Thursday, December 24, 2015

KENAPA RUMITKAN BUKAN ISLAM MEMELUK ISLAM



Fathul Bari komplen mengapa seorang  pemuda bukan Islam begitu  susah untuk  memeluk Islam di Malaysia, akhirnya Pemuda itu di Islam setelah berjumpa dengan seorang lelaki yang istimewa.

Siapakah lelaki hensem yang telah membantu Pemuda tersebut memeluk Islam....?

Jawapannya disini...saksikan !

https://m.youtube.com/watch?v=K532A8IY6vo

https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1057549087623252/?pnref=story.unseen-section

PEMBELIAN EHP : KEPUTUSAN FGV KEKAL POSITIF



Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bangkit menjelaskan bahawa pengambil alihan dalam kepentingan PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi  diteruskan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan bukannya Felda Investment Corporation (FIC) seperti yang dilaporkan sebelum ini. 

Memetik sumber yang melaporkan sebelum ini, FIC dikatakan telah berunding dengan PT Rajawali Group bagi memiliki 37 peratus saham dalam EHP yang bernilai RM2.55 bilion.  

Pengambilalihan kepentingan EHP  ini amat penting kepada FGV kerana pergantungan kepada tanah seluas 350,000 hektar yang dipajak daripada Felda tidak mampu membuat FGV terus berkembang dimasa akan datang untuk kekal relevan dalam sektor perladangan.

Lokasi, keluasan tanah dan kesesuaian tanah merupakan faktor utama kenapa Indonesia kekal menjadi pilihan FGV.  

Menurut Tan Sri Isa, perbincangan ini hanya melibatkan  FGV dan EHP sahaja tanpa ada pihak-pihak lain terlibat. 

Beliau sangat berharap perbincangan yang terbaru ini akan berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak FGV dan EHP. 

Ditanya mengenai kejatuhan harga minyak sawit mentah, Tan Sri Isa menjawab," FGV sedang berusaha meningkatkan kualiti pengurusan ladang dengan berhemah agar dapat mengurangkan kos. 

Dalam pada itu FGV juga sedang giat menjalankan aktiviti hiliran menjelang 2020 bagi mencapai sasaran 40 peratus. 

Saat ini aktiviti perladangan telah meyumbang 75 peratus kepada pendapatan syarikat. 

Pemuda Selempang Merah berharap harga minyak sawit mentah akan kembali stabil menjelang 2017 dan 2018 seperti jangkaan mejoriti pengalisis. 


PEMUDA SELEMPANG MERAH (Bani Jawi).
  

Wednesday, December 23, 2015

PALESTIN SETELAH KEMPEN BOIKOT McDONALD's


Setelah sekian lama kempen boikot McDonalds ini dijalankan di Malaysia,  timbul persoalan didalam kotak fikiran saya, sejauh mana kempen ini memberi impak positif kepada keselamatan rakyat Palestin ?


Adakah Regim ganas Israel sudah menghentikan pencerobohannya di Tanah penempatan Palestin ? 


Atau adakah rakyat Palestin sudah bebas dan hidup aman damai dan selamat dari menjadi SASARAN keganasan tentera Israel ? 


Jawabannya sudah pasti amat mengecewakan bukan...!!!


Tidak seinci pun Tanah rakyat Palestin dibebaskan dan tidak ada seorang pun dari rakyat Palestin yang selamat dari buruan peluru-peluru yang memburu dan meratah tubuh badan mereka. 


Kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin tidak pernah berakhir bahkan setiap hari mereka semakin ganas dan bertambah biadap. 


Buktinya ;

(1) 5  Disember 2015 yang lalu empat orang penduduk Palestin ditembak mati oleh askar Israel kerana dituduh bersubahat membunuh anggota mereka di utara Tebing Barat, Ramalah.

(2)  15 Oktober 2015,  dua remaja Palestin ditembak mati polis Israel setelah disyaki mereka dalang yang menyerang anggota keselamatan Israel. Mereka dibunuh di dua  lokasi yang berbeza, seorang remaja berusia 20 tahun dan seorang lagi berusia 23 tahun.

(3) 11 Julai 2015, Israel merampas barangan bantuan termasuk Wang  yang dibawa kepada rakyat Palestin oleh beberapa Persatuan dari Malaysia yang mana Aman Malaysia menjadi penyumbang utamanya. Tindakan ini berikutan Aman Palestin telah diletakan dalam senarai pengganas oleh regim Israel. 

