Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap polis akan memperluaskan siasatan terhadap ejen-ejen syarikat DBI (DBI) Properties dan Juta Kelulut Global Resources yang membantu ‘jualan’ projek Mini Banglo pada Mei tahun lalu.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, tanpa ejen-ejen tersebut Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman, tidak akan berjaya mempromosi projek Mini Banglo berkenaan.
“PPIM percaya Noruliman tidak bertindak sendirian. Dia pasti ada kuncu-kuncu yang membantunya mencari pelabur dan terus menjual mimpi kepada khalayak ramai yang rata-ratanya mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri.
“Justeru kami menyarankan siasatan polis turut meliputi mereka yang menjadi ejen kepada syarikat berkenaan,” tegas beliau ketika mengulas penahanan Noruliman yang turut dikenali Boy Iman oleh polis hari ini.
Sebelum ini tular video memaparkan Yusuf bersama aktivis PPIM serta mangsa berdepan dengan Boy Iman bagi menuntut dia bertanggungjawab terhadap kerugian yang ditanggung mangsa yang menyertai projek Mini Banglo berkenaan.
Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan akhbar mengesahkan penahanan Boy Iman bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak, dekat sini semalam.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.
Sementara itu, Yusuf turut mencadangkan polis mengadakan kerjasama dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat akaun-akuan milik Nouruliman, syarikatnya dan Juta Kelulut Global Resources dan ejen-ejen mereka.
Jelas beliau, siasatan terhadap akaun-akaun berkenaan perlu untuk mengetahui ke mana sebenarnya wang yang dikumpulkan daripada mangsa itu disalurkan dan dapat membantu pihak berwajib mengembalikan wang berkenaan kepada mangsa.
“Setakat ini kita tidak tahu ke mana wang berkenaan disalurkan dan ini akan menyukarkan usaha untuk memulangkannya kepada para mangsa yang terlibat,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan berita gembira termasuk penambahbaikan untuk seluruh 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.
Perdana Menteri berkata, beliau memahami bahawa ramai kakitangan kerajaan amat ternanti-nanti dengan pengumuman khabar gembira tersebut.
“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman tertentu.
“Insya-Allah, beberapa khabar dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini nanti,” katanya berucap dalam majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Pada masa sama, Najib memberitahu, sejak lapan tahun kebelakangan ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan serta kebajikan penjawat awam.
Katanya, antara usaha tersebut adalah kenaikan gaji penjawat awam sebanyak tujuh hingga 13 peratus, menaikkan pencen minimum dari RM720 kepada RM820 bagi mereka berkhidmat selama 25 tahun atau lebih dan menyetarakan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam.
“Selain itu, penetapan gaji terendah dari RM832 kepada RM1,200 sebulan bermula Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan selain itu melaksanakan penambahbaikan daripada sudut kebajikan penjawat awam yang merangkumi soal perumahan, bantuan sara hidup dan kenaikan imbuhan.
“Sejak 2013, kerajaan melancarkan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M yang mana sebanyak 200,000 unit kediaman akan disiapkan menjelang 2020.
“Malah imbuhan tetap perumahan atau ITP dinaikkan kepada RM300 sebulan pada 2015, manakala 25 peratus ITP turut diterima kakitangan kerajaan yang mendapat kemudahan kuarters.
“Apa yang penting di sini, kesemua kemudahan yang imbuhan yang dinikmati oleh penjawat adalah hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien,” katanya.
DAP sejak ditubuhkan sedar yang mereka tidak akan mampu menumbangkan UMNO dengan menggunakan kekuatan bukan Melayu. Oleh itu tidak hairan DAP hari ini lebih banyak menggunakan tenaga orang Melayu untuk menentang parti UMNO, parti yang membela nasib bangsa Melayu.
Bak kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa - "tidak akan tumbang kayu kalau tak kerana kayu dan orang Melayu tidak akan jatuh atau lemah kalau tidak dilemahkan orang Melayu sendiri".
Janganlah kita bermimpi untuk melihat DAP mengubah agenda dan ideologi mereka. Mungkin mereka kali ini nampak begitu mesra dan mengambil berat dengan orang Melayu. Tapi jangan sekali di lupa, Pulau Pinang hari ini berpuluh-puluh kampung Melayu hari ini hanya tinggal nama. Rumah-rumah yang didirikan langsung tidak menunjukkan ia dibina untuk rakyat marhien.
Buatlah apa jenis pakatan sekalipun, DAP sesekkali tidak akan mengubah ideologi mereka yang keras menentang ketuanan Melayu Islam di bumi Malaysia ini. Lihat saja pakatan yang mereka tubuhkan sejak dulu, bersama parti Semangat 46, PAS, PKR dan terkini Parti Cap Bunga ciptaan Tun Mahathir. Semua jenis perikatan yang mereka buat DAP bertindak sebagai kuasa Dominan.
Sikap angkuh, biadap dan tidak menghormati kawan dalam pakatan menyebabkan semua usaha mereka musnah. Bagitu juga dengan pakatan yang dibuat kali ini, DAP cuba menyembunyikan niat mereka.
Walaupun cuba dilihat lebih mesra dan toleransi, dengan menggunakan beberapa kerat Melayu keparat seperti mantan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Khalid Samad, Yusuf Rawa, DAP juga menggunakan anak-anak muda Melayu seperti Dyana, Rara, Wan Jie dan ramai lagi anak Muda yang sanggup mengadaikan jati diri bangsa demi habuan dunia.
