur tangan dalam tugas PBT hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.
Malangnya Dr. Hassan Ali pula yang di beri amaran oleh pucuk pimpinan atasan PR, bahkan beliau dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuklah sebagai ejen UMNO dalam pakatan sehingga menyebabkan dia di pecat dan dilucutkan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.
Apa yang lebih hina ....desakan dia dipecat dibuat oleh pimpinan PKR bukannya PAS

IANYA BERMULA DARI KITA.......
Sambil membelek-belek kitab lama terjumpa satu Hadis Qudsi yang saya rasa boleh dikongsikan kepada sahabat untuk dijadikan panduan, iktibar dan untuk kita fikirka n bersama.
Firman Allah maksudnya;
AKU adalah ALLAH yang tiada lagi Tuhan selain AKU.
AKU adalah Pemilik segala-galanya dan RAJA bagi segala raja. Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah dalam tangan (kekuasaan) Aku.
Sesungguhnya apabila hati segala rakyat taat kepada Aku, maka ketika itu Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin negara menjadi lemah-lembut dan mencurah rasa kasih sayang kepada mereka.
Tetapi apabila hati rakyat mula berpaling daripada Aku (tidak taat dan derhaka) maka Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka. Mereka ditimpa siksaan yang amat berat.
Oleh itu, janganlah (rakyat) cuba untuk menentang raja-raja dan para pemimpin mereka. Sebaliknya, apabila mereka melihat raja dan pemimpin mereka zalim, maka hendaklah mereka perbanyakkan berzikir dan mengingati Aku dan terus menerus mentaati perintah Aku. Maka (ketika itu) urusan menangani sikap raja dan pemimpin mereka adalah di tangan Aku. - (Riwayat At Tabrani dan Abu Darda').
Segala yang baik datang dari Allah, dan segala kealpaan dankesilapan berpunca dari kelemahan saya sebagai hambaNya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita, melimpahkan rahmat dan maqfirahnya kepada kita semua. Aamiin.

MALAYAN UNION 5- Sultan Johor tandatangan
British amat menyedari peningkatan politik orang Melayu dan penentangan mereka terhadap gagasan Malayan Union. Namun British dengan angkuhnya tidak berhasrat berganjak kerana mereka percaya jika semua sultan bersetuju, rancangan mereka menyatukan semua negeri Melayu dan memerintahnya terus di bawah Malayan Union akan berjaya.
MacMichael tiba di Tanah Melayu pada Oktober 1945. Beliau pergi berjumpa Sultan Johor dahulu atas nasihat Willan.
Di istana Pasir Pelangi, MacMichael menerangkan yang Kerajaan British hanya mengambil berat kebajikan Tanah Melayu dan tugasnya sendiri terhad kepada mendapatkan kerjasama raja-raja.
Perjanjian yang bakal ditandatangani oleh sultan akan memberikan British kuasa penuh dalam melaksanakan dasar-dasarnya secara berkesan dan teratur.
Sultan mendesak untuk seorang pegawai British mengetuai setiap jabatan bagi menjamin supaya diurus dengan betul. Baginda berkata bahawa baginda sudah hilang kepercayaan kepada orang Melayu - kenyataan ini dirakam dengan teliti di dalam fail yang tersimpan di arkib British.
Sultan juga menyuarakan kebimbangannya megenai hal-hal seperti setem pos dan lencana polis selepas Malayan Union ditubuhkan. Ini mungkin kerana baginda bimbang kalau-kalau lambang negeri Johor tidak diguna pakai lagi dalam setem dan lencana berkenaan. Baginda mahu sedikit waktu bagi mengkaji semua dokumen dan menyediakan memorandum.
Oleh itu,mereka bersetuju untuk bertemu lagi dua hari kemudian iaitu pada 20 September, Penolong Setiausaha Pejabat Jajahan British, H.T Bourdillon mengemukakan semua dokumen yang diperlukan untuk ditandatangani.
MacMichael dan sultan pun menurunkan tandatangan masing-masing tanpa acara rasmi dan perbincangan.
MacMichael yang pernah bertugas di Palestin, menyambut kejayaan itu dengan mengucapkan Alhamdulillah dalam bahasa Arab. Begitu juga Sultan Johor, yang kemudian menyerahkan memorandum baginda (mengandungi pandangannya mengenai hubungan Johor-British).
