Pendidikan Islam, Sejarah Islam dan Sirah Rasulullah sewajarnya wajib di PERKASAKAN bermula di sekolah rendah lagi. Ini bagi menyemai dalam jiwa anak-anak kita cinta dan kasih kepada Allah, Nabi Muhammad SAW dan Agama Islam.
Amat membimbangkan anak-anak kita lebih mengenali artis-artis dalam dan luar negara berbanding mengenali Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Abu Bakar as Siddiq, Usman bin Affan, Umar al Khattab, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabbah, Zaid bin Haritsah, Khalid al Walid, Zubbair bin Awwam dan ramai lagi para sahabat nabi.
Tidak hairanlah jika hari ini mereka mudah terpesong dan dipesongkan oleh dakyah-dakyah anasir luar yang membawa ideologi perjuangan songsang dan mungkar. Jiwa muda yang kosong amat mudah diresapi oleh idealisme kebatilan dan perjuangan yang karut jika tidak diisi dengan roh Islam. Pepatah Melayu ada menyatakan, "Hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Pada saya jika pekara ini dipandang remeh dan usahanya sekadar "melepas batuk ditangga" dibimbangi negara kita bakal mewarisi generasi yang kosong jiwanya dan kontang rohaninya. Tamadun Islam bermula dari Roh Iman dan takwa dalam jiwa Umatnya bukan dari wang ringgit.
No comments:
Post a Comment