Monday, April 1, 2013

PENGGUNAAN NAMA ALLAH ADALAH SALAH : THE CRISTIAN POST

Jika mereka sendiri tidak bersetuju , kenapa satu kaum yang mengaku beragama Islam di Malaysia beria-ia sangat membenarkan mengunakannya secara rasmi di dalam Bible edisi Bahasa Melayu ?



One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.
The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.
The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.
“Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.
“If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”
Follow us 
Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.
“Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.
The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.
In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.
Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”
“When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.
“So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.
“If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.
Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.

MEREKA TUNGGI IMAM AL-MAHDI ?



 Kumpulan ajaran sesat Al-Arqam yang giat memperluaskan pengaruh mereka di luar negara dipercayai telah mewujudkan sebuah perkampungan bagi pertubuhan itu di Mekah, Arab Saudi sejak tiga tahun lalu.
Menurut sumber, kawasan perkampungan tersebut dibeli oleh pertubuhan itu beberapa tahun lalu untuk dijadikan tempat melakukan ibadah haji dan umrah oleh pengikut-pengikut mereka.
Katanya, pengikut-pengikut ajaran sesat itu yang kini diketuai oleh balu pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, Khadijah Aam, hanya melakukan rukun-rukun haji seperti melontar jamrah di perkampungan tersebut yang pada asalnya merupakan ladang kurma.
“Perkampungan itu boleh diumpamakan seperti perkampungan mereka di Bandar Country Homes, Rawang di sini.
“Selain melakukan pelbagai aktiviti seperti berkuda dan memanah bagi menarik orang ramai, pengikut-pengikut mereka juga melakukan ibadat haji dan umrah di situ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rabu lalu, Khadijah ditangkap di Kota Mekah kerana disyaki memimpin ajaran sesat di tanah suci itu.
Dia ditangkap bersama 95 lagi pengikutnya terdiri daripada rakyat Malaysia dan Indonesia dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Mekah dengan kerjasama Unit Risikan dan Pencegahan Jenayah semasa sedang menjalankan upacara keagamaan di situ.
Sumber itu menjelaskan, pengikut-pengikut mereka hanya melakukan ibadah melontar jamrah di tandas kerana mereka percaya konsep melakukan ibadah tersebut ialah membaling batu ke arah syaitan dan tidak perlu pergi ke jamrah di Mina.
“Mereka juga bersolat serta mengamal zikir yang dikatakan tawasul dengan menyebut nama Abuya," ujarnya.
Sumber itu berkata, risalah dan maklumat mengenai perkampungan di Mekah itu telah diedarkan kepada pengikut-pengikut mereka semasa konsert sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari di Bandar Country Homes November tahun lalu.
Menurut sumber itu lagi, hasil pendapatan Khatijah yang dikatakan lebih RM800,000 sebulan dipercayai diperolehi melalui perniagaan-perniagaan seperti menjalankan pakej haji dan umrah yang dilakukan di perkampungan itu.


TENTU ADA SESUATU...


 mengapa Sidek Baba tinggalkan Anwar...???

"Kejadian-kejadian ini menimbulkan kesangsian kepada saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan perilaku Anwar termasuk soal surat akuan bersumpah palsu dalam usaha Anwar mahu menyelamatkan diri,


KUALA LUMPUR 31 Mac - Rakyat perlu membuka mata mengapa seorang yang sentiasa mencari kebenaran seperti tokoh ilmuan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba akhirnya mengambil keputusan meninggalkan bekas sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hampir 40 tahun berkawan.

Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, jika benar Ketua Pembangkang mempunyai moral yang bersih, adalah mustahil ilmuan dihormati dan pendakwah yang mempunyai budi pekerti 'tidak tercalar' seperti Sidek sanggup meninggalkan sahabat karibnya itu.

Beliau yang mengaku salah seorang daripada 28 saksi hidup yang ditemui Sidek dalam perjalanan mencari kebenaran tentang moral Anwar berkata, mustahil bagi bekas Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu meninggalkan Anwar tanpa sebab.
"Dalam pencarian mencari kebenaran, saya salah seorang individu yang pernah kenal rapat dengan Anwar yang ditemui Sidek. Dia bertanya mengapa saya tidak mewakili Anwar dalam kes liwat kedua membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan seperti mana kes tahun 1998.