Baginda berkata, MacMichael boleh menilai kandungannya dan jika didapati tidak sesuai boleh mencampakkannya ke dalam bakul sampah.
MacMichael menyatakan harapan untuk berjumpa dengan baginda di England. Beliau juga memberitahu bahawa Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Jeneral R.Hone sudah mengutus telegraf membuat permohonan segera untuk perjalanan baginda ke England.
MacMichael tersenyum puas dan gembira dengan kejayaannya, MacMichael tahu selepas ini beliau tidak akan menghadapi banyak masalah dengan raja-raja yang lain. Seperti jangkaan, mereka menandatangani perjanjian tanpa bantahan, KECUALI SULTAN KEDAH, TUNKU BADLISHAH.
Bersambung...............
Saturday, December 27, 2014
PM TURUN KE KELANTAN
Tentu ramai yang gembira dan bersyukur melihat kerjasama Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir. Apatah lagi melihat
kemesraan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kelantan.
Cuma yang berpenyakit dalam hati tu tak dapat nak kata apa-apa, minta mereka
beristigfar selalu agar hati tu bercahaya sikit dengan cahaya iman.

KEBERKATAN UMUR
Apa guna berumur panjang jika sepanjang hayat jiwanya mati, biarlah berumur singkat asalkan jasa hidup sepanjang zaman.
Setiap kali tiba hari lahir seseorang, maka ungkapan biasa yang akan dilafazkan adalah, "Selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki". Tapi jarang sekali kita memperincikan doa tersebut bukan?
Pagi tadi seusai Subuh, Allah menemukan saya dengan ayat ini saat mentadabbur kitab cintaNya.
"Dan sungguh, engkau (Muhammad) akan mendapati mereka (orang-orang Yahudi), manusia paling tamak akan kehidupan (dunia), bahkan (lebih tamak) dari orang-orang musyrik. Masing-masing dari mereka, ingin diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab. Dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" [Al-Baqarah: 96]
Ya, apalah ertinya umur yang panjang, kehidupan yang lama di dunia ini, andai sedikit pun tidak dapat menambahkan bekal amal kita untuk kehidupan di akhirat kelak.
Manusia sering meminta agar dipanjangkan umur mereka, namun terkadang mereka lupa untuk memohon keberkatan umur dan supaya dipanjangkannya dalam ketaatan, agar dapat terus bernafas sebagai hamba yang diredhai. Apalah gunanya umur yang panjang, tetapi hanya berterusan bergelumang dalam noda dan dosa, terus-terusan menjadi hambaNya yang ingkar, waliyaudzubillah min zalik.
Maka, keberkatan dalam usia itu yang lebih layak untuk kita pohon padaNya. Berkat itu bukanlah semata-mata diukur melalui panjangnya hayat kita di dunia, tetapi sejauh mana ia dapat dipergunakan ke jalan yang mampu membawa manfaat hingga ke akhirat. Lupakah kita dengan ulama' ulama silam, dan para solihin? Umur mereka jarang yang ada hingga mencecah 50 atau 60 tahun, tetapi sumbangan mereka buat Islam, subhanallah, masih dapat dirasai sehingga kini.
Allah, semoga nikmat umur yang Kau kurniakan pada kami ini, dipenuhi dengan peluang untuk menambah amal soleh dan digunakan untuk menadah ilmuMu, agar dapat meraih cinta dan redhaMu yang diimpikan.

Friday, December 26, 2014
MALAYAN UNION 4 - British menekan Raja-raja Melayu
Willan menulis mengenai semua temu ramahnya dan membuat cadangan bagaimana British perlu bertindak ke atas raja-raja yang degil.
Beliau mencadangkan sultan mana yang perlu dahulukan dalam mendapat tandatangan. Pertama dalam senarai ialah Sultan Johor, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Keempat-empat sultan ini menandatanganinya, Willan yakin Sultan Perak tidak akan menolak.
Selepas memperoleh tandatangan Sultan Johor dan Raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu, barulah MacMichael ke Kedah dan negeri-negeri lain di utara Semenanjung. Kedah dijangka memberi sedikit tentangan kerana baginda terikat untuk berunding dengan majlis negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri, Haji Sheriff Awang Osman yang rapat dengan baginda dan dianggap boleh menjadi batu penghalang, mesti dipujuk terlebih dahulu.
