Showing posts with label friends of BN. Show all posts
Showing posts with label friends of BN. Show all posts

Monday, May 16, 2016

MAJLIS PERASMIAN BANGUNA BARU PDK HARAPAN KAMPUNG PERTING



Membantu mereka yang kurang upaya adalah satu perbuatan yang prihatin dan murni. Saya berasa bangga menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Baru PDK Harapan Kg Perting dimana mereka yang dirawat di pusat ini sekarang boleh menikmati fasiliti yang lebih baik. Saya menyeru masyarakat umum supaya meluangkan masa untuk mendekati dan membantu mereka.


Turut hadir dalam majlis hari ini adalah Dato Hoh Khai Mun, Senator Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Pahang, En. See Sian Chee, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa, En. Cheong Teng Loke, Penolong Pengerusi dan Pn. Yong Cheong Lai, Penyelia PDK Harapan Kg Perting.

Datuk Seri Liow Tiong Lai
Presiden MCA

Wednesday, May 11, 2016

DUA PEGAWAI IMIGRESEN TERLIBAT JENAYAH



Penyeludupan manusia semakin berleluasa di Malaysia. Apa yang malang dalang yang membuat kerja onar ini adalah orang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjaganya.

Semalam dua pegawai imigresen ditahan selepas didapati mereka terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia mengunakan pasport Malaysia palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Ketua  Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dua pegawai tersebut adalah antara enam individu warga negara Malaysia yang terlibat dalam komplot ini bersama 10 individu dari Sri Langka dan 3 warga India.

Pecahan mereka yang ditahan terdiri daripada :
-6 orang ejen,
-3 runner ,
-2 fasilitator,
-5 pendatang dari Sri Langka.

Memang bukan calang-calang orang dalam sindiket penyeludupan manusia ini.  Mereka disyaki teribat dalam aktiviti penyeludupan warga Sri Langka menggunakan pasport palsu negara ini untuk tujuan perjalanan ke Geneva, Switzerland.

Tahniah #PDRM kerana berjaya membongkar sindiket penyeludupan manusia ini. Kepada mereka yang menjadi duri dalam daging kepada perkhidmatan imigresen, hukuman yang berat wajar dikenakan agar menjadi pengajaran kepada yang lain.

Sumber :
#Friends of Kedaulatan