TELOK KEMANG 1 Mac - Tentera Darat mempunyai keupayaan yang mencukupi bagi menangani sebarang ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia (NBC) di negara ini.
Malah, sebuah pasukan pertahanan NBC (NBCD) telah dibentuk yang berkeupayaan menguruskan situasi dalam suasana dicemari oleh kesan akibat penggunaan senjata tersebut.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pasukan itu yang mempunyai kekuatan satu batalion telah mendapat pengiktirafan daripada pasukan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, pasukan itu ditubuhkan berikutan permintaan daripada PBB dan dipersetujui oleh kerajaan Malaysia untuk siap sedia digerakkan di bawah misi PBB.
“Baru-baru ini kita telah siapkan satu kumpulan untuk digerakkan berkhidmat di bawah misi PBB dan kumpulan daripada pertubuhan itu telah datang membuat pemeriksaan terhadap peralatan dan kesiagaan kita untuk berkhidmat.
“Mereka berpuas hati terutama sekali peralatan dan kenderaan yang mampu beroperasi dalam suasana yang dicemari oleh radioaktif, kimia dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-84 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dekat sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tahap kesiagaan Tentera Darat dalam menghadapi ancaman senjata NBC termasuk penggunaan cecair Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau agen saraf VX.
Agen saraf VX yang diharamkan di seluruh dunia dikatakan menjadi punca kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, baru-baru ini.
Zulkiple menarik perhatian, keupayaan dan pengiktirafan PBB terhadap Tentera Darat bukan semata-mata tertumpu kepada agen saraf VX semata-mata, malah keseluruhan aspek NBC.
“Kelengkapan, latihan, keanggotaan dan kemahiran dalam menangani NBC adalah empat aspek yang diperiksa oleh PBB dan mereka berpuas hati,” ujarnya.
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) semakin melampau dan melepasi batasan apabila mendesak campur tangan Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan terhadap penceramah terkenal, Dr Zakir Naik.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Hindraf juga telah menuduh Dr Zakir sebagai pengganas dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan terhadap beliau.
“Betapa melampau puak Hindraf ini. Mereka tuduh beliau sebagai pengganas dan gesa tindakan AS ke atas beliau. Bahkan, meminta campur tangan AS ke atas Malaysia dalam kes ini agar Dr Zakir dibawa ke AS untuk didakwa,” kata Mohd Asri di laman Facebook miliknya, semalam.
Beliau turut memuat naik surat tersebut yang ditujukan kepada Setiausaha Negara AS, Rex W Tillerson.
Menurut Mohd Asri, tindakan Hindraf itu disifatkan melampau dan meminta kerajaan bertindak tegas terhadap NGO tersebut kerana boleh mencetuskan isu perkauman di negara ini.
“Hindraf pernah membawa dakwaan ke United Kingdom, kononnya Malaysia mengamalkan penghapusan etnik penganut Hindu di Malaysia. Kini ekstremis Hindu ini kembali mengganas dalam sikap mereka.
“Kita bimbang jika sikap ini ada persamaan mereka dengan pendekatan Tamil Tigers, kumpulan pengganas Hindu yang terkenal itu.
“Tahap keterlampauan puak radikal Hindu ini sudah melepasi batasan yang sepatutnya. Kita memohon agar kerajaan bertindak ke atas mereka,” katanya.
Sebelum ini, katanya, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy pernah mempertikaikan Kerajaan Negeri Perlis menjemput Zakir menyampaikan khutbah di Malaysia dengan alasan sedang disiasat pihak berkuasa India.
Malah, Waythamoorthy turut mempersoalkan apakah motif sebenar kerajaan menggalakkan ceramah Dr Zakir di negara ini.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, Hindraf adalah kelompok radikal agama yang melampaui batas, malah tidak tahu bersyukur atas segala kebaikan yang negara ini berikan kepada mereka.
“Mereka cuba membawa keputusan kerajaan Hindu India ke atas umat Islam di Malaysia. Apakah mereka setuju jika ada pihak yang meminta agar keputusan Iran, ataupun Pakistan ataupun Saudi dilaksanakan ke atas kaum mereka di Malaysia?” katanya.
Beliau berkata, Hindraf bukan sekadar mempersoalkan urusan harian orang Islam, bahkan mempersoalkan hak orang Islam dalam menguruskan solat Jumaat yang merupakan urusan dalaman agama.
