Bahkan ada beberapa kumpulan orang yang mengaku Islam membela dan membantu kaum songsang ini menghalalkan gaya kehidupan mereka.
Sungguh amat mencabar dunia hari ini. Kita bila-bila masa sahaja boleh terjerumus secara tidak sedar kepada kesyirikan yang tersembunyi ini . Iman boleh terbang dari dada-dada orang beriman seperti terlepasnya anak panah dari busarnya .
“Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Secara umum, manusia moden menganggap demokrasi merupakan satu sistem yang sangat baik - suci dan murni. Ini kerana demokrasi didakwa sebagai sistem politik rakyat. Kerajaan rakyat, oleh rakyat untuk rakyat. Kata Lincoln.
Dan sudah tentu sistem feudalisme merupakan musuh kepada demokrasi. Kita lupa, pendukung demokrasi sebelum Pax Americana adalah Rom. Di akhir-akhir zaman republikan Rom, kebobrokan demokrasi semakin terserlah hingga Rom sendiri menjadi empayar dengan adanya Maharaja di era Pax Romana.
Kemudian datanglah 'liberty', 'hak asasi', 'kebebasan bersuara', 'equality'. Saya sendiri sebenarnya sangat menghargai kebebasan saya. Malah masih menjadi ungkapan keramat bagi saya: "Libertas virorum fortium pectora acquit" atau "liberty stimulates spirit of a strong man".
Namun lagi sekali manusia melupakan sejarah. Demokrasi memang bagus namun bukan tanpa cacat cela. Selepas Revolusi Perancis yang memancung ratusan ribu rakyatnya untuk menggulingkan sistem feudal, Perancis di bawah 'Reign of Terror' jauh lebih kejam, menindas dan menzalimi rakyatnya.
Dengan cogan 'Liberty, Equality dan Fratenity' kekecohan dan kebobrokan berada di mana-mana hingga muncul Napoleon dengan keupayaan tinggi ketenteraannya mampu mewujudkan keamanan dan kestabilan. Dan Napoleon memilih untuk menjadi Maharaja. Rakyat Perancis berasa lebih aman ketika itu jika dibanding dengan zaman revolusi.
Akhir-akhir ini kita melihat demokrasi di Malaysia dengan slogan 'kebebasan, hak asasi, persamaan' sudah mengambil bentuk yang makin menakutkan. Ia bukan hanya menakutkan pihak berkuasa tetapi menakutkan silent majoriti yang non partisan.
Beberapa puak sudah tanpa segan silu sanggup mencerca agama lain, sanggup menghina Raja-raja Melayu, lagu kebangsaaan dan bendera Malaysia. Semuanya atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara.
Hari Kemerdekaan dipolitikkan dan dilihat sebagai sambutan pihak pemerintah. Hasutan dan tarbiah kepada anak-anak muda yang 'hanya bersemangat' tapi kosong otaknya berjaya membawa politik demokrasi Malaysia semakin menghampiri 'anarchy' dan 'chaos'.
Sementara pihak pemenrintah takut untuk melakukan sesuatu walapun sudah ada peruntukkan undang-undang kerana takut dilabel zalim. Mereka bimbang hilang undi golongan 'liberal'.
Namun demokrasi hanya sistem. Ia bukan agama. Ia tidak 'written in stone'. Dan ada pihak takut dituduh tidak demokratik kerana bimbang dengan pandangan 'orang luar'. Apa guna kemerdekaan?
Seperti ungkapan Tywin Lannister dalam Game of Thrones: "the lion doesn't cares the opinions of sheeps".
Kebiasaan dalam sejarah selepas demokrasi menjadi terlalu kucar kacir, kuasa akhirnya akan dipusatkan kepada sesuatu individu atau institusi yang kuat tanpa mendengar rungutan 'sheeps' dan 'monkeys' yang suka tunjung punggung, pijak gambar dan tukar bendera.
No comments:
Post a Comment