"Saya cerita kejadian sebenar apa yang berlaku di Hotel Quality, Shah Alam sebaik sahaja Mohd. Saiful membuat laporan polis. Bagaimana Anwar jadi tidak tentu arah sehingga berlaku pertengkaran dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di depan kami.

"Kejadian-kejadian ini menimbulkan kesangsian kepada saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan perilaku Anwar termasuk soal surat akuan bersumpah palsu dalam usaha Anwar mahu menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Zulkifli mengulas pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa beliau meninggalkan Anwar walaupun pada satu ketika sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari turut meminta rakyat Malaysia agar menggunakan akal yang waras bagi menilai mengapa bekas sahabat karib serta pengasas-pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini meninggalkan Ketua Pembangkang itu.

Anuar yang juga mengakui beliau dipanggil Sidek selepas meninggalkan PKR berkata, pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu merupakan tokoh ilmuan yang sangat dihormati Anwar sendiri tetapi akhirnya diberi kesedaran oleh Allah SWT.
"Saya agak lama menjadi Setiausaha Sulit Anwar dan kami banyak menyimpan rahsia beliau. Anwar bijak menyimpan 'kuku' bila bertemu Sidek kerana beliau menghormati sahabat karibnya itu dan antara perkara penting saya dedahkan ialah tentang kejadian di Hong Kong.
"Kejadian itu jugalah yang menjadi pendorong kuat untuk saya sangsi dengan moral Anwar sebelum saya sendiri mula menyiasat dan kemudian bertindak meninggalkan PKR. Tingkah laku Anwar sebenarnya sangat berbeza dengan imej yang ditampilkan di khalayak ramai," katanya.

Sementara itu, bekas pengasas ABIM, Ustaz Ismail Mina Ahmad memberitahu, tokoh agama yang juga merupakan seorang pendidik itu mengambil keputusan meninggalkan Anwar kerana rasa tanggungjawab beliau terhadap masyarakat.
"Sebagai seorang pendidik, Sidek merasakan sememangnya tanggungjawab beliau untuk menyelamatkan masyarakat daripada terus tertipu dengan imej Islam palsu yang dibawa Anwar.

"Saya telah menceritakan secara lanjut kepada Sidek tentang konsep pluralisme yang dipegang Anwar bagi menyamaratakan kaum dan agama di negara ini ketika pemimpin itu berucap di London School of Economics (LSE) pada 2010.

"Sememangnya Sidek sendiri tahu konsep tersebut tidak patut diperjuangkan oleh seorang pemimpin yang beragama Islam seperti Anwar," jelasnya.
Menurut Ismail, Sidek telah berusaha selama beberapa tahun mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat keputusan meninggalkan sahabatnya itu.
"Sidek tidak hanya mendengar cakap-cakap kosong, sebaliknya beliau pergi berdialog serta berhujah sendiri dengan sumber yang diyakini termasuk diri saya sendiri yang sememangnya mempunyai maklumat yang cukup tentang helah Anwar," ujarnya.


Khairul Fahmi dikecam


"Ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah ada insan lain yang lebih mulia dan agung yang mereka ingin bela sehingga sanggup mencalar dan menyeret kekasih Allah.

Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.


"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad SAW dengan lontaran video seks Nabi.
"Apakah ini bermakna reaksi Pas sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.


Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO.", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac lalu.
Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar parti pembangkang.
Tambah beliau, parti pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa terutamanya di ambang pilihan raya.


"Ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah ada insan lain yang lebih mulia dan agung yang mereka ingin bela sehingga sanggup mencalar dan menyeret kekasih Allah.
"Ia membuktikan Pas yang mana sanggup menggadai Rukun Iman dan dan menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik mereka," katanya.
Khairy berkata, rakyat seharusnya menolak parti sedemikian dan mengecam mereka kerana tindakan yang begitu mudah menghina sesiapa sahaja termasuk Nabi Muhammad SAW.