Apa pun retorik dan lakonan yang DAP buat, mereka tidak sesekali akan membenarkan ideologi mereka tersasar. Sehinggakan ketika mereka bergabung dengan PAS sekalipun mereka tetap keras menentang apa saja agenda Islam PAS. Justeru tidak hairan setiap kali mereka sentiasa berlaga angin dengan PAS. Demi menumbangkan musuh utama mereka iaitu UMNO masing-masing boleh duduk semeja, tidur sebantal walaupun mimpi masing-masing berbeda. Bukan sahaja berbeza bahkan sangat bertentangan.
Paling jelas di mata kita hari ini, PAS yang bersama-sama DAP dan PKR dalam kerajaan Selangor penuh dengan kontroversi dan pergolakan yang mana akhirnya kita lihat DAP juga yang menang dalam apa juga isu.
Pesta arak di Selangor, Menteri Besarnya walaupun seorang Islam berdasarkan nama, pakaian dan amalannya tetapi tidak berani berkata tidak kepada rakan sepakatannya DAP. Berhari-hari dia berpusing-pusing dengan kenyataan berdolak dalik, akhirnya terpaksa tunduk juga kepada kemahuan DAP.
Pesan Tan Sri Annuar Musa yang patut dipahat dalam minda setiap orang Melayu;
“Dengan DAP tidak boleh berkompromi, pendekatan pecah perintah sejak dahulu lagi DAP gunakan. Malah, saya selalu kata tidak akan tumbang kayu kalau tak kerana kayu dan orang Melayu tidak akan jatuh atau lemah kalau tidak dilemahkan orang Melayu sendiri.
“Jadi, konsep itu sudah mula digunakan oleh DAP sebab mereka tahu sejak ditubuhkan sampai sekarang mereka tidak dapat memberi ancaman kepada kekuatan UMNO,”
Di beri segala kemudahan tidak tahu bersyukur. Itulah yang sesuai untuk digambarkan kepada sesetengah penumpang MRT. Sebelum ni kecoh fasal kejadian vandalisme di station MRT, kali ini timbul pula kes penumpang buat perangai tak senonoh dalam MRT.
Tanpa rasa malu diperhatikan oleh penumpang lain mereka selamba pamerkan perangai biadap. Yang tak boleh tahan mereka boleh buat tak kisah mata-mata yang tertumpu kepada perangai jelik mereka.
Ahli Majlis tertinggi UMNO sangat memberi perhatian terhadap peranan pusat pengajian tinggi IPTa mahupun IPTS dalam melahiran saf-saf kepimpinan mahasiswa dan generasi muda. Bahkan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mahukan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kerajaan sentiasa membuat "engagement" berterusan dengan kepimpinan anak muda dan mahasiswa.
Inilah yang disebut oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO dan kerajaan mengiktiraf kepimpinan mahasiswa. Bahkan kebanyakkan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinana pun datang dari hasil produk kepimpinan mahasiswa termasuklah dirinya.
Barisan kepimpinan UMNO merasa bangga dengan usaha mahasiswa yang banyak menunjukkan banyak perubahan yang positif, menyertai banyak , forum-forum, program , wacana minda dan aktiviti yang manfaat. Kepimpinan UMNO sangat gembira melihat politik kampus yang sihat dan berharap proses itu akan terus menyumbang kepada pembangunan negara.
The biggest land public transport symposium hosted by Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat is back and you can grab your tickets NOW! #SPADSymposium2017
We have tri-passes and group passes available to the biggest land public transport symposium #SPADSymposium2017. Register at http://www.spad.gov.my/lpt-symposium-2017#4
SPAD is also hosting a 2-day public transport exhibition themed “Reimagining Transportation: Sustainable Mobility” from 22 to 23 October 2017 at Grand Ballroom 1&2, Level 3, KL Convention Centre which is FREE so come and discover the future of mobility 🇲🇾
#Symposium2017tickets #getyourgrouppasses
SABAK BERNAM 24 Sept. – UMNO Selangor bersikap terbuka dan mengalu-alukan sekiranya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudi berganding bahu dalam menghadapi pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memandang positif gandingan Abdul Khalid bersama tiga lagi bekas Menteri Besar iaitu Tan Sri Abu Hassan Omar, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib supaya rakyat jelas tentang perancangan kesemua pemimpin itu.
Noh menjelaskan, dakwaan pembangkang bahawa gabungan Abu Hassan, Mohamad Khir dan Muhammad sekadar nostalgia hanya menunjukkan kebimbangan mereka memandangkan ketiga-tiga pemimpin terbabit berpengalaman dalam membangunkan Selangor.
“UMNO Selangor bersama tiga bekas Menteri Besar akan berbincang dan menggembleng tenaga serta melakukannya secara bersepadu memperkukuhkan jentera demi menawan semula negeri serta tidak terkecuali mempertimbangkan kehadiran bekas-bekas Exco Selangor semula.
“Namun, kita mengalu-alukan kehadiran Abdul Khalid sekiranya beliau sudi bersama demi kepentingan rakyat. Ini kerana contohnya lihat sahaja Muhammad menyatakan bahawa sepanjang bersama pembangkang tiada agenda rakyat dibincangkan khususnya untuk orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Gelombang Tani Nasional (GTN): Karnival Jom Ke Sawah Peringkat Negeri Selangor 2017 di Sungai Haji Dorani, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Ab Razak Kasbollah.
Program GTN yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu bertujuan memfokuskan kepada kerja dan aktiviti pembersihan kawasan kampung serta pencucian infrastruktur padi iaitu tali air dan parit.
Mengulas lanjut mengenai program itu, Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor mahu golongan muda mendekatkan diri dengan aktiviti pertanian dengan menggunakan kaedah yang lebih moden.
“Kita tidak mahu negara bergantung dengan sumber makanan dari negara luar sedangkan Malaysia mempunyai teknologi moden yang boleh digunakan khususnya oleh golongan muda bagi mengeluarkan produk masing-masing,” ujarnya.