Monday, October 29, 2012

ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN



Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan. 
Walaupun Perlembagaan persekutuan ini telah diiystiharkan sebagai undang-undang tertinggi negara, namun peruntukan mengenainya hanya diletakkan pada Perkara 4. Manakala, bagi Islam pula, kedudukannya yang istimewa telah diberi keutamaan tertinggi dari segi urutan apabila ia diletakkan lebih awal dalam Perkara 3. Meletakkan Agama Islam di awal bahagian dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan dan kedudukannya. Perlu diingat bahawa, walaupun Perlembagaan itu adalah undang-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasinya, namun harus diingat bahawa Islam yang meliputi undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-undang yang diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri. Dengan kata lain, undang-undang Islam itu adalah sebahagian dari kandungan  Perlembagaan itu sendiri. 
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Kedudukan Istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan . Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telahpun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.
Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan. Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang penting dalam hal ini ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara. Tujuannya, agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai sejarah negara dan undang-undang tidak syak lagi dapat mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.

Saturday, October 27, 2012

HUZAIFAH AL YAMANI DI MUSUHI PARA MUNAFIK, PAS BAGAIMANA ?.



Huzaifah Al-Yamani ‎ adalah salah seorang sahabat Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abbas. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Madinah dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.
Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi salallahu alaihi wasallam mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Beliau menjalankan perintah Rasul salallahu alaihi wasallam dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah.

Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nahawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nahawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.

Menurut catatan sejarah, di antara sekalian sahabat Nabi, yang pertama sekali menjadikan ibadah secara satu Tarekat yang khusus, adalah sahabat Nabi salallahu alaihi wasallam yang bernama Huzaifah Bin Al-Yaman, seorang sahabat nabi yang mulia dan terhormat. Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu-ilmu yang kemudian hari kita kenal dengan Tasauf dan beliaulah yang membuka jalan serta teori-teori untuk ini.



Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : “Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh akannya?” Jawabnya : “Rasulullah salallahu alaihi wasallam telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah salallahu alaihi wasallam dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya.” “Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. “ Demikian kata Huzaifah Al- Yaman.

Dalam keterangannya yang lain tersebut : “Banyak orang yang bertanya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam : “ Ya Rasulullah, apa pahala mengerjakan ini dan itu ? “ Mereka menanyai Rasulullah salallahu alaihi wasallam darihal fadhilat-fadhilat amalan, tetapi saya selalu berkata kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam :” Apa yang merosakkan amal ini dan amal itu, “ Seraya menanyakan pelbagai perosak-perosak yang akan merosakkan amalan-amalan.”
Kata seorang ulama Tasauf, Abu Talib Al- Makki : “Huzaifah bin Al-Yaman telah di tentukan mempunyai ilmu mengenai orang munafik. Dia sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan yang tersembunyi di antara sahabat-sahabat Nabi salallahu alaihi wasallam. Misalnya Umar Al-Khattab tidak mahu turut menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan tentang ilmu mengenal kemunafikan kerana di ajar oleh Rasul salallahu alaihi wasallam yakni dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak”



Demikianlah, pada masa hidupnya, di sekeliling Huzaifah Bin Al-Yaman, telah berdiri suatu madrasah kecil yang terdiri dari sebahagian sahabat-sahabat, misalnya Wasibah, yang terkenal dalam suatu riwayat, yang mengatakan : “Saya telah mendatangi Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Saya tidak hendak membiarkan sesuatu kebaikan atau kejahatan melainkan saya akan tanyai Nabi dalam hal tersebut. Saya langkahi orang banyak untuk sampai ke tempat Nabi salallahu alaihi wasallam. Sahabat-sahabat mengatakan, “ Jauhlah engkau, hai Wasibah dari Rasulullah salallahu alaihi wasallam” Tetapi saya katakana pada mereka : “Biarkanlah saya mendekati baginda rasul , kerana beliaulah manusia yang paling saya cintai.” Kemudian Rasulullah salallahu alaihi wasallam berkata kepada Wasibah : “Hai Wasibah, saya datang mengkhabarkan kepada engkau mengenai maksudmu datang ini atau engkau yang akan menanyakannya kepada saya?” Jawab Wasibah: “Tuanlah Rasulullah yang mengkhabarkannya kepada saya .” Kata Nabi salallahu alaihi wasallam. : “ Engkau datang hendak menanyakan apakah kebaikan itu dan apakah dosa itu.” “Benar, ya Rasulullah,” jawab Wasibah. Lalu Nabi mengumpulkan sekalian anak jarinya dan menggaru-garu dada saya dengan anak jari beliau itu, seraya berkata, tanyalah hatimu, hai wasibah,” kerana yang baik itu yang tenang di dalam hati dan yang dosa itu selalu pulang balik di dalam dada manusia, walaupun orang ramai memberi fatwa kepada engkau dan engkau pun memberi fatwa kepada orang ramai.”



Hadis yang di atas tersebut, termasuk salah satu tiang dari Ilmu Tasauf, kerana Tasauf itu sebahagian besar ianya mengenai lapangan-lapangan perasaan hati manusia.

Akan tetapi madrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasah-madrasah Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan pengetahuan-pengetahuan mengenai Tasauf telah tersiar.



Benar, madrasah kecil dari Huzaifah itu sendiri akan mendatangkan hasilnya pada abad depannya, di mana murid-muridnya terus mengembangkan pengetahuannya sehingga tersebar luas. Walaupun demikian, Imam Sufi yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Al-Hasanul Basri. Seorang ulama besar Tabiin, adalah murid beliau dan keluaran madrasah ini.
-Wallahualam.




SabdaRasulullah salallahu alaihi wasallam:
حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك
Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.


ULASAN SAYA :

Seandainya Sahabat Rasul salallahu alaihi wasallam yang mulia dan agong ini masih hidup di zaman kita , nescaya beliau akan di musuhi oleh sebahagian orang islam yang tidak menggemari pendedahan perkara-perkara yang sesat dan bathil khususnya kepada jemaah yang hanya berbicara bab fadhilat sahaja dan menjauhi perbezaan pandangan apatah lagi  memusuhi orang yang menilai keburukan seseorang dengan tujuan menegur dan menasihati.

Kepada yang berkenaan janganlah terasa tapi anggaplah sebagai teguran membina agar memperbaiki (islah) kepada kefahaman islam yang sebenar.

Wednesday, October 24, 2012

JANJI ITU SATU TANGGUNGJAWAB




“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ ( Al Isra 34 ).
Berjanji itu mudah. Menunaikannya itu susah. Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut. Tetapi menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.
Ramai di kalangan kita suka berjanji tetapi sering terlupa untuk menunaikan janji. Sedangkan Allah telah berkali-kali memperingatkan kepada hamba-hambaNya tentang kepentingan menunaikan janji. Ayat di atas dan dikukuhkan dengan ayat-ayat al-quran yang lain membuktikan janji itu bukan harus ditunaikan, tetapi wajib ditunaikan. Lebih-lebih lagi janji itu bersangkut paut dengan Allah pencipta alam.
Allah SWT berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“ (An-Nahal : 91)
Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda telah mempercirikan golongan munafiq dengan tiga ciri utama. Dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.
“Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat “ (HR.Muslim).
Semua dalil dari al-quran dan hadis di atas sudah jelas membuktikan kepada kita bahawa memungkiri janji itu suatu perkara yang dipandang serius dalam islam. Malah sifat ini sering disifatkan dengan sifat orang munafiq. Siapa itu munafiq? Munafiq adalah golongan yang mengaku dirinya islam tetapi pada hatinya tersimpan kebencian pada islam malah menolak kebenarannya. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan ini? Sudah pasti tidak. Malah kita pasti membencinya. Dan ingatlah golongan munafiq ini di akhirat kelak pasti dicampakkan ke dasar terdalam di dalam neraka.
Di dalam hadis riwayat anas bin malik, dan apabila Rasulullah s.a.w bertanya pada jibril tentang pemilik pintu-pintu neraka, maka jawab jibril: “pintu yang paling bawah ialah untuk golongan munafiq”
Dan lebih teruk lagi, mereka yang sengaja dan suka memungkiri janji ini juga disifatkan di dalam al-quran seperti golongan kafir. Di mana mereka ini menjadikan kata-kata janji itu sebagai barang mainan dan gurauan tanpa sedikit pun rasa bersalah apabila memungkiri janji itu.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya makhluk yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. Iaitu orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dari mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut akan akibat-akibatnya“ (An Anfal 55 – 56).
Ingatlah wahai saudara-saudaraku. Janji itu tidak salah, tetapi memungkirinya itu yang salah. Menjadikan janji sebagai mainan kata-kata sudah cukup menggambarkan dirinya seorang yang tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja hilang kepercayaan dari Allah, malah boleh mengundang ketidakpercayaan masyarakat terhadapnya. Kerana memungkiri janji itu bukan sahaja dibenci oleh islam, tetapi juga dibenci oleh masyarakat. Kerana itulah fitrah manusia. Yang memungkiri janji pasti dibenci dan sebaliknya mengundang rasa senang hati.
Menunaikan janji berkait rapat dengan sifat amanah. Rasulullah s.a.w memiliki sifat amanah malah wajib atas baginda bersifat amanah. Malah sifat ini telah diamalkan baginda sebelum dilantik menjadi rasul bagi umat. Sehingga baginda digelar oleh masyarakat quraish ketika itu dengan gelaran‘al-amin’ iaitu seorang yang menjaga amanah.
Ini adalah antara bukti jelas bahawa menunaikan janji adalah sifat yang disenangi dan disanjungi oleh masyarakat. Mempunyai sifat disebaliknya pula hanya menambahkan kebencian dan hilang percaya dari masyarakat. Ingatlah, berjanji itu mudah. Menunaikannya itu susah. Jadi berhati-hatilah dalam berjanji. Kerana janji itu menuntut pada usaha menunaikannya.

