Showing posts with label awas. Show all posts
Showing posts with label awas. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

SISTEM AES, KEJARA BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN RAKYAT



Anda mungkin tidak menyukai AES ...., namun ingatlah AES hanya menyusahkan pemandu yang tidak patuh pada undang-undang jalan raya. Iaitu mereka yang merasakan rugi jika kenderaan mereka dipandu perlahan kerana mempunyai cc yang tinggi.

Jika ada yang masih marahkan kerajaan kerana memasang AES, ingatlah tragedi kemalangan bas di Pagoh pada Disember 2016 yang mengorbankan 14 nyawa. Mampukah kita menerima berita seperti itu lagi? Mahukah kita ia berlaku lagi ?

Banyak lagi kejadian kehilangan nyawa yang berpunca dari memandu melebihi had laju. Mungkin ada diantara mereka saudara mara, rakan atau teman kita. AES mungkin bukan ubat yang terbaik bagi penyakit ini, namun pencegahan perlu dibuat demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 


Tidak hanya cukup dengan sistem AES, bagi menambahbaikkan sistem ini  ia digabungkan dengan sistem KEJARA yang mana ia kini dikenali sebagai Sistem  AwAS. 

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pegangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  bahawa pelaksanaan sistem AES telah digabungkan dengan sistem KEJARA bagi membentuk satu sistem penguatkuasaan yang dinamakan AwAS. 

Kerajaan amat mementingkan keselamatan rakyat dijalan raya. Agak pelik apabila ada yang marahkan kerajaan kerana memasang kamera AES dengan alasan ianya menyusahkan rakyat, membebankan rakyat dengan mengaitkan dengan kos kehidupan yang tinggi. Sebenarnya apa kaitannya AES dengan kos kehidupan ? 

Jika yang dimaksudkan dengan jumlah saman yang nak kena bayar diatas kesalahan memandu melebihi had laju, itu adalah salah diri sendiri bukannya salah kerajaan.  Jika tidak mahu didenda, ikutlah peraturan jalan raya.

Laporan di laman web See Hua Daily yang menyatakan tiga kamera AES akan di pasang di tiga lokasi di Miri adalah tidak benar. Kementerian Pengangkutan Malaysia menafikan berita tersebut, ianya tidak benar sama sekali.  Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak ada asas. Jika ada kemusykilan, mereka boleh rujuk dengan media arus perdana yang mempunyai integriti dalam setiap laporan. 

Setiap kamera AES yang diletakkan di sesuatu tempat ianya bergantung kepada proses dan kajian yang terperinci. Kerajaan juga mengambil kira pandangan masyarakat setempat selain melihat kekerapan kemalangan yang berlaku dikawasan berkenaan. Kementerian juga melihat lokasi-lokasi cadangan yang ada resiko berlakunya kemalangan. 

Sehingga hari ini  YB Menteri Pengangkutan  hanya mengumumkan 7 lokasi baru sistem AwAS yang telah dikenalpasti dan dilaksanakan. Laporan yang menyatakan bahawa terdapat sebanyak 831 unit kamera akan dipasang di seluruh negara dengan 18 unit daripadanya akan dipasang di negeri Sarawak adalah berita palsu, tidak benar sama sekali. 

Melaksanakan sistem AwAS ini tidak berkmaksud Kementerian Pengangkutan mengbambil alih kerja polis,  bidang kuasa penguatkuasaan kesalahan had laju dan penguatkuasaaan kamera bergerak masih lagi di bawah bidang kuasa pihak Polis. 

Rakyat perlu merujuk kepada Kementerian Pegangkutan Malaysia untuk mendapat maklumat yang BENAR DAN SAHIH tentang sistem AwAS. Jangan mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang berlegar-legar dalam media sosial.



Sunday, April 9, 2017

AWAS, KEJARA PERLU DEMI KESELAMATAN ORANG RAMAI DI JALAN RAYA



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah beroperasi sejak 1 April lalu namun kementeriannya memberi tempoh dua minggu ini sebagai tempoh percubaan, bermakna ia akan berkuat kuasa sepenuhnya 15 April ini.

Oleh itu dari 1 hingga 14 April ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan hanya akan diberi maklum sahaja. Selepas 15 April sahaja mata demerit akan dikenakan kepada mereka jika kesalahan lalu lintas dilakukan.

Menjelang akhir tahun ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sebanyak 23 kesalahan jalan raya di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

AWAS akan bermula dengan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu isyarat dan juga kesalahan melibatkan had laju, tegas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron. Manakala 21 kesalahan-kesalahan lain akan dikuatkuasakan secara peringkat demi peringkat sehingga akhir tahun ini.

Diharap dengan perlaksanaan sistem ini akan lebih mendisiplinkan pemandu-pemandu.  Pesalah trafik yang didapati melakukan kesalahan ini akan diberi amaran berdasarkan mata merit mereka. Jika mata demerit mereka telah mencapai 40 mata pertama, lesen mereka akan digantung dan jika terus melakukan kesalahan hingga 100 mata, lesen mereka akan dibatalkan.

Jika didapati mereka memandu semasa lesen digantung atau dibatalkan, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara tida lebih tiga tahun.  

Orang ramai yang rasa terbeban dengan denda dan saman yang dikenakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) perlu mengelak dari melakukan kesalahan tersebut. 

Kerajaan tidak pernah berniat untuk menbebankan rakyat, apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa pengguna jalan raya. 

Pelbagai kempen kesedaran jalan raya yang telah kerajaan buat, namun kesannya masih belum cukup memuaskan hati. Kita sedar kes kemalangan jalan raya di Malaysia masih lagi tinggi dan membimbangkan. 

Justeru itu perlaksanaan sistem AWAS dan KEJARA  dilihat perlu bagi mengatasi masalah ini, terutama dalam kesalahan melanggar isyarat lampu merah dan memandu lebih dari had laju. 

Rakyat perlu memahami ketegasan kerajaan ini bukan untuk menyusahkan mereka, bahkan bagi menyalamat nyawa orang ramai yang juga mungkin orang kesayangan mereka. 




Monday, June 27, 2016

AWAS, KEJARA DIKUATKUASAKAN




Setelah menunggu sekian lama, akhirnya Kabinet akan meluluskan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demirit Kesalahan Jalan Raya (Kejara). 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lliow Tiong Lai  berkata AWAS dan KEJARA akan dikuatkuasakan sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet. Sebenarnya pindaan ke atas Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan sistem ini sudah pun diluluskan oleh Parlimen Mei lalu. 

Sistem ini sebenarnya berfungsi dengan cara pemotongan markah keatas pemandu. Dkhabarkan kedua-dua sistem dan undang-undang telah pun siap dan ada kemungkinan akan berjalan serentak. 


Sebelum ini rakyat tertanya-tanya bagaimana kaedah ini dilaksanakan. Kebanyakkan mereka memberikan reaksi positif  walaupun ada sesetengahnya bimbang ianya akan menyusahkan mereka. 

Sepatutnya kedua-dua sistem ini dilaksanakan pada Mei lepas, oleh kerana masalah teknikal dan kekangan berkaitan Akta JPJ dan Polis maka ia terpaksa ditangguhkan sementara, kata Tiong Lai.

Beliau berharap perlaksanaan kedua-dua sistem ini akan memberi kesan yang positif dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Banyak negara lain sudah melaksanakan. Angka kematian di negara kita akibat kemalangan amat membimbangkan, jika tidak ada satu tindakkan segera dilakukan