Tuesday, May 24, 2016

NASIB RAYANI AIR BAKAL DIPUTUSKAN TIDAK LAMA LAGI




Keputusan samada Rayani Air boleh meneruskan operasinya atau tidak akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Setelah tiga bulan digantung Kementerian Pengangkutan akan mengumunkan keputusan yang bakal membayangkan hala tuju seterusnya syarikat penerbangan patuh syariah tersebut. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa dia sudah menerima laporan akhir mengenai syarikat penerbangan tersebut. "Laporan akhir sudah diserahkan kepada saya. Saya akan membuat keputusan berhubung perbincangan yang diadakan". 

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menggantung sementara operasi syarikat penerba­ngan, Rayani Air selama tiga bulan . Rayani Air merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Malaysia yang digantung Sijil Pengendali Udaranya (AOC) di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.

Menurut Liow lagi, beliau sendang menunggu tarikh untuk membuat keputusan berhubung siasatan yang telah dibuat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyediakan laporan tersebut selepas pemilik Rayani Air Datuk G. Karthiyani memberi keterangan pada sesi siasatan di ibu pejabat DCA Putrajaya pada 12 Mei yang lalu. 













KOTA MEKAH "MENJEMPUT" PAK MANSOR



Setelah sekian lama memasang impian ke Mekah dengan mencari barangan terbuang, cita-cita warga emas tersebut tercapai apabila menerima bantuan pelbagai pihak termasuk penderma misteri, semalam.
Mansor Ariffin, 78, atau lebih dikenali Pak Mansor sebelum ini sanggup berjalan sambil menyorong troli mencari barangan terbuang sejauh enam kilometer setiap hari kemudian dikumpul di pondok tidak jauh dari rumahnya.
Menurutnya, dia terharu apabila ada hamba Allah bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi membolehkannya menyampaikan hasrat ke Tanah Suci.
“Saya tak tahu apa hendak dikatakan. Cuma saya teringin berjumpa hamba Allah itu yang menyalurkan sumbangan sejumlah wang kepada saya.
“Saya difahamkan, wang dalam TH sudah mencapai RM10,600 dan sudah cukup untuk membolehkan saya menunaikan rukun Islam itu. Sejak kisah saya tersiar dalam akhbar Harian Metro dua bulan lalu, pelbagai pihak datang melawat saya,” katanya sambil mengesat air mata kesyukuran.
Kisah Pak Mansor pernah disiarkan dalam akhbar ini, 18 Mac lalu hingga mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk individu dari Kuala Lumpur yang menyumbangkan sebanyak RM3,000 melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Food Not Bombs (FNB).
Dalam laporan itu, Pak Mansor sanggup mengerahkan kudrat mencari rezeki kerana tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk anaknya. Isterinya, Aminah Talib, 75, pula lumpuh separuh badan sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama anak kedua tidak jauh dari rumahnya.
Walaupun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang isteri.
Sementara itu, Presiden FNB Fariz Shaharuzaman berkata, pihaknya menerima sumbangan wang tunai RM3,000 daripada individu di Kuala Lumpur yang enggan dikenali bagi membantu Pak Mansor mencapai hajatnya itu.
“Kami menerima amanah disampaikan kepada Pak Mansor dan sumbangan ini bagi menambah simpanan sedia ada dalam akaun Tabung Haji (TH) milik Pak Mansor. Untuk keselamatan, kami tidak menyerahkan wang secara tunai sebaliknya memasukkan terus dalam akaun TH hari ini (semalam).
“Ketika kunjungan itu, seramai 30 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut hadir dan mereka berhajat mengadakan majlis gotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah Pak Mansor,” katanya.

sumber harian metro

DOKTOR DIUGUT DAN DICERCA !



Sudahlah kita kekurangan doktor wanita di bahagian sakit puan. Yang ada pun dimaki dan diugut bunuh. Siapa nak stay kat bidang O&G macam ni? Kalau aku doktor pompuan pun aku lari. Mana taknya, hidup stress, risiko litigasi dan medico legal tinggi dan kerja tak tentu masa. Ya lah...orang beranak bukan boleh tetapkan appointment bila anaknya nak keluar.
Jika ada aduan, gunakan saluran yang betul. Jangan beri alasan konon anda bukan siapa2/marhaen etc jadi aduan tidak akan dipandang. Jadi elok viralkan di media sosial konon impaknya lebih besar. Ini fitrah anjing sebenarnya. Semakin kerdil badan anjing itu, semakin kuat salakan anjing tersebut sekadar utk menarik perhatian seperti spesies chihuahua.
Bagi sesiapa yang tertinggal isu ini yg berlaku semalam boleh lah singgah dan baca di link ini: 
https://m.facebook.com/story.php…