(4) 19 September 2015, tiga penduduk Palestin cedera selepas polis Israel melepaskan tembakan ke arah mereka di Kafr Kaddum yang berhampiran dengan Nablus. 3000 anggota polis dikerahkan ke sekitar Masjidil Aqsa setelah tercetus keganasan berikutan sambutan Tahun Baru Yahudi.

(5) 19 November 2014, sebuah rumah penduduk Palestin dibom tentera Israel setelah ada diantara ahli keluarga mereka dituduh merempuh dua penduduk Israel disebuah perhentian bas di Israel.


Ini merupakan sebahagian senarai keganasan regim Israel yang mampu saya kumpulkan bagi membuktikan bahawa selepas kempen boikot McDonalds yang dilaksanakan di Malaysia tidak langsung memberi kesan kepada tindakan Israel atau membantu pihak Palestin.


Bahkan regim Israel berterusan menganas tanpa henti setiap saat memburu dan membunuh penduduk Palestin. 


Adakah ini bermakna kita gagal dalam kempen boikot ini ??? Tidak !!! Tidak timbul persoalan kita gagal, tetapi kenyataan sebenarnya kita telah SALAH ! 


Kita telah salah memilih musuh dalam usaha memberi tekanan kepada Israel sedangkan McDonald's tidak ada kena dengan kezaliman Israel yang dilakukan terhadap penduduk Palestin. 


Tidak ada sekelumit pun sumbangan McDonald's kepada kempen keganasan Israel samada dalam bentuk sokongan mahupun sumbangan dana. 

SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA !


Pemuda Selempang Merah (Bani Jawi) 





  




Tuesday, December 22, 2015

FELDA MASIH BERUSAHA MILIKI EHP




Perancangan Felda dalam usaha untuk memiliki 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi belum berakhir. Usaha itu diteruskan melalui perjanjian yang telah disusun semula.

Ini berikutan keputusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menangguhkan cadangan pembelian EHP  pada November lalu telah  memberi laluan kepada Felda Investment Corporation (FIC) memulakan rundingan dengan PT Rajawali Group dalam usaha memiliki 37 peratus saham EHP yang bernilai RM2.55 bilion. 

Justeru itu, Felda melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation  (FIC)  akan membuat keputusan berkenaan pembelian EHP itu selewat-lewatnya Mac 2016.

Sudah tentu keputusan ini dibuat demi memelihara kepentingan dan kebaikan Felda keseluruhannya dimasa akan datang.

Oleh itu, walaupun keputusan ini bakal diputuskan oleh lembaga pengarah, namun masih ada pertimbangan tertentu yang perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.

Perlu diketahui bahawa perundingan ini masih lagi di peringkat awal, belum ada apa-apa lagi keputusan bagaimana bentuk pembayaran untuk memiliki 37 peratus saham dalam EHP.

Ini merupakan langkah awal FIC dalam sektor perladangan yang mana sebelum ini diuruskan oleh FGV.

Bagi pihak PT Rajawali Group, Pengarah Urusannya Darjoto Setyawan berkata, syarikat tersebut sedang mengkaji dan berbincang bagi memuktamadkan harga pembelian bagi perjanjian yang terbaru ini.

Saya bagi pihak Pemuda Selempang Merah yakin bahawa Felda akan membuat keputusan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat amnya dan warga Felda khasnya.













   

Monday, December 21, 2015

BOIKOT McDONALD's : SATU PANDANGAN ALTERNATIF



Saya merujuk kepada  beberapa penulisan berkaitan kempen  boikot  McDonald's.

Saya berpendapat imaginasi penulis-penulis tersebut setaraf cerita-cerita dongeng Barat yang gemar menambah garam dan gula sebagai bahan perisa.

Antaranya penulisan yang menyebut berkenaan hubungan McDonald's dengan Tentera Israel IDF melalui Jewish United Fund.


Kononnya sumbangan McDonald's kepada JUF melalui "Matching Gift Program"  berakhir di  IDF. 

Agak sukar untuk mempercayai imaginasi penulis seperti ini,  tapi inilah hipotesis mereka untuk memfitnah McDonald's. 

Seperti yang telah saya dedahkan sebelum ini, berikut merupakan jawapan ringkas pembohongan dan fitnah mereka  terhadap McDonald's Malaysia;

1- McDonald's Malaysia tiada kaitan langsung dengan aktiviti atau polisi yang dibuat oleh McDonald's Corporation.