Sunday, October 21, 2012

GERAKAN ZIONIS (ISRAEL) DAN MISSIONARI KRISTIAN





Sejarah ringkas Bani Israel

Bangsa Yahudi merupakan pendokong utama fahaman zionis semenjak zaman kelahiran Nabi Isa lagi. Yehuda merupakan gelaran asal bagi orang Yahudi. Walaubagaimanapun, sebutan Bani Israel adalah yang kerap digunakan dizaman lampau serta didalam Al-Quran. Golongan Yahudi sangat suka membangga diri terhadap semua bangsa selainnya.
Mereka ini merupakan bangsa yang istimewa di kalangan semua manusia yang diciptakan Allah s.w.t. begaimana telah berfirman didalam Surah Al-Baqarah ;
"Hai Bani Israel, Ingatlah akan nikmat-Ku yang telah telah Aku anugerahkan kepadamu, dan ingatlah bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat"
{Al-Quran; Al-Baqarah 47}
Apabila Nabi Isa a.s membawa ajaran Allah sebelum kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, beliau telah berdakwah khusus untuk bangsa Israel. Meskipun begitu, terdapat ramai Nabi Allah yang diutus selain Nabi Isa. a.s Tidak hairanlah jika bangsa Yahudi menerima Nabi yang paling ramai diantara puak dan bani arab yang lain. Atas itulah bangsa Yahudi mendakwa mereka merupakan bangsa yang "terpilih".
Mereka sebenarnya silap sedangkan merekalah bangsa yang paling ramai membunuh para Nabi terdahulu (seramai 300 dibunuh), berbanding bani arab yang lain. Apabila Nabi Isa a.s berdakwah kepada Bani Israel, mereka berniat untuk membunuh Nabi Isa sendiri. Hinggalah Allah telah mengangkat Nabi ke langit untuk meyelamatkan beliau dari dibunuh.
Pembunuh itu mendakwa telah membunuh Nabi Isa dan di Salibkan pada tiang berpalang, kerana lemparan fitnah yang di dakwa oleh golongan ekstremis Yahudi. Mereka telah memfitnah Nabi Isa sebagai anak tuhan (anak Allah). Walaubagaimanapun pembunuh itu sebenarnya telah membunuh orang lain yang hampir menyerupai Nabi Isa. Kesan dari tindakan ini telah mewujudkan ajaran baru di takrifkan sebagai Kristian Yahudi.
Mereka cuba membunuh Nabi Isa kerana untuk menyembunyikan kebenaran catatan Taurat dan Injil menyebut akan lahir seorang Nabi yang bukan berbangsa Yahudi dan berdakwah untuk seluruh manusia. Nabi ini berasal dari puak Bani Hashim yakni, baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Bani Israel akan dipimpin oleh oleh seorang bangsa Arab. Keangkuhan mereka menyebabkan Bani Israel cuba membunuh Nabi Isa a.s. Dengan cara itu mereka dapat menyembunyikan kebenaran Islam serta pengganti Nabi Isa iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi mereka tetap angkuh untuk tidak menyembah Nabi yang selain dari bangsa Israel.
Dan mereka akan menghalang manusia menganut agama baharu yang dikenali Islam. Akhirnya setelah ketiadaan Nabi Isa, paderi-paderi Yahudi yang dikenali sebagai Rabbi, telah mengubah fakta dan kandungan sebenar kitab Taurat dan Injil. Kemudian Bani Israel telah mendakwa Nabi Isa Al-Masih sebagai anak tuhan dan Mariam sebagai Ibu tuhan. Allah pula pula sebagai bapa tuhan.
Nauzubillah, Yahudi laknatullah. Akhirnya Bani Israel ini telah mengkhianati Nabi Isa dan derhaka kepada ajaran Allah. Bahkan mereka menuduh Nabi Isa a.s kufur dan hina. Manakala ibunya Mariam dituduh berzina. Walaubagaimanapun Al-Quran tetap mengangap Mariam suci kerana kelahiran Nabi Isa adalah mukjizat yang diturunkan Allah.


Zionis & Kristianisasi
Kitab ajaran Yahudi; Talmud adalah tonggak utama fahaman ideologi Zionis bagi memerangi Islam. Kitab ini adalah dikhususkan bagi bacaan orang Yahudi manakala yang lain tidak dibenarkan. Antara kandungannya menyebut bahawa Nabi Isa di dakwa sebagai Yeshuah .
Yeshuah juga dikenali sebagai Jesus Christ bagi orang Kristian bukan Yahudi. Darah yang keluar menerusi tangan yang disalib merupakan darah "penyelamat" suci untuk ke syurga . Agama Yahudi ini hanyalah dikhususkan untuk bangsa Yahudi sahaja, bangsa yang bukan berdarah Yahudi tidak pula dituntut. Mana-mana bangsa yang bukan Yahudi digelar 'Goyim' .
Walaupun istilah ini digunakan untuk membezakan bangsa Yahudi dan bukan Yahudi, ia lebih menjuruskan kepada kaum sasaran untuk disesatkan. Harta Goyim adalah milik bagi orang Yahudi. Tetapi harta orang Yahudi tetap dimiliki Yahudi. Goyim berperanan untuk berkerja dibawah Yahudi samada sebagai pengikut atau hamba.
Orang Yahudi berhak membuat penipuan kepada Goyim demi kepentingan mereka sendiri. Mereka juga telah mendakwa sebagai bangsa yang dipilih tuhan untuk memerintah bangsa lain di seluruh dunia .
Ajaran Kristian Yahudi adalah berbeza dengan Kristian Goyim. Ajaran Kristian Yahudi didakwa ajaran yang asli manakala penganut Kristian Goyim didakwa penyembah berhala . Kitab Injil atau Bible bukannya ditulis oleh Nabi Isa sendiri. Ia ditulis oleh Rabbi yang dikenali sebagai John, Luke, Matthew dan Mark . Pendapat ini dikukuhkan lagi menerusi catatan bahawa tidak wujudnya sebarang Kitab Injil yang benar dari Nabi Isa sendiri.
Berdasarkan rumusan ini fahaman Zionis bermula dari catatan Talmud sendiri. Apabila golongan Goyim menganut agama Kristian, unsur zionis telah diserap secara halus sebagai propaganda Yahudi. Akhirnya para pendita Yahudi telah telah membuat kesimpulan bahawa ajaran Kristian adalah bertujuan untuk menyesatkan dan memurtadkan umat Islam.


Gerakan Missionari dan Kristianisasi
Pada kurun ke -17 beberapa buah negara Kristian telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan muktamar bagi memerangi pengaruh Islam. Muktamar Kristianisasi di wakili oleh pelbagai bangsa dan negara. Pada pertengahan kurun ke -20 Majlis Kristian Antarabangsa telah bergabung dengan Majilis Gereja Antarabangsa demi matlamat Kristianisasi.
Resolusi pengkristianan telahpun berlaku di negara- negara Islam. Antaranya, pembukaan sekolah Kristian bagi kanak-kanak muslim. Melalui ini mereka dapat menyerapkan unsur-unsur barat bermula dari anak kecil. Institusi pendidikan tinggi juga merupakan boleh menjadi saluran penyebaran halus ideologi barat.
Manakala pekerja dan majikan asing semakin ramai melabur di negara Islam. Tetapi sesiapa yang bekerja dibawahnya terpaksa akur dengan beberapa peraturan-peraturan yang bertentangan dengan Islam. Antara prasyarat yang paling lazim ialah melarang pekerja wanita memakai tudung ditempat kerja. Akibat kelalaian pemimpin, terdapat pekerja majikan bukan Islam melarang mengerjakan solat.
Ini semakin keterlaluan apabila majikan Islam sendiri melarang untuk mengerjakan solat sedang mereka berdiri di negara 'Islam'. Ada tali barut dan pengkhinat agama yang bersekongkol dengan musuh Islam lalu membiarkan masalah ini berlaku. Terdapat pula golongan yang bertopengkan muslim yang mukmin tetapi mempunyai niat yang salah sehingga mempengaruhi sahabat handai murtad yakni keluar Islam.
Saudagar asing yang bukan Islam kini telah membuka kelab-kelab esklusif, bar, pusat hiburan dan pusat riadah untuk menarik orang Islam datang masuk dan bergelumang dengan dosa. Ini pernah berlaku kepada seorang pelawat yang ingin masuk ke pusat riadah untuk berenang. Pemiliknya mensyaratkan supaya pelawat yang hendak masuk mestilah menggunakan pakaian renang yang diperkenalkan barat. Satu perkara yang bertentangan didalam ajaran Islam ialah mendedahkan aurat dan tubuh badan.
Bar yang disediakan dipenuhi arak kepada pengunjungnya . Manakala disko dipenuhi ramai tetamu yang menari didalam suasana suram bersertakan pergaulan lelaki dan wanita yang sangat bebas. Pengunjungnya akan dilayan oleh pelacur untuk perkhidmatan seks. Dari masalah arak hinggalah kewujudan kelab malam telah menjadikan pelacuran sebagai 'industri bersama'.
Para missionari pula telah mempelajari bahasa Arab dan Al-Quran bagi memutarbelit fakta yang terkandung didalamnya. Ini telah mewujudkan fahaman yang menyimpang sehingga kewujudan ajaran sesat seperti Syiah yang memuliakan Saidina Ali, cucu Nabi Muhammad s.a.w. Penyelewengan ini menular di negara-negara Arab.
Tatkala ini menyebabkan perselisihan fahaman Islam sehingga menjadi persengketaan hangat. Ini membuka peluang musuh Islam untuk melaga-lagakan umat Islam.
Perkara ini pernah berlaku di Mesir apabila padri Zwimmer yang terlibat dalam gerakan Missionari yang fasih berbahasa Arab menyamar sebagai pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar di Kaherah. Beliau telah menyebarkan risalah yang mengelirukan sehingga mewujudkan persilihan dan fitnah keatas umat Islam.
Begitu juga paderi Henri Lamens yang berjaya melakukan tugasan sama di Syam, Syria. Kegemparan ini telah berlaku pada tarikh 1919 Masihi . Serangan komunikasi media juga merupakan gerakan untuk mebaratkan negara-negara Islam. Mereka telah menunjukan kisah dan drama 'swasta' dengan mengagungkan peradaban barat.
Hari ini terbuktilah ceritera yang ditayang dimedia dipenuhi dengan tayangan filem barat yang menganjurkan seks bebas, keganasan dan tahyul yang melampau. Tidak cukup dengan filem yang ditayangkan, iklan juga mempengaruhi penonton untuk pergi melihat sendiri dan datang ke tempat yang dianjurkan seperti mana taman tema yang meyediakan pusat hiburan bebas bersama judi dan kasino haram.


Objektif Zionisme melalui Kristianisasi
Para orientalis telah membawa budaya barat kedalam negara Islam. Tujuan utama mereka ialah menghapuskan amalan Islam dalam setiap orang Islam. Melalui media mereka telah menunjukkan filem sebagai wira bangsa dan mempengaruhi penonton supaya mencontohi apa yang di pertontonkan.
Sehinggalah penonton Islam itu lali melihat adengan yang berulang kali seperti babak memegang tangan hinggalah adengan peluk cium yang haram. Bagi penonton yang lemah imannya akan mengaggap ia perkara biasa dan mecubanya pula. Maka tergugat pula aqidah bangsa kita.
Usaha bagi mencabut aqidah umat Islam ditambah dengan penemuan sains seperti Teori Darwin .Manakala falsafah Marxist telah melahirkan ideologi Atheis iaitu fahaman yang langsung tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Teori Mantiq pula berasaskan logik semata-mata. Melaui falsafah sedemikian, mereka bukan sahaja mengenepikan kewujudan asal manusia dari keturunan Adam bahkan kebenaran Al-Quran.
Perpaduan utuh umat Islam kini semakin retak menanti belah. Hanya sedikit perselisihan faham sahaja menyebabkan masalah diperbesarkan barat. Seperti yang berlaku perpecahan umat Islam seperti konfrontasi Kuwait dan Iraq. Pencerobohan tentera Iraq ke negara Kuwait telah menambah campur tangan Amerika sehinggalah perang berlaku.
Sepatutnya perselisihan faham ini perlu diselesaikan bersama, kerana musuh Islam senantiasa mencari peluang bagi melaga-lagakan umat Islam . Manakala usaha memburukkan Islam giat dijalankan diseluruh dunia. Ini juga bertujuan untuk menyekat penyebaran Islam di seluruh pelusuk dunia.
Apabila sebut sahaja mengenai pengganas, mereka akan menuding terus terhadap orang Islam. Mereka telah menutup kebaikan Islam melalui propaganda yang menuduh orang Islam itu mundur dan berkonsepkan pengganas. Usaha ini dapat dilihat melalui filem barat yang menayangkan keganasan Islam melalui pelakon kristian sendiri .
Mereka juga prejudis dalam media pendidikan yang menuduh bahawa Islam disebarkan secara paksa bersama pedang. Penawanan Israel di kota suci Baitul-Maqdis bermula apabila pihak barat memecahbelahkan umat Islam. Orang-orang yahudi telah menubuhkan sekolah yang berunsurkan semangat kesukanan dan toleransi diantara Yahudi dan Islam.
Mereka berjaya menghilangkan perasaan syak wasangka di padang sukan dari pandangan umat Islam. Kelalaian inilah menyebabkan pelajar Islam menerima lebih ramai kemasukan orang Yahudi dan menambahkan lagi kegiatan ekonomi Yahudi. Sehinggalah umat Islam telah kehilangan kuasa memerintah ditanah sendiri seperti penindasan erjim Zionis di Palestin pada hari ini.
Kristianisasi melalui Orientalis Fahaman orientalis merupakan gerakan bagi mempelajari ilmu-ilmu, peradaban, kebudayaan dan ketamadunan Islam. Dengannya mereka dapat mengenal pasti sejauh mana mentaliti, hala tuju, kecemerlengan dan kekuatan Islam.
Obektif utamanya ialah untuk membendung kekuatan Islam di satu pihak. Ia dijalankan semenjak kejatuhan Empayar Turki Uthmanniyah apabila revolusi Mustapha Kemal "Attaturk" telah membawa ideologi baru agar masyarakat setempat berpandukan kejayaan pemodenan barat. Kesannya dari fahaman ini, warisan Islam di tanah para anbiya telah dipisahkan antara agama dari kehidupan.
Jelaslah bahawa ini merupakan muslihat misionari untuk mejatuhkan pengaruh Islam di Eropah. Muslihat Mustapha Kemal berhasil apabila beliau telah memerintah secara kuku besi dan melemahkan akidah rakyatnya. Rahsia Mustapha Kemal telah diketahui bahawa beliau berdarah Yahudi meskipun ibunya hanya seorang arab muslim.
Kesedaran rakyat Turki terlewat kerana Turki kini telahpun menjadi negara Islam yang sekular . Setelah jatuhnya Empayar Uthmaniyah di Turki, para Orientalis telah mensasarkan negara-negara mundur di Asia Tenggara. Di samping perluasan kuasa, secara tidak langsung mereka menguasai masyarakat setempat. Orientalis juga telah berusaha mencedok hasil bumi.
Ia di lakukan semasa penjajahan ke wilayah baru seperti yang berlaku di tanah Melayu sendiri. Pihak Inggeris telah mengeksploitasi sumber galian secara tidak sah lalu membawanya pulang ke negaranya sendiri. Manakala rakyat kita tidak mendapat apa-apa faedah langsung.
Penjajahan Inggeris di tanah Melayu telah membuka cawangan baru bagi memperluaskan pelbagai bentuk jajahan baru kristian. Ia terbukti dengan pembukaan kedai arak dan judi. Inggeris telah memasang perangkap dengan menggunakan kuasanya untuk memerdekakan tanah Melayu.
Tetapi, pemerintah di tanah Melayu telah dikenakan perundangan British ditanah Melayu. Akibatnya, perundangan Islam tidak lagi digunakan. Ini menunjukkan mereka para penjajah menyekat tuntutan hukum Islam yang mahu kita laksanakan. Akhirnya negara kita sendiri telah menuju kearah masa depan 'sekular' yang cerah.
Adalah tugas kita sebagai orang Islam untuk bertindak kerana apabila perundangan Islam tidak dilaksanakan, perundangan sekularlah yang pasti muncul. Sebenarnya perundangan syariah (hudud) boleh dibuat di Malaysia.
Perjuangan Kebenaran Agama Islam
Begitupun usaha untuk memburukkan Islam, perjuangan menaikkan syiar Islam mestilah diteruskan. Islam memerlukan nafas yang baharu untuk semua umatnya. Adalah penting bagi umat Islam mengkaji semula kesucian Al-Quran kerana Islam adalah agama yang diterima Allah.
Agama Islam adalah disifatkan sebagai kesinambungan agama nabi-nabi terdahulu termasuklah Kristian sendiri. Ini berdasarkan Taurat dan Injil sendiri meskipun telah diolah semula oleh Padri Yahudi dan Vatican. Masih terdapat lagi ayat yang boleh ditafsirkan Islam itu sebagai agama kesinambungan Kristian yang mesti dilaksanakan.
Menurut kitab Bible ;
"Humans all spoke one language at one time. These humans were trying to build a tower to see God. God Warned them to cease building the tower, yet they disobeyed God and continued to build the Tower"
{ Old Testament; Genesis 11:1}
Ayat yang menarik perhatian saya ialah ayat yang pertama bermaksud; Tatkala kesemua manusia (beribadat) menggunakan satu bahasa dan masa". Ini secara tidak lansung merujuk keatas agama Islam yang hanya memfokuskan ibadah dalam bahasa Al-Quran sahaja. Tiada satupun agama lain yang memfokuskan penggunaan satu bahasa ibadah selain Islam.
Terdapat lagi sebuah ayat lagi yang menyebut;
"For then will I turn to the people a pure language, that they may all call upon the name of the Lord, to serve him with one consent."
{Old Testament; Zephaniah 3:9}
Berdasarkan ayat ini, Tuhan (Allah) akan menghalatujukan ibadah dalam satu bahasa (Arab Al-Quran) DAN satu arah (Kaabah). Ini boleh dilihat sebagai kesilapan pemutarbelit penulis Injil kerana "terlepas dari penapisan" yang dibuat sebelum ini.
Jelaslah ini merupakan sandiwara yang bermula oleh Padri Yahudi sendiri. Tetapi amat pelik mengapa Kristian bukan Yahudi amat rapat dengan Kristian Yahudi dalam memerangi Islam. Dari segi fahaman agama mereka, Kristian bukan Yahudi amat menyanjungi Al-Masih, tetapi bagaimanakah mereka boleh menerima Kristian Yahudi sebagai rakan karib yang pernah menghina dan membunuh Al-Masih sendiri?. Wallahu'a'lam.
Kebangkitan Islam yang semakin tenggelam, memerlukan masa pemulihan yang amat panjang. Pendakwahan Kristian terhadap Islam mesti disekat kerana Kristian sebenarnya bertujuan untuk mengkafirkan orang Islam. Persediaan ini perlu diambil bermula dari sekarang tanpa melengahkan masa lagi. Firman Allah;
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras memusuhi orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan golongan musyrik'
{ Al-Quran; Al Ma'idah 82 }
Berhati-hatilah dengan golongan yang bermuka -muka untuk mengkafirkan kita secara tidak sedar. Mereka mempunyai perlbagai cara untuk memutarbelitkan agama Islam. Mungkin mereka ingin bertanya dan belajar tentang agama atau menunjukkan kebaikan agama mereka. Walaubagaimanapun misi mereka ialah memurtadkan umat Islam.
Penulis ingin menasihatkan supaya bersama-samalah kita melihat dan membaca kandungan Al-Quran. Sebaik-baiknya membaca bersama tafsiran yang menarik. Kemudian kita perlu mengkaji kitab Injil untuk dibandingkan. Tidaklah haram untuk memegang Injil selagi kita mencari kebenaran Islam.
Ingatlah usaha pendakwah kita yang ingin dilaksanakan sebelum kita terlewat diakhir zaman.

