Showing posts with label DEMERIT. Show all posts
Showing posts with label DEMERIT. Show all posts

Sunday, April 9, 2017

AWAS, KEJARA PERLU DEMI KESELAMATAN ORANG RAMAI DI JALAN RAYA



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah beroperasi sejak 1 April lalu namun kementeriannya memberi tempoh dua minggu ini sebagai tempoh percubaan, bermakna ia akan berkuat kuasa sepenuhnya 15 April ini.

Oleh itu dari 1 hingga 14 April ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan hanya akan diberi maklum sahaja. Selepas 15 April sahaja mata demerit akan dikenakan kepada mereka jika kesalahan lalu lintas dilakukan.

Menjelang akhir tahun ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sebanyak 23 kesalahan jalan raya di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

AWAS akan bermula dengan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu isyarat dan juga kesalahan melibatkan had laju, tegas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron. Manakala 21 kesalahan-kesalahan lain akan dikuatkuasakan secara peringkat demi peringkat sehingga akhir tahun ini.

Diharap dengan perlaksanaan sistem ini akan lebih mendisiplinkan pemandu-pemandu.  Pesalah trafik yang didapati melakukan kesalahan ini akan diberi amaran berdasarkan mata merit mereka. Jika mata demerit mereka telah mencapai 40 mata pertama, lesen mereka akan digantung dan jika terus melakukan kesalahan hingga 100 mata, lesen mereka akan dibatalkan.

Jika didapati mereka memandu semasa lesen digantung atau dibatalkan, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara tida lebih tiga tahun.  

Orang ramai yang rasa terbeban dengan denda dan saman yang dikenakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) perlu mengelak dari melakukan kesalahan tersebut. 

Kerajaan tidak pernah berniat untuk menbebankan rakyat, apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa pengguna jalan raya. 

Pelbagai kempen kesedaran jalan raya yang telah kerajaan buat, namun kesannya masih belum cukup memuaskan hati. Kita sedar kes kemalangan jalan raya di Malaysia masih lagi tinggi dan membimbangkan. 

Justeru itu perlaksanaan sistem AWAS dan KEJARA  dilihat perlu bagi mengatasi masalah ini, terutama dalam kesalahan melanggar isyarat lampu merah dan memandu lebih dari had laju. 

Rakyat perlu memahami ketegasan kerajaan ini bukan untuk menyusahkan mereka, bahkan bagi menyalamat nyawa orang ramai yang juga mungkin orang kesayangan mereka. 




Friday, February 19, 2016

MAKLUM BALAS RAKYAT TENTANG KEJARA AMAT DALUKAN


Rakyat Malaysia dialu-alukan memberi pandangan, cadangan dan idea mereka berkenaan perlaksaan Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (KEJARA). Maklum balas rakyat  amat berkesan  membantu kerajaan dalam usaha menambah baik  bagi melancarkan lagi perlaksanaaan sistem ini.

Bagi saya dalam hal ini kerajaan bertindak bijak dan rasional ini kerana rakyat mempunyai pengalaman sendiri dalam berhadapan dengan keadaan sebenar di jalan raya. Jadi amatlah wajar pertimbangan dan idea mereka diambil kira. Mungkin ada yang bernas dan boleh digunapakai untuk kesejahteraan awam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklum balas dari orang ramai amat diperlukan bagi membolehkan kementerian membuat kajian menyeluruh keatas sistem ini walaupun kerajaan telah menyediakan garis panduan mengenai sistem ini telah ada.

Maklum balas yang telah diterima cukup memberangsangkan dan beliau merasakan cukup puashati dengan perkembangan ini. "Kita minta orang ramai untuk beri lagi maklum balas bagaimana hendak laksanakan pemotongan mata terhadap lesen ini, contohnya kalau 20 mata itu berapa kesalahan...lima ke, enam ke...dan apa bentuk kesalahannya," tambahnya lagi.


Menurut Liow lagi sistem KEJARA ini lebih adil dan efektif dalam mendidik serta menangani sikap pemandu yang gemar melanggar peraturan di jalan raya. 

Sistem KEJARA telah mula dilaksanakan pada tahun 1984. Mereka yang melakukan kesalahan dengan mengumpul 15 mata demerit akan digantung lesen memandu. Jika tiga kali lesen mereka digantung dengan mengumpul 15 mata demerit lagi, lesen tersebut akan dibatalkan.  

Sistem ini akan memberi peluang kepada pemandu untuk memperbaiki sikap mereka dijalan raya. Jika dinaikkan saman, golongan yang mewah dan berada akan membayarnya tanpa rasa terbeban langsung malahan mereka tidak akan berubah sikap. Manakala mereka yang berpendapatan rendah akan lebih terbeban dan sukar untuk menjelaskan saman.

Sepanjang tahun 2015, polis telah mengeluarkan saman sebanyak 489,947 kepada pesalah trafik diseluruh negara 514,462 saman pada tahun 2014. Daripada jumlah tersebut hanya lebih kurang 72,000 saman yang bernilai 21.8 juta berjaya dilangsaikan, manakala selebihnya masih lagi tertunggak.   

Saya yakin jika saman dinaikkan, jumlah tunggak yang ada akan meningkat dan akan bertambah sukarlah kerajaan untuk menguruskannya.  

Justeru itu, keputusan kerajaan untuk tidak menaikan kadar saman adalah satu keputusan yang tepat dan kena masanya. Rakyat perlu dididik bukan dihukum.