Showing posts with label boikot. Show all posts
Showing posts with label boikot. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

KEBERSIHAN MERUPAKAN KOMPONEN HALAL DI McDONALD's


Apabila bercakap tentang halal, ramai antara kita hanya terbayang sumber makanan dan cara penyembelihan itu dilakukan. Namun di McDonald's konsep halal adalah lebih luas daripada itu. 

Di McDonald's konsep halal bukan hanya sekadar mendapatkan sumber material, cara penyembelihan dan memasak makanan sahaja bahkan ianya juga melibatkan semua aspek daripada rangkaian bekalan, cara pembuatan dan operasi seharian di premis McDonald's termasuklah memastikan semua premis sentiasa berkeadaan bersih. 


Banyak pekara yang diberi perhatian di McDonald's terutama berkenaan halal dan bersih. Artikel sebelum ini saya telah banyak membicarakan tentang kepentingan produk halal dan berkualiti, kali ini kita membicarakan Halal dari konsep kebersihan yang diamalkan di McDonald's.


Standard halal yang tinggi juga bermaksud tahap kebersihan dan keselamatan yang tinggi serta kualiti yang terjaga. Di McDonald's tiada kompromi didalam perkara penjagaan kebersihan ini. Ianya amat dititik beratkan. 


McDonald's amat menitik beratkan kebersihan di setiap premisnya dan juga pada setiap krunya yang telah dilatih dengan sebaiknya. Setiap hari di McDonald's premis perniagaan akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan bersih. Setiap hari juga mesin penyediaan akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum menu sarapan pagi di tukar kepada menu makan tengahari. Jangan hairan kerana ada lebih dari 70 kain untuk mengelap setiap hari  di premis perniagaan McDonald's. Setiap peralatan kecil penyediaan akan dibasuh dan dinyah kuman setiap empat jam sekali.


Antara prosuder yang perlu kru McDonald's lakukan ialah mereka perlu membasuh tangan sebelum melakukan kerja dan setiap kali balik ke stesen penyediaan makanan apabila meninggalkanya. McDonald's juga telah menetapkan beberapa  polisi tentang kebersihan tangan iaitu setiap kru perlu membasuh setiap satu jam sekali dan juga selepas melakukan beberapa aktiviti seperti menyapu lantai dan sebagainya.


Apabila hendak memegang makanan, kru McDonald's perlu mengunakan dua jenis sarong tangan plastik yang telah disediakan iaitu sarong tangan plastik biru dan putih. Sarong tangan biru untuk mengalihkan produk yang belum dimasak dan putih untuk mengenalikan produk yang telah dimasak. Kedua-dua makanan yang belum masak dan sudah masak tidak boleh bercampur atau bersentuhan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran kilang.


Setiap produk makanan di McDonald's juga ada waktu guna tertentu tersendiri, prosuder ini bagi memastikan kesegaran setiap produk terjaga kualitinya, contohnya daging burger tidak boleh lebih dari 15 minit, kentang goreng 7 minit manakala sayuran dalam setiap hidangan tidak akan digunakan selepas 2 jam dan sos tidak boleh digunakan dalam masa 24 jam. 


Setiap pagi daging burger akan dimasak untuk memastikan suhu produk yang dimasak mencapai standard yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti dan keselamatannya. Pemeriksaan pula akan dibuat dari semasa ke semasa. Semua langkah tadi adalah bagi memastikan keselamatan makanan yang dimasak dan ini adalah salah satu dari komponen halal yang telah ditetapkan. 



Begitulah ketat sekali kawalan keselamatan dan kebersihan makanan di restoran McDonald's. Anda dan keluarga tidak perlu rasa bimbang dan ragu-ragu kerana produk makanan di restoran McDonald's bukan sahaja halal, bersih dan berkualiti bahkan ia juga berkhasiat untuk tubuh anda. 















Friday, December 25, 2015

BOIKOT McDONALD's : EMOSI MENGATASI KEWARASAN



Emosi dan taksub, itulah Hakikat yang terpaksa kita terima dalam masyarakat Malaysia terutama orang Melayu. Tidak kira samada mereka dari golongan terpelajar atau sebaliknya. 

Sikap ketaksuban melampau dan beremosi ketika berdepan dengan suatu insiden atau isu bagaikan sudah sebati dengan sikap orang Melayu.

Boleh jadi DNA masyarakat Melayu Islam memang diciptakan begitu? 

Oleh itu, tidak hairan dalam isu boikot McDonald's terhadap kekejaman dan kezaliman tentera Israel terhadap penduduk Palestin, jika kita dapat baca komenter-komenter mereka di media sosial ianya bagaikan sudah diresapi nafsu amarah yang membuak-buak. 

Segala penerangan rasional yang berfakta sudah tidak lagi berkesan ketika itu. Bagaikan mencurah air di daun keladi.

Saya memahami sikap simpati orang Malaysia terhadap kekejaman Israel, apatah lagi melihat kanak-kanak terbunuh, cedera dan menjadi yatim piatu. 

Dalam keadaan ini, emosi sesiapa pun akan terusik dan tersentuh. Bahkan penulis sendiri pun beberapa kali dengan terpaksa mengizinkan air mata  ini mengalir menyatakan simpati. 

Namun sebagai manusia waras yang mahukan keadilan ditegakan, kita seharusnya mampu membimbing emosi ini dengan sikap sabar dan bertenang.