HINA NABI



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya, Rabu lalu.
Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.
Irwan Fahmi berkata, tujuan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan satu penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.
Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara.
"Saya tidak tahu apa maksud yang cuba disampaikannya (Khairul Fahmi) dan saya juga tidak tahu apa yang cuba dipermainkannya, tetapi kenyataan itu secara jelas dan terang merupakan satu penghinaan yang amat buruk terhadap agama Islam.
"Kenyataan itu daripada Pas yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap," katanya dalam sidang akhbar di IPD Ipoh selepas selesai membuat laporan di sini hari ini.
Menurut Irwan Fahmi, perbuatan biadab yang dibuat pemimpin daripada Pas itu tidak boleh dimaafkan lagi dan hukuman tersebut akan diterjemahkan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Berikutan itu, tegas beliau, pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana ahlinya mengundi pembangkang terutama Pas pada pilihan raya berkenaan.
"Ketika ini, ahli keseluruhan Wira Perkasa ada antara 300,000 dan 400,000 orang. Saya akan pastikan 14 ketua Wira di seluruh negara mengarahkan ahli kita supaya tidak mengundi pembangkang," katanya.


TOLAK CAMPUR TANGAN ASING






PRU13 merupakan peluang terakhir Anwar menduduki takhta Perdana Menteri. Beliau sudah tua. Usia beliau sekarang hampir mencecah 66 tahun. Jika PRU14 diadakan 5 tahun akan datang, usia beliau sudah menjangkau 71 tahun. Kes Liwat II beliau menanti di 2 lagi mahkamah, iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika beliau disabitkan atas kesalahan tersebut, maka tamatlah riwayat karier politik beliau.

Begitulah terdesaknya Anwar Ibrahim ketika ini.

Anwar adalah seorang pemimpin yang berbeza dengan pemimpin parti pembangkang lain. Parti PAS dan DAP telah lama tewas dalam pilihanraya. Namun mereka tetap berusaha bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya-pilihanraya berikutnya. Walau bagaimanapun, Anwar adalah pemimpin yang rakus. Beliau tidak hanya menunggu PRU. Tak dapat jalan depan, jalan belakang digunakan. Agenda 16 September Anwar merupakan bukti yang cukup nyata.


Setelah gagal dengan rancangan 16 September, Anwar kini terpaksa menggunakan ‘cara biasa’ iaitu melalui pilihanraya.



Seperti biasa, Anwar terus dengan muslihatnya...

Pada tahun lepas, ketika mood rakyat terhadap BN berada di tahap yang sangat tinggi, Anwar yakin bahawa PR tidak akan dapat menang jika PRU13 diadakan pada ketika itu. Lalu, dia mengumumkan bahawa jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, mereka tidak akan membubarkan DUN di bawah pemerintahan PR.

Ini adalah suatu bentuk serangan serampang 2 mata. Jika Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen ketika itu, PR akan memaksimakan penggunaan jentera kerajaan negeri bagi menawan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRU12. Ini sepertimana yang dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, di mana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan Pejabat Tanah dibuka 24 jam. Jelas sekali, PR telah menggunakan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Jika perkara seperti ini dapat dimanfaatkan pada PRU13, PR memperoleh serba sedikit kelebihan dalam kempen pilihanraya seterusnya memberikan sedikit peluang untuk mereka menang.

Jelas sekali, Datuk Seri Najib tidak termasuk dalam perangkap ini. Bagi beliau, sekalipun PR tidak dapat memenangi PRU13, tindakan ini boleh merencatkan usahanya bagi mendapatkan sasaran majoriti 2/3. Oleh demikian, beliau telah menangguhkan PRU13. Dalam masa sama, beliau yang dikenali dengan permainan 'intel' beliau telah menjalankan langkah-langkah strategik bagi membolehkannya untuk terus secure undi pelbagai lapisan masyarakat. Itulah sebabnya jika kita turun ke banyak kawasan, kita dapati DS Najib mendapat sokongan yang sangat kuat daripada pelbagai golongan masyarakat. Ini jelas berbeza dengan persepsi yang dapat dilihat di alam siber dan di sebahagian tempat di bandar.