CONTOH TELADAN YANG MULIA


Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang patut kita ikuti kerana firman Allah di dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud “Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.”


Gurauan merupakan fitrah kejadian insan. Menafikan gurauan akan menjadikan manusia tidak normal kerana bertentangan dengan fitrah semulajadi. secara umumnya maksud bergurau adalah perbuatan, perkataan dan sebagainya yang mencuit dan menggelikan hati orang lain. 

Pernah suatu ketika, Sufyan bin Uyainah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan tercela?. Beliau menjawab "tidak, bahkan termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutannya."


Rasulullah S.A.W juga ada menyebut...

bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikatogerikan sebagai kebajikan.

"senyummu untuk saudaramu adalah kebajikan (sedekah)." (Riwayat Imam Ahmad).

Mungkin kita jarang mendengar bagaimana cara Rasulullah bergurau dengan para sahabat dan juga isteri baginda. Di sini diturunkan beberapa kisah cara Rasulullah bergurau.

Orang Tua Tidak Layak Masuk Syurga

Pada suatu hari datang seorang wanita tua menemui Rasulullah untuk meminta doa baginda supaya wanita tua itu boleh memasuki syurga.

Baginda s.a.w bersabda: “Wahai makcik!syurga tidak akan dimasuki oleh wanita tua sepertimu!”.

Jawapan Rasulullah itu membuatkan wanita tua itu menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Rasulullah menjelaskan kepada wanita tua dan para sahabat baginda bahawa syurga tidak akan dimasuki orang yang sudah tua kerana pada ketika itu manusia akan memasuki syurga dalam umur yang muda tidak kira sama ada ketika di dunia dia mati dalam usia tua atau muda.

Lelaki Badwi Bernama Zahir

Dalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir sering memberi hadiah kepada Nabi s.a.w. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w menyebabkan baginda menyayanginya.

Suatu hari ketika Rasulullah memeluk Zahir dari belakang di pasar madinah menyebabkannya terkejut dan terus menjerit: 

”Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah bergurau dengan para sahabat yang berada dlam pasar Madinah dengan sabdanya yang bermaksud:

“Siapa yang mahu membeli hamba?”

Apabila Zahir menyedari bahawa Rasulullah s.a.w yang memeluknya, dia lantas bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah engkau mahu menjual aku? Aku bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya”.

Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau di sisi Allah adalah teramat mahal!!” 

Begitulah serba sedikit cara Rasulullah s.a.w dalam bergurau. Jika dilihat gurauan baginda sentiasa berpaksikan kebenaran kerna sesungguhnya baginda selalu mengatakan yang benar sepanjang hayat baginda.


Anak Unta Betina

Anas bin Malik r.a. mengkhabarkan, “Sesungguhnya ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah S.A.W. agar ia dibawa naik kenderaan.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Baik, aku akan membawamu di atas anak unta betina”.

Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina itu?”

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bukankah yang melahirkan unta itu unta betina?”

Monday, October 15, 2012

JASA DAN PENGORBANAN TUN RAZAK KEPADA FELDA


Saya tidak akan mengkhianati legasi FELDA ini, apatah lagi saya sebagai anak kepada pengasas FELDA , sudah tentu tidak akan mengkhianati perjuangan ayahanda saya yang telah membina FELDA  dengan bersusah payah , dengan jerih perit pengorbanannya yang telah dilakukan bertahun-tahun.

Adalah menjadi matlamat saya untuk melakukan yang terbaik supaya legasi Tun Razak bukan sahaja di pertahankan tetapi juga ditambah nilai mengikut kesesuaian masa.



FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, pastinya tidak dapat dipisahkan dengan negarawan ulung, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri yang kedua. Tun Abdul Razak amat prihatin terhadap masalah kemiskinan masyarakat luar bandar dan komited untuk melihat perubahan keadaan ekonomi dan sosial masyarakat luar bandar. Beliau pernah merasai keperitan hidup dalam serba kekurangan semasa membesar dan bersekolah.

Kini, FELDA telah berusia 55 tahun. Menyingkap sejarah, Tun Abdul Razak telah menubuhkan jawatankuasa yang dikenali sebagai “Government Working Party” pada Ogos 1955.  Berdasarkan laporan dan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini, pada 1 Julai 1956, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Development Authority (FELDA) ditubuhkan secara rasmi di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.

Pada 1 Ogos 1956, D.E.M Fiennes telah dilantik sebagai pengerusi pertama FELDA. Pada peringkat awal penubuhannya, FELDA berperanan menyalurkan peruntukan kewangan kepada Rancangan Kemajuan Tanah Kerajaan negeri. Projek pertama di bawah pembiayaan FELDA ialah Projek Rancangan  Kemajuan Tanah, Air Lanas, Tanah Merah, Kelantan seluas 1680 hektar pada Mac 1957. Rancangan-rancangan awal pembangunan tanah oleh FELDA ini meliputi tempoh Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari 1956 hingga 1960. Bagi memastikan projek ini berjaya, Tun Abdul Razak telah turun padang merentas kampung dan desa bagi meninjau dengan lebih dekat setiap projek yang dilancarkan oleh kerajaan. Tun Abdul Razak sanggup berhujan, berpanas, mengharung belukar, lumpur, titi dan jambatan untuk berjumpa dengan penduduk luar bandar. Tun Abdul Razak bermesra, berbincang dan mendengar sendiri rintihan rakyat.

Selepas kemerdekaan negara pada 1957, FELDA diletakkan di bawah Kementerian Sumber-sumber Asli. Kemudian, diletakkan pula di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 17 November 1959. Kementerian ini diterajui oleh Tun Abdul Razak sendiri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Selepas berakhirnya darurat pada 1960, Razak meneruskan komitmennya bersama-sama FELDA. Sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak telah membentangkan dengan jelas idea-ideanya tentang konsep pembangunan luar bandar dan rancangan kemajuan tanah. Langkah pertama yang diambil ialah membentangkan undang-undang baharu di Dewan Rakyat, iaitu “The Group Settlement Areas Bill 1960” pada 27 April 1960. Undang-undang ini bertujuan mempergiatkan dan memperkemaskan rancangan pembukaan tanah serta pemberian tanah kepada penduduk luar bandar.

Dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (1961-1965), FELDA telah berjaya membuka 60 rancangan tanah, menanam sejumlah 129 369 ekar getah, 9255 ekar kelapa sawit dan menempatkan sebanyak 9255 keluarga peneroka di tanah-tanah rancangan.

Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua pada 22 September 1970. Tun Abdul Razak terus memacu ekonomi luar bandar dan membela rakyat miskin terutama yang tinggal di luar bandar dengan mengemukakan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru yang diumumkan ketika pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Program ini telah dirangka dengan memasukkan strategi yang bermatlamat untuk menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang bergantung semata-mata kepada bidang pertanian. Berikutan itu, konsep baharu dalam rancangan-rancangan tanah berdasarkan kepada pembangunan wilayah baru mula diperkenalkan seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Dalam usahanya yang tidak mengenal penat lelah membangunkan negara dan membantu rakyat, telah kedengaran suara-suara sumbang mengatakan Tun Abdul Razak hanya mementingkan kaumnya sendiri. Walaubagaimana pun perkara ini telah diperjelaskan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Thong Yaw Fong (dipetik dari buku Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot) bahawa, “Secara kebetulan kemiskinan berada di kampung-kampung dan yang miskin adalah orang Melayu. Matlamat Tun Abdul Razak pula adalah untuk pembangunan nasional yang memerlukannya untuk membetulkan ketidakseimbangan”. Oleh hal itu, tumpuan terpaksa diberikan kepada kumpulan ini dengan memasukkan mereka ke dalam rancangan pembangunan tanah seperti FELDA.

Kini, setelah 55 tahun mengorak langkah, FELDA mempunyai kira-kira 1.6 juta keluarga peneroka di 317 tanah rancangan. Sejarahnya bermula dengan penempatan 30 orang peneroka pada 2 Ogos 1959, di bawah rancangan pertama yang dibangunkan di rimba Lembah Bilut, Pahang. Rancangan pembukaan tanah yang diusahakan oleh  FELDA, bukan sahaja meliputi negeri-negeri di Semanjung Malaysia, bahkan juga merentasi Laut China Selatan.

Usaha Tun Abdul Razak memperjuangkan nasib golongan miskin dan luar bandar diteruskan dan diperkembangkan oleh generasi selepasnya. Antara usaha tersebut termasuklah penubuhan Gabungan Wawasan Generasi FELDA yang dianggotai oleh anak-anak peneroka bergelar golongan profesional pada 2002. Gabungan ini bertujuan untuk melonjakkan status sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka bagi tempoh 20 tahun akan datang dan meletakkanya seiring dengan kemajuan glokal.|

Kini, FELDA telah berkembang luas ke serata dunia, pelancaran Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) pada 2006 telah berjaya memperkembangkan sayap perniagaan FELDA ke luar negara dan meletakkannya sebagai konglomerat yang tersohor. Langkah ini berjaya menjadikan FELDA berterusan kompetitif dalam perniagaan. Pada masa yang sama, misi asal penubuhannya untuk menjaga kepentingan dan kebajikan warga peneroka tetap terpelihara.

Sesungguhnya pencapaian dan kejayaan FELDA hari ini merupakan hasil cetusan idea “Bapa Pembangunan” yang namanya terus dikenang selagi FELDA terus beroperasi menjangkau ke seluruh dunia. Hasil gagasan idea Tun Abdul Razak telah berjaya merubah landskap negara dan menjadi lambang kejayaan dan kegigihan pemimpin yang tegas dan mempunyai wawasan. Pemergian negarawan ulung berjiwa rakyat di kala khidmat dan jasanya diperlukan lagi amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Sepanjang hayat Allahyarham, khidmat dan bakti kepada bangsa dan negara mengatasi segala kepentingannya. Maka wajarlah gelaran “Bapa Pembangunan” dianugerahkan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak.


