Apakah KEBENARAN itu dinilai berdasarkan cakap-cakap dan pendapat orang semata-mata? Berapa kali Kebenaran akan dimangsakan oleh mereka ?Adakah suara ramai menjadi kayu ukur utama kebenaran ? Jika itu prinsip kita dalam menilai kebenaran maka banyaklah kesilapan atau kesalahan bahkan kesesatan akan dianggap sebagai kebenaran.
Jika kebenaran itu hanya diukur dengan jumlah pengikut , sudah tentulah nabi-nabi tidak termasuk dalam kalangan orang yang benar disebabkan sedikitnya jumlah yang menyahut seruan mereka. Bahkan ada yang langsung tidak ada yang meneriman dakwah mereka. Ada juga nabi yang ditentang oleh keluarga mereka sendiri seperti Nabi Nuh dan Nabi Lut. Bayangkan Nabi Nuh yang telah berdakwah hampir selama seribu tahun , hanya segelintir manusia sahaja yang menjadi pengikut ajarannya.
Jika kebenaran itu dinilai dengan sambutan orang ramai semata-mata, tentulah Nabi Nuh as tidak termasuk dalam golongan yang dianggap benar kerana SUARA MAJORITI masyarakat tidak bersetuju dan tidak mengiktiraf dakwahnya bahkan mencaci , mencerca dan mengejek ajakannya.
Kebenaran tidak dinilai dengan keputusan orang ramai semata-mata. Boleh jadi manusia mempunyai kepentingan mereka sendiri atau diepngaruhi taklid buta , sentimen tertentu yang dipengaruhi oleh pihak yang lebih dominan. Pendapat yang mengaggap kebenaran berdasarkan jumlah pengikut ditolak oleh Al-Quran.
alQuran meminta insan agar berfikir tentang hakikat sesuatu kebenaran, hendaklah bebas daripada pengaruh orang ramai yang tidak berteraskan hujah yang benar dan pemikiran yang betul.
Akhir sekali pesan saya , berfikirlah secara matang dan berbincang lah dengan yang layak. Berfikir sendirian secara mendalam tanpa dipengaruhi sentimen luaran atau pengaruh suara ramai. Inilah merupakan jalan yang membolehkan kita menemui kebenaran. Usahlah terbawa-bawa dengan arus orang ramai tanpa bersandarkan bukti dan dalil kerana ia adalah punca kesesatan. Saya tidaklah berniat menyuruh menolak mentah-mentah pendapat orang ramai. Tidak semua pendapat mereka salah. Jika ianya dibuktikan dengan dalil dan alasana maka kita patut menerimanya dengan hati yang terbuka . Bukan kerana orang ramai berkata begitu , tetapi kerana alasan dan hujah serta dalil yang kukuh.
والله أعلم
No comments:
Post a Comment