Showing posts with label ustaz kazim. Show all posts
Showing posts with label ustaz kazim. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

USTAZ KAZIM DI MAKAN SERIGALA KATA ADMIN FB NIK AZIZ ...!!!



Saya tertarik dengan istilah 'pendakwah bebas' yang selalu disebut-sebut oleh masyarakat. Saya faham maksud bebas tersebut ialah tidak terikat dengan mana-mana fahaman organisasi khususnya politik. Tetapi sebenarnya, pendakwah sebenarnya tidak mungkin bebas. Dalam arus politik, seseorang semestinya mempunyai pendiriannya masing-masing apatah lagi seorang pendakwah yang bertanggungjawab membawa kebaikan kepada masyarakat. 


Di dalam Islam, cuma ada iman atau kufur. Di akhirat kelak, cuma ada neraka atau syurga. Begitu juga di dunia, yang ada ialah benar atau batil. Seorang pendakwah wajib memilih untuk menyeru manusia kepada kebenaran atau kebatilan. Dia tidak boleh bebas tanpa apa-apa pendirian politik. Jika dia benar-benar menjadi bebas dari sudut pendiriannya, lambat laun mudahlah ia dimakan oleh 'serigala'.

Justeru, saya tidak pelik jika mana-mana 'pendakwah bebas' tiba-tiba dimakan oleh 'serigala'.

takkan sindir ustaz kazim elias kot..mmg ade pihak yg betul n salah..contoh antara umno dan pas..takkan umno 100% salah smpai xde betul lgsung..takkan pulak pas 100% betul xde salah lgsung..xde manusia yg perfect pnah lahir kt bumi ni..andai kata org tu pilih umno..takkan serta merta nk ckp die salah..tu statement org yg selfish je..aku tgk org umno bhagian tmpat aku..bgus jgk org nye dr segi agama..mebi die yg nk cube unah parti umno dr dalam tnpa cube tubuhkan parti bru..bnyk lg jalan lain..nk jd ngare bgus x smesti nyer tubuh kan parti bru pastu lwan umno..kot2 ubah dr dalam pon boleh..ape pun..pnyokong je aku tgk melebih2..jgn nk laga kn sesame sndiri

 Dah tu nk sume ustaz and ulama masuk pas?lg jahanam la kerajaan yg tgh tadbir ngare skrg klu xde pnasihat bab2 agame..at least ade la jgk walaupon pemimpin atasan x mndgr sgt bab agame..tp takkan la nk biar hnyut tros..yg lpas tu mebi dah jd mcm tu..yg bru ni bg la sokongan..utk kekuatan die tros kn..die ustaz,sggup tahan caci maki walau pon berdakwah..agk2 kite bleh ke tahan klu mcm tu jd kt kite..

ak ska ja dgq UKE pnya cramah.wlaupun ak skong..dia umno ka pas ka.jnji ilmu 2 pnting..jgn kta smua x ska dia..

habis tu nak harapkan USTAZ-USTAZ dan guru2 yg ada hari ini nak menyatukan umno dan pas ??? SORRY TO SAY tok guru.. mereka semua takkan mampu...sebab mereka hanya akan menggalakkan perpecahan disamping memaki hamun sesama ummat.. UMNO jika tanpa golongan agamawan dikatakan teruk dan sekular..malah lebih keji dan hina ada yg kata UMNO itu KAFIR.... tapi bila UMNO mengambil golongan agamawan juga dikatakan teruk... mana satu ni ?? Pemikiran double standard apakah ini ?? 
Patutnya PAS patut rasa malu kerana ''sebuah parti sekular'' mengambil golongan Ustaz dan pendakwah utk menjadi penasihat mereka... cukup2 lah dengan apa yg PAS dah buat pada Hassan Ali, Cikgu Non, Ustaz Nasharuddin.. dan sbgainya... hari ini nak tohmah dan keji Ustaz Kazim pula ?? Hormat saya pada parti yg konnnya mmperjuangkan Islam ini telah semakin luntur..

Seandainya Allahyarham Ustaz Fadhil Nor masih hidup Ya Allah....