“Mereka ini berani pula memberikan amaran kepada pemerintah Muslim dalam hal yang seperti ini. Inilah kumpulan minoriti yang cuba menafikan hak majoriti, yang jika dibiarkan mungkin boleh membawa kepada ketegangan antara agama dalam negara ini,” katanya.
Mohd Asri berkata, Malaysia hanya boleh menerima pendekatan yang harmoni dalam beragama dan menolak sikap radikal serta ekstrem yang membawa kepada keadaan tidak baik untuk negara majmuk.
“Kumpulan radikal seperti ini wajar ditiadakan dari negara yang sepatutnya memilih pendekatan yang sederhana,” katanya.
ARKIB 8/12/2007
UTUSAN MALAYSIA
Kerajaan digesa menahan anggota kumpulan pelampau Hindu Rights Action Force (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelak berlakunya perkara yang lebih buruk kepada keselamatan negara.
Para pemimpin politik berpendapat, golongan berkenaan tidak harus dibiarkan bergerak bebas dengan sewenang-wenangnya.
Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani berkata, sudah tiba masanya kerajaan menggunakan ISA ke atas mereka yang mendalangi Hindraf.
Katanya, kerajaan tidak perlu teragak- agak untuk bertindak jika terbukti kumpulan itu mempunyai niat mencetuskan keganasan dan memecah-belahkan perpaduan rakyat.
Pada saya memang wajar guna ISA. Kalau memang mereka nak guna kekerasan, memang elok sangat (guna ISA). Tangkap dalang-dalang ini, kita tak boleh pandang ringan lagi perkara-perkara macam ini, katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa Hindraf sudah sampai ke tahap mengancam keselamatan negara kerana terdapat bukti pertubuhan itu berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa.
Bekas menteri itu turut menggesa polis supaya segera mengesan semua dalang Hindraf kerana mereka adalah musuh besar negara.
Saya yakin ada dalang yang menghasut mereka (kaum India). Dalang luar dan dalang dalam ini mesti dicari dan dikenal pasti, katanya.
Mengulas isu yang sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang yang sanggup menggunakan militan asing untuk memburuk-burukkan negara.
Kalau mereka tidak puas hati tinggal dengan aman dan makmur di sini, pergilah tinggal di Tamil Naidu, katanya.
Beliau berkata, mereka yang menyokong kumpulan pelampau itu merupakan golongan yang tidak bersyukur dengan apa yang mereka kecapi selama ini sehingga sanggup memburuk-burukkan Malaysia di luar negara termasuk berbohong mengenai pembersihan etnik.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mahu pemimpin kumpulan pelampau Hindraf yang berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan militan antarabangsa ditangkap segera kerana tindakan mereka itu boleh mengancam keselamatan negara.
Golongan sedemikian tidak boleh dibiarkan bergerak bebas dalam sebuah negara yang berbilang kaum kerana tindakan kekerasan oleh mana-mana kaum akan mendorong kaum lain untuk bertindak balas.
Ini membahayakan keselamatan negara. Kerajaan harus bertindak menangkap pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab, katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, tindakan kumpulan pelampau Hindu cuba mendapatkan bantuan daripada pengganas antarabangsa menimbulkan kemarahan rakyat.
Katanya, percubaan itu juga menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong kumpulan itu sendiri kerana mereka mahu masalah diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak asing.
Sekalipun masyarakat antarabangsa akan bersimpati namun mereka mengetahui tuntutan kumpulan itu hanyalah masalah dalaman sesebuah negara sebagaimana yang dialami oleh kebanyakan negara lain, katanya.
Menurut laporan Bernama, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohamed Rahmat pula hairan dengan dakwaan Hindraf kononnya kaum India di negara ini dipinggirkan sedangkan mereka semua mendapat pelbagai nikmat.
Semua rakyat India yang dibawa masuk semasa pemerintahan British dahulu telah diberikan hak kerakyatan sebaik negara mencapai kemerdekaan.
Semua orang tahu mengenai hal tersebut. Jadi apa lagi yang tidak cukup? Dah jadi rakyat pun, dah nikmati pun apa yang orang Melayu dapat, jadi apa lagi yang tidak kena,katanya.
Di JOHOR, Ahli Dewan Undangan Negeri Kahang, S. Ramis menasihatkan masyarakat India supaya tidak terperangkap dengan pembohongan yang dilemparkan oleh Hindraf.
