Tak kurang juga yang menyindir mereka kerana bergambar sana sini untuk menunjukan mereka ada disana. Saya merasakan biarlah Allah yang menilai mereka. Cuma saya ingin menambah kepada mereka yang bergambar sambil tersenyum disana , tidak kiralah yang umno ataupun pas , Saidina umar hari-hari memantau rakyatnya siang dan malam bahkan tanpa pengetahuan mereka yang meneliti kehidupan mereka itu seorang Khalifah.
Tentu tuan-tuan pernah dengar kisah bahawa Saidina Umar membantu seorang wanita miskin yang mana anak-anaknya sedang menangis kelaparan sehinggakan dia berpura-pura memasak makanan sedang didalamnya ada beberapa ketul batu.
Di pendekkan cerita -akhirnya Saidina Umar mengambil sendiri beberapa pundi gandum dari baitul mal untuk dihantar ke rumah wanita itu. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.
"Kalaulah Saidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saidina Umar sendiri.
TANGAN KANAN YANG MEMBERI , JANGAN SAMPAI TANGAN KIRI TAHU.... kalau boleh macam tu lah.
RAKYAT KENAL SIAPA YANG MEMBANTU.
ASSALAMUALAIKUM.
No comments:
Post a Comment