Showing posts with label AES. Show all posts
Showing posts with label AES. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

SISTEM AES, KEJARA BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN RAKYAT



Anda mungkin tidak menyukai AES ...., namun ingatlah AES hanya menyusahkan pemandu yang tidak patuh pada undang-undang jalan raya. Iaitu mereka yang merasakan rugi jika kenderaan mereka dipandu perlahan kerana mempunyai cc yang tinggi.

Jika ada yang masih marahkan kerajaan kerana memasang AES, ingatlah tragedi kemalangan bas di Pagoh pada Disember 2016 yang mengorbankan 14 nyawa. Mampukah kita menerima berita seperti itu lagi? Mahukah kita ia berlaku lagi ?

Banyak lagi kejadian kehilangan nyawa yang berpunca dari memandu melebihi had laju. Mungkin ada diantara mereka saudara mara, rakan atau teman kita. AES mungkin bukan ubat yang terbaik bagi penyakit ini, namun pencegahan perlu dibuat demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 


Tidak hanya cukup dengan sistem AES, bagi menambahbaikkan sistem ini  ia digabungkan dengan sistem KEJARA yang mana ia kini dikenali sebagai Sistem  AwAS. 

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pegangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  bahawa pelaksanaan sistem AES telah digabungkan dengan sistem KEJARA bagi membentuk satu sistem penguatkuasaan yang dinamakan AwAS. 

Kerajaan amat mementingkan keselamatan rakyat dijalan raya. Agak pelik apabila ada yang marahkan kerajaan kerana memasang kamera AES dengan alasan ianya menyusahkan rakyat, membebankan rakyat dengan mengaitkan dengan kos kehidupan yang tinggi. Sebenarnya apa kaitannya AES dengan kos kehidupan ? 

Jika yang dimaksudkan dengan jumlah saman yang nak kena bayar diatas kesalahan memandu melebihi had laju, itu adalah salah diri sendiri bukannya salah kerajaan.  Jika tidak mahu didenda, ikutlah peraturan jalan raya.

Laporan di laman web See Hua Daily yang menyatakan tiga kamera AES akan di pasang di tiga lokasi di Miri adalah tidak benar. Kementerian Pengangkutan Malaysia menafikan berita tersebut, ianya tidak benar sama sekali.  Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak ada asas. Jika ada kemusykilan, mereka boleh rujuk dengan media arus perdana yang mempunyai integriti dalam setiap laporan. 

Setiap kamera AES yang diletakkan di sesuatu tempat ianya bergantung kepada proses dan kajian yang terperinci. Kerajaan juga mengambil kira pandangan masyarakat setempat selain melihat kekerapan kemalangan yang berlaku dikawasan berkenaan. Kementerian juga melihat lokasi-lokasi cadangan yang ada resiko berlakunya kemalangan. 

Sehingga hari ini  YB Menteri Pengangkutan  hanya mengumumkan 7 lokasi baru sistem AwAS yang telah dikenalpasti dan dilaksanakan. Laporan yang menyatakan bahawa terdapat sebanyak 831 unit kamera akan dipasang di seluruh negara dengan 18 unit daripadanya akan dipasang di negeri Sarawak adalah berita palsu, tidak benar sama sekali. 

Melaksanakan sistem AwAS ini tidak berkmaksud Kementerian Pengangkutan mengbambil alih kerja polis,  bidang kuasa penguatkuasaan kesalahan had laju dan penguatkuasaaan kamera bergerak masih lagi di bawah bidang kuasa pihak Polis. 

Rakyat perlu merujuk kepada Kementerian Pegangkutan Malaysia untuk mendapat maklumat yang BENAR DAN SAHIH tentang sistem AwAS. Jangan mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang berlegar-legar dalam media sosial.



Wednesday, October 26, 2016

HOSPITAL TERBAKAR : BERI BANTUAN SEGERA



Negara baru-baru ini digegarkan dengan berita kebakaran yang berlaku di Wad ICU hospital Sultanah Aminah Johor Baharu. Walaupun pihak bomba berjaya mengawal kebakaran, namun dalam kejadian ini ianya telah meragut enam nyawa.