2- JUF hanyalah salah satu dari ribuan NGO badan kebajikan yang mendapat derma dari McDonald's Corporation di Amerika dan bukannya McDonald's Malaysia.

3- Semua bantuan yang disenaraikan tidak ada satu pun sampai kepada IDF (JUF Affiliates & Beneficiaries) KECUALI  beberapa program pemulihan untuk bekas askar yang berkhidmat dalam IDF. 


Mungkin ramai diantara kita tidak tahu bahawa McDonald's di Israel juga diboikot oleh warga Israel kerana polisinya tidak membuka cawangan diatas tanah rakyat Palestin demi menghormati undang-undang antarabangsa yang tidak mengiktiraf pendapatan atau perniagaan di atas Green Line yang ditetapkan sebelum Perang Arab-Israel 1967.

Polisi ini menimbulkan rasa tidak senang penduduk Israel dan merasakan McDonald's mendiskriminasi mereka yang tinggal di penempatan  di atas tanah Palestin. 

Bahkan pemilik McDonald's Israel Dr Omri Padan merupakan salah seorang pengasas NGO Peace Now yang anti penempatan haram di atas Tanah Palestin. 

Logiknya di sini tidak mungkin seorang yang anti keganasan Israel akan menyokong mereka?

Mana-mana perniagaan pun yang menjalankan perniagaan di sesebuah negara akan menyumbangkan pulangan berbentuk peluang pekerjaan dan sumbangan ekonomi termasuklah McDonald's.

Rangkaian perniagaan McDonald's ada diseluruh dunia bukan hanya ada di Israel. Jika McDonald's perlu di boikot kerana menjalankan perniagaan di Israel, jadi bagaimana pula dengan perniagaan-perniagaan lain yang berniaga di Israel? Tidakkah semuanya perlu  diboikot?


Kenyataan sesetengah blog yang anti McDonald's bahawa McDonald's memberi peluang pekerjaan kepada warga Israel dan tidak kepada warga Palestin  kelihatan kebudak-budakan. 

Sebagai satu entiti perniagaan, McDonald's sudah tentulah memerlukan pekerja. Jika perniagaan itu dibuka di Israel, masakan pekerja Bangladesh pula hendak diambil sebagai pekerja?

Ada sesiapa pernah jumpa seorang Yahudi Israel bekerja di McDonald's Malaysia ? Sudah tentulah tidak ada kerana perniagaan ini dibuka di Malaysia, begitu juga jika ianya di buka di negara Israel. Apakah perkara semudah ini tidak mampu difikirkan oleh para penulis boikot McDonald's Malaysia? 

Berkenaan warga Palestin, polisi McDonald's adalah tidak menyokong atau terlibat secara tidak langsung dalam konflik agama dan peperangan, oleh itu sudah tentulah tiada cawangan McDonald's dibuka dikawasan berlakunya konflik tersebut. 

Oleh itu tiada isu berkenaan warga Palestin tidak diambil bekerja di Mcdonald's.

Sunday, December 20, 2015

KONSPIRASI TERKUTUK MENJATUHKAN PERDANA MENTERI





Konspirasi terkutuk yang dirancang oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.



Saturday, December 19, 2015

WARGA EMAS UZUR MENDAPAT KHIDMAT MENTERI



Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan sentiasa prihatin dan peka terhadap apa sahaja kesusahan yang menimpa rakyat. 

Begitulah juga yang berlaku disebuah lapangan terbang Kota Kinabalu. Seorang wanita warga emas mendapat layanan istimewa dari seorang Menteri. 

Menurut satu sumber dari laman Facebook, warga emas yang berkerusi roda tersebut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. 

Apa yang berlaku keluarga warga tersebut sudah menaiki pesawat dan krew yang sepatutnya membantu membawanya masuk agak sibuk menguruskan menyemak tiket penumpang yang lain. 

Dalam keadaan agak panik dan terpinga-pinga tidak disangka ada tangan yang istimewa datang membantu. Insan yang saya maksudkan itu adalah Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong cuba menenangkan beliau  dan membantunya menuju ke kuanter.  

Warga emas tersebut berasa amat bersyukur dan tidak menyangka yang membantunya itu adalah seorang Menteri.

Inilah satu contoh pemimpin yang lebih pentingkan kebajikan rakyat. Terima kasih Datuk Seri Wee, Pemuda Selempang Merah rasa bangga dan bertuah mempunyai  pemimpin yang mesra dan sering membantu rakyat.