Saya secara peribadi mengutuk kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam masa yang sama saya tidak bersetuju kempen boikot ini dilaksanakan terhadap McDonald's. 

Tidak seharusnya McDonald's diseret sekali dalam konflik agama dan politik di Timur Tengah. 

McDonald's dalam kenyataan mereka berulang kali menegaskan, syarikat perniagaan mereka adalah syarikat pemilikan awam dan bukannya individu. McDonald's juga menegaskan bahawa polisi mereka adalah tidak terlibat dalam mana-mana konflik keagamaan atau politik.

Oleh itu sewajarnya kita mendengar dan meneliti penjelasan mereka terlebih dahulu, bukannya percaya dengan infomasi dunia maya yang belum tentu kesahihannya. Ini sesuatu yang tidak adil.

Keadilan wajar ditegakan tanpa kita menzalimi mereka yang tidak bersalah. Ini adalah tuntutan asas dalam agama Islam. 

Sedikit sebanyak kempen boikot ini telah menjejaskan beberapa premis perniagaan McDonald's di Malaysia yang mana mejoriti pemiliknya adalah bumiputra Islam.

 Kenapa perniagaan orang Melayu Islam ini dijadikan mangsa ? Sedangkan banyak lagi perniagaan lain yang berkiat rapat dengan Amerika sekutu Israel di sini ?

Bahkan saya mendengar ada pekerja McDonald's dicerca, dihina dan diganggu fizikal mereka. Sehinggakan McDonald's terpaksa mengeluarkan beberapa kenyataan di media massa dan akhbar tempatan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang konflik keagamaan, peperangan mahupun politik semasa.

Inilah yang dinamakan emosi mengatasi kewarasan pemikiran.

Kebanyakkan masyarakat Melayu kita suka mengambil jalan singkat termasuklah dalam isu boikot McDonald's ini. 

Meletakkan kepercayaan mereka kepada blog-blog tertentu yang disaluti hujah-hujah dangkal tanpa fakta menjadikan mereka bagaikan sebuah mesin untuk menerima apa sahaja program tanpa perlu berfikir.

Masyarakat Malaysia seharusnya menyedari dan menginsafi bahawa sebenarnya tindakan mereka memboikot McDonald's Malaysia telah menjejaskan  pendapatan anak bangsa mereka sendiri. 

Tidak ada sekelumit pun menjejaskan tindakan ganas Israel di Palestin. Pendak kata, Israel tidak pernah peduli pun apa yang kita nak boikot.
















Thursday, February 5, 2015

ISU HARGA BARANG DEGIL


Saya terfikir-fikir sejak dua tiga hari ini dengan suasana panas di media berkaitan nama Ismail Sabri yg tiba-tiba meletup sebagai pejuang bangsa. Ianya memberi gambaran beliau kini pahlawan Melayu yg begitu hebat. Begitu ramai orang menjadikan beliau ikon pejuang Melayu. Saya terlopong melihat slogan "Kami Ismail Sabri". Wahhh...tetiba je...tetiba je...saya naik keliru.

Saya bangga melihat orang Melayu begitu kuat semangat memperjuangkan maruah bangsa bila ada dikalangan tokoh politik kita diserang tetapi kita mungkin hanya kuat bersorak. Ketika bangsa cina buka kedai dikampung kita bukan main lagi...kitalah yg berpusu2 masuk kedai.

Apa yang ingin saya katakan adalah, fenomena "saya Ismail Sabri" ini sebenarnya telah memberi political mileague yg begitu besar kepada menteri pertanian dan asas tani ini. Jika esok ada pemilihan umno, dan dia bertanding kerusi naib presiden..pasti menang mudah (hahaha). NAMUN, soalan saya adakah teriakan mempertahankan Ismail Sabri ini mampu mencapai objektif sebenar teriakan dihati 28 juta rakyat Malaysia untuk mendapat pertolongan kerajaan berusaha menurunkan harga barang?

Adakah boikot dan ketegangan antara dua bangsa ini boleh mencapai objektif sebenar menurunkan harga barang. Adakah menteri di Malaysia hanya mampu menarik rakyat utk berteriakkan di sana sini untuk memboikot barangan mahal? Di mana kuasa politik yg diturunkan oleh rakyat melalui undi di dalam pilihanraya. Adakah rakyat memilih pemimpin yg hanya akan mengetuai pakatan memboikot? 

Saya mengharapkan kerajaan mampu melakukan lebih dari itu kerana undi rakyat terlalu mahal. Rakyat mengundi untuk kuasa politik bagi membela nasib mereka.

Gunakanlah kuasa politik untuk memastikan peniaga2 ini menurunkan harga barang. Tunjukkan kuasa yg rakyat berikan kepada kerajaan dengan sepenuhnya. Aplikasikan segala mekanisma wajar untuk memberi tekanan kepada peniaga.

Menteri pertanian berkuasa untuk mengawal segala hal berkaitan barang asal pembuatan makanan. Kerjasama menteri pertanian dan menteri kpdnkk sepatutnya mampu membawa kepada sesuatu yg boleh membanggakan rakyat.

Ini bukan isu perkauman. Ianya tidak akan menyelesaikan masalah. Isunya harga barang degil. Fokuskan kepada masalah sebenar, jangan cipta masalah lain.

Salam keliru,
Anina Saadudin
Lecturer& Project Manager
(Bank Rakyat/Unirazak Research Collaboration)
Bank Rakyat School of Business and Entrepreneurship
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)