Enam pesakit tesebut terdiri dari empat perempuan dan dua lelaki manakala seorang lagi yang berada di tingkat dua unit ICU terselamat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong melahirkan rasa sedih dan dukacitanya diatas insiden ini. Beliau merakam rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dilaman facebook dan twitternya. 

Dalam pada masa yang sama beliau mengarahkan MCA di Johor agar segera menghulurkan bantuan. Beliau mahu Crisis Relief Squad MCA (CRSM) segera menghulurkan bantuan yang diperlukan.  CRSM telah diyakini kemampuan mereka dalam mengendalikan bantuan-bantuan kemanusiaan.


Empat mangsa perempuan dan dua lelaki yang maut itu merupakan antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang lagi iatu pesakit lelaki berjaya diselamatkan.

"Sementara itu daripada lapan kakitangan yang berada di wad berkenaan, tiga telah terhidu asap. Jadi kita hantar dua kakitangan berkenaan ke Hospital Sultan Ismail dan seorang lagi ditahan di sebuah wad di HSA

Friday, September 30, 2016

MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA



Malaysia sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Azharuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada perhimpunan agung ke-39 yang berlangsung di Montreal, Kanada. Ini kerana penglibatan Malaysia yang aktif dalam ICAO.

Pemilihan Azharuddin Abdul Rahman  itu diumum Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menganggap ia sebagai pengiktirafan kepada Malaysia.


Ketika insiden kehilangan pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac, 2014, Azharuddin lah  antara pegawai yang sentiasa berhadapan dengan media antarabangsa mewakili Malaysia menjawab semua soalan mereka. 



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan kegembiraannya menerima pengiktirafan ini diatas sokongan aktif dan pernyertaan Malayia dalam ICAO. Dalam pada itu beliau juga turut berpeluang memberi ucapan mengenai hala tuju penerbangan awam global di perhimpunan agung yang sangat berprestij itu.

Ini satu bukti kepercayaan dunia kepada kemampuan dan kekuatan hubungan Malaysia dengan industri penerbangan awam negara lain di seluruh dunia. 

Dalam ucapan itu beliau menekankan akan kepentingan ICAO yang sangat penting bagi memastikan keselamtan , kecekapan dan kemampanan dalam sektor penerbangan awam. Beliau juga melahirkan komitmen Malaysia dalam menyokong inisiatif yang dibawa oleh ICAO ke arah mencapai matlamat tersebut.

Justeru itu Malaysia juga berhasrat  mengemukan pencalonan untuk pemilihan semula kepada Majlis ICAO dengan harapan agar Malaysia dapat terus memberi khidmat dan mampu berperanan serta aktif dalam organisasi antarabangsa itu. 

Thursday, January 21, 2016

LAKSANA AES, KEJARA UNTUK KESELAMATAN RAKYAT



Kecelaruan minda pembangkang terserlah apabila mengaitkan perlaksanaan semula Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai satu kaedah kerajaan mencari keuntungan.

Jika benar kerajaan mahukan keuntungan dari AES sudah tentulah kerajaan kena berusaha memastikan rakyat sentiasa membuat kesalahan lalu lintas. Jelas sekali kebodohan mereka terserlah disitu.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk rakyat. Bukan seperti pembangkang yang kerjanya hanya berdemo sana sini.

Untuk itu, tidak dapat tidak kerajaan perlu melaksanakan semula AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan raya (KEJARA) dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, tujuan utama kerajaan melaksanakan Mata demerit ini adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan untuk mendera atau menyusahkan rakyat.

Kita nak ubah sikap pemandu dijalan raya agar lebih bertanggungjawab, tambahnya lagi.

Sistem AES dan KEJARA ini diyakini dapat membantu mendisiplinkan pemandu di jalan raya.

Menerusi KEJARA pula, kita akan tolak mata demerit pemandu. Bila disaman, kita akan tolak mata bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Bila sampai 20 mata, kita akan gantung lesen pemandu," Liow Tiong Lai. 

Justeru itu tuduhan pembangkang kononnya kerajaan mencari keuntungan dengan sistem ini adalah suatu tuduhan yang dangkal.

Pemuda Selempang Merah  ingin bertanya kepada pembangkang, berapa juta kerajaan dapat dari sistem AES ini sehinggakan kerajaan terdesak sangat hendak laksanakan sistem ini menurut pembangkang?