Showing posts with label serang. Show all posts
Showing posts with label serang. Show all posts

Tuesday, March 7, 2017

"SERANG" BALAS KOREA UTARA





Seperti yang telah diduga, Korea Utara tidak akan berdiam diri dan kini mula membalas "serangannya" kepada Malaysia apabila mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke negara itu sebagai 'pesona non grata'. Mohamad Nizan Mohamad diarah meninggalkan Pyongyang dalam tempoh 48 jam bermula jam 10 pagi waktu tempatan.

Tindak balas Korea Utara itu telah dilaporkan oleh agensi berita tempatan KCNA. Arahan dikeluarkna sejurus Duta Besar Korea Utara, Kang Chol meninggalkan Malaysia jam 3.55 petang waktu Malaysia.  

Apa yang melucukan ialah, Duta Malaysia ke Korea Utara sudah dipanggil pulang oleh kerajaan dan beliau telah berada di Malaysia sebelum perintah itu lagi. 


Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Ke­tua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala Kementerian Luar Malaysia, Raja Nushirwan Zainal Abidin. Beliau berkata, tindakan Korea Utara itu sudah dijangka dan tidak mengejutkan.


Kang Chol diarahkan me­ninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam selepas Malaysia mengambil tindakan tegas de­ngan mengisytiharkan beliau sebagai ‘persona non grata’ (orang yang tidak dihargai) dan mengarahkan pegawai berkenaan me­ninggalkan negara itu.


Keputusan itu diumumkan menerusi satu Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Besar Korea Utara selepas Kang Chol dan pegawai kanan dari kedutaan itu tidak hadir untuk bertemu Timbalan Ketua Setia­usaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin di Wisma Putra di Putrajaya, Malaysia.

Apa pun tindak Korea Utara, siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari tetap akan diteruskan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan. 




Wednesday, May 11, 2016

KALAULAH AKU BERUBAH....

KALAULAH...

Ada seorang pemuda berjiwa besar. Dia mengimpikan untuk mengubah dunia. Namun semakin dewasa dan bijak dia mula menyedari bahawa dunia tidak boleh diubah. Maka dia pun berazam untuk mengubah negaranya sahaja.

Beberapa waktu telah pun berlalu. Dia mula sedar bahawa negara juga sukar untuk diubah. Dengan baki usianya yang makin lanjut, dia cuba  mengubah keluarganya. Namun tiada siapa pun dari keluarganya mahu berubah.

Kini dia hanya mampu terlantar di katil sambil menunggu ajal. "Kalaulah aku mengubah diriku dahulu, tentu aku menjadi teladan kepada keluargaku untuk berubah. Daripada inspirasi serta galakan mereka, aku mungkin mampu menjadikan negaraku lebih baik.

Dan siapa tahu, dengan semua kejayaan itu aku mungkin boleh mengubah dunia.

Sumber #Friends of Kedaulatan