Saya kecewa ada pula makhluk yang boleh sokong dan justifikasi komen2 biadap di sana. Kami suka apabila makhluk ini berkata dia tidak akan sesekali menggunakan khidmat kesihatan kerajaan. Dia ada insurans katanya. Thank you. Good riddance. Kalau accident kritikal dan koma mana2 hospital private takkan respond. Kat spital gomen gak ko tersadai. Pesan kat anak bini awal2 suruh sign borang ambil risiko mati dan bawak ke spital swasta. Tu pun kalu depa terima la. Kad insurans tak jamin depa terima. Depa terima kalau stable for transport saja. 😊
Saya tak peduli tuduhan2 bodoh individu ini yang mengatakan kakitangan hospital tak pernah kerja ikhlas, hanya mengejar gaji besar dan tunggu pencen. Ia adalah merupakan fitnah ke atas 268,712 penjawat awam KKM dan merangkaklah di akhirat nanti memohon ampun kepada mereka.
Cuma saya tertarik dengan komennya yang mengatakan servis kesihatan kita lebih teruk dari Romania dan Albania. Apalah dia merepek ni. 
Negara kita telah menduduki ranking perkhidmatan kesihatan no 3 terbaik di dunia mengikut ranking yang dibuat oleh sebuah majalah US. Rujuk link:
https://internationalliving.com/…/where-to-go-for-the-best…/

Apakah kamu tidak mahu bersyukur? Kita hanya dibelakang Perancis dan Uruguay. 
Dengan kos paling murah di dunia, kita berikan perkhidmatan bertaraf dunia. Mohon anda berpindah ke negara lain atau sila meninggal. 😊
Part dia menggelar doktor, jururawat Melayu sebijik macam babi tu saya malas nak komen. Kalau tgk gambar profile dia pun kita boleh tau siapa babi.
Note: saya tidak padam profile dan nama individu ini kerana dia meminta2 diviralkan. 
Your wish is granted.

Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir



Monday, May 23, 2016

NASIB GRABCAR DAN UBER KABINET PUTUSKAN



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sudah lama mengambiil perhatian dan rugutan pemandu teksi berkenaan dengan  kewujudan GrabCar dan Uber yang dikatakan telah menganggu punca rezeki mereka. Telah banyak surat, email dan di medium media sosial berkenaan rungutan mereka ini diterima. Namun pekara ini perlu diteliti dan diperhalusi sewajarnya dengan mengambil kira pendapat dan kemahuan rakyat. 

Akhirnya SPAD akan membentangkan kertas kerja akhir kepada Kabinet berkenaan isu perkhidmatan teksi, GrabCar dan Uber dalam tahun ini juga. Pengerusinya. Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kertas kerja peringkat pertama telah dihantar untuk disemak Unit Perancangan Ekonomi. Katanya, "Sebagai pelindung kepada pengangkutan awam darat, kami hendak tentukan bila kerajaan buat keputusan mesti ada Prosuder Operasi Standard (SOP), perlu adil. 

Syed Hamid juga berkata, SPAD turut membentangkan beberapa idea dan cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk diberi pertimbangan bagaimana kaedah perlaksanaan jika kita hendak menerima pemain-pemain lain seperti GrabCar dan Uber dalam industri perkhidmatan teksi ini. 

Syed Hamid menjawab pertanyaan wartawan ketika merasmikan pejabat SPAD Wilayah Selatan. Turut hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah. Pejabat SPAD Wilayah Selatan ini terletak di Menara MSC , Cyberport, Johor Bahru.

Pihak SPAD perlu diberi ruang dan masa untuk melihat perubahan undang-undang selain perlu mempertimbangkan beberapa usaha bagi melaksanakan perlaksanaan teksi yang dikehendaki oleh rakyat dan pengenndali teksi.

Dalam pada itu juga Syed Hamid menyeru kepada pemain-pemain perkhidmatan awam agar menyiapkan diri dengan ilmu dan teknologi baru untuk berhadapan dengan saingan yang lebih mencabar. Mereka perlu ubah strategi dan cara lama dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan jika tidak mahu ketinggalan. 





TUHAN DIARAH TUKAR NAMA

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mahu seorang lelaki yang bernama Tuhan menukar namanya kerana nama itu tidak layak diberi kepada manusia.
Ketua MUI Jawa Timur, Abdussomad Bukhori berkata, mengikut agama Islam penggunaan nama Tuhan pada manusia adalah tidak tepat.


“Tuhan disembah oleh manusia dan sebab itu nama itu tidak sesuai diberi kepada manusia kerana boleh menyebabkan syirik.
“Nama Tuhan hanya boleh digunakan sekiranya ada penambah nama di awal seperti Abdullah yang bermakna hamba Allah,” katanya.
Abdussomad mendesak lelaki itu menukar namanya dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya dia masih berdegil.
“Sekiranya dia masih enggan menukar nama saya menggesa pihak berkuasa tidak mengeluarkan kad pengenalan kepadanya,” tegasnya.
Sementara itu, Tuhan berkata, dia tetap bertegas enggan menukar namanya kerana yakin ibu bapanya memberi nama itu atas sebab yang baik.
“Sekiranya nama saya ditukar, semua dokumen seperti kad pengenalan, surat nikah dan dokumen lain perlu juga ditukar,” katanya.
Bapa kepada dua anak ini juga melihat tiada keperluan untuk menukar namanya kerana nama itu tidak pernah mendatangkan masalah kepadanya.

