Showing posts with label PBB. Show all posts
Showing posts with label PBB. Show all posts

Friday, March 25, 2016

MH17 : PENJENAYAH TIDAK AKAN DIBIARKAN



Bagaimana sukar sekalipun, penjenayah yang menembak jatuh pesawat MH17 tetap akan kita perjuangkan sehingga mereka yang bertangungjawab dihadapkan kemuka pengadilan.

Walaupun Russia mengunakan kuasa vetonya  menolak resolusi yang dibentangkan oleh Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan tribunal antarabangsa, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang dianggotai oleh Malaysia, Belanda., Australia, Belgium dan Ukraine akan tetap menfailkan pertuduhan sebaik sahaja siasatan jenayah perbuatan menembak jatuh pesawat MH17 selesai.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pasukan JIT telah tiba dinegara bagi mebincangkan prosuder tindakan undang-undang seterusnya terhadap pihak yang menembak jatuh pesawat MH17. 

Malaysia hanya menunggu siasatan jenayah diselesaikan setelah siasatan teknikal insiden tersebut telah mendapat keputusannya. Bagi pihak negara kita, Peguam Negara sedang berusaha mencari kaedah terbaik bagi membawa penjenayah yang menembak jatuh MH17 dibawa ke muka pengadilan. Syukurlah usaha Malaysia ini juga mendapat kerjasama dari pihak berkuasa undang-undang dari negara lain yang terlibat dengan insiden ini. 

Malaysia dan negara-negara yang terbabit dalam insiden MH17 akan terus berusaha dan terus berjuang bagi mendapatkan keadilan untuk semua mangsa dan juga keluarga mereka.

 Kerajaan sedar dan memahami penderitaan mereka kehilangan orang tersayang dan tempat bergantung. Oleh itu kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan jawatankuasa dalam menyelaraskan pemberian pampasan kepada waris mangsa MH17.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementeriannya akan mempercepatkan pemberian pampasan dan juga akan membantu menyelesaikan masalah segelintir waris mangsa MH17 yang mempunyai dua sijil kerakyatan. Kerajaan juga sebelum itu telah sudi memberikan bantuan secara "one off" sebanyak RM20,300 kepada setiap waris penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden MH17. 

Pemuda Selempang Merah yakin pekara ini tidak akan selesai dengan mudah dan akan mengambil masa yang panjang. Semoga kaum keluarga mereka yang terlibat dalam insiden ini dapat terus bersabar dan yakin dengan usaha yang telah dilakukan kerajaan Malaysia. 



  







Thursday, November 26, 2015

LIOW KETUAI DELEGASI IMO DI LONDON



Kerajaan telah memutuskan untuk menghantar delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Maritim Antarabangsa (IMO) di London yang akan diketuai oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah bermula sejak isnin lalu  hingga 2 Disember ini. 

Perhimpunan dwitahunan itu akan disertai oleh menteri pengangkutan dan pegawai kanan maritim dari negara anggota IMO. IMO yang terdiri dari 171 negara anggota dan tiga negara anggota bersekutu akan membuat pemilihan 40 anggota majlis bagi penggal 2016- 2017 semasa perhimpunan agung kali ini

IMO adalah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan sejak 1948 lagi yang mana Malaysia telah menyertainya pada 1971. IMO ditubuhkan bagi membangun dan mendokong rangka kerja awal bagi menyelia secara komprehensif untuk perkapalan. Antara bidang kuasanya termasuklah isu keselamatan, kesedaran hal ehwal alam sekitar dan undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan pekapalan. 

Malaysia sebagai sebuah negara Maritim yang terletak di pusat Asia yang berada ditengah-tengah dua laluan terpenting dunia iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan perlu memainkan peranan yang penting kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. 


Jika dahulu perlabuhan di negara kita dilihat agak ketinggalan berbanding dengan negara jiran, namun hari ini kita telah bejaya memiliki pelabuhan yang besar dan mampu mengendalikan jumlah kontena setanding dengan negara maju.

Negara kita boleh melakukan sesuatu kerana sebahagian besar perdagangan antarabangsa Malaysia merentasi lautan keseluruh pelosok  destinasi dunia. Negara kita juga pernah dijemput ke luar negara untuk berkongsi pengalaman pengurusan pelabuhan. Bagi saya itu sudah cukup membuktikan negara kita sebagai sebuah negara maritim. 


Dalam pada itu saya berharap untuk penggal 2016 ~ 2017  Malaysia  terus dipilih mengekalkan kerusi IMO yang berjaya dimenangi pada 2014 ~ 2015. Sebelum ini Malaysia telah berjaya memperolehi sebanyak 125 undi daripada 170 ahli bagi kategori C untuk penggal 2014 - 2015.


Kejayaan itu merupakan pencapaian dan pengiktirafan yang amat membanggakan terhadap negara sekaligus mencerminkan kegemilangan Malaysia dalam memainkan peranan bagi sektor maritim dunia.






Sunday, March 24, 2013

SABAH HAK MALAYSIA : PBB


BAGAN DATOH 23 Mac - 
Malaysia tidak akan melayan hasrat ketua kumpulan pengganas, Jamalul Kiram III untuk membawa isu pencerobohan di Lahad Datu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana Sabah diakui sebahagian daripada Malaysia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan, perkara itu juga jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan majoriti rakyat Sabah bersetuju agar negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.

"Oleh itu, Sabah merupakan negeri yang merdeka dalam Malaysia dan pihak dari luar yang menceroboh negeri merupakan musuh negara.

"Mereka tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong serta kedaulatan undang-undang Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian pingat kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta perasmian Dewan Hajjah Tuminah, Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.