Asw...siapalah kita utk menilai?? Biarlah Allah yg tntukan sapa yg bnar dan slh. Lbh baik kita diam dari berkata-kata wahai saudara-saudaraku drpd mngluarkan kata yg kesat dan mncerca. Ssunggunya nabi pun lmbut dlm adab dan tutur kata...smoga Allah permudahkn n mbntu umat yg ingin mnegakkn jihad n fisabilillah...tdk kira kepartian. Sama2 kita berdoa utk kbaikan agama Islam dan bngsa melayu sluruhnya....in sya Allah

Tak bolehkan tuan guru mendoakan mudah2an parti lawan tn guru mendapat bimbingan ke arah yg lebih baik. Tn guru lebih arif dlm bab keagamaan, tak bolehkan tn guru bersikap husnuzon, bersangka baik. Susunan Allah cantik. Mgkn ini langkah permulaan ke arah penyatuan ummah di negara kita. Klu tn guru tidak berminat, jgn la seakan menghasut dan sentiasa bersikap prejudis. Sebagai org yg lbih tua, seeloknya kita hendaklah menjadi pendamai ke arah kesatuan ummah dan perpaduan ummah.

USTAZ KAZIM DICEMUH?




Pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias melahirkan rasa kesal terhadap tindakan orang ramai mencemuhnya dilaman sosial Facebook, setelah beliau dilantik menjadi seorang dari ahli Majlis Tertinggi Umno, secara lantikan.

Kazim yang masih terkejut dengan pengumuman itu bagaimanapun berkata beliau menerima pelantikan itu bagi meneruskan perjuangan dakwahnya.

"Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus,

"Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat? Apa salahnya doakan yg terbaik, bila tidak ada orang agama dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk.

"Saya tak faham. Kalau tak tahu apa-apa alangkah baik kalau diam..," katanya yang dipetik daripada status di akaun miliknya di laman sosial Facebook.

Antara tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah 'tanda-tanda akhir zaman, orang berilmu yang mengetahui kemungkaran sanggup mengiyakan kemungkaran demi kedudukan dan wang ringgit' selain dituduh sebagai ustaz Umno.

Kazim juga dicemuh sebagai kaki temberang apabila sebelum ini beliau berkali-kali menafikan bahawa dirinya adalah ahlu Umno.

Kazim juga disaran pelayar internet agar menolak pelantikan itu dan hanya menumpukan usaha kepada menjadi pendakwah yang disegani dan bebas daripada apa-apa ikatan.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan pelantikan tambahan sembilan lagi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Antaranya adalah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Luar), Datuk Johari Abdul Ghani (Ahli Parlimen Titiwangsa), Datuk Irmohizam Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Adun) Lanchang, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah (Bekas Naib Canselor UiTM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Yang Dipertua YADIM) serta Ustaz Mohammad Kazim Elias (pendakwah).

Tengku Adnan berkata, pengumuman pelantikan berkenaan dibuat bagi melengkapkan 13 ahli tambahan MT parti itu sebagaimana yang terkandung dalam fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno.

Terdahulu, Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan dilantik pada mesyuarat pertama MT, 22 November lalu.

Mengulas lanjut Kazim berkata beliau akan mengadakan satu sidang media di PPR Setapak pada jam 9 malam ini bagi menjelaskan kepada orang ramai berhubung perkara ini.

"Saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dengar penjelasan saya. Dalam hal ini sepatutnya bagi pandangan atau nasihat, bukan maki hamun, fitnah dan cacian.

"Bab lantikan MT UMNO ni baru sangat saya dijemput, diminta bantu apa yang patut untuk Islam. Itu pun jadi masalah, jadi isu? Saya ada prinsip saya. Tak pernah dengar ceramah saya, tapi nak komen lebih-lebih,, Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yang diberi pada saya dan saya jugak kena jaga banyak perkara dari keluarga, sekolah, kuliah-kuliah saya, anak murid saya, pengikut kuliah saya dan lain lain.

"Bagi anda yang betul ikhlas dalam memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang seperti yang saya sebutkan tadi," tegasny
a - ANTARAPOS.