British percaya inilah sebaik-baik cara untuk mendapat persetujuan baginda. Tidak ada masalah dijangka berlaku di Perlis, Terengganu dan Kelantan kerana semua sultan menaiki tahta pada zaman pemerintahan Jepun dan terpaksa bergantung kepada pengiktirafan British untuk megekalkan kedudukan mereka.
Berikutan laporan Willan, MacMachael dihantar ke Tanah Melayu pada bulan berikutnya. Menjelang waktu itu, rakyat Tanah Melayu mendengar rancangan Malayan Union dan mereka marah walaupun tidak tahu kandungan cadangan itu.
Disebabkan kekurangan maklumat yang sahih, mereka mengagak British mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan dan memberikan kerakyatan kepada semua penduduk.
Orang Melayu sedar kedudukan mereka yang miskin, kurang pendidikan dan tidak banyak terbabit dalam kegiatan ekonomi negara yang meguntungkan. Mereka bimbang akan menjadi strata terkebawah dan serba kekurangan dalam mayarakat Tanah Melayu.
Apabila laporan dan berita keazaman British melaksanakan Malayan Union semakin merebak, keyakinan rakyat terhadap raja-raja mereka mula terhakis. Mereka tidak mahu dipisahkan datipada politik.
Walaupun sikap mereka boleh dianggap derhaka, mereka berpendapat raja-raja mereka tidak berdaya menangkis tekanan British.
Idea awal perpaduan Melayu mula tersebar ke semua negeri di Tanah Melayu, tetapi mereka tidak yakin dapat menghalang rancangan British.
Seruan agar Melayu berfikir sebagai rakyat Tanah Melayu dan bukan rakyat jelata raja pelbagai negeri menjadi semakin lantang dan keras.
Akhbar tempatan mula mempopularkan idea perpduan Melayu dan mengesyorkan penubuhan sebuah badan tunggal bagi newakili semua orang Melayu.
Mereka juga cemburu dengan Indonesia kerana mempunyai seorang pemimpin karismatik, iaitu Sukarno sehingga ada yang memikir akan gabungan kedua-dua negara. Namun mejoriti orang Melayu percaya jika mereka berjaya menubuhkan sebuah badan tunggal untuk orang Melayu, seorang pemimpin akan muncul.
Bersambung......
BIJAKNYA MANUSIA MENCIPTA KEJAHILAN
Manusia jahil merasakan tuhan itu bertangan seperti tangannya, berkaki seperti kakinya, bermata seperti matanya, bermuka seperti mukanya.....maka mereka pun mencari batu dan kayu lalu mengukir batu itu berbentuk seperti apa yang terlintas dihati mereka.
Bila akhir kejadian batu itu diukir penuh kesempurnaan maka mereka berasa amat takjub dengan hasil kerja mereka lalu mereka menyembahnya dan dipanggil dengan pelbagai nama dan gelaran.
Dimintanya batu ukiran itu akan rezeki yang melimpah ruah. Diberinya batu ukiran itu makanan yang enak-enak.
Seharusnya batu itulah yang patut menyembah si pengukirnya kerana dialah yang menghasilkan ciptaan tersebut. Sepatutnya juga batu itu bersyukur kepada pengukir itu kerana dialah yang membawa rezeki kepadanya hari-hari.
Cuma saya tertanya-tanya....siapa pula pencipta batu dan si pengukirnya itu...???
Thursday, December 25, 2014
MALAYAN UNION 3 - Memujuk Sultan Johor
Mula-mula Willan mengadap Sultan Johor, dengan keyakinan jika beliau berjaya memujuk baginda menandatanganinya, raja-raja lain akan mengikut langkahnya.
Pada 8 september 1945, beliau bertolak ke Johor Bahru untuk mengadap sultan di Istana Pasir Pelangi. Willan mengulas bahawa sultan "nampaknya amat gembira berjumpa kami dan sepanjang temu ramah itu, sekalipun tidak membayangkan yang pihak British telah menghampakan baginda walaupun tewas di negeri Johor".
Beliau nampak perubahan sikap sultan dan pendirian baginda yang memihak kepada British. Dalam pertemuan itu, baginda berkata elaun 20,000 dolar yang dibayar Jepun kepadanya sama dengan jumlah yang dibayar oleh kerajaan British. Bagi Willan, kenyataan ini penting. Sebelum pendudukan Jepun, elauan bulanan baginda datang dari dana negeri Johor.
