Showing posts with label Projek IC. Show all posts
Showing posts with label Projek IC. Show all posts

Monday, April 1, 2013

TOLAK CAMPUR TANGAN ASING






PRU13 merupakan peluang terakhir Anwar menduduki takhta Perdana Menteri. Beliau sudah tua. Usia beliau sekarang hampir mencecah 66 tahun. Jika PRU14 diadakan 5 tahun akan datang, usia beliau sudah menjangkau 71 tahun. Kes Liwat II beliau menanti di 2 lagi mahkamah, iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika beliau disabitkan atas kesalahan tersebut, maka tamatlah riwayat karier politik beliau.

Begitulah terdesaknya Anwar Ibrahim ketika ini.

Anwar adalah seorang pemimpin yang berbeza dengan pemimpin parti pembangkang lain. Parti PAS dan DAP telah lama tewas dalam pilihanraya. Namun mereka tetap berusaha bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya-pilihanraya berikutnya. Walau bagaimanapun, Anwar adalah pemimpin yang rakus. Beliau tidak hanya menunggu PRU. Tak dapat jalan depan, jalan belakang digunakan. Agenda 16 September Anwar merupakan bukti yang cukup nyata.


Setelah gagal dengan rancangan 16 September, Anwar kini terpaksa menggunakan ‘cara biasa’ iaitu melalui pilihanraya.



Seperti biasa, Anwar terus dengan muslihatnya...

Pada tahun lepas, ketika mood rakyat terhadap BN berada di tahap yang sangat tinggi, Anwar yakin bahawa PR tidak akan dapat menang jika PRU13 diadakan pada ketika itu. Lalu, dia mengumumkan bahawa jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, mereka tidak akan membubarkan DUN di bawah pemerintahan PR.

Ini adalah suatu bentuk serangan serampang 2 mata. Jika Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen ketika itu, PR akan memaksimakan penggunaan jentera kerajaan negeri bagi menawan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRU12. Ini sepertimana yang dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, di mana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan Pejabat Tanah dibuka 24 jam. Jelas sekali, PR telah menggunakan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Jika perkara seperti ini dapat dimanfaatkan pada PRU13, PR memperoleh serba sedikit kelebihan dalam kempen pilihanraya seterusnya memberikan sedikit peluang untuk mereka menang.

Jelas sekali, Datuk Seri Najib tidak termasuk dalam perangkap ini. Bagi beliau, sekalipun PR tidak dapat memenangi PRU13, tindakan ini boleh merencatkan usahanya bagi mendapatkan sasaran majoriti 2/3. Oleh demikian, beliau telah menangguhkan PRU13. Dalam masa sama, beliau yang dikenali dengan permainan 'intel' beliau telah menjalankan langkah-langkah strategik bagi membolehkannya untuk terus secure undi pelbagai lapisan masyarakat. Itulah sebabnya jika kita turun ke banyak kawasan, kita dapati DS Najib mendapat sokongan yang sangat kuat daripada pelbagai golongan masyarakat. Ini jelas berbeza dengan persepsi yang dapat dilihat di alam siber dan di sebahagian tempat di bandar.


Anwar dan konco-konconya kini membuat serangan habis-habisan. Tidak cukup dengan pihak kerajaan, mereka menyerang institusi-institusi lain termasuk Polis, Tentera, SPR, Sistem Kehakiman dan sebagainya. Tujuannya adalah bagi menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap kesemua institusi tersebut.

Apabila kepercayaan orang ramai terutamanya penyokong-penyokong beliau terhadap institusi-institusi ini telah hilang, ditambah pula dengan persepsi kononnya majoriti rakyat menyokong mereka, maka keputusan PRU13 tidak lagi penting. Mereka hanya mahu melihat PR menang. Jika PR kalah, mereka tidak akan percaya. Mereka akan menuduh berlakunya penipuan dalam pilihanraya.

Itulah sebabnya propaganda Anwar kali ini sangat penting bagi survival politik Anwar. Dengan kata lain, agenda Anwar tidak berakhir hanya dengan PRU13!

Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Anwar setelah PR tewas dalam PRU13 nanti?

a) Tunggu PRU14?
b) atau lari ke luar negara dan menjadi ‘Thaksin Malaysia’?
c) atau…………………………………?

Ikuti Video Agenda 16 September Anwar merupakan bukti yang cukup nyata..>

Friday, March 22, 2013

IA SEMEMANGNYA KONSPIRASI UMNO


KUALA LUMPUR 22 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.


Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.
Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.


Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.
Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.


"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.
"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.


Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.
Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.


"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu. Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis.
"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya.