Monday, October 19, 2015

Fitnah terbaru SR, tiada bukti Lembaga Pengarah diketepikan


1. Sehingga kini pertaruhan terbesar Sarawak Report (SR) dan pengkritik 1MDB dalam plot MENJENAYAHKAN NAJIB hanya berkisar kepada satu komponen perniagaan 1MDB, iaitu pelaburan AS$1.83 bilion di dalam usahasama dengan PetroSaudi.
2. Ini boleh difahami kerana tidak mudah untuk SR berbohong mengenai komponen perniagaan 1MDB yang lain, iaitu Edra Energy Global dalam bidang tenaga dan pembangunan hartanah melibatkan Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, lebih-lebih lagi apabila pelan rasionalisasi 1MDB menunjukkan perkembangan yang menggalakkan.
3. Bagaimanapun SR cuma mampu mengitar semula data dan maklumat lama yang diterima daripada Justo. SR tidak mempunyai cerita baru kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan 1MDB dengan penyelewengan wang, penggubahan wang haram dan sebarang salah laku.
4. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA). Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR. Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA. Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA. Jho Low telah meletak jawatan sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009, sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada 1MDB. Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat, ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB.
5. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR, melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.
6. Paling penting, SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi. Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low, membeli rumah mewah di New York, membiayai filem Riza Aziz di Hollywood, kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib. Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion. Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015.
7. Kemudian SR cuba menggambarkan bahawa usahasama dengan PetroSaudi dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pengarah. SR mendedahkan sebahagian daripada kandungan minit mesyuarat untuk menunjukkan kononnya mereka menyatakan perkara yang benar. Namun apa yang SR gagal buktikan melalui pendedahan minit ini adalah tiada sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa Pengerusi dan Lembaga Pengarah tidak bersetuju dengan perjanjian dan usahasama dibuat. Malah dimaklumkan bahawa setiap butir perjanjian usahasama ini telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah, telah diteliti dan dipersetujui oleh mereka.
8. SR dalam laporannya cuba menggambarkan PetroSaudi sebagai sebuah syarikat yang kecil dan tidak boleh diyakini. Sedangkan PetroSaudi adalah sebuah syarikat eksplorisasi dan pengeluaran minyak ternama yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai ibu pejabat di London, United Kingdom, Riyadh, Arab Saudi dan Geneva, Switzerland. PetroSaudi mempunyai pelbagai projek di Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika dan beberapa rantau strategik. PetroSaudi juga memiliki kapal dan melaksana operasi cari gali minyak, yang pertama PetroSaudi Saturn, dibina pada tahun 1983 oleh Keppel Fels, Singapura dan beroperasi sejak 2010. Kedua, PetroSaudi Discoverer, dibina pada tahun 1977, berkapasiti kasar 5,897 ton dan boleh mencari gali sedalam 20,000 kaki ke dalam paras laut.
9. Selain cuba memperkecilkan PetroSaudi, SR juga cuba mempertikaikan penilaian aset PetroSaudi yang dibuat oleh Dr Edward L Morse dan Dr Daniel P Ahn. SR mungkin tidak sedar bahawa Dr Morse mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai penganalisis dalam sektor minyak dan gas antarabangsa. Manakala Dr Ahn pula mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang yang sama. SR juga gagal menunjukkan sebarang bukti dan laporan yang menyanggah penilaian yang dibuat oleh Morse dan Ahn, yang merupakan seorang juru nilai petroleum dan gas yang profesional, dihormati oleh industri dan mempunyai track record yang cemerlang.
10. Walaupun apapun spin terbaru SR, berputar, berpintal dan berbelit, cuba mengaitkan dana 1MDB dengan pelbagai akaun dan individu, serta pelbagai salah laku, namun hakikat yang jelas - jika BENAR AS$700 juta lesap daripada pelaburan AS$1.83 bilion dalam PetroSaudi ini, pasti baki wang pelaburan hanya AS$1.13 bilion BUKAN AS$2.318 bilion. Jika usahasama ini merupakan satu penipuan, maka ia mungkin satu 'penipuan' yang menguntungkan kerana tiada wang yang lesap malah beroleh keuntungan sebanyak AS$488 juta.

Saturday, October 17, 2015

Program Jenayah Siber: Ancaman dan Kesan kepada Masarakat.


Program ini merupakan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, PIBK Parlimen Kota Tinggi dan Biro Pendidikan Kota Tinggi.


Objektif utama penganjuran program ini adalah memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya golongan pendidik dalam menangani gejala ini dan sekaligus memastikan teknologi komunikasi dan maklumat serta penggunaan Internet digunakan untuk tujuan yang berfaedah.
Mereka juga akan didedahkan jenis ancaman & bentuk perlakuan yang dikategorikan sebagai jenayah siber yang dapat dielakkan oleh mereka . Program ini di rasmikan oleh Encik Md Din Bin Hussien, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Head of Delegation from Communist Party of China and President of National Society


Courtesy call by Mr Yu Yun Yao, Head of Delegation from Communist Party of China and President of National Society for Party Building Studies.

This time the ma wah on behalf of the assembly, for the first time the invitation of the Chinese Communist Party Representative to attend. The delegation of the communist party of the Chinese Communist party is the national party chairman, the study will be liable to build cloud-yiu, LED by Mr. escaped this morning to come to the cloth city traffic, I'm glad to receive them. Thanks for the CCP ATTENTION MA WAH ASSOCIATION REPRESENTATIVES of the general assembly, this is ma wah reform transition plan, it is very important, that's a piece of expanded and diplomacy, with the establishment of international connections. Hope that the two parties to deepen the exchange.

Courtesy call by Mr Yu Yun Yao, Head of Delegation from Communist Party of China and President of National Society for Party Building Studies.

MH17 : MALAYSIA TIDAK TUDUH SESIAPA




Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada julai tahun lalu telah banyak menimbul pelbagai versi cerita di medium media sosial di seluruh dunia. Kebanyakannya tidak berasas dan lebih kepada spekulasi untuk menimbulkan ketegangan antara negara. 

Masing-masing membawa pelbagai teori untuk menyokong pendapat mereka. Tanpa menghiraukan perasaan keluarga mangsa dan hubungan antara negara. Tindakan mereka langsung tidak membantu usaha kerajaan menyelesaikan masalah ini. 

Menurut laporan yang baru dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengesahkan bahawa peledak jenis 9N314M  dilancarkan oleh BUK pada jam 3.20 petang waktu tempatan (9.20 malam waktu Malaysia) dari kawasan 320 kilometer persegi di timur Ukraine.

Pendakwa raya Belanda yang menjalankan siasatan jenayah antarabangsa telah mengenalpasti beberapa individu berkepentingan sebagai dalang kejadian ini. Namun begitu kerajaan Malaysia berpendapat laporan tersebut tidak menyalahkan sesiapa samaada Russia atau mana-mana puak pemisah. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Lai berkata," dia tidak melihat laporan ini sebagai satu tuduhan kepada mana-mana pihak termasuk Russia. Setiap pandangan akan diambil kira oleh penyiasat teknikal. Ini bagi menjawab kenyataan Duta Russia ke Malaysia, Velery N Yermolov yang meminta Malaysia tidak menuding jari berhubung tragedi MH17. 

Kita berharap, Kerajaan Russia janganlah cepat panas kerana dalam laporan tersebut tidak menyatakan kerajaan Russia terlibat. Laporan itu hanya menyatakan bahawa senjata BUK telah digunakan, namun tidak dinyatakan mana-mana pihak yang menembaknya. Walaupun kita tahu senjata BUK itu adalah buatan Russia. 

Kolenel Mohd Sakri Hussin yang mengetuai pasukan 12 anggota "The Dozen" yang juga Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN)  berpendapat Russia dan Ketua Kumpulan pemisah, Alexandar Borodai bukan Dalang yang menembak jatuh pesawat MH17. 

Bahkan Mohd Sakri mengambarkan wujud unsur drama yang dirancang oleh beberapa negara dengan menuding jari terhadap Russia.  

Bagi saya, jika ini drama seperti yang digambarkan oleh Mohd Sakri, ia seolah-olah drama yang telah berulang kali ditayang dalam filem Hollywood, mengunakan senjata lawan untuk mensabitkan kesalahan kepada lawan sedangkan pesalah sebenar dapat melepaskan diri. 

Bagi membalas Laporan Akhir MH17 tersebut, Duta Russia ke Malaysia, Velery Yermolov mendakwa tentera Ukraine juga mempunyai peluru jenis itu, sedangkan Russia telah menghentikan penggunaannya sejak 2011.

Oleh itu, berdasarkan laporan tersebut kerajaan Malaysia tidak berhasrat menyalahkan mana-mana pihak dalam tragedi ini. Namun begitu, siapa pun yang bertanggungjawab, mereka pasti tetap akan dibawa ke muka pengadilan. 




Wednesday, October 14, 2015

TEKSI BEBAS JEJAS 50 PERATUS PENDAPATAN PEMANDU TEKSI



Siapalah yang tidak marah jika tempat mereka mencari rezeki diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas. Inilah yang berlaku kepada pemandu -pemandu teksi di Lembah Klang yang mendakwa bahawa pendapatan mereka terjejas sehingga 50 peratus. Ini kerana timbulnya teksi-teksi jadian dan kereta sapu yang mencuri pelanggan mereka. 

Kadang-kadang kita hendak salahkan seratus peratus kepada teksi-teksi sapu ni  pun tak boleh juga. Sikap pemandu teksi di negara kita pun ada masalah juga. Ada yang melaporkan sesetengah pemandu teksi tidak mengunakan meter. Mereka "deal" dengan pelanggan dengan harga-harga tertentu yang mana pelanggan tidak dapat tidak terpaksa mengunakan khidmat mereka kerana kesuntukan masa dan sebagainya. 

Pengerusi Persatuan Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor, Saari Omar berkata sikap dan mentaliti segelintir pemandu teksi yang masih di takuk lama punca penguna memilih kereta atau teksi sapu ini. 

Mereka datang dengan pelbagai jenis jenama menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dan cepat. Ia bagaikan satu mimpi buruk kepada pemandu-pemandu teksi yang sah kerana mereka kehilangan sehingga 50 peratus pendapatan mereka.  Sudahlah dibebani dengan pelbagai bayaran termasuk sewa teksi dan pemeriksaan Puspakom.

Oleh itu ada sesetengah dari pemandu teksi ini terpaksa berkerja lebih masa sehingga larut pagi, kadang-kadang tidak sempat berehat. 

Satu kumpulan yang dikenali sebagai Badan Bertindak Pemandu Teksi (BBPTB) menuntut kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi bebas kerana ia menjejaskan pendapatan pemandu teksi lain. 

Saya setujulah teksi bebas ini dibenteras, pada masa yang sama sikap pemandu teksi kita pun patutlah diubah. Amalkan sikap yang baik dengan mementingkan kesejahteraan penumpang. Pemandu teksi ini adalah pintu utama pelancong datang ke negara kita. Jagalah nama baik negara kita dengan memberi perkhidmatan yang baik dan profesional. 



KEBENARAN MH17

MH17: KEBENARAN AKHIRNYA TERUNGKAP, MEREKA TERBUKTI WIRA KITA!
Aku mengambil masa kira-kira dua jam membaca segala maklumat dan informasi mengenai laporan penyiasatan Lembaga Penyiasatan Belanda berhubung nahas pesawat MH17 yang akhirnya diumumkan secara rasmi sebentar tadi. Sah, pesawat malang itu ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine.
Namun ketika sedang kusyuk membaca laporan berkenaan, kelopak mataku tiba-tiba bergenang apabila Pengerusinya, Tjibbe Joustra menyebut yang peluru berpandu itu RUPANYA meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.
Aku kutip kata Joustra;
" Bahagian hadapan pesawat itu ditembusi oleh beratus-ratus objek berkuasa tinggi daripada bahan peledak tersebut. Berikutan daripada impak dan letupan berikutnya, tiga anak kapal dalam kokpit terbunuh serta-merta dan pesawat itu berkecai di udara,"
Ia sekaligus memberitahu kita, tiga anak bangsa Malaysia yang berada di kokpit iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin, pembantunya Ahmad Hakimi Hanapi dan Muhammad Firdaus Rahim adalah TIGA MANGSA PERTAMA yang dijemput Allah SWT dalam insiden malang itu.
Bayangkan kecederaan dan luka parah di tubuh mereka akibat dihinggapi bahan dan serpihan peluru berpandu itu. Bayangkan kesakitan yang mereka tanggung, impak daripada tembakan yang dilepaskan mereka yang sungguh tiada perikemanusiaan itu!
Namun aku bersyukur, kerana laporan itu sekaligus menunjukkan ketiga-tiga mereka terbukti telah menjalankan amanah dengan begitu baik sekali. Siasatan langsung tidak menemui sebarang kecuaian di pihak juruterbang, termasuk tindakan 'luar jangka' daripada mereka sewaktu mengemudi pesawat itu. Siasatan juga secara jelas membuktikan mereka langsung tidak melanggar sebarang prosedur penerbangan antarabangsa, malah tuduhan sebelum ini yang mengatakan mereka mengikut 'route' atau laluan yang salah juga tidak benar kerana siasatan menunjukkan beratus pesawat juga menggunakan laluan yang sama sebelum insiden tersebut berlaku.
Allah maha adil. Kebenaran akhirnya tersingkap juga. Pada keluarga Allahyarham Wan Amran, Ahmad Hakimi, Muhammad Firdaus dan krew-krew yang terbunuh, berbanggalah kerana terbukti kesemua mereka telah menjalankan tanggungjawab yang terbaik seperti mana yang diamanahkan di bahu masing-masing. Kita rakyat Malaysia juga patut berbangga kerana kesemua mereka adalah WIRA sebab mengangkat nama baik negara dalam dunia penerbangan antarabangsa.
Marilah kita sedekahkah Al-Fatihah pada mereka dan kesemua penumpang beragama Islam yang terbunuh, pada mereka yang bukan Islam, semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada keluarga mereka dalam menghadapi hari-hari yang penuh kesukaran ini.
Pada Kapten Wan Amran, Ahmad Hakimi dan Muhammad Firdaus...kamulah wira kami yang sebenarnya. SALUTE!

KITA BUKAN BERASAL SENANG



BERSYUKURLAH

Bukanlah senang kalau  zaman dulu nak masak Gulai atau Kari. Bukan macam sekarang ..celik-celik mata dah ada depan mata. Santan beli peket. Daun kari atau karapole beli kat pasar. Kebanyakan sudah tersedia ....itu pun pemalas. 

Biasanya dulu-dulu, Seawal pagi sudah kena kait buah kelapa dan kupas kulitnya. Ambil kapak atau golok belah buah kepala dan parut guna kukur kelapa atau lebih dikenali di sebelah utara "kukuq nyioq". Biasanya aku paling suka naik "kuda" ni. Lepas sudah habis kukur barulah kelapa itu diperah untuk diambil santannya. 


Bayangkanlah, hanya ingin mendapatkan santan beberapa proses dari kait buah kelapa, kupas, kukur dan perah. Sedangkan  hari ni proses tu boleh didapati di kedai dengan kos RM1.80 ke RM 2.80 sen sepeket / sekotak. 

Itu belum lagi bab nak cari kayu api, belah kayu api, susun dan tutup kayu api dengan tikar atau simpan dekat dapur rumah untuk elak dari kena hujan.  


Hendak nyalakan api pun bukan senang, kena susun betul kayu api, guna kertas untuk selit di celah-celah kayu api. "Cucuh" kertas tu untuk bantu ia menyalakan api. Bila api dah menyala bukan ada suiz nak control api ...kena pastikan api tidak terlalu kuat.  Kalau dulu sapa ada dapur minyak tanah ...kira canggih laa. 

Hari ni petik suiz saja terus menyala api. Bila tak de gas, boleh guna dapur elektrik...pendek kata semuanya mudah. Itu pun mengeluh macam-macam. 


Betapa susahnya orang dahulu nak menyediakan makanan untuk anak-anak dan suami. Mereka tak de laa banyak mengomel macam orang sekarang. Yang aku tulis tu sikit saja. Belum kes nak makan nasi, dari beras yang masih berkulit sehinggalah di tanak menjadi nasi. 

Oleh itu bersyukurlah...bersyukurlah, nikmat yang Allah beri kepada bangsa kita ini cukup banyak. Kemewahan, kemudahan , keamanan....tak boleh dijual beli dan di tukar ganti. 

Bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur.


Mohammad Firdaus Hasnel
Langgar, Alor Setar Kedah