Willan menjelaskan pentingnya wujud sebuah pentadbiran tentera. Beliau juga menerangkan mengapa baginda serta majlis negeri belum berfungsi.
Sultan Johor bersetuju sepenuhnya dan berkata, hasrat baginda cuma ingin menyaksikan perbarisan di Singapura bagi menandakan penyerahan kalah Jepun. Selepas itu baginda mahu terus ke England secepat mungkin.
Kemudian Willan pergi ke Selangor yang sudah bertukar sultan ketika pendudukan Jepun. Sebelum perang lagi, British menganggap sultan baru itu tidak sesuai mewarisi tahta. British secara terbuka memaklumkan yang mereka tidak akan megiktirafnya.
Disebabkan itu, Willan memilih untuk bercakap hanya dengan calon yang diiktiraf British. Bagaimanapun tidak ada perbincangan untuk menabalkan calon berkenaan sebagai sultan.
Sebaliknya British mengumpan calon itu dengan berkata bahawa mereka akan mengiktirafnya jika beliau menandatangani perjanjian. Tidak hairanlah beliau terus menerima Pentadbiran Tentera, mengantungkan majlis negeri dan menghadkan pergerakkannya.
Destinasi seterusnya dalam perjalanan Willan yang diatur begitu teliti adalah pertemuan dengan Sultan Kedah. Baginda juga ditabalkan sewaktu penjajahan Jepun.
Willan secara jelas merujuk Tunku Badlishah dengan panggilan Regent (wakil Raja) dan bukannya Sultan. Beliau mengulangi kenyataan yang sama kepada sultan Kedah.
Namun apabila beliau berkata bahawa wakil raja dan majlis mesyuarat kerajaan negeri tidak dibenarkan berfungsi, "Regent nampak sedikit tergejut".
Beliau memaklumkan kepada baginda bahawa Raja England tidak akan mengiktiraf baginda sebagai sultan kerana dasar sekarang tidak mengiktiraf sultan yang ditabalkan pada zaman pendudukan Jepun. Oleh itu baginda tidak boleh melaksanakan sebarang tugas seorang sultan yang sah.
Pertemuan dengan baginda bagaimanapun mengugat keyakinan Willan. Ini memberi petanda baginda mungkin menimbulkan masalah dalam runfmdingan dengan MacMichael.
Bersambung......
RAKYAT AKUI PRs MENIPU TENTANG GST
JAWAPAN KEPADA PENIPUAN PR
Ini jawapan kepada penipuan PRs yang kononnya telah mengikuti kursus GST di Kelana Jaya. Perlu difahami bahawa pihak Kastam tidak melaksanakan kursus GST kepada orang awam. Orang awam hanya diberi taklimat atau seminar dan bukannya kursus. Ini penipuan pertama beliau.
Seterusnya kaedah pengiraan GST yang dimaklumkan PRs adalah SALAH. Ia sengaja dibuat untuk mengelirukan orang. Memang jahat niat PRs agar orang membenci kerajaan.
Dalam GST ada Cukai Input dan Cukai Output. Fahami artikel dibawah untuk jawab penipuan PRs.
GST adalah cukai berdasarkan kepenggunaan. Ianya dicaj di setiap rangkaian pembekalan, pengedaran dan penjualan barangan.
Cukai Input adalah cukai GST yang dikenakan apabila sesebuah entiti perniagaan membeli barangan ataupun bekalan untuk dijual.
Cukai Output pula adalah cukai GST yang dikenakan apabila barangan tersebut dijual.
Cukai Input boleh dituntut semula oleh entiti perniagaan tersebut dan ini dipanggil Kredit Cukai Input.
Contoh:
Pengilang
Sebuah syarikat pengilang baju membeli kain dari pembekal kain pada harga RM100 + 6% GST (RM6). Menjadikan jumlah yang dibayar untuk kain tersebut adalah RM106. Pengilang ini boleh menuntut semula cukai yang dibayar RM6 itu daripada Kastam. (Bagi pengilang tersebut, caj ini dipanggil cukai Input)
Pengilang tersebut membuat baju menggunakan kain tersebut dan menjual kepada pengedar dengan harga RM200 + 6% GST (RM12) dan menjadikan harga untuk baju tersebut RM212.00. (Bagi pengilang, caj ini dipanggil cukai Output).
Jadinya selepas pengilang tersebut membuat tuntutan semula RM6, jumlah cukai yang dibayar oleh pengilang kepada Kastam cuma RM6.