Katanya, kaum India harus melihat gambaran yang lebih luas sebelum menerima dakwaan bahawa mereka dipinggirkan daripada arus pembangunan negara.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Siam Kelantan, Eeh Chot Cha Chan membidas puak pelampau Hindraf kerana membuat tuduhan kononnya wujud penghapusan etnik di Malaysia.
Masyarakat Siam kesal dengan tuduhan Hindraf kerana kami sebagai masyarakat minoriti tidak dipinggirkan dalam pelbagai program pembangunan, katanya.
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, kesal dengan sikap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam isu 35 keluarga terlepas peluang mendapat rumah baharu di Kerinchi.
Kata beliau, Nurul Izzah kini bukan sekadar 'cuci tangan' terhadap nasib penduduk yang menentang Projek Residensi Kerinchi, malah kini menyalahkan tindakan mereka berbuat demikian.
Tengku Sariffuddin berkata, anggota parlimen itu juga tidak bersimpati terhadap mereka yang terkesan dengan hasutannya sebelum ini.
"Tidak ada sepatah perkataan pun yang tertulis memberi jalan penyelesaian, tidak ada secoret pun simpati kepada mereka yang terkesan hasil tindakan beliau, jauh sekali mengakui kesilapan yang telah beliau lakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 isi rumah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin lepas.
Bagaimanapun, 35 keluarga (penduduk Flat Empat Tingkat Kampung Kerinchi itu) tidak menandatangani perjanjian projek berkenaan sebelum ini.
Najib ketika berucap pada majlis perasmian residensi itu melahirkan rasa musykilnya terhadap tindakan Nurul Izzah yang dilihat cuba menggagalkan projek itu sebelum ini.
"Akhirnya mangsa 35 keluarga mengikut hasutannya (Nurul Izzah). Dan sekarang mereka menyesal kerana tidak dapat rumah baharu," kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata, penduduk yang menerima baik projek kerajaan itu kini mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dengan dilengkapi kolam renang, surau, taman permainan dan sebagainya tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep 'trade-off' (tukar ganti).
Residensi Kerinchi menempatkan 472 unit apartmen dibangunkan di kawasan lebih 2.8 hektar atas tapak bekas Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi itu, yang diruntuhkan.
Nurul Izzah ketika membalas komen Najib, sebaliknya dilaporkan menggesa Perdana Menteri supaya menghormati hak penduduk dan memberhentikan kenyataan berbaur 'fitnah' serta tidak menyakiti hati mereka.
"Realitinya, beliau adalah penghasut. Bertahun lamanya beliau menentang kerajaan dan menghasut rakyat membantah projek yang hanya akan bawa kebaikan kepada mereka," tambah Tengku Sariffuddin. - BERNAMA
vhttp://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/22447-izzah-cuci-tangan-isu-penduduk-kampung-kerinchi.html
Admin sokong dan setuju sangat apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tegas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam usaha memburu suspek pembunuhan Kim Jong-nam meskipun dalang terlibat berpangkat mahupun anggota perisik.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pihaknya akan menggunakan apa cara sekalipun untuk menangkap suspek yang sudah dikenal pasti bagi menyelesaikan kes pembunuhan berprofil tinggi itu.
“Kita tidak kira siapa mereka dan kerja dengan siapa. Kita mahu mereka untuk siasatan kes bunuh di Malaysia,”
Media antarabangsa semalam melaporkan Ahli Parlimen Korea Selatan, Lee Cheol-woo dalam satu pertemuan tertutup dengan Agensi Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan mendakwa empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Jong-nam, adalah perisik Kementerian Keselamatan Negara atau agensi perisikan Pyongyang, Korea Utara.
Mengulas lanjut berhubung gesaan supaya Malaysia berkongsi hasil siasatan penggunaan bahan toksik Agen Saraf VX terhadap Jong-nam dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas Korea Utara, Khalid memberitahu, pihaknya sedia berkongsi maklumat.
“Siasatan dilakukan secara telus dan menyeluruh, jadi tiada alasan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai agen saraf VX,” ujarnya sebagai mengulas gesaan Duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft.
Bagaimanapun, Duta Jepun ke PBB, Koro Bessho memberitahu, perkongsian itu terpulang kepada Malaysia untuk memutuskan sama ada mahu menyerahkan maklumat yang dimiliki atau tidak.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut mengesahkan kewujudan dua syarikat teknologi komunikasi di negara ini yang dipercayai dikawal oleh pemegang saham dari Korea Utara seperti dilaporkan media antarabangsa semalam.