Ali bin Abu Thalib RA



Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

Ketika Khalifah Uthman bin Affan ra wafat, warga Madinah dan tiga pasukan dari Mesir, Basrah dan Kufah bersepakat memilih Ali bin Abu Thalib sebagai khalifah baru. Menurut riwayat, Ali sempat menolak pelantikan itu. Namun semua mendesak beliau untuk memimpin umat. Pembaiatan Ali pun berlangsung di Masjid Nabawi.
Nama beliau sebenarnya ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 M atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah SAW. Saidina Ali merupakan sepupu dan merupakan menantu Baginda SAW melalui pernikahannya Fatimah. Beliau adalah orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah dididik di rumah Rasulullah dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak  dikotori dengan naluri Jahiliyah.
Saidina Ali adalah salah seorang sahabat paling dekat dengan Rasul. Sewaktu kecil, Nabi Muhammad SAW diasuh oleh Abu Thalib, datuknya yang juga ayah kepada Saidina Ali. Setelah berumah tangga dan melihat Abu Thalib hidup kekurangan, Nabi Muhammad SAW memelihara Ali di rumahnya. Ali dan Zaid bin Haritsah – anak angkat Nabi Muhammad SAW, adalah orang pertama yang memeluk Islam setelah Khadijah. Mereka selalu shalat berjamaah.
Kecerdasan dan keberanian Ali sangat menonjol dalam lingkungan Quraisy. Saat masih kanak-kanak, beliau telah menentang tokoh-tokoh Quraisy yang mencemuh Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dan kaum Quraisy telah menghunus pedang untuk membunuhnya, Ali tidur di tempat tidur Nabi Muhammad SAW serta mengenakan mantel yang dipakai oleh Rasulullah.
Di medan perang, beliau adalah ahli tempur yang sangat disegani. Baik di perang Badar, Uhud hingga Khandaq. Namanya semakin sering dipuji setelah beliau berhasil menjebol gerbang benteng Khaibar yang menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Menjelang Rasul menunaikan ibadah haji, Ali ditugasi untuk melaksanakan misi ketenteraan ke Yaman dan dilakukannya dengan baik.
Zaman Remaja
Setelah tiga tahun Dakwah secara sembunyi, Nabi menerima perintah Allah bahwa dia harus mengumumkan kepada publik risalah Islam, dan bahwa kaum kerabatnya yang terdekatlah menjadi pilihan pertama untuk Dakwah. Nabi yang mengundang Bani Hashim, sekitar empat puluh laki-laki. Setelah selesai jamuan, Nabi memberikan ucapan yang menceritakan bahwa dia telah dikunjungi oleh malaikat Jibril yang telah menyampaikan kepadanya perintah Allah bahwa baginda merupakan nabi akhir zaman. Dia mengatakan bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa ia adalah Rasul yang diutuskan untuk mengajak seluruh ummat manusia untuk menyembah Allah.
Selanjutnya, lalu di akhir ucapan, Nabi menimbulkan pertanyaan, “Siapa di antara kita yang akan mendukung saya dalam tugas ini? Para tetamu semuanya diam dan tidak ada satu kata yang diucapkan. Ali bangkit dan berkata,”Wahai Muhammad, saya akan mendukung Anda!”
Nabi melihat ke arah Ali, dan terima kasih atas dukungannya. Nabi menanyakan pertanyaan yang sama untuk kedua dan ketiga kalinya tetapi, tidak satu dari tetamu menjanjikan dukungan. Setiap kali, Ali bangkit ia menawarkan dukungan istilah tegas. Sedangkan sejurus selepas itu pula, bangun Abu Lahab yang terus mengherdik dan menghina nabi.
Begitu juga kisahnya sewaktu hijrah dari Mekah ke Madinah. Ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dan kaum Quraisy telah menghunus pedang untuk membunuhnya, Ali tidur di tempat tidur Nabi Muhammad SAW serta mengenakan selimut yang dipakai oleh Rasulullah
Keluarga Saidina Ali
Pada suatu hari Abu Bakar Ash Shiddiq r.a., Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid beliau. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu beliau bertanya kepada Abu Bakar Ash Shiddiq r.a.: “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar Ash Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat kedatangan Abu Bakar Ash Shiddiq r.a. dengan tergopoh-gopoh dengan terperanjat ia menyambutnya, kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak, Abu Bakar Ash Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada beliau untuk dapat mempersunting puteri beliau. Lamaran itu oleh beliau semuanya ditolak. Beliau mengemukakan, bahwa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Ali r.a. berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawaban Ali yang memelas itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a., Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Ketika bertemu Rasulullah dan di Tanya tentang maskahwin, lalu Ali menjawab, “Demi Allah”, jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang, “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
Akhirnya setelah persetujuan, sewaktu ijab kabul Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar maskawin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya, Rasul Allah, itu kuterima dengan baik”, jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Rumah Tangga Sederhana
Dua sejoli suami isteri yang mulia dan bahagia itu selalu bekerja sama dan saling bantu dalam mengurus keperluan-keperluan rumah tangga. Mereka sibuk dengan kerja keras. Sitti Fatimah r.a. menepung gandum dan memutar gilingan dengan tangan sendiri. Ia membuat roti, menyapu lantai dan mencuci. Hampir tak ada pekerjaan rumah-tangga yang tidak ditangani dengan tenaga sendiri.
Rasul Allah s.a.w. sendiri sering menyaksikan puterinya sedang bekerja bercucuran keringat. Bahkan tidak jarang beliau bersama Ali r.a. ikut menyingsingkan lengan baju membantu pekerjaan Sitti Fatimah r.a.
Banyak sekali buku-buku sejarah dan riwayat yang melukiskan betapa beratnya kehidupan rumah-tangga Ali r.a. Sebuah riwayat mengemukakan: Pada suatu hari Rasul Allah s.a.w. berkunjung ke tempat kediaman Sitti Fatimah r.a. Waktu itu puteri beliau sedang menggiling tepung sambil melinangkan air mata. Baju yang dikenakannya kain kasar. Menyaksikan puterinya menangis, Rasul Allah s.a.w. ikut melinangkan air mata. Tak lama kemudian beliau menghibur puterinya: “Fatimah, terimalah kepahitan dunia untuk memperoleh kenikmatan di akhirat kelak”
Riwayat lain mengatakan, bahwa pada suatu hari Rasul Allah s.a.w. datang menjenguk Sitti Fatimah r.a., tepat: pada saat ia bersama suaminya sedang bekerja menggiling tepung. Beliau terus bertanya: “Siapakah di antara kalian berdua yang akan kugantikan?”
“Fatimah! ” Jawab Ali r.a. Sitti Fatimah lalu berhenti diganti oleh ayahandanya menggiling tepung bersama Ali r.a.
Masih banyak catatan sejarah yang melukiskan betapa beratnya penghidupan dan kehidupan rumah-tangga Ali r.a. Semuanya itu hanya menggambarkan betapa besarnya kesanggupan Siti Fatimah r.a. dalam menunaikan tugas hidupnya yang penuh bakti kepada suami, taqwa kepada Allah dan setia kepada Rasul-Nya.
Putera-puteri
Siti Fatimah r.a. melahirkan dua orang putera dan dua orang puteri. Putera-puteranya bernama Al Hasan r.a. dan Al Husein r.a. Sedang puteri-puterinya bernama Zainab r.a. dan Ummu Kalsum r.a. Rasul Allah s.a.w. dengan gembira sekali menyambut kelahiran cucu-cucunya.
Al Hasan r.a. dan Al Husein r.a. meninggalkan jejak yang jauh jangkauannya bagi umat Islam. Al Husein r.a. gugur sebagai pahlawan syahid menghadapi penindasan dinasti Bani Umayyah. Semangatnya terus berkesinambungan, melestarikan dan membangkitkan perjuangan yang tegas dan seru di kalangan ummat Islam menghadapi kedzaliman. Semangat Al Husein r.a. merupakan kekuatan penggerak yang luar biasa dahsyatnya sepanjang sejarah.
Di Medan Peperangan
Di medan perang, beliau adalah ahli tempur yang sangat disegani. Baik di perang Badar, Uhud hingga Khandaq. Namanya semakin sering dipuji setelah beliau berhasil menjebol gerbang benteng Khaibar yang menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Menjelang Rasul menunaikan ibadah haji, Ali ditugasi untuk melaksanakan misi ketenteraan ke Yaman dan dilakukannya dengan baik.
Menjawat Sebagai Khalifah
Sebagai khalifah, beliau mewarisi pemerintahan yang sangat kacau. Juga ketegangan politik akibat pembunuhan Uthman. Keluarga Umayyah menguasai hampir semua kerusi pemerintahan. Dari 20 gabenor yang ada, hanya Gabenor Iraq iaitu Abu Musa Al-Asyari aja yang bukan dari keluarga Umayyah. Mereka menuntut Ali untuk mengadili pembunuh Khalifah Uthman. Tuntutan demikian juga banyak diajukan oleh tokoh lainnya seperti Saidatina Aisyah rha, juga Zubair dan Thalhah – dua orang pertama yang masuk Islam seperti Ali.
Kesan dari kematian Khalifah Uthman adalah amat sulit bagi Khalifah Ali untuk menyelesaikan terutamanya dalam masalah menjalankan pentadbiran. Untuk melicinkan pentadbiran, Khalifah Ali telah memecat jawatan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman yang terdiri dari kalangan Bani Umayyah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan Bani Umayyah.
Beliau juga telah bertindak mengambil kembali tanah-tanah kerajaan yang telah dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarganya. Ini telah menambahkan lagi semangat kebencian Bani Umayyah terhadap Khalifah Ali. Oleh itu golongan ini telah menuduh Khalifah Ali terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman. Beberapa orang menuding Ali terlalu dekat dengan para pembunuh itu. Ali menyebut pengadilan sulit dilaksanakan sebelum situasi politik reda.
Lanjutan daripada ini, berlaku peperangan Jamal dan Siffin
Sumbangan Saidini Ali sewaktu menjawat jawatan sebagai Khalifah juga tidak kurang banyaknya. Berikut merupakan huraian lanjut.
Penghujung Hayat Saidina Ali Karamalwahu Wajhah
Allah s.w.t. rupanya telah mentakdirkan bahwa  Ali r.a. harus meninggal karena pembunuhan pada waktu subuh tanggal 17 Ramadhan, tahun 40 Hijriyah. Ketika  Ali r.a. sedang menuju masjid, sesudah mengambil air sembahyang untuk melakukan shalat subuh, tiba-tiba muncul Abdurrahman bin Muljam dengan pedang terhunus.  Ali r.a. yang terkenal ulung itu tak sempat lagi mengelak. Pedang yang ditebaskan Abdurrahman tepat mengenai kepalanya. Luka berat merobohkannya ke tanah.  Ali r.a. segera diusung kembali ke rumah.
Saat itu semua orang geram sekali hendak melancarkan tindakan balas dendam terhadap Ibnu Muljam. Tetapi  Ali r.a. sendiri tetap lapang dada dan ikhlas, tidak berbicara sepatahpun tentang balas dendam. Tak ada isyarat apa pun yang diberikan ke arah itu. Semua orang yang berkerumun di pintu rumahnya merasa sedih. Mereka berdoa agar  Ali r.a. dilimpahi rahmat Allah yang sebesar-besarnya dan dipulihkan kembali kesehatannya. Semua mengharap semoga ia dapat melanjutkan perjuangan menghapus penderitaan manusia.
Dua hari kemudian beliau pun wafat. Peristiwa itu terjadi pada Ramadhan 40 Hijrah bersamaan 661 Masihi.

BAHAYA SYIAH (1)



Bumi Iraq sebagai tempat lahirnya ajaran Syiah telah menjadi saksi pertumbuhan dan perkembangan ajaran tersebut dari gerakan politik kepada gerakan aqidah berasaskan benih-benih kesesatan yang telah ditaburkan oleh pengasas ajaran mereka, Abdullah bin Saba’ anak Yahudi dari Yaman. Ibn Saba’ merupakan orang pertama mengasaskan teori kepimpinan menerusi keturunan Ali yang kemudiannya teori ini telah dimajukan lagi oleh orang-orang Syiah dengan pemikiran bahawa imamah hanya terhad kepada keturunan Husein sahaja. Selepas Husein terbunuh kelompok Syiah Sabaiyyah telah mula berpecah belah dan berkembang menjadi kumpulan yang begitu komitmen terhadap aqidah yang disebarkan oleh Ibn Saba’. Ini kerana kematian Husein telah menyebabkan golongan mereka ketandusan tokoh untuk disandarkan sebagai ketua menyebabkan mereka mencari-cari keturunan Ali yang masih hidup. 

Mengisi kekosongan ini, muncul Mukhtar bin Abi Ubayd al-Thaqafi semasa dengan pemberontakan Ibn al-Zubayr pada masa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, memimpin kaum Syiah dengan meminda teori kepimpinan mulanya dari Ali kepada Hasan dan Husein dipindahkan kepada Muhammad bin Ali (al-Hanafiyyah, anak Ali bukan menerusi Fatimah). Kumpulan yang dipimpin oleh Mukhtar ini disebut sebagai Syiah Kaisaniyyah. Pemberontakan Mukhtar untuk membela kematian Husein telah diumumkan di atas nama Muhammad bin Ali al-Hanafiyyah yang sebenarnya diragui menyokong gerakan ini. Mukhtar menubuhkan tenteranya terdiri daripada kurang 12,000 orang yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Ali di Kufah selain kelompok tawwabun dan kelompok Syiah yang dipimpin oleh Ibrahim bin al-Ashtar (M.A Shaban : 1984 : 122-123). 