Pengedar
Pengedar membeli baju dari pengilang dengan harga RM200 + 6% GST (RM12). Bagi pengedar, ini dipanggil cukai input dan pengedar boleh membuat semula tuntutan kepada kastam.
Pengedar menjual baju tersebut kepada pelanggan dengan harga RM300 + 6% GST (RM18). Menjadikan jumlah harga baju tersebut adalah RM318. Bagi pengedar, ini dipanggil cukai output.
Maka setelah pengedar membuat tuntutan semula RM12 daripada Kastam, jumlah GST yang dibayar oleh pengedar kepada Kastam cuma RM6 (RM18-RM12).
Tanpa sistem kredit cukai input ini, akan terjadinya cukai berganda yang akhirnya akan menyebabkan harga barang menjadi semakin mahal. Inilah yang terjadi pada sistem SST yang ada sekarang ini.
Jika kita membandingkan sistem GST dan sistem SST, dengan peratus keuntungan yang sama (100% untuk pengilang dan 50% untuk pengedar), pelanggan masih membayar harga yang sama untuk baju tersebut. Namun, dengan GST kerajaan dapat mengutip cukai sebanyak RM18, berbanding RM6 dengan sistem SST.
Nasihat saya, selidiklah semua maklumat yang kita perolehi terlebih dahulu tidak tertipu dengan mereka yang berniat jahat.

ANDA TIDAK PERCAYA....SAYA PERCAYA...!!!
Anda tidak percaya dia Anugerah Tuhan...??? Saya percaya....kenapa...??? Kerana Ada 7 pekara ajaib tentang dia yang saya tahu.
1- Dia diracun Arsenik peringkat paling bahaya, tapi dia selamat.
2- Dia di"inject" virus HIV - tapi dia masih selamat.
3- Dia dipukul sehingga terpaksa naik kerusi roda - dia selamat. Siap boleh menari-nari lagi.
4- Dia boleh kembalikan MH370 sesaat sahaja dengan syarat tumbangkan Najib, lantik dia sebagai PM.
5- Kalender dia ada sampai 50 januari.
6- Setiap 16 sept dia sambut dirinya sebagai bakal PM.
7- Jika dia jadi PM - semua masalah negara boleh selesai.
Tuesday, December 23, 2014
MALAYAN UNION 2 - ugutan lembut
.... MALAYAN UNION...
Sewaktu Jepun menyerah kalah, pasukan Tentera Bersekutu berada di lautan. Sedikit sebanyak menjejaskan rancangan Malayan Union.
Walaupun begitu British tidak gentar dengan perkembangan itu. Mereka menganggap raja-raja Melayu boleh dipujuk untuk menandatangani perjanjian baru yang akan memindahkan kuasa secara mutlak kepada British.
Pada peringkat awal, mereka tidak memberi sebarang pertimbangan terhadap kemungkinan reaksi rakyat jelata kerana British memang menjangkakan bahawa apa yang diperlukan hanyalah persetujuan raja-raja untuk membentuk Malayan Union.
Raja-raja Melayu tentu sudah tahu nasib yang menimpa Maharaja-maharaja India dan pemerintah beberapa negeri di Indonesia. Maharaja-maharaja India hilang kedudukan mereka apabila India merdeka, tetapi sultan di Indonesia dibunuh oleh rakyat sendiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
British menganggap tidak mungkin orang Melayu yang lemah lembut akan memilih cara tindakkan rakyat India atau Indonesia.
Pada September 1945, sebelum ketibaan Sir Harold MacMichael yang bertanggungjawab untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu, pentadbiran tentera British memutuskan untuk menguji cadangan Malayan Union.
Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Brigedier H.C. Willan ditugaskan mengadap semua sultan yang diiktiraf British sebelum penaklukan Jepun. Beliau juga akan menemui raja-raja yang ditabalkan ketika pemerintahan Jepun.
British mengambil keputusan untuk mengunakan pengiktirafan setiap tahta sebagai "UGUTAN LEMBUT" ke atas sultan agar menyerahkan bidang kuasa negeri masing-masing.
Bersambung....
Sunday, December 21, 2014
MALAYAN UNION 1 - Suara Melayu dipinggirkan
Perancangan Penubuhan Malayan Union bermula di Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1943. Tidak ada seorang Melayu pun yang diajak berunding, malah pegawai kanan British terkemuka yang pernah bertugas di Tanah Melayu pun tidak diperdulikan.