ADAKAH KUNING PADA BAYI BERBAHAYA ?



Biasalah kalau bayi yang baru lahir ada kuning sikit-sikit. Esok cuba jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi, akan kuranglah kuningnya. Inilah kata-kata biasa yang kita dengar apabila bayi dilahirkan mula bertukar warna kuning bermula di bahagian kepala turun ke kaki. Mungkin langkah awal ini boleh diambil bagi mengatasi masalah demam kuning pada bayi yang baru lahir.

Bagaimanapun jika warna kuning pada bayi berterusan, ibu bapa dan penjaga perlu membawa bayi mereka ke hospital atau klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dalam kebanyakan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan, jaundis, ia tidak berbahaya dan boleh hilang secara semula jadi dengan penjagaan rapi seperti memberikan bayi susu ibu sekerap mungkin.

Bagaimanapun jika bayi masih kuning dalam tempoh satu hingga dua minggu, jangan ambil ringan kerana dalam kes tertentu jaundis boleh membahayakan kesihatan dan menjejas pertumbuhan bayi dan memerlukan pemerhatian rapi daripada pakar perubatan.

Pakar Pediatrik KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun berkata, kira-kira 60 hingga 70 peratus bayi yang baru dilahirkan dengan demam kuning dan satu pertiga daripadanya hanya memerlukan rawatan fototerapi dan kekerapan pemberian susu ibu untuk pulih seperti biasa.

“Definisi demam kuning yang visible atau kelihatan adalah kuning pada mata, muka, leher bermula dari kepala dan turun hingga ke kaki,” katanya semasa ditemui di KPJ Kajang, Selangor baru-baru ini.

Demam kuning berlaku apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. Biasanya jaundis berlaku dari hari pertama hingga keempat tetapi bergantung pada jenis demam kuning. Jika selepas 14 hari bayi tidak ada tanda-tanda demam kuning, mungkin bayi terselamat daripada terkena penyakit utama bayi baru lahir.
Bilirubin adalah bahan yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Bilirubin dirembeskan oleh hati yang mempunyai peranan penting dalam sistem pencernaan. Kandungan bilirubin tinggi boleh disebabkan oleh pemecahan sel darah merah yang membebaskan bilirubin atau terdapat masalah dalam sistem hati serta salurannya.

Darah
Antara faktor yang menyebabkan demam kuning pada bayi adalah masalah darah ABO atau ABO incompatible iaitu darah ibu dan anak tidak sama O. Biasanya apabila darah ibu jenis O tetapi anak bukan O. Begitu juga apabila perbezaan dalam jenis darah Rh-ve dan Rh+ve.

“Demam kuning pada bayi baru lahir mungkin bahaya dan tidak bergantung kepada jenis bilirubin, masa dan tempoh bayi didapati kelihatan kuning dan tahap bacaan bilirubin dalam darah. Biasanya warna kuning pada bayi mula kelihatan pada usia dua hingga tiga hari setelah dilahirkan.
“Bayi menjadi kuning kerana proses semula jadi yang berlaku secara perlahan-lahan, iaitu tubuh bayi akan membuang semua sel darah merah lama yang digunakan dalam kandungan ibu dan digantikan dengan sel darah merah baharu,” katanya.

Faktor fungsi hati yang belum benar-benar matang juga turut menyumbang kepada keadaan kuning. Bilirubin yang terkumpul dalam darah akan dinyahkan daripada badan melalui najis dan air kencing bayi. Jadi adalah sangat penting untuk memastikan bayi terus diberi susu badan secukupnya dan bayi membuang air kecil dan besar.

Walaupun biasanya warna kuning pada bayi adalah normal, tetapi paras bilirubin yang terlalu tinggi akan mengubah keadaan menjadi tidak normal. Tahap bilirubin daripada sel darah merah yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak. Ini adalah sangat berbahaya kerana otak merupakan pusat kawalan seluruh badan. Dalam kes-kes yang tertentu boleh menyebabkan kecacatan kekal pada sistem otak atau hati sehingga menyebabkan pemindahan hati.

Enam tentera India terbunuh dalam serang hendap

Enam anggota tentera India terbunuh manakala senjata mereka turut dirampas sekumpulan pemberontak yang melakukan serang hendap terhadap konvoi pasukan itu di timur laut India.
Kejadian itu berlaku di daerah Chandel, kira-kira 120 kilometer ke barat daya Manipur ketika pasukan tentera dari ‘Assam Rifles’ itu dilaporkan baru pulang dari lokasi tanah runtuh bersempadan dengan Myanmar.
“Mereka diserang oleh sekumpulan puak pemisah yang menggunakan senjata automatik,” kata seorang pegawai kanan polis yang enggan dikenali kepada media