Anwar dan konco-konconya kini membuat serangan habis-habisan. Tidak cukup dengan pihak kerajaan, mereka menyerang institusi-institusi lain termasuk Polis, Tentera, SPR, Sistem Kehakiman dan sebagainya. Tujuannya adalah bagi menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap kesemua institusi tersebut.

Apabila kepercayaan orang ramai terutamanya penyokong-penyokong beliau terhadap institusi-institusi ini telah hilang, ditambah pula dengan persepsi kononnya majoriti rakyat menyokong mereka, maka keputusan PRU13 tidak lagi penting. Mereka hanya mahu melihat PR menang. Jika PR kalah, mereka tidak akan percaya. Mereka akan menuduh berlakunya penipuan dalam pilihanraya.

Itulah sebabnya propaganda Anwar kali ini sangat penting bagi survival politik Anwar. Dengan kata lain, agenda Anwar tidak berakhir hanya dengan PRU13!

Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Anwar setelah PR tewas dalam PRU13 nanti?

a) Tunggu PRU14?
b) atau lari ke luar negara dan menjadi ‘Thaksin Malaysia’?
c) atau…………………………………?

Ikuti Video Agenda 16 September Anwar merupakan bukti yang cukup nyata..>

Anwar, Ladangnya, Pati dan Dot Dot Dot



ANWAR IBRAHIM mula merosakkan politik aman negeri Sabah apabila dia menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu pada tahun 1986. Ketika itu dia Ketua Pemuda UMNO. Anwar menyokong usaha-usaha menjatuhkan Tun Datu Mustapha melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO.

Walaupun usaha tersebut gagal selepas Tun Datu Mustapha mengambil tindakan pantas memecat pembelot-pembelot USNO.

Sikap mereka ini tidak pernah berubah, selepas USNO dimatikan, UMNO masuk ke Sabah dan mereka ini sangat gembira. Apabila Anwar Ibrahim menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar menyusun semua orang-orangnya dalam kedudukan UMNO Sabah.

Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, yang pro Tun Ghafar Baba, yang pro Pak Lah semuanya dimatikan dengan cara memberi seberapa banyak wang kepada proksinya dan kalahkan sesiapa yang tidak menyokong Anwar. Cara-cara Anwar sunguh-sungguh seperti Komunis.

Benar kata Datuk Salleh Tun Said, kamu Anwar jangan bersandiwara. Cerita perkara sebenar pasal IC Sabah.

Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!

Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. Busuk kan hati Anwar Ibrahim.

Anwar menyuruh semua orang supaya Kalahkah PBS, tumbangkan Pairin dengan apa cara sekalipun! Kamu tahu apa itu 'apa cara sekalipun'?

Dia ingat dia Tuhan di dunia ini boleh membodohkan semua orang, kalau Allah SWT kata Kun Fayakun maka tidak jadilah kamu sebagai Perdana Menteri, walaupun kaki kiri kamu sudah menjadi Perdana Menteri.

Wahai Anwar Ibrahim, ketika kamu berkuasa kamu memiliki ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan, ketika kamu melawat ladang-ladang kelapa sawit kamu di Sandakan, siapakah pekerja-pekerja ladang kelapa sawit kamu? Adakah pekerja tempatan Sabahan KadazanDusunMurut (KDM) atau PATI!

Kamu tahu bapa Yong Teck Lee bukanlah orang Sabah tetapi dari negara China. Bapa Yong Teck Lee (Yong Lok @Yong Luk) datang ke Sabah membuka Workshop di Lahad Datu. Kamu yang melantik Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri (itulah maksud Datuk Salleh Tun Said yang kamu sangat berkuasa ketika itu), supaya kamu boleh mengumpul harta kekayaan di Sabah bukan. Tidaklah hairan jika Yong Teck Lee membuntuti kamu sekarang!

Dan, kamu juga pernah berenjoy dengan seorang artis Wanita Sabah bukan? Berlumba-lumbaan dengannya bukan. Memanglah kamu sangat suka kepada wanita-wanita cantik, seksi dan menawan.