Rancangan itu bertujuan mengabungkan semua negeri beraja dengan Pulau Pinang dan Melaka bagi membentuk Malayan Union, yang bakal ditadbir oleh seorang gabenor. Singapura pula akan kekal sebagai tanah jajahan British.
Raja-raja Melayu akan memindahkan bidang kuasa mereka kepada Kerajaan British, tetapi terus menguruskan hal adat istiadat Melayu dan agama Islam.
Biarkan pun tidak berperanan dalam pentadbiran negeri atau pusat, raja-raja akan terus menerima pencen politik.
Dalam Malayan Union, sesiapa sahaja berhasrat menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat pemastautin tetap, tidak kira bangsa atau agama, berhak mendapat taraf kewarganegaraan.
Ini bermakna kaum pendatang dan keturunan mereka akan menikmati taraf yang sama dengan orang Melayu dan rakyat Raja-raja Melayu.
Tidak ada syarat yang mewajibkan kewarganegaraan asal kaum pendatang dilepaskan, sekali gus memberi mereka peluang memiliki dua rakyat.
Bersambung......
Monday, December 8, 2014
Banteras rasuah yang sebabkan pencerobohan Cameron Highlands - PM
PUTRAJAYA 8 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tindakan tegas diambil ke atas amalan rasuah yang merupakan punca kepada berlakunya pencerobohan tanah di Cameron Highlands, aktiviti judi haram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Najib berkata, pindaan undang-undang akan dilakukan supaya bukan sahaja penerima rasuah, tetapi pemberi juga dikenakan tindakan tegas.
“Pemberian untuk parti politik juga perlu ada peraturannya dan kita perlukan kerjasama pembangkang dalam soal ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
PASPORT ALVIN TAN BATAL
Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan pembatalan pasport Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. Kedua-dua mereka juga diletakkan dalam senarai hitam jabatan berkenaan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim yang mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar khas di pejabat beliau di sini hari ini berkata, sebelum ini tidak pernah ada mana-mana pasport rakyat Malaysia dibatalkan.
"Tindakan yang kita ambil amat berhati-hati. Kita akan bertimbang rasa dan berhemah. Namun kedua-dua individu ini amat melampau dan kenyataan-kenyataan dalam media sosial.
"Ini menimbulkan suasana tidak tenteram, justeru banyak pihak memberikan cadangan agar pasport mereka dibatalkan.," kata Mustafa.
Jelas Mustafa, pembatalan pasport kedua-dua individu itu dilakukan melalui penghantaran surat kepada alamat terakhir, si samping mewartakannya dalam akhbar-akhbar tempatan.
Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.
Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.
"Kita menghantar surat pembatalan ini esok ke alamat terakhir mereka yang terdapat dalam sistem kita. Sebaik surat berkenaan diserahkan kita menganggap ia telah diterima dan pembatalan berkuat kuasa serta-merta.
"Mereka kini berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara-negara berkenaan. Jika mereka ditangkap dan dibawa pulang kita akan terima," jelas Mustafa.
Kata beliau lagi, jika Ali dan Alvin ingin pulang ke Malaysia mereka perlu memohon melalui Sijil Perakuan Kecemasan yang hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia.
"Memiliki Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bukanlah satu hak. Ia hanya satu keistimewaan yang diberi kepada warga negara Malaysia untuk membolehkan mereka melakukan perjalanan keluar negara.
"Seperti yang dicatatkan di dalam pasport kita boleh menarik balik bila-bila masa," kata Mustafa. - UTUSAN ONLINE

Sunday, December 7, 2014
KEMBALI KEPADA ALLAH
Sambil membelek-belek kitab lama terjumpa satu Hadis Qudsi yang saya rasa boleh dikongsikan kepada sahabat untuk dijadikan panduan, iktibar dan untuk kita fikirka n bersama.