Selepas kematian Muhammad bin Ali jawatan Imam telah dipindahkan kepada Abi Hasyim Abdullah. Selepas kematiannya, menyaksikan berlaku pergolakan dalaman di kalangan pengikut-pengikut Syiah dengan muncul pelbagai kumpulan seperti Alawiyah, Abbasiyyah, Talibiyyah, Fatimiyyah, Hasaniyyah, Husainiyyah, Zaydiyyah dan Ja’fariyyah yang mendakwa masing-masing menerima wasiat daripada Abi Hasyim. Mengapa perpecahan ini berlaku? Bukankah syiah Imamiyyah mendakwa imamah sebagai rukun pertama ajaran mereka adalah berpegang kepada imamah 12 imam yang telah diisyaratkan oleh nas agama mereka menerusi lisan-lisan imam mereka yang maksum? Sebenarnya inilah bukti bahawa aqidah imam 12 ini adalah palsu dan rekaan hawa nafsu orang-orang Syiah untuk memperkudakan para keturunan nabi yang mulia. 

Pada permulaan kurun ke-2 Hijrah, berlaku perubahan dalam pemikiran Syiah mengenai jawatan Imam iaitu menghadkan jawatan Imam kepada keturunan Husein dengan memilih anak yang tertua dari Imam yang sebelumnya dan menetapkan sifat maksum pada individu tersebut. Husein menjadi subjek kerana sejarah tragisnya di lembah Kufah dan beliau telah mengahwini keturunan Parsi, sebab yang menjadikan Husein lebih popular di wilayah Iraq yang sebahagiannya terdiri dari wilayah dan orang-orang Parsi. Aqidah ini dikembangkan lagi dengan ijtihad menetapkan keutamaan pada Imam dengan sifat-sifat seperti ketinggian ilmunya dan tidak harus memilih imam yang bukan maksum atau jahil dan telah didahului oleh abangnya yang lebih tua. Doktrin ini terus berkembang, di mana keturunan Husein mendominasi pemilihan jawatan Imam dengan alasan perlantikan tersebut daripada Allah berdasarkan nas-nas bagi menolak konsep penentuan secara pilihan dan pemilihan berbentuk syura. Orang-orang Syiah telah menggunakan hadis ghadir khum dan hadis al-thaqalayn bagi menetapkan jawatan Imam mereka. 

Masalahnya golongan Syiah lain tidak boleh menerima pemilihan berdasarkan nas-nas tersebut, umpamanya segolongan dari mereka memilih keturunan Hasan bin Ali sebagai imam mahdi mereka. Kelompok al-Hasaniyyah menyatakan jawatan imam selepas Hasan bin Ali berada di tangan Hasan al-Muthanna secara wasiat dari bapanya. kemudian berpindah kepada Abdullah bin Hasan al-Muthanna dan anaknya, Muhammad al-Nafs al-Zakiyyah dan saudara Muhammad, Ibrahim bin Abdullah. Kumpulan ini muncul pada tahun 195H. Dari penyokong Muhammad al-Nafs al-Zakiyyah lahir pula pecahan al-Nafsiyyah yang mendakwa Muhammad al-Nafs al-Zakiyyah tidak mati, sedang ghaib dan akan muncul semula. 

Sementara doktrin penetapan jawatan imam dari keturunan Husein telah berkembang di kalangan orang-orang Syiah dengan larangan memilih pengganti imam dari kalangan saudaranya atau anak saudara atau bapa saudara atau sepupu kepada imam sebelumnya kerana akan bertentangan dengan nas-nas tersebut. Aqidah ini telah meminggirkan keturunan Hasan sama sekali sebagai imam Syiah. Kerana dosa Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah menyebabkan beliau tidak lagi popular di kalangan orang-orang Syiah. Dosa Hasan tersebut sangat besar kepada aliran Syiah kerana tindakannya menyerahkan jawatan imam atau khalifah kepada Muawiyah itu telah pun membatalkan aqidah Syiah itu sendiri ! Sekali gus menolak konsep imamah secara Ilahi yang dusta dan batil tersebut. Dosa khalifah Hasan itu juga telah menyingkirkan sifat maksum yang diletakkan kepada dirinya sebagai ciri khusus sebagai imam untuk orang-orang Syiah. Bagi menutup peluang anak keturunan Hasan, maka ulama’-ulama’ mujtahid Syiah lampau terpaksa menggunakan nas-nas agama serta melakukan tafsiran dan takwilan mengikut kehendak hawa nafsu golongan mereka dengan menggunakan sokongan hadis-hadis palsu yang sengaja direkacipta. Keturunan Hasan nyata teraniaya dalam konsep imamah secara nas atau penetapan secara Ilahi (kehendak Tuhan) yang palsu tersebut. Syiah bukan sahaja sebuah aqidah rekaan dan rapuh bahkan menzalimi Imam (Hasan) mereka sendiri. 

Persoalan imamah tidak selesai dengan menghadkan kepada keturunan Husein sahaja. Ali bin al-Husein memiliki dua orang anak yang menonjol, Muhammad al-Baqir dan Zayd bin Ali bin al-Huseyn. Kedudukan Al-Baqir telah dipergunakan oleh pendamping-pendampingnya yang buruk perangainya bagi meneruskan pemikiran yang telah diasaskan oleh Ibn Saba’ yang menjadi tunjang aqidah Syiah sehingga hari ini. Zayd pula terselamat dari golongan tersebut kerana enggan terlibat sama mencaci tokoh sahabat nabi yang utama dan mengetuai kumpulan Syiah yang lain yang dikenali sebagai Zaydiyyah. Satu-satunya cara kelompok Imamiyyah bagi mempertahankan kedudukan Imam al-Baqir sebagai ketua bagi kelompok penerus aqidah neo-Sabaiyyah ialah dengan membatalkan keimaman Zayd kerana bertentangan aqidah berteraskan nas dan takwilan palsu dan rukun kelompok Syiah imamiyyah. Persoalannya apakah Zayd anak kepada Imam al-Sajad mengingkari akidah bapanya sebagai Imam kelompok Imam Dua Belas? Atau sebenarnya Imam al-Sajjad sendiri tidak mengetahui siapa di kalangan anaknya yang bakal menjadi Imam dan aqidah imamah secara nas ini adalah rekaan hawa nafsu semata-mata bagi memperkudakan para keturunan ahli keluarga nabi yang mulia. Kumpulan al-Baqiriyyah yang menyokong Imam al-Baqir menyandang jawatan Imam meyakini  al-Baqir tidak mati dan menjadi imam mahdi yang ditunggu-tunggu. 

Persoalan apakah Imam al-Sadiq layak menggantikan al-Baqir sebagai imam teruji dengan kemunculan kumpulan al-Hadiriyyah yang meyakini anak al-Baqir dan saudara al-Sadiq yang bernama Zakariyya sebagai Imam dan bersembunyi di Bukit Hadir. beliau dikatakan tidak akan muncul sehinggalah diizinkan kepadanya. Kumpulan menerima pegangan ini diberi nama al-Hadiriyyah.

Sementara golongan Syiah yang mengakui imam dipegang oleh Baqir sehingga Ja’far al-Sadiq ialah kumpulan al-Hakamiyyah atau al-Hishamiyyah pengikut Hisham bin al-Hakam yang muncul pada 109H iaitu kumpulan pertama mendakwa jawatan imam berada di tangan anak-anak Husein sehingga Imam Ja’far al-Sadiq. Dari pecahan ini muncul kumpulan al-Salimiyyah yang turut dikenali sebagai al-Jawaliqiyyah, iaitu pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi yang hanya berbeza dalam persoalan mentajsimkan Allah pada tahun 113H. Semasa dengan kemunculan ini ialah kelompok Syiah Shaytaniyyah yang merupakan pengikut Shaytan al-Taq yang mendakwa jawatan Imam berpindah sehingga kepada anak al-Sadiq, iaitu Musa al-Kazim. 

Kumpulan al-Zurariyyah yang muncul pada tahun 145 H, pengikut Zurarah bin A’yun memilik pandangan yang sama dengan al-Hakamiyyah mengambil sikap yang serupa dengan Salimiyyah atau Jawaliqiyyah dalam masalah ketuhanan Allah. Serentak dengan kemunculan al-Zurariyyah pada tahun 145 H ialah tiga kumpulan pengikut Yunus bin Abdul Rahman al-Qummi iaitu al-Badaiyyah, al-Mufawwadhah dan al-Yunusiyyah yang sepakat dengan kumpulan al-Hakamiyyah, al-Salimiyyah dan al-Zurariyyah cuma turut mengalami masalah pemikiran dalam persoalan ketuhanan. Kumpulan al-Nawusiyyah, iaitu pengikut Abdullah bin Nawus al-Basari lebih radikal telah menghadkan Imam mereka kepada al-Sadiq sahaja yang mereka yakin tetap hidup secara ghaib dan menjadi Imam Mahdi untuk golongan mereka. 

Imam Ja'far al-Sadiq turut mengalami nasib yang sama. Anak-anaknya menjadi punca perpecahan kelompok Ismailiyyah dan kumpulan-kumpulan yang lain yang mendukung evolusi doktrin Imamiyyah. Kelompok Shaytaniyyah, iaitu pengikut Shaytan al-Taq merupakan golongan terawal mendukung teori perpindahan jawatan Imam sehingga Musa al-Kazim secara wasiat. Kumpulan al-Ammariyyah memilih untuk menjadikan Muhammad bin Ja'far al-Sadiq sebagai imam mereka selepas kematian al-Sadiq dan doktrin tersebut muncul pada tahun 145 H. 