Menurutnya, dalam laporan itu dinyatakan mengenai kewujudan syarikat bernama Glocom di negara ini yang menggunakan laman web glocom.com.my, berdaftar sejak 2009.
“Syarikat International Global System Sdn. Bhd., didaftarkan pada tahun 2005 dan International Golden Services Sdn. Bhd. yang didaftarkan pada 2012 memang tersenarai dalam laman web tersebut, namun skop perniagaan mereka lebih kepada perniagaan multimedia, produk teknologi telekomunikasi, elektronik serta perdagangan.
“Bagaimanapun, kedua-dua syarikat tersebut sedang dalam proses untuk ditutup,” ujarnya.
Apa pun beliau menegaskan, pihaknya sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai hab bagi sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara.
Agensi berita antarabangsa Reuters dalam laporannya semalam mendakwa, Glocom adalah syarikat dikendalikan ejen perisikan Korea Utara yang menjual serta mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi tentera dan separa tentera di laman web miliknya di Malaysia.
Reuters yang memetik laporan Majlis Keselamatan PBB mendakwa, urus niaga syarikat itu melanggar sekatan PBB.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang diberi amaran keras supaya tidak sesekali menggunakan nama bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semata-mata untuk meraih sokongan politik.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Nik Abdul Aziz merupakan tokoh yang sentiasa merujuk al-Quran dan sunah sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak.
Katanya, tindakan itu berbeza dengan Kit Siang dan kepemimpinan DAP yang hanya mengikut nafsu bagi mencapai kehendak serta kepentingan peribadi.
“Saya memberi amaran kepada Kit Siang supaya tidak merosakkan nama Nik Abdul Aziz kerana jika Tuan Guru masih hidup, beliau akan menjadi orang pertama yang menyokong pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
“Nik Abdul Aziz juga akan menjadi orang pertama yang menentang DAP ekoran serangan bertubi-tubi parti itu terhadap agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kit Siang hari ini dilihat cuba meraih simpati daripada penyokong Pas dengan memainkan sentimen melibatkan Nik Abdul Aziz dan mendakwa politik ‘nakal’ yang dimainkan pemimpin Pas pada masa ini pasti tidak akan terjadi sekiranya tokoh itu masih hidup.
Tegas Mohd. Khairuddin, kepemimpinan Pas hari ini di bawah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih sama seperti dahulu kerana beliau turut merujuk al-Quran dan sunah.
“Rujukan dan sokongan ahli Pas di peringkat akar umbi adalah berdasarkan al-Quran dan sunah, bukan manusia. Jadi, jika pemimpin itu tidak mengikut dua kitab ini, Pas akan terus membuangnya.
“Sebab itu, kita memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan PAN kerana mereka menentang agama Islam serta menyerang Pas secara bertubi-tubi,” katanya.
Tidak ada seorang pun Presiden UMNO yang kekal berkuasa sehingga hari ini. Dari Dato Onn Jafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussain Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah sehinggakan Dato Seri Najib Tun Razak, tidak pernah ada yang kekal.
Oleh itu Ahli UMNO tidak perlu terburu-buru untuk menjatuhkan Presiden sedia ada kerana masanya akan tiba juga untuk Presiden UMNO menyerahkannya kepada orang lain. Segala usaha sepatutnya digunakan untuk menguatkan parti dan negara, bukannya digunakan untuk menghancurkannya.
Seharusnya Ahli UMNO tidak memerlukan orang lain menentukan siapa Presiden UMNO. Apatah lagi pembangkang yang sudah tentu memusuhi UMNO.
Hari ini kita lihat segolongan orang kaya berhabis-habisan untuk menjatuhkan Presiden UMNO. Mereka yang dulunya mendapat bermacam-macam keistimewaan, kemudahan dan kekayaan berkata perjuangan mereka menjatuhkan Presiden UMNO adalah untuk membela rakyat. Padahal ketika mereka mendapat pelbagai kemudahan dan projek kerajaan sedikit pun ianya tidak tercurah kepada rakyat.
 |
| PEMBOHONG NEGARA |
Mereka ini sebenarnya pembohong ! Mereka menentang Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bukan kerana ingin membela rakyat, tetapi kerana dendam kesumat mereka kepada Najib. Puncanya kerana mereka sudah tidak di beri keistimewaan yang pernah mereka miliki dahulu ketika mengaut hasil mahsul negara.
#KekalNajib
#KekalBN