Firman Allah maksudnya; AKU adalah ALLAH yang tiada lagi Tuhan selain AKU. AKU adalah Pemilik segala-galanya dan RAJA bagi segala raja. Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah dalam tangan (kekuasaan) Aku. Sesungguhnya apabila hati segala rakyat taat kepada Aku, maka ketika itu Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin negara menjadi lemah-lembut dan mencurah rasa kasih sayang kepada mereka. Tetapi apabila hati rakyat mula berpaling daripada Aku (tidak taat dan derhaka) maka Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka. Mereka ditimpa siksaan yang amat berat. Oleh itu, janganlah (rakyat) cuba untuk menentang raja-raja dan para pemimpin mereka. Sebaliknya, apabila mereka melihat raja dan pemimpin mereka zalim, maka hendaklah mereka perbanyakkan berzikir dan mengingati Aku dan terus menerus mentaati perintah Aku. Maka (ketika itu) urusan menangani sikap raja dan pemimpin mereka adalah di tangan Aku. - (Riwayat At Tabrani dan Abu Darda').
Mohon dapat kiranya sahabat-sahabat dari group ini dapat memberi kupasan tentang Hadis Qudsi ini dengan cara yang lebih matang dan profesional bergantung kepada keintelektualan masing-masing.
Saturday, December 6, 2014
IDEA BODOH ORANG UMNO
Dulu orang bodoh kutuk Tun M, kononnya industri berat seperti kereta membuang duit negara ....membazir, hari ni aku tengok ramai yang pakai kereta proton projek bodoh Tun M dulu... aku tunggu sapa yang pandai nak kutuk idea Mantan Presiden UMNO.
Cuba suruh mangkuk-mangkuk ni bagi idea....mampus mati hidup balik pun kosong macam bendera diorang.
Kambing Janapari nak buat keretapi laju tu pun dah jadi bahan maharaja lawak.... nak gelak pun sedih.

Thursday, December 4, 2014
PENYUSUTAN NILAI RINGGIT
( oleh Dato Haji Ahmad bin Maslan TMK)
1. Nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran. Ada kalanya nilai ringgit meningkat dan adakalanya menyusut. Pada tahun 2014, ringgit menyusut dibanding dollar Singapura, dollar Taiwan, rupiah Indonesia , rupee India, baht Thailand, dollar Hong Kong & dolar US. Namun ringgit mengukuh jika dibanding, won Korea, dolar Australia, pound UK, matawang Euro & yen Jepun.
2. Ini berlaku akibat penurunan harga komoditi terutamanya petroleum dan penambahan nilai mata wang US yang disebabkan oleh faktor- faktor antarabangsa. Pada 3/12/14 harga minyak jenis Tapis turun kpd USD73.93 setong. Namun purata harga minyak Tapis Jan-Nov 2014 masih tinggi iaitu USD107.23 setong kerana sebelum ini harga minyak sehingga awal Oktober adalah tinggi.
3. Penyusutan nilai ringgit boleh dilihat drpd kadar tukaran dgn dollar US yang mana tertinggi tahun ini pada 28/8/14 dgn nilai 3.1480 & terendah pada 4/12/14 dgn nilai 3.4475. Sementara dolar Spura pula tertinggi pada 27/8/14 dgn nilai 2.5248 & terendah pada 11/2/14 dgn nilai 2.6332.Nilai ringgit tidak semestinya terus menyusut memandangkan negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
4. Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana komponen produk yg diimport naik harga. Namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Msia yg seterusnya akan mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.
5. Barangan export Msia ke luar negara akan lebih murah. Ini akan mengembangkan sektor export. Maka akan bertambah keuntungan sykt, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kpd Kjaan & bilangan kilang juga berkembang.
6. Sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit. Pertumbuhan ekonomi berlaku.
7. Sektor perkhidmatan yg diberi kpd pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dgn peratus penurunan matawang. Sektor perkhidmatan sebegini adalah sebahagian drpd komponen export.
8. Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kpd ekonomi negara mungkin tidak ketara. Namun ia bergantung kpd berapa banyak export & import. Setakat ini, export kita pada paras yg lebih berbanding import.
9. KDNK / GDP ialah penggunaan + pelaburan + perbelanjaan Kjaan + (export - import). GDP = consumption + investment + government expenditure + (export - import). Export yg lebih & import yg kurang akan mengembangkan KDNK / GDP.
10. Nilai anggaran export tahun 2014 adalah RM762.8 billion & import ialah RM677.2 billion menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 billion.
11. Sektor hartanah akan lebih menarik dgn penyusutan ringgit kpd orang luar namun keyakinan pelabur akan menurun pada kadar minima kerana nilai matawang berkadaran sedikit sebanyak dgn keyakinan pasaran, namun kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg utama.