Sementara penyokong Ismail bin Ja'far al-Sadiq telah berpecah menjadi beberapa kumpulan iaitu al-Mubarakiyyah, al-Batiniyyah dan al-Qaramitah dan beberapa kumpulan lain. Kumpulan al-Mubarakiyyah ialah  pengikut Ismail bin al-Sadiq, anak tertua kepada al-Sadiq myakini Ismail sebagai Imam mereka dan merupakan calon paling layak menjadi Imam  seperti syarat perlantikan imam yang diwujudkan pada peringkat awal pertumbuhan doktrin imamah bagi kelompok Syiah. Kumpulan ini meletakkan Muhammad bin Ismail sebagai pengganti Imam setelah kematian Ismail dan beliau dianggap sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Sementara golongan al-Batiniyyah mendukung pemikiran yang sama cuma menetapkan kewajipan beramal dengan tafsiran secara batin kepada ayat-ayat al-Quran. 

Manakala kumpulan al-Qaramitah merupakan pengikut Hamdan bin Qirmit muncul pada 270 H menyakini Ismail bin Ja’far tidak mati dan menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. Kumpulan al-Maimuniyyah, pengikut Abdullah bin Maymun al-Qadah al-Ahwazi turut menyakini Ismail sebagai Imam mereka di samping mengharamkan beramal dengan zahir ayat al-Quran dan Sunah dan menolak hari akhirat, sama seperti kumpulan al-Khalfiyyah. Perbezaan kedua-dua kumpulan ini dengan pengikut Muhammad bin Ali al-Burqu'ie (kumpulan al-Burqu'ie) ialah kumpulan terakhir ini menolak kenabian beberapa nabi yang telah diutuskan oleh Allah s.w.t. Paling menakjubkan kumpulan al-Syamitiyyah, iaitu pengikut Yahya bin Abi al-Syamit berpegang kepada imamah berada di tangan lima anak Imam al-Sadiq iaitu Ismail, Muhammad, Musa al-Kazim, Abdullah al-Aftah dan Ishaq.  

Kelompok Ismailiyyah terpaksa menjadi sesat kerana imam mereka meninggal dunia sehingga terpaksa mencari Imam Mahdi di kalangan mereka sendiri. Nas-nas palsu dan takwilan batil tentang teori "perlantikan secara Ilahi" terpaksa diwujudkan bagi menonjolkan Musa al-Kazim sebagai ketua kelompok Imamiyyah dan menyambung warisan Ibn Saba’ untuk menjelmakan Imam Mahdi versi mereka di penghujungnya. Di sini muncul beberapa persoalan ; jika imamiyyah menyandarkan mazhab mereka kepada Ja’far al-Sadiq yang menetapkan Musa sebagai imam selepasnya, mengapakah Ismail tidak mengetahui sehingga membiarkan dirinya menjadi Imam untuk kelompoknya sehingga beliau wafat? Apakah Ismail tidak mengetahui ajaran ayahnya atau ayahnya bertaqiyyah menyembunyikan ajarannya dari Ismail takut berkecil hati jika mengetahui beliau tidak terpilih menjadi imam? Kelompok Ismailiyyah merupakan salah satu kelompok Syiah terbesar dalam sejarah Islam dan sekutu paling rapat kepada Imamiyyah dalam upacara ritual dan pegangan aqidah mereka. Mereka gagal mencari imam mahdi sehingga terpaksa menuhankan raja-raja dan pemerintah mereka. 

Perpecahan yang sangat besar selepas kematian al-Sadiq telah menerjunkan semua kumpulan Ismailiyyah, Aftahiyyah, Ishaqiyyah, Sabiyyah dan Janabiyyah ke dalam kesesatan mencari pengganti al-Sadiq kerana kelompok Syiah Ja’fariyyah tidak mengiktiraf keimanan mereka yang menolak aqidah imamiyyah secara nas. Dalam menetapkan Musa al-Kazim sebagai pengganti yang sah seperti anutan Syiah Imamiyyah Ja’fariyyah muncul beberapa kumpulan yang lain dalam proses evolusi doktrin tersebut. Kumpulan al-Mufaddhaliyyah (al-Qat’iyyah) pengikut Mufadhdahl bin Umar telah  menghadkan jawatan imam hanya pada Musa al-Kazim sahaja. Kumpulan al-Mamturiyyah menganggap Musa tidak mati dan sebagai mahdi yang ditunggu-tunggu. Demikian juga kumpulan al-Musawiyyah yang tidak menyakini kematian Musa al-Kazim dan kerana itu mereka tidak memindahkan jawatan imam kepada anak-anaknya. Pegangan yang sama berlaku dalam kumpulan al-Raj’iyyah. Berlainan dengan kumpulan yang lain satu kelompok pengikut al-Ahmadiyyah meyakini Ahmad bin Musa al-Kazim sebagai imam mereka. 

Pada tahun 250 H, satu kelompok manusia menemui Musa al-Kazim dan menjerit dengan suara yang tinggi ke arahnya : Kamulah yang Allah terlupa dalam urusan penentuan jawatan imam itu. Iaitu mereka memaksudkan mereka tidak mengiktiraf imamah Ismail bin Ja’far sebagai Imam dan memilih Musa sebagai imam mereka. Kumpulan ini kemudiannya memilih Ali al-Ridha sebagai imam selepas ayanya, al-Kazim dan seterusnya memindahkan jawatan tersebut kepada anaknya Muhammad al-Taqiy al-Jawwad dan anaknya Ali al-Naqi al-Hadi dan anaknya, Hasan al-Askari. Mereka meyakini Muhammad bin al-Hasan al-Askari sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu yang ghaib dan akan kembali semula ke dunia setelah dunia dipenuhi dengan kekejaman. kelompok inilah yang dikenali sebagai Ithna Ashariyyah atau Syiah Imam Dua Belas. 

Sebenarnya kematian al-Askari menimbulkan perpecahan yang besar di kalangan kelompok ini. Muncul satu kumpulan lain mengangkat Ja’far saudara Hasan al-Askari menjadi Imam kerana perselisihan mereka sama ada al-Askari meninggalkan anak atau tidak. Sebahagian mereka berkata imam tidak meninggalkan zuriat lalu memilih saudara hasan al-Askari, Ja’far bin Ali al-Naqi sebagai imam. Kumpulan ini dikenali sebagai al-Ja’fariyyah. Tindakan melantik Ja'far saudara Imam ke sebelas ini membuktikan ahli keluarga Imam al-Askari sendiri tidak pernah mengenal keturunannya bakal menjadi Imam Mahdi bagi kelompok mereka. Sebahagian yang lain menyatakan bahawa Imam terakhir itu dilahirkan tetapi mati semasa kecil atau telah dibunuh secara senyap-senyap oleh perisik kerajaan Abbasiyyah. 

Usaha pencarian yang berlaku selepas kematian Imam al-Askari membuktikan pengganti Imam sebenarnya tidak ditentukan dan terpaksa ditentukan selepas kematian Imam sebelumnya. Imam terakhir itu lahir menerusi peha ibunya, kerana bapanya tidak mampu menghamilkan hambanya secara normal kerana mandul dan imam tersebut terpaksa menyembunyikan diri di dalam sebuah gua sebanyak dua kali kerana tidak berani untuk muncul bagi memberikan peluang kepada wakil-wakil kepada Imam Ghaib untuk menipu kaumnya dan orang-orang yang jahil seluruh dunia sehingga kiamat. 

Ringkasnya, Islam menganjurkan kita memuliakan para keturunan nabi dan tidak menyandarkan kepada mereka perbuatan yang mereka tidak pernah lakukan. Penggunaan nama imam-imam yang mulia di atas pembohongan dan takwilan dusta aqidah imamah ini merupakan dosa besar dan kekufuran yang nyata kerana tidak mungkin perkara yang sudah jelas dan nyata sebagai aqidah Islam boleh diijtihad sesuka hati bagi mencapai matlamat yang telah digariskan oleh anak Yahudi Ibn Saba’. Aqidah imamah ini telah memperlekehkan kedudukan Sayyidina Hasan dan imam Ahli Bayt yang lain dengan meletakkan mereka pada tahap yang sangat hina dan menjadi kuda tunggangan semata-mata.

Selain itu, berlaku pencarian demi pencarian untuk pengganti Imam membuktikan aqidah imamah sebenarnya bukanlah satu doktrin atau teori wasiat berdasarkan nas Ilahi. Setiap imam tidak menentukan penggantinya sehingga menimbulkan perpecahan yang besar di setiap peringkat susur galur imam. Nyatanya aqidah imamah adalah palsu dan rekaan kelompok yang menyambung perjuangan Abdullah bin Saba’ pada zaman pemerintahan Sayyidina Ali sebagai khalifah umat Islam. Benarlah kenyataan ulama’ besar Syiah kurun ke-3H, iaitu al-Nawbakhti dalam kitabnya Firaq al-Shiah, bahawa Syiah adalah  berasal dari pemikiran dan ajaran agama Yahudi.