12. Pasaran baru utk minyak kelapa sawit perlu segera dicari oleh MPOB dll agensi spt Felda, Felcra. Petronas juga perlu terus mencari sumber baru minyak & gas dgn adakan JV di negara2 lain. Produk hiliran getah dgn ciptaan & inovasi baru perlu terus diusahakan.
13. Asas-asas ekonomi negara kita adalah sentiasa kukuh. Oleh itu penyusutan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara dgn ketara. Ekonomi kita akan terus berkembang & hasrat utk jadikan Msia negara maju berpendapatan tinggi tidak akan terbantut.
14. Dlm tempoh volatiliti / kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara Msia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur. Ini akan menggalakkan kestabilan kadar pertukaran & memudahkan perdagangan & pelaburan.
15. Hasil Kjaan drpd sumber petroleum termasuk Petronas tidak terjejas banyak utk tahun ini sbb pengiraan purata harga minyak utk setahun 2014 adalah berdasarkan usd110 setong. Dijangka purata tahun ini sekitar usd104 setong dgn mengambil kira penurunan harga minyak pada Nov & Dis sekarang ini.
16. Rakyat sedang menunggu penurunan harga barang bila harga minyak turun. Peniaga, pengilang, pemborong, peruncit tentunya sedang membuat perkiraan yg wajar. Diesel juga dijangka turun pada 1 Jan 2015 melihat kpd trend yg ada. Diesel naik 3 sen utk 1 Dis 2014 disebabkan subsidi yg tinggi diberi utk seliter diesel selama ini. Utk tahun 2013 purata subsidi utk diesel ialah 76 sen seliter & ron95 subsidi 74 sen seliter. Harga bahan bakar / minyak skrng ini berada dlm ketetapan pasaran yg baik utk banyak pihak.
Tkasih.
(4 Dis 2014)
(4 Dis 2014)
MAAFKAN SAYA KERANA TIDAK MEMBUNUHNYA DAHULU...!!!

Siapa yang tidak mengenali Ariel Sharon atau nama sebenarnya Ariel Scheinermann, lahir pada 27 februari 1928 di Kfar Malal Palestin.
Pembunuh kejam Sabra dan Shatila ini amat membenci Arwah Presiden Palestin Yassir Arafat. Ketika ditemu bual oleh stesen televisyen BBC pada 3 Januari 2002, Sharon dengan bongkaknya berkata dia amat menyesal kerana tidak membunuh Arafat 20 tahun lalu, sewaktu tentera Israel menyerang PLO di Labanon pada 1982. Malah Sharon Berkata "Maafkan saya kerana tidak membunuhnya dahulu."
Apabila Sharon menjadi Perdana Menteri, serangan terhadap Palestin diperhebatkan sehingga kematian dikalangan orang awam terus meningkat.
Pada 14 disember 2001, Sharon "memenjarakan" Arafat di dalam pejabatnya di Ramalah kerana didakwa mengalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.
Kata sahabat baik Sharon .....
"i support all effort to protect the security of israel" DSK.

Tuesday, December 2, 2014
BETAPA ZALIMNYA UMNO
Betapa jahat dan zalimnya kerajaan dibawah pimpinan UMNO apabila TELAH membina 20,777 unit rumah bernilai RM 1.5 bilion untuk BUMIPUTERA dari 2011 hingga jun 2014.
Kerajaan juga amat zalim kepada BUMIPUTERA apabila menambah kampus UiTM yang dalam pembinaan di empat lagi kawasan iaitu Mukah, Raub, Dengkil dan Rembau sedangkan UiTM sudah ada 32 kampus di seluruh negara.
Bukan itu sahaja, peningkatan jumlah enrolmen pelajar UiTM dari 174,875 pada 2011 meningkat kepada 177,051 pada tahun 2014. Bahkan dijangkakan pada tahun 2020 jumlah ini akan meningkat sebanyak 250,000 orang pelajar Melayu dan Bumiputera.
Begitulah sedikit sebanyak kezaliman kerajaan UMNO / Barisan Nasional yang begitu di benci oleh DAP dan kaldai-kaldainya.

Monday, December 1, 2014
PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA.
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis
.
3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?
5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama.
6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.
7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?
9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?
10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?
11. ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar..Sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga
22 pemandu pesawat tempur dalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam misi TLDM! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden.!!
12. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.
13. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati.
14. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu.
15. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
16. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut.
17. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem
Malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera Malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor. mereka melakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu

Subscribe